31/05/11

Isteri ke-4 Salih Yaccob seorang mahasiswi

Majlis persandingan Salih Yaccob dan Samihah Sheikh Amy di Johor Bahru.
JOHOR BAHRU 30 Mei - Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Salih Yaccob selamat diijab kabul dengan seorang mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Samihah Sheikh Amy, 25, di Masjid Kulaijaya, dekat sini hari ini.

Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz.

Dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam sebuah majlis yang serba sederhana.

Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan.

Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, di sini malam ini yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Sebelum ini, Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.

Salih merupakan bapa kepada 11 orang anak.

Pautan: Syafrein.com, Dompas.Net, Guided-Info.com, Munakahat, Riau.cc, NikahKahwin.Co.Cc, Make Money So EZ