28/01/11

Lelaki tak larat 'layan' isteri


2011/01/28

BERLIN: Seorang lelaki Turki yang terdesak dan tinggal di sini mengadu kepada polis agar memberi perlindungan kepadanya kerana isterinya sering tidak puas dengan hubungan seks mereka, kata pihak berkuasa kelmarin.

Lelaki itu datang ke balai polis tempatan di barat daya Jerman Selasa lalu, memberitahu dia tidur di sofa sejak empat tahun lalu untuk melarikan diri daripada isteri yang dikahwininya selama 18 tahun.


Melalui perkahwinan itu mereka memiliki dua anak.
“Kini dia bercadang untuk bercerai dan berpindah keluar dengan harapan mendapatkan rehat, terutama kerana dia mahu tiba di tempat kerja dengan rehat mencukupi.

“Ketika ini ia agak mustahil kerana isteri lelaki itu sering datang ke ruang tamu menuntut dia melakukan tanggungjawabnya. Dia minta bantuan polis untuk mendapatkan tidur yang cukup pada waktu malam,” kata polis dalam satu kenyataan. – AFP
Sumber: Berita Harian untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Score A Programme, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, My Biz Online.

Pernikahan Azwaliza Azman


Kejutan buat Wawa

Pasangan PENGANTIN BARU... WAWA DAN KADIR.


Sumber: Utusan untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Score A Programme, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, My Biz Online.

3/01/11

Ekin dua kali gugur

Dua kali gugur, Ekin belum terdesak

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan tak kasihan melihat isteri kepada penyanyi pujaan Malaysia, Mawi ini masih belum mengandung. Belum ada rezeki lagi kot.

Joyah pasti dalam hati kecil mereka berdua cukup mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga setelah mengalami keguguran dua kali sebelum ini.

Ada orang yang sampai 10 tahun mendirikan rumah tangga baru dikurniakan anak. Yang penting kenalah berusaha ke arah itu walau dengan apa cara sekalipun.

Jangan kahwin lain sudahlah sebab itu tak menyelesaikan masalah, tapi menambahkan lagi beban atas kepala. Hahaha. Ekin dengan Mawi jangan marah Joyah yer.

Kata Ekin baru-baru ini, dia masih belum lagi bersedia nak buat persenyawaan tabung uji (IVF). Jelasnya dia mahu mencuba kaedah tradisional dahulu sebelum memikir kaedah tersebut.

Ada orang kata guna kaedah tu sakit. Sakit ke? Entahlah, Joyah tak ada jawapan. Nak bagi nasihat lebih-lebih Joyah tak pandai sebab Joyah bukan bidan kampung okey.

Sumber: Utusan untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Score A Programme, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau

AJL25 tidak halang Lan The Typewriter nikah

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Walaupun sibuk menjalani latihan untuk beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), Norazlan Rosle, 27, atau lebih dikenali sebagai Lan masih sempat mengotakan janjinya untuk menikahi pasangannya, Normala Hassan semalam.

Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Azlan & The Typewriter itu sah bergelar suami kepada Normala kira-kira pukul 10 pagi, di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat.

Wang hantaran yang diterima Normala, 28, sebanyak RM11,700 adalah simbolik dengan tarikh lahirnya iaitu 7 November 1982 beserta mas kahwin berjumlah RM300.

Lan ketika dihubungi memberitahu, selepas diumumkan layak bertanding ke peringkat akhir AJL25 menerusi lagu Pelita nyanyiannya bersama A.P.I, dia cuba membahagikan masanya sebaik mungkin agar segala perancangan berjalan lancar.

“Selepas perkahwinan saya yang sepatutnya berlangsung pada November lalu ditangguhkan, saya cuba memilih satu tarikh yang sesuai untuk memastikan tiada masalah yang berlaku.

“Jadi, saya memutuskan untuk bernikah dan bersanding semalam. Segala persediaan untuk perkahwinan telah dilakukan terlebih awal supaya semuanya teratur dan tidak kelam kabut.

“Alhamdulillah, selepas semua ini berakhir, saya rasa cukup lega. Kini, saya boleh fokus semula untuk latihan bagi menghadapi AJL25,” kata pengantin baru itu yang memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Dalam pada itu, Lan belum lagi memutuskan lokasi bulan madu mereka kerana ingin pastikan dirinya memberi komitmen bersama A.P.I.

Kata Lan, isterinya sudah pun sedia maklum dan faham dengan situasi yang sedang dihadapinya dan tidak mahu memberi tekanan kepadanya.

“Nasib baik isteri saya jenis yang faham dengan kerja saya. Dia tidak mendesak dan memberi pilihan kepada saya membuat keputusan.

“Sejurus selepas AJL tamat, barulah saya fokuskan semula untuk membina alam perkahwinan yang diimpikan semua orang,” jelas Lan yang teringin untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.

Sumber: Utusan untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Score A Programme, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau.