2.9.09

Pasangan sejenis pertama berkahwin di Vermont

02/09/2009 3:07am

DUXBURY Vermont 2 Sept. - Selepas 17 tahun tinggal bersama, Bill Slimback dan Bob Sullivan tidak mahu menunggu walau satu minit untuk berkahwin.

Undang-undang baru Vermont yang membenarkan perkahwinan sejenis baru berusia seminit dan mereka mengikat tali perkahwinan pada tengah malam itu, menjadi pasangan pertama yang berkahwin secara sah di bawah undang-undang yang berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Vermont ialah negeri kelima yang membenarkan pasangan sejenis berkahwin, negeri-negeri lain ialah Massachusetts, Connecticut, New Hampshire dan Iowa. - AP


Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

17.8.09

Reaksi terhadap Kelab Poligami


Poligami rendahkan martabat

POLIGAMI satu isu yang tidak pernah reda apa lagi padam dalam arena kehidupan manusia, malah topik ini sentiasa segar diperbualkan khususnya di kalangan kaum lelaki yang ingin menambah bilangan isteri.

''Namun pada saya bab orang lelaki hendak berpoligami hingga empat sekali pun, itu sudah menjadi lumrah alam dan menjadi hiburan yang menyeronokkan terutama apabila mereka bercerita dan satu-satu kumpulan. Tambahan pula jika si tukang cerita adalah kalangan mereka yang mendakwa bahagianya berpoligami.

''Walau apa pun tujuan saya bercerita di ruangan DCCK ini adalah untuk melahirkan rasa terkejut dan meluat saya apabila membaca tajuk-tajuk akhbar baru-baru ini tentang usaha beberapa orang wanita yang berpoligami ingin menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk membantu wanita yang dipoligamikan.

''Tujuan persatuan ini menurut penganjur persatuan itu adalah untuk memudahkan lelaki yang ingin berpoligami dan wanita yang bakal dipoligamikan supaya mereka tidak menghadapi masalah dalam proses berpoligami selain untuk memudahkan lagi kehidupan mereka yang berpoligami.'' Demikian menurut Rostina dalam e-melnya kepada penulis.

''Pada pandangan saya tujuan menubuhkan persatuan poligami itu seolah-olah merendahkan lagi taraf dan martabah kaum wanita. Jelas sekali lahirnya kaum wanita di muka bumi ini semata-mata untuk menjadi tempat pelepas nafsu kaum lelaki di samping menjadi kilang untuk melahirkan anak.

''Persatuan itu bukan sahaja merendahkan martabat kaum wanita, bahkan merendahkan lagi maruah kaum lelaki bahawa hidup mereka di dunia ini tidak ada lain selain memikirkan soal seks sahaja, tidak lebih daripada itu.

''Tidak dinafikan ramai lelaki Melayu di negara ini bagaikan berebut menambahkan bilangan isteri. Kalau tidak diizinkan berkahwin di tempat sendiri, mereka akan bekerja keras untuk mencapai hasratnya, walaupun terpaksa kahwin lari ke Siam, ke Batam ke Medan dan sebagainya asalkan hasrat mereka terlaksana.

''Kalau gagal juga mereka akan mencari seks secara haram seperti melanggan pelacur, melakukan sumbang mahram, merogol dan banyak lagi.

''Sebagai wanita, dan juga seorang ibu yang mempunyai anak-anak gadis yang bakal berkahwin, saya merasa sangat malu dengan situasi ini. Seolah-olah tujuan perkahwinan adalah untuk memperolehi wanita hanya untuk seks, memperoleh anak, melampiaskan nafsu, dan kepuasan lelaki semata-mata.

zuriat

''Pernahkah kita bertanya secara jujur terfikir apakah sebenarnya tujuan wanita apabila mereka ingin berumah tangga? Adakah tujuan seks, adakah ia semata-mata untuk mendapatkan zuriat. Saya rasa tidak sama sekali!

''Pada pandangan saya apabila melangkah ke alam rumahtangga, setiap wanita perlukan lelaki lebih sebagai pelindung, menjaga maruah diri dan keluarga dan paling utama mengeratkan hubungan antara dua keluarga dalam ikatan perkahwian yang murni.

''Wanita juga perlukan suami sebagai pembimbing untuk menjalani kehidupan bahagia, di samping menjalankan perintah Allah sebagai syarat utama.

''Tugas suami isteri tidak habis setakat tujuan seks semata-mata, sebaliknya tumpuan lebih kepada zuriat yang bakal lahir supaya menjadi insan kamil, insan solehah, berbudi luhur, menjadi manusia berguna kepada keluarga, agama dan negara.

''Masalahnya kepada sesetengah lelaki, bagi mereka wanita bukan setakat untuk dijadikan isteri, sebaliknya menjadikan wanita lebih sebagai tempat pemuas nafsu seks suami sahaja. Apabila tidak berpuas hati dengan isteri, ataupun kerana ada kesempatan lain, maka mereka dengan sesuka hati menambah isteri lagi.

''Saya rasa amat sedih, bila seorang lelaki yang pendapatan tak seberapa tetapi masih ingin berpoligami. Bila ini terjadi maka kehidupan anak-anak menjadi korban, pelajaran tak sampai ke mana, jiwa mereka tertekan terutama apabila kurang duit dan kasih sayang dari ayah. Apakah kita ingin melihat anak-anak bangsa kita hidup tak ketentuan hala? Merempat. Sedangkan kaum lain hidup lebih mewah daripada kita?

''Ketika ini masyarakat Islam kita amat tercabar, kita masih lemah dan mundur dalam ekonomi, golongan orang Melayu kaya tidak seberapa. Rata-rata ramai yang miskin, kalau tak percaya, lihat setiap musim pelajar melangkah ke IPTA mereka masih menagih bantuan kewangan. Ramai ayah lepas tangan malah mengharapkan bantuan kerajaan. Akibat lewat dapat PTPTN ramai yang tersadai tak dapat teruskan pengajian.

''Sedihnya bila hendak kahwin lagi ramai suami mengaku mampu banyak duit, tetapi bila anak nak melanjutkan pelajaran mereka terang-terang kata tak ada duit. Jelas mereka hanya mementingkan diri sendiri dan nafsu semata-mata. Sepatutnya kaum lelaki dan wanita yang ingin tubuhkan persatuan poligami ini berfikir dan memandang ke hadapan lebih jauh lagi, lihatlah betapa payahnya anak-anak kaum kita hendak mengharung arus kehidupan yang semakin mencabar pada masa hadapan.

''Saya memikirkan sudah sampailah masanya kaum lelaki khasnya umat Islam di negara ini dan di mana sahaja berfikir dengan lebih luas lagi. Bahawa poligami bukanlah segala-galanya, sebaliknya masa hadapan anak-anak patutnya lebih diutamakan. Kerana mereka bakal menempuh kehidupan yang lebih mencabar lagi, jika tersalah langkah mereka akan menghadapi seribu satu macam masalah khususnya dalam ekonomi.

''Jika di zaman para nabi, dengan tiada sistem pengangkutan yang canggih, keadaan geografi yang kering di padang pasir dan dalam suasana perjalanan yang sukar, Memang tidak dinafikan poligami boleh diamalkan, lagipun mereka tinggal dalam kawasan yang sangat jauh, terpaksa mengembangkan ajaran Islam dan demi menambah keturunan.

''Sebaliknya di Malaysia, perjalanan dari Utara ke Selatan tidak sampai enam jam, tambahan sudah banyak tambang kapalterbang murah, jadi apakah perlunya poligami. Bila memikirkan isu ini, kadang kala saya terfikir bahawa kaum lelaki ini tidak ada lain yang mereka fikirkan selain seks dan poligami.

''Sepatutnya sebagai ayah dan ketua keluarga mereka berfikiran dan berpandangan jauh tentang masa depan anak-anak mereka. Apakah anak-anak mendapat pelajaran secukupnya, apakah kedudukan ekonomi mereka sudah kukuh. Apakah bekalan yang bakal mereka tinggalkan untuk anak-anak pewaris agama dan bangsa mereka nanti.

''Dalam kehiduapan masyarakat Melayu beragama Islam kita hari ini mereka tidak ada kekuatan ekonomi. Hidup sentiasa memerlukan bantuan kerajaan. Sampai bila harus begini, apakah kaum lelaki tidak terfikir tentang masa depan anak-anak mereka?

''Sepatutnya sebagai ayah kehidupan anak-anak didahulukan, bukan hanya berfikir bagaimana cara mudah berpoligami dan kepada kaum wanita fikirkanlah nasib anak-anak bukan berpesatuan untuk mengamankan hidup isteri-isteri yang berpoligami.

''Wahai kaum lelaki, bukalah mata, bangkitlah berfikirlah lebih matang demi anak-anak, bangsa Melayu dan agama Islam kita pada masa depan.'' Demikian cerita Rostina panjang lebar.

Walaupun ramai kaum lelaki tidak setuju dengan pandangan Rostina, tetapi berfikirlah secara lebih terbuka bagaimana untuk meninggikan lagi ekonomi bangsa Melayu dan mengangkat tinggi martabat agama Islam kita supaya tidak dihina dan diperlekehkan oleh bangsa asing. [ARKIB UTUSAN : 16/08/2009

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

20.7.09

Tengku Temenggung Kelantan kemuka saman fitnah terhadap Manohara

20/07/2009 11:13am

KUALA LUMPUR 20 Julai – Peguam yang mewakili Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding saman fitnah terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot di Mahkamah Tinggi Sivil di sini pagi ini.

Permohonan kebenaran itu difailkan pada pukul 9.20 pagi ini oleh peguamnya, Muhamad Hazeeq Pillay dan prosiding kebenaran tersebut akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi.

Semua butiran dan kandungan tentang saman belum dapat didedahkan oleh peguam sehingga kebenaran memulakan prosiding ini diberikan.

- Utusan

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

15.7.09

Pertunangan Elyana


ELYANA bersama ahli keluarganya.


KALI pertama dipertemukan sekitar April 2006, kedua-duanya tidak menyangka bahawa perkenalan yang terjalin itu akan membawa mereka untuk menempuh ke alam baru.

Diikat dengan tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung di Jeumpa D'ramo, Bangsar, Kuala Lumpur pada 11 Julai lalu, banyak kisah-kisah yang tersimpul sepanjang tempoh tiga tahun mereka saling mengenali hati budi masing-masing.

Bagi sang jejaka, episodnya untuk melamar si gadis bukanlah semudah yang disangka.

Tiga kali lamaran cinta itu dipandang sepi, tetapi dia tidak pernah berputus asa.

Langkah demi langkah dilalui, namun akhirnya penantian tersebut membuahkan hasil sebaik si gadis menyatakan kesediaan untuk menerimanya dengan seadanya.

Begitulah kisah percintaan yang dilalui antara pemilik sebuah restoran makanan Jepun di Bangsar, Khairul Anuar Hussin, 34, dengan penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 22, atau lebih dikenali dengan nama Elyana.

Sungguhpun begitu, selain dilamar Khairul, Elyana mengakui bahawa dirinya juga pernah melamar lelaki itu.

"Dia (Khairul) memang sudah lama melamar saya. Sememangnya dalam perhubungan ada pasang surutnya.

"Satu hari, apabila lamaran itu 'hilang' begitu sahaja, barulah saya terfikir bahawa ia adalah sesuatu yang cukup berharga.

"Sebab itulah saya kemudiannya melamar Khairul kembali,'' kata Elyana saat ditemui selepas berlangsungnya majlis pertunangannya bersama Khairul.

Pada majlis serba ringkas itu, Elyana yang kelihatan anggun mengenakan busana rekaan Datin Lynda Rahim dan Zery Zamry menerima cincin pertunangan daripada Khairul yang disarungkan oleh kakak kepada lelaki berkenaan, Razieka Hussin.

Kedua-dua keluarga bagi pihak lelaki dan perempuan juga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dalam tempoh setahun, manakala soal wang hantaran akan diumumkan kemudian.

Sebelum itu apabila hubungan mereka menjadi lebih erat, pada 11 April lalu, Khairul telah menghantar rombongan ahli keluarganya untuk merisik Elyana.

Ketika bertemu pada 2006, Khairul pada waktu itu langsung tidak mengetahui bahawa Elyana adalah seorang artis kerana wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Farah, seorang peniaga kecil-kecilan.

Menyambung bicara, Elyana yang bakal menemui peminatnya dalam drama terbaru berjudul Katrina Kamelia di Astro Prima tidak lama lagi berkata, dia berdoa agar dapat menjadi pasangan yang terbaik untuk Khairul.

"Selepas bertunang, perasaan gembira dan takut mula bercampur aduk dalam hati saya. Gembira kerana telah melangkah ke alam baru.

"Takut pula adalah disebabkan perasaan andai saya tidak mampu menjadi yang terbaik di sisi Khairul.

"Apa pun, saya akan berusaha untuk berubah ke arah lebih baik. Saya pun sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri biar dikata orang masih terlalu muda,'' jelasnya.

Kata Elyana, Khairul adalah seorang lelaki yang baik dan penyayang termasuk menyayangi ahli keluarganya.

"Dia juga tidak menghalang saya untuk meneruskan karier seni sebaik bernikah nanti.

"Cuma, dia menasihatkan saya supaya pandai menjaga diri,'' katanya sambil mengukir senyuman.

Apa kata Khairul?

Sementara itu, di pihak Khairul pula, Elyana pada kaca matanya adalah seorang wanita yang ikhlas dan natural.

"Inilah hari yang ditunggu-tunggu. Doa saya semoga semuanya berjalan dengan baik,'' ujarnya yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik.

Ditanya persediaannya untuk menempuh cabaran memilih artis sebagai pasangan, Khairul menjelaskan bahawa dia sudah cukup bersedia dengan apa jua dugaan menimpa.

"Saya dan Elyana sudah berkenalan lebih tiga tahun. Biarlah apa orang hendak kata. Saya tidak memikirkan sangat kata-kata orang,'' tegasnya yang terharu tatkala Elyana turut melamarnya untuk meneruskan hubungan.

Rasa syukur bapa Elyana

Selain Elyana dan Khairul, insan yang turut sama berkongsi rasa syukur dan gembira dengan majlis pertunangan pasangan itu adalah bapa kandung Elyana, Emrizal Shamsuddin, 55.

Melihat Khairul sebagai lelaki yang matang, dia juga memuji lelaki terbabit kerana banyak mengambil berat soal kehidupan Elyana dan ahli keluarganya.

"Apa yang penting, Khairul tidak kekok bercampur gaul dengan keluarga kami,'' tambahnya.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

26.6.09

Confessions of a Wedding Planner: 5 Signs a Couple Will Crash and Burn

After witnessing 50 to 80 weddings per year (and being exposed to behaviors that a couple doesn't always reveal to others), a wedding planner has identified some signs that scream "Red flag!" Here, she spills the predictors of whether a couple will live happily ever after or bite the dust.

1. The Bride Refuses to Let the Groom Choose the Cake

"Brides are almost always more interested in the minutiae of wedding planning than grooms are. But when I encounter a woman who refuses to relinquish any control to her fiancé, it doesn't bode well. I can think of a few instances in which the woman ruled the event with an iron fist and the couple ended up in divorce court a few years later. Basically, they weren't able to make decisions together."

Want the flip side to each of these signs? Read the complete article on Cosmo's official website.

2. The Groom Lets His Mom Call the Shots

"Most of my brides involve their moms in the planning process, and why wouldn't they? It's like having a second planner for free. But sometimes, grooms' mothers try to muscle in too, which is something I'll never understand. Not only is it inappropriate, but it's up to her son to tell her that."

3. The Bride Blows Half the Budget on Her Dress

"Weddings are pricier than ever, and money-related issues can cause a lot of undue tension. So when a bride goes behind her groom's back and splurges on a big-name dress or expensive flower arrangements, I start to get nervous. It's a huge sign that she doesn't respect him and refuses to compromise...and trust me, those tendencies don't disappear after she walks down the aisle. I have worked with tons of couples who fought viciously over the wedding budget and learned later that many of them continued to argue and eventually split."

4. The Bride Freaks Over the Groom's Bachelor Party

"I've seen some women wig out about the possibility of her guy having a boys' night at a strip club. One client of mine even threatened to leave her fiancé if he had a bachelor party. But my motto is: If you can't trust him, why the hell are you walking down the aisle?!"

Wondering how wild typical prewedding bashes can get? Read Cosmo's Confessions of a Bachelor Party Stripper.

5. The Bride and Groom Fight in Front of Me

"No matter how in love two people may be, planning a ceremony and reception is overwhelming and will no doubt cause a few tiffs. But warning bells immediately start ringing for me if the couple gets really heated with each other in my presence. Arguments are private, and dragging me into them shows that there is a lack of respect for each other and for their bond."

Ini adalah keratan dari Cosmopolitan.com, on Mon Jun 22, 2009 8:58am PDT untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

23.6.09

Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh cerai talak satu

SHAH ALAM 22 Jun – Ekoran tiada lagi persefahaman, rumah tangga yang dibina selama 22 tahun antara Pengerusi Proton Holdings Bhd., Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan isterinya, Datin Nik Yasmin Dianara Nik M.F. Kamil akhirnya terlerai hari ini.

Ijab kabul yang termeterai pada 11 Jun 1987 berakhir secara rasmi pada pukul 3.35 petang ini setelah Mohd. Nadzmi selaku plaintif menceraikan Nik Yasmin, 46, yang dinamakan sebagai defendan dengan lafaz talak satu.

Mohd. Nadzmi, 54, melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini di hadapan Hakim Syarie, Kamarulzaman Ali secara persetujuan bersama.

Pasangan tersebut yang bernikah di ibu negara dikurniakan enam orang anak.

Mohd. Nadzmi yang diwakili peguam syarie, Mohamad Nor Bahari mengemukakan permohonan tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai secara persetujuan bersama dengan kebenaran mahkamah.

Terdahulunya, Mohamad Nor menjelaskan bahawa disebabkan tiada persefahaman sejak beberapa bulan lalu, Mohd. Nadzmi sudah tidak tinggal bersama defendan selama sebulan lebih.

Untuk memastikan keadaan tersebut, Kamarulzaman bertanya sendiri kepada Nik Yasmin yang kemudiannya mengesahkan mereka sudah tinggal berasingan dan tiada hubungan kelamin dalam tempoh suci.

Nik Yasmin yang memakai jubah berwarna putih turut menyatakan persetujuannya terhadap permohonan dan alasan yang dikemukakan Mohd. Nadzmi untuk bercerai.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Badol bercerai

KUALA LUMPUR 22 Jun - ''Kita boleh menyayangi seseorang sebesar gunung tetapi masin dari sebutir garam mampu menghancurkan segalanya.''

Itu merupakan reaksi pelakon, A.R. Badul ketika ditanya sama ada dia masih mempunyai rasa sayang terhadap bekas isterinya, Muna Lisa Basir selepas selesai prosiding perceraiannya secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Dia juga nyata tersentuh dengan perceraian itu apabila dilihat mengesat air matanya berulang kali.

Pada prosiding yang dijalankan di kamar Hakim Syarie, Mohd. Yunos Mohamad Zin, Muna Lisa, 34, membayar RM1 kepada Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 60, sebagai tebus talak.

Pasangan itu yang berkenalan selama empat tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2001 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.

Perkahwinan Badul dengan Muna Lisa merupakan perkahwinan kali kelima buat pelakon dan pengarah filem Guru Badul dengan rumah tangga yang didirikan sebelum ini juga berakhir dengan penceraian.

Badul mempunyai tujuh orang anak hasil kesemua perkahwinannya.

Enggan mendedahkan punca sebenar yang membawa kepada penceraian tersebut, Badul sekadar memberitahu, berlaku sedikit pertengkaran dan dia telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan itu.

''Sebelum ini kami sudah pernah ke mahkamah apabila dia (bekas isteri) mendakwa saya telah melafazkan cerai sewaktu bertengkar tetapi saya betul-betul tidak ingat sama ada lafaz telah diucapkan. Tapi kemudiannya, kami berbaik semula.

''Kemudian, beberapa bulan lalu, berlaku sekali lagi pertengkaran dan dia sekali lagi menuntut cerai tetapi kali ini secara fasakh. Tetapi sementara menunggu di mahkamah, kami sempat berbincang dan sekali lagi memutuskan untuk tidak meneruskan proses fasakh itu. Bagi tebus talak ini pun, saya mengambil masa tiga bulan untuk memikirkannya,'' kata Badul.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menolak permohonan Muna Lisa untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai selepas Badul mengangkat sumpah istizhar bagi menyakinkan mahkamah bahawa dia tidak ingat semasa melafazkan cerai tersebut.

Menjawab pertanyaan mengenai tindakan untuk bercerai secara tebus talak, Badul yang juga anak kepada pelawak, A.R. Tompel dan abang kepada pelakon Adlin Aman Ramli, ia adalah sebagai 'pendinding' buat dirinya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Katanya, jika proses perceraian adalah seperti yang biasa dilakukan, dia khuatir akan dikenakan tindakan mahkamah sekiranya tidak mampu memenuhi perintah mahkamah.

Bagaimanapun Badul memberitahu, dia tetap akan memberikan nafkah bulanan kepada bekas isteri dan anaknya itu.

Ditanya adakah, dia serik untuk berkahwin lagi, Badul menjawab :''Kalau ada lelaki yang kata serik untuk berkahwin, maknanya dia bukan lelaki rasanya. Tetapi bagi saya, sekiranya seseorang itu ikhlas menerima saya sebegini, yang ada kekurangannya, maka saya akan terima.''

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

22.6.09

Pesta perkahwinan Rio Ferdinand bernilai £5 juta


FERDINAND dan Rebecca.

LONDON - Bintang kelab bola sepak Manchester United (MU), Rio Ferdinand membiayai majlis perkahwinannya yang dianggarkan melibatkan kos sehingga £5 juta (RM29.34 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Pemain itu sudah menempah resort bertaraf lima bintang di Kepulauan Caribbean bermula pada Rabu ini sehingga Isnin depan.

Ferdinand akan menginap di sebuah resort lain di atas sebuah bukit dengan kos £50,000 (RM292,404) seminggu.

Sambutan hari bahagia itu akan bermula esok apabila Ferdinand dan bakal isterinya, Rebecca Ellison akan terbang ke Pulau Peter di Caribbean dengan menaiki sebuah jet peribadi bersama anggota keluarga dan rakan terdekat.

Satu sumber memberitahu: "Rebecca tidak suka menjadi tumpuan ramai menyebabkan hari bahagia mereka tidak terikat dengan sebarang urusan perjanjian dengan majlis eksklusif.

"Ferdinand sudah membiayai semua kos perkahwinan."

Kos berjumlah £5 juta itu ialah sama dengan perbelanjaan perkahwinan seorang lagi bintang bola sepak kelab MU iaitu Wayne Rooney dengan isterinya. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Majlis perkahwinan terapung


FINNEGAN dan Fulmor meraikan majlis perkahwinan mereka dalam keadaan terapung.

NEW YORK - Sepasang pengantin iaitu Noah Fulmor dan Erin Finnegan mencipta sejarah apabila mereka berkahwin dalam pesawat Boeing yang memiliki kabin graviti sifar menyebabkan kedua-duanya terapung-apung, lapor sebuah akhbar semalam.

Perkahwinan itu berlangsung beberapa ribu meter dari ruang udara Teluk Mexico dengan pihak penganjur menyifatkannya sebagai majlis perkahwinan graviti sifar pertama di dunia.

Pasangan tersebut dan tetamu berada di dalam sebuah pesawat Boeing 727-200 milik syarikat ZERO-G yang direka khas untuk menghasilkan suasana graviti sifar seperti di angkasa lepas pada Sabtu lepas.


DUA kakitangan syarikat ZERO-G membantu Finnegan (dua dari kanan) dan Fulmor bercium di kabin graviti sifar.

Bagaimanapun, Fulmor mengaku dia mengalami masalah untuk mencium isterinya kerana tubuh mereka berada dalam keadaan terapung.

"Majlis perkahwinan ini lebih pelik daripada jangkaan asal," kata Finnegan.

Bagi menghasilkan pengalaman graviti sifar tanpa perlu ke angkasa lepas, pesawat berkenaan melakukan gerakan parabola dengan mendaki tinggi di angkasa sebelum menjunam beberapa kali. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

10 minit lepas bertunang terus berkahwin


JAMIE dan Gemma.

LORDSWOOD - Satu majlis perkahwinan diadakan 10 minit selepas seorang wanita, Gemma melamar kekasihnya, Jamie Crook, lapor sebuah akhbar semalam.

Crook terpinga-pinga apabila mendengar teman wanitanya yang berusia 29 tahun itu melamarnya di hadapan 180 orang tetamu baru-baru ini.

Dia langsung tidak menyangka sambutan hari jadinya yang ke-30 di sebuah dewan serba guna di Lordswood, Britain akan menjadi hari perkahwinannya.

"Anda sering berkata akan mengahwini saya dan malam ini adalah malam untuk membuktikannya. Anda mempunyai tempoh 10 minit manakala saya menyarung gaun perkahwinan," kata Gemma yang berdebar kerana bimbang lamarannya ditolak.

Bagaimanapun, wanita yang juga ibu kepada dua anak itu menarik nafas lega apabila Crook menerima lamaran tersebut dengan gembira.

Perkahwinan mengejut itu sebenarnya merupakan rancangan Gemma bersama rakan karibnya Zoe ketika mereka mengatur jamuan hari jadi Crook.

Mereka kemudian menempah tempat, pendaftar perkahwinan selain memilih pengiring pengantin lelaki dan perempuan dan jamuan tanpa memberitahu Crook. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Twitter

    follow me on Twitter

    Blog Archive


    Blogspot Template by Isnaini Dot Com