27/08/05

Remaja terlampau - Guna telefon sebar rakaman lucah

GAMBAR HIASAN: Ini bukan remaja terlampau, sebalik remaja contoh yang berakhlak mulia.
Oleh
Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Kecanggihan telefon bimbit yang mampu membuat rakaman video disalahgunakan remaja liar untuk merakam parti seks beramai-ramai sebelum disebarkan kepada rakan sebaya.

Kegiatan jijik itu terbukti apabila lebih 13 rakaman video parti seks liar menggunakan telefon bimbit membabitkan lebih 15 remaja lelaki dan enam perempuan tersebar meluas di kalangan pengguna telefon bimbit.

Lebih memalukan rakaman video yang dimuat turun itu didapati 100 peratus dilakonkan remaja Melayu yang tanpa segan silu meniru dan menggayakan perlakuan seks seperti filem lucah dari barat.

Antara tajuk rakaman video lucah yang tersebar meluas itu ialah Sentul, Bohsia Kena Paksa, Cikaro, Mat Rempit, Mek Kelantan 1 dan 2, Melayu Kita, Najwa Ampang dan Student KL.

Perlakuan luar biasa itu menimbulkan tanda tanya apabila kebanyakan pelakon video lucah terbabit seolah-olah berbangga dengan apa dilakukan mereka.

Ini dibuktikan apabila kebanyakan gadis yang dirakamkan dalam telefon bimbit itu merelakan wajah masing-masing dirakam ketika disetubuhi beramai-ramai.

Siasatan Harian Metro mendapati antara rakaman video telefon bimbit yang paling hangat diperkatakan klip video bertajuk ‘Sentul’ membabitkan perlakuan seks antara lima remaja lelaki dan seorang gadis belasan tahun.

Rakaman video itu dianggap memeranjatkan apabila gadis terbabit secara berseloroh bertanya adakah hanya ada lima lelaki sahaja yang ingin ‘melayannya’.

Kata-kata itu disambut gelak ketawa sambil seorang daripada remaja lelaki yang berada di lokasi penggambaran bertanya sama ada gadis itu mahukan 10 lelaki.

Gadis berkemeja-T biru itu merelakan semua lelaki itu menyetubuhinya manakala seorang lagi bertindak sebagai ‘jururakam’ video.

Rakaman selama hampir dua minit itu mendapati remaja lelaki yang menjadi pelakon utama cuba menghalang wajahnya daripada dikenali dengan menutup sebahagian muka menggunakan kemeja-T merah.

Sejurus selepas selesai memuaskan nafsu, seorang daripada remaja lelaki itu bersorak sambil berkata, “kami budak-budak jahat Bangsar telah berjaya membuat filem tut (lucah)”. Sementara itu, rakaman video bertajuk ‘Bohsia Kena Paksa’ memaparkan rakaman seorang gadis Melayu berusia belasan tahun ‘dilayan’ dua remaja lelaki serentak.

Dalam klip berkenaan kedengaran suara lelaki terbabit mengarahkan gadis tanpa seurat benang itu supaya membetulkan posisi tubuh serta mengeluarkan suara mengghairahkan ketika beraksi.

Turut menjadi rebutan adalah klip video aksi parti seks beramai-ramai sekumpulan remaja yang dipercayai ‘Mat Rempit’ bersama seorang gadis belasan tahun.

Riak wajah gadis berambut pendek terbabit jelas tidak menunjukkan sebarang rasa malu dengan merelakan tubuhnya digomol beramai-ramai.

Perlakuan seks beramai-ramai itu sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap keruntuhan moral di kalangan remaja selain sikap keterbukaan golongan ini terhadap seks bebas.

Malah, lambakan klip rakaman video lucah terbabit membuktikan semakin ramai remaja wanita dan lelaki Melayu sudah terlanjur selain tidak bimbang rakaman gambar mereka disebarkan meluas.

Tidak sekadar itu, beberapa klip video lain turut memaparkan pasangan remaja Melayu beraksi ‘hebat’ di ranjang bilik hotel mewah.

Antaranya klip video bertajuk “Mek Kelantan’ dan `Najwa Ampang’ yang memperlihatkan gadis ayu menjual maruah diri tanpa segan silu.

Sementara itu, seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi terkenal yang hanya mahu dikenali sebagai Syamsul, 25, mendakwa terkejut dengan kebanjiran klip gambar lucah itu yang kini dimilik kebanyakan pemilik telefon bimbit canggih.

Menurutnya, klip video lucah terbabit mudah dimuat turun melalui sistem sambungan Bluetooth tanpa membabitkan caj bayaran perkhidmatan.

“Saya turut menyimpan sebahagian daripada 10 klip video lucah terbabit selepas ditawarkan oleh rakan-rakan sejak awal bulan ini.

“Selepas mendengar dengan teliti, saya pasti semua pelakon dalam klip itu remaja Melayu tempatan berdasarkan kata-kata diucapkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Abdul Aziz Bulat, sebelum ini pernah memberi amaran individu yang menyimpan gambar lucah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurutnya, polis percaya kegiatan berkenaan akan menjadi ‘barah’ dalam masyarakat kerana mampu menyebabkan masalah seperti jenayah rogol dan sosial seperti bohsia serta bohjan berleluasa.

Beliau turut menasihatkan pengguna, terutama remaja yang ketagih perkhidmatan (muat turun bahan lucah) supaya menghentikan perbuatan itu sebelum dikenakan tindakan.

Malah peniaga yang menyediakan perkhidmatan muat turun gambar lucah turut berdepan tindakan undang-undang sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya melalui Rakan Cop di 03-21159999 bagi membanteras gejala ini. [METRO]

26/08/05

Berpada-pada mengenakan `tol' kerana bukan semua pengantin lelaki kaya

Saudara Pengarang,
SAYA terpanggil untuk menjawab keluhan hati Pengapit Tersepit dalam ruangan ini keluaran 24 Ogos lalu.

Saya turut simpati dengan suasana yang dialami oleh Pengapit Tersepit dan saya dapat bayangkan bagaimana situasi ketika itu. Walaupun saya anak Johor, tetapi saya rasa ini bukan satu adat (maaf sekiranya saya tersilap). Cuma sekadar suka-suka dan juga jumlah sebenarnya tidaklah semestinya dalam kadar yang banyak dalam setiap satu sampul surat.

Saya tidak tahu di tempat lain dalam negeri Johor, tetapi kalau di tempat saya, tidaklah `seteruk' yang dialami oleh saudara Pengapit Tersepit.

Untuk pengetahuan semua pembaca, pada 20 Ogos yang lalu, saya ke Perak kerana menghantar adik lelaki saya yang melangsungkan perkahwinan dengan orang Perak. Ketika mengarak pengantin, saya teringat akan `tol' ini dan menyatakan pada kakak ipar saya, kalau kena tol nanti, parah le sebab saya terlupa nak menyediakan `duit tol'.

Tapi alhamdulillah, kami tidak dikenakan sebarang tol. Terima kasih pada ibu bapa mertua adik saya dan penduduk kampung di sekitar pekan Lumut kerana pihak kami tidak dikenakan `tol' semasa majlis pernikahan dan persandingan adik lelaki saya pada 20 dan 21 yang lalu.

Oleh itu saya menyeru kepada keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan, berpada-padalah kalau hendak mengenakan `tol', tidak pasal-pasal nama tuan rumah menjadi sebutan dan kepada mak andam, janganlah lebih-lebih sangat. Fikirkan juga masalah orang lain. Walaupun zaman ini zaman wang, tidak semua yang datang itu `orang kaya'. - ANAK KAMPUNG, Segamat, Johor.

© UTUSAN MELAYU (M) BHD

25/08/05

Adat `tol' di Johor meriahkan suasana

Saudara Pengarang,
SIMPATI sungguh saya membaca luahan Pengapit Tersepit dalam forum 24 Ogos 2005. Sebagai anak jati Johor, saya ingin memberi sedikit pendapat dan penjelasan tentang adat `tol' di Johor, supaya tidak timbul sebarang tanggapan negatif tentang adat ini dan keseluruhan rakyat Johor.

Adat tol hanyalah salah satu adat untuk memeriahkan sesuatu majlis perkahwinan. Adat ini telah wujud sejak sekian lama, malah saya berani katakan dari zaman datuk nenek kami lagi.

Dan sehingga ini kebanyakan majlis perkahwinan adat Johor masih mengamalkan adat ini kerana biasanya ia mengundang suasana kemeriahan dengan pelbagai usik mengusik.

Dalam keluarga saya, semua saudara perempuan dikahwini orang luar Johor. Semuanya kena bayar tol. Tetapi, kami memberitahu pihak lelaki, sediakan sampul wang berisi 20 sen sahaja, untuk semua tol, kecuali untuk mak andam, sediakanlah lebih sedikit, tapi tak perlu mencecah sampai RM50.

Kerana kami tidak mahu menyusahkan keluarga lelaki dan tidak mahu memalukan sesiapa, kerana sekiranya keluarga lelaki berasa malu, keluarga perempuanlah yang akhirnya terlebih malu kerana menyusahkan keluarga besan mereka.

Dan jadilah tol itu hanya berisi duit syiling 20 sen setiap satu sampul, dan biasanya jumlah ketiga-tiga tol itu tidak sampai dipenuhi 30 orang.

Biasanya suasana sewaktu tol ini hingar-bingar dan penuh meriah sekali. Bagi sesetengah keadaan kemungkinan bagi keluarga yang berada sedikit di mana tol yang hendak diberi adalah lebih sedikit nilainya, biasanya tuan rumah, iaitu keluarga pengantin perempuan bertindak bijak dan bertimbang rasa dengan merancang supaya hanya beberapa individu sahaja yang `ditugaskan' menjadi juru tol, dan bukannya membiarkan suasana spontan dikuasai oleh segala makcik-pakcik, ipar-duai, jiran tetangga dan tok ngah mak ngah beratur berebut-rebut mengharap duit tol.

Bagi keadaan begini, tuan rumah juga mengingatkan mak andam supaya jangan meletak harga berlebih-lebihan kerana keluarga perempuan sendiri sudah membayar khidmat mak andam.

Jadi segalanya terkawal, tidak berlebih-lebihan dan tertib, tetapi masih dirasai kemeriahan dan keseronokannya.

Saya rasa apa yang dialami oleh Pengapit Tersepit adalah salah satu kes terpencil. Kemungkinan ia pernah dialami juga oleh keluarga lain.

Bagaimanapun, ia berlaku kerana adat itu tidak dirancang dan dikawal. Tujuan asal untuk menerbitkan kemeriahan dan keseronokan menjadi sebaliknya. - CIK DAH, Petaling Jaya, Selangor.


© UTUSAN MELAYU (M) BHD.

Azmi sahkan akan kahwini Normala Shamsudin

Gambar: MetroOleh: RAJA LUVENA SHARIFUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid hari ini mengesahkan beliau akan berkahwin dengan bekas personaliti popular TV3, Normala Shamsudin.

Azmi, 64, berkata, beliau telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman dudanya dan memilih Normala, 41, sebagai pasangan hidupnya.

``Saya membuat keputusan untuk mengambil Normala sebagai isteri. Kami secocok dalam banyak aspek,'' katanya secara eksklusif kepada Utusan Malaysia di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Azmi, beliau telah memohon keizinan dan restu daripada bapa Normala, seorang peneroka Felda, untuk mengahwini anaknya dalam satu pertemuan di Johor Bahru minggu lalu.

Beliau menambah, perkara itu telah turut dimaklumkan kepada ahli-ahli keluarganya sendiri.

``Selama ini saya mendiamkan diri untuk menjaga hati semua pihak, khususnya anak-anak dan keluarga terdekat.

``Malangnya, lebih lama saya mendiamkan diri lebih banyak spekulasi dan gosip liar yang keluar.

``Oleh itu, kerana perkara ini menyentuh perkara yang baik, saya rasa elok ia diperjelaskan,'' katanya.

Menurut beliau, beberapa tarikh bagi melangsungkan pernikahan telah ditetapkan namun ia terpaksa ditunda atas sebab-sebab tugasan.

``Setakat ini saya masih belum membuat keputusan (bila tarikhnya), tetapi ia tidak akan mengambil masa terlalu lama kerana dalam keadaan umur saya, tiap-tiap hari dan tiap-tiap bulan merupakan satu bonus,'' katanya.

Beliau berkata, majlis perkahwinan akan dilangsungkan secara kecil-kecilan.

Azmi memberitahu, antara aspek yang menyebabkan beliau tertarik kepada personaliti itu adalah persamaan yang mereka kongsi dalam banyak perkara.

Apabila ditanya bilakah beliau mula jatuh cinta dengan Normala yang pernah mendapat jolokan wanita Melayu tercantik, beliau menjawab:

``Saya berpendapat, cinta itu akan wujud hanya selepas pasangan itu berkahwin dan hidup bersama.''

Katanya lagi, soal jodoh dan pertemuan adalah ketetapan Allah.

Azmi menjadi duda setelah isteri beliau, Datin Yasmin Abdullah, 62, meninggal dunia akibat leukemia, Mac lalu.

24/08/05

Adat `tol' menyusahkan pengantin

Saudara Pengarang,
PADA 20 Ogos lepas, saya bersama rombongan keluarga saya dari Kampar, Perak tiba di kawasan rumah pengantin perempuan di Pagoh.

Inilah kali pertama jodoh salah seorang daripada keluarga kami dengan orang Johor.

Pengantin perempuan mengingatkan kontijen lelaki bahawa kami akan melalui tiga `tol' sebelum pengantin lelaki dibenarkan bersanding.

Setibanya di kawasan rumah pengantin kami disambut oleh tol yang pertama, iaitu oleh sekumpulan kanak-kanak

Pengantin perempuan berpesan supaya memberi hanya sampul berisi wang seringgit untuk 20 orang. Pihak kami hanya menyediakan sampul untuk tol pertama sebanyak 20 keping sahaja tetapi sebenarnya pihak kami telah dikerumuni oleh hampir 35-40 orang kanak-kanak.

Terpaksalah ayah pengantin lelaki mencari sampul yang mana ada dalam kereta untuk yang selebihnya. Selesai tol pertama. Selang beberapa langkah, kami tiba pula di pintu masuk rumah pengantin perempuan untuk tol kedua. Pengantin perempuan berpesan beri hanya sampul berisi wang RM5 untuk sekitar 10 orang. Kami disambut pula oleh makcik-pakciknya, ipar duainya dan orang-orang kampung yang berpusu-pusu menadah tangan memungut tol.

Saya rasa ada dalam 25 orang agaknya. Sekali lagi pakcik saya ``berpeluh''. Kelam kabut kami dibuatnya kerana selagi tak selesai bayaran dibuat kami dihalang masuk ke rumah. Terpaksalah kami anak-beranak mengumpul yang mana ada untuk selesaikan tol yang kedua. Pada masa ini ada di antara wakil kami yang jadi kecoh dan mengeluh.

Kami dibenarkan masuk ke rumah akhirnya setelah bayaran diselesaikan. Setibanya di pelamin kami bertemu pula dengan tol yang terakhir. Tol ini harus diuruskan oleh saya yang bertindak selaku pengapit kepada mak andam.

Pengantin perempuan berpesan beri hanya sampul berisi wang RM20 yang diisi dalam sekeping sampul.

Inilah tol paling ``istimewa''. Dengan nada yang kuat berbaur gurauan kononnya, mak andam memberitahu saya kalau tak selesai tol yang terakhir ini tak merasa bersandinglah pengantin lelaki.

Saya menghulurkan sampul berisi RM20 kepadanya. Mak andam membelek sampul kemudian memberitahu ``Ini tak cukup ni...tambah lagi..'' ucapan mak andam mengundang gelak ketawa tetamu di dalam rumah.

Pihak kami malu alah. Kini giliran saya pula ``berpeluh''. Saya sebagai pengapit mana la ada bawa duit lebih. Saya jeling pengantin lelaki yang sudah merah padam mukanya. Datang ibu saya dari belakang memberikan sekeping lagi sampul kepada saya lalu diserahkan kepada mak andam.

Mak andam membelek lagi sampul kemudian berkata, ``Alahai..sekeping je...duit merah pulak tu..'' Ucapan mak andam benar-benar mengejutkan kami semua.

Pengantin lelaki yang saya rasa meluat dengan kerenah mak andam terus bersila di tangga pengantin! Selang beberapa minit si mak andam masih berkeras menunggu `tol' tambahan dan tidak mahu berganjak dari kerusi pengantin. Keadaan menjadi semakin gamat.

Setelah dijeling oleh bapa pengantin perempuan barulah mak andam beredar. Itupun setelah saya lihat pengantin perempuan mengalirkan air mata.


Pengantin lelaki hanyalah bekerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang elektronik di Ipoh. Ayahnya seorang pesara tentera.

Bajet untuk belanja yang bukan-bukan memang tak cukup.

Dengan wang hantaran, barang hantaran, sewa pelamin, pakaian, kenduri kendara, khemah, kad jemputan, pengangkutan, sewa hotel dan sebagainya,

Perbelanjaan keseluruhannya paling kurang pun mencecah RM15,000. - PENGAPIT TERSEPIT, Petaling Jaya, Selangor.

© UTUSAN MELAYU (M) BHD.

23/08/05

Fiza - Pilih pengedar kereta mewah bakal suami


Oleh WANDA IDRIS
Fiza dan Farriq bakal ke jenjang pelamin Disember ini.


JIKA jodoh, tidak ke mana... Itulah yang berlaku kepada hubungan cinta anggota kumpulan Elite, Fiza dan Ahmed Farriq Zainul Abidin, seorang ahli perniagaan muda; pengedar kereta mewah dan kontraktor.

Setelah empat tahun menjalinkan hubungan cinta dan pernah pula terputus hubungan kasih sebanyak tiga kali, akhirnya pasangan ini mengambil keputusan menyimpul tali pertunangan pada 20 Ogos lalu.

Nyata cinta mereka utuh walaupun sepanjang berkawan timbul pelbagai gosip liar yang mengaitkan Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 24, dengan beberapa artis lelaki popular tanah air.

``Tapi cinta kami on and off bukan kerana gosip-gosip itu.'' Demikian kata tunangan Fiza yang mesra dipanggil Farriq, 25, kepada Mega.

Malah Fiza sendiri menegaskan, keputusan mereka untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga Disember ini adalah kerana masing-masing sudah bersedia memikul tanggungjawab dan komitmen dalam sebuah hubungan.

``Fiza akui Farriq seorang yang baik hati, bertanggungjawab dan banyak membantu Fiza terutama ketika Fiza dalam kesusahan.

``Fiza tak nafikan menyayangi Farriq dan dia pula sentiasa berada di sisi, saat Fiza memerlukan seseorang.

``Walaupun cinta kami putus kali ketiga tapi nampaknya kami tetap bersama. Jadi Fiza dan Farriq percaya, cinta kami kuat.

``Dan apabila cinta itu kembali bertaut pada awal tahun lalu, Fiza katakan kepadanya, kalau betul-betul sayang, kita kahwin saja.

``Dia bersetuju dan kemudian masuk meminang. Kami pilih Ogos bersempena sambutan hari lahir Fiza yang jatuh bulan ini,'' kata Fiza yang manis mengenakan pakaian berwarna merah jambu hasil rekaan Man Kajang.

Rindukan senyuman Fiza

Farriq yang mengenakan pakaian warna sedondon dengan tunangannya itu pula memberitahu, sekalipun hubungan mereka sering putus, dia kemudiannya menyedari Fiza adalah pilihannya.

Apalagi sikap Fiza yang amat memahami dan tidak pernah mengongkong dirinya membuatkan Farriq amat menyenangi Fiza.

``Malah saya sering rindukan senyuman manjanya,'' tambahnya.

Menurut Farriq, dia bukannya tidak mahukan komitmen dalam sebuah hubungan, namun pada awal perkenalan mereka, usianya masih terlalu muda.

Apalagi katanya, kebanyakan teman-temannya juga masih belum mendirikan rumah tangga.

``Saya sendiri belum mampu berfikir secara matang ketika itu, apalagi untuk mempunyai komitmen.

``Kini saya sudah bersedia apalagi kebanyakan kawan-kawan saya juga sudah berkahwin dan ada yang sudah memiliki cahaya mata,'' jelas jejaka berkulit cerah, berwajah comel dan memiliki senyuman yang manis itu.

Dengan restu keluarga

Mengenali Fiza menerusi sepupunya, kata Farriq, walaupun pihak media tidak dapat mengesan kisah percintaan mereka namun kedua-dua keluarga mengetahui hubungan masing-masing.

``Apabila kenal Fiza, kami terus berkawan. Mulanya saya tidak tahu Fiza seorang artis sehinggalah diberitahu oleh sepupu saya itu.

``Saya senang menjalinkan hubungan dengan dia. Walaupun banyak gosip timbul, tapi saya tidak kisah, itu adalah kerjanya.

``Bagi saya, dia bebas berbuat apa sahaja yang melibatkan kerja dia. Begitu juga dengan saya.

``Kisah cinta kami tanpa publisiti tetapi bagi saya itu lebih baik kerana hanya dia yang terlibat dalam showbiz.

``Apa yang lebih penting ialah ibu bapa kami mengetahui hubungan kami dan merestuinya,'' jelas Farriq.

Rahsiakan wang hantaran

Sekalipun majlis pertunangan Fiza yang berlangsung di kediaman sepupunya di Sungai Long, Cheras, Kuala Lumpur diadakan secara sederhana namun kemeriahannya tetap terasa.

Kira-kira 150 tetamu hadir memeriahkan majlis pertunangan itu termasuk ibu bapa Farid, Rohani Khan dan Zainul Abidin Mohd. Nur dan ibu bapa Fiza, Siti Rohani Omar dan Abdul Halim Abdul Aziz.

Bagaimanapun, ditanya berapakah wang hantaran yang bakal diberikan oleh Farriq kepada Fiza, pantas pasangan itu menjawab surprise!.

Dan sememangnya ia masih dirundingkan ketika upacara meminang dan bertunang yang dilangsungkan dengan diwakili bapa saudara masing-masing.

Hanya barangan hantaran diserahkan. Fiza menyerahkan tujuh dulang hantaran yang bertemakan merah jambu manakala dibalas lima oleh Farriq.

Dihiasi pelamin kecil di ruang tamu rumah, ibu Farriq, Rohani Khan menyarungkan cincin pertunangan daripada emas putih bertatah sebutir permata bernilai RM8,000 di tangan bakal menantunya itu.

Pada majlis itu juga, Fiza menyarungkan sebentuk cincin emas putih bertatah enam batu pertama ke jari manis tunangnya.

Mengenai majlis perkahwinannya pula, kata Fiza dan Farriq, mereka akan mengadakannya di Kuala Lumpur.

``Malah dengan bantuan Farriq, Fiza juga sudah membeli sebuah rumah di kawasan Cheras dan bulan depan, seluruh keluarga Fiza akan berpindah ke sini dari Pulau Pinang untuk tinggal bersama-sama Fiza,'' ujarnya.

Sementara itu Farriq berkata, dia merancang untuk mengadakan majlis pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan manakala majlis resepsinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

22/08/05

Perkawinan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah - Azrinaz Mazhar Hakim

Edisi Nasional: Simpan rahsia
Oleh Meor Riduwan Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Majlis perkahwinan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, 58, yang berlangsung di ibu kota kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu, bukan saja diadakan secara tertutup, malah dengan kawalan keselamatan dan kerahsiaan cukup ketat.

Sumber berkata, langkah berjaga-jaga diambil turut meliputi arahan tidak memberi sebarang komen atau menceritakan majlis pernikahan itu membabitkan ahli keluarga dan kenalan kedua-dua pihak.

Malahan katanya, tetamu yang dijemput menyaksikan majlis itu dilarang membawa sebarang alat perakam gambar seperti kamera dan mereka diperiksa dengan teliti sebelum dibenarkan memasuki ruang majlis akad nikah.

Menurut sumber itu, walaupun membawa kamera video, dia terpaksa melupakan hasrat untuk merakamkan gambar majlis yang paling istimewa kerana membabitkan pemerintah Brunei yang pernah dipilih sebagai lelaki paling kaya di dunia dengan aset mencecah AS$40 bilion (RM148 bilion) pada 1997.

Sementara itu tinjauan Harian Metro di kediaman bekas personaliti TV3 itu di sini malam tadi mendapati, keadaan rumah keluarganya sunyi sepi biarpun lampu luar dan dalamnya terpasang, namun tiada sesiapa menyahut apabila dipanggil.

Seorang jiran berbangsa Melayu yang ditemui berkata, dia tidak menyangka, gadis manis pemegang Diploma Penyiaran daripada Institut Media Integrasi Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 itu akan berkahwin dengan Sultan Brunei.

Tambahan pula, beliau sekeluarga hanya dijemput untuk hadir tanpa dimaklumkan mengenai pasangan pengantin wanita itu.

“Keluarga Azrinaz hanya menjemput kami sekeluarga hadir di majlis itu dan mengatakan tengoklah nanti,” katanya yang turut diamanahkan mengawasi rumah jirannya itu.

Isteri beliau pula menyifatkan Azrinaz yang mula bertugas sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada 1999 sebagai amat bertuah.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga jirannya itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan Azrinaz penerima anugerah Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei lalu dengan alasan mahu menceburi bidang lain.

Berikutan itu, timbul desas-desus mengenai perhubungan antara beliau dan Sultan Hassanal sehinggalah pasangan itu selamat diijabkabulkan.

Bagi pengacara yang sinonim dengan ‘tagline’ Mat Cermin, Aziz Desa berkata dia terperanjat mendengar perkhabaran itu kerana tidak menyangka Azrinaz mengakhiri zaman bujang dengan Sultan Hassanal Bolkiah.

“Kami berdua memang rapat dan sering berbincang mengenai kerjaya malahan saya sendiri menganggap dia sebagai adik sendiri,” katanya.

Bekas pengacara Majalah 3 yang kini bertukar angin sebagai pembaca berita Buletin Utama, Norazlina Redzuan mengakui perkahwinan Azrinaz itu tidak mengejutkannya.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

21/08/05

Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim ijab kabul


KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 58, dalam satu majlis tertutup di ibu kota, malam tadi.

Seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan memberitahu Berita Minggu, majlis akad nikah berlangsung kira-kira jam 8.30 malam dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei lalu dengan alasan untuk menceburi bidang lain. Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.

Pernikahan Azrinaz yang sering tampil dalam segmen Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30, menjawab teka-teki yang selama ini bertiup kencang.

Pada Februari 2003, Sultan Hassanal Bolkiah bercerai dengan isteri keduanya, bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz dan memerintahkan semua gelaran diraja ditarik balik.

Satu pengumuman diraja mengenainya dibuat oleh televisyen negara itu tetapi tidak memberikan sebab perceraian itu walaupun ada khabar angin mengatakan berlaku keretakan dalam rumah tangga baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini Mariam Abdul Aziz, atau nama asalnya Mariam Bell, wanita kacukan Brunei, Jepun dan Scotland pada 28 Oktober 1981 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Putera Abdul Azim, Putera Abdul Mateen, Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah dan Puteri Fadzilah Lubabul Bolqiah.

14/08/05

Maruah anak teruna turut dijaga

KUALA LUMPUR: Menjaga maruah diri yang sering dikaitkan dengan anak dara perlu diperluaskan kepada anak teruna supaya usaha mengekang gejala seks luar nikah di kalangan golongan itu berhasil.

Ini kerana, perlakuan songsang golongan itu biasanya berlaku apabila wujud ‘kerjasama’ antara kedua-dua pihak, iaitu si teruna dan si dara.

Setiausaha Agung Majlis Kajian Pembangunan Belia Malaysia (Myreds), Mohd Ridwan Kamarulzaman, berkata budaya terlalu mementingkan penjagaan anak dara di kalangan masyarakat perlu diubah kerana anak teruna juga menyumbang kepada pelbagai perlakuan sosial negatif, termasuk hubungan seks luar nikah.

Katanya, jika hanya mementingkan penjagaan ‘anak dara’, secara tidak langsung ‘anak teruna’ akan terlepas daripada pemerhatian, menyebabkan mereka berasa bebas melakukan apa saja.

“Peribahasa ada menyebut, ‘jaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga lembu sekandang’. Jika zaman dulu mungkin ia boleh diguna pakai, tetapi hari ini ibu bapa perlu lebih rasional dalam memastikan anak mereka mampu menjauhi perlakuan yang menjurus kepada gejala sosial, seperti hubungan seks luar nikah.

“Memang anak perempuan perlu diberi perhatian, tetapi pada masa sama, anak lelaki juga perlu diberi perhatian kerana pada zaman ini kelekaan memberi tumpuan pada satu jantina saja berisiko membawa kepada kemudaratan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, baru-baru ini yang bercadang memperkenalkan kempen ‘menjaga dara dan teruna’ jika dirasakan perlu.

Kempen itu bertujuan memberi pendedahan mengenai penjagaan maruah diri, menanam nilai murni dan keagamaan bagi remaja.

Shahrizat berkata, perbincangan mengenai perlunya mengadakan kempen itu membabitkan beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ibu bapa.

Katanya, kempen itu harus dilakukan serentak kerana gejala sosial berlaku ke atas kedua-dua golongan dan bukan ke atas gadis saja.

Ridwan berkata, Myreds menyokong penuh cadangan itu dan berharap ia dilaksanakan segera, dengan tumpuan awal diberikan kepada pelajar sekolah rendah.

“Jika hendak membanteras perlakuan seks bebas di kalangan remaja, ia hendaklah dimulakan dari akar umbi.

“Dalam hal ini, pelajar sekolah rendah adalah golongan sasaran paling sesuai diberi pendedahan awal mengenai pentingnya menjaga maruah diri,” katanya.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

Nikmat bertukar jadi bencana

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun atau remaja yang terbabit dalam kegiatan seks haram dengan tujuan berseronok mungkin tidak menduga nikmat yang diperoleh akan bertukar bencana.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, berkata golongan itu terdedah kepada penyakit kerana kebanyakan mereka hanya memberi tumpuan kepada HIV dan Aids.

“Golongan itu mungkin tidak tahu, banyak lagi penyakit boleh diperoleh melalui hubungan seks haram.

“Mereka mungkin tidak tahu apa itu gonorea dan sifilis. Lebih membimbangkan, mereka biasanya mengadakan hubungan seks dengan pasangan dikenali, menyebabkan mereka ‘rela’ tidak memakai kondom, walaupun tidak tahu latar belakang sebenar pasangan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Ismail berkata, golongan itu hari ini semakin berani mencuba melakukan hubungan seks.

Sementara itu, Pakar psikiatri, Prof Dr Mohamad Hussain Habil, berkata mereka yang melakukan hubungan seks sebelum berkahwin akan berdepan masalah hubungan seksual apabila mendirikan rumah tangga.

Katanya, selain menimbulkan ketidakpuasan hati pasangan, perasaan bersalah mengenai kegiatan masa silam akan menghantui mereka.

“Masalah selepas berkahwin akan wujud dan akan menjadi punca pergaduhan, seterusnya menimbulkan masalah rumah tangga.

“Untuk mengatasinya, pasangan perlu mendapatkan kaunseling atau menjalani terapi bagi meredakan konflik supaya sejarah lama tidak mempengaruhi hubungan,” katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Psikiatrik Malaysia.

Beliau berkata, yang penting, remaja khususnya perlu mengelak terjebak dan mengikut hawa nafsu sehingga sanggup menggadai diri demi kenikmatan sementara.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

Hubungan seks luar nikah di Malaysia

Trend serah tubuh
Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Menyerahkan tubuh kepada kekasih atau melakukan hubungan seks luar nikah seolah-olah menjadi trend di kalangan remaja negara ini, malah ada yang melakukannya seawal usia 12 tahun.

Fakta itu berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan sepanjang 12 bulan bermula 2003 hingga tahun lalu membabitkan 18,805 responden yang berusia antara 12 dan 60 tahun, dengan majoritinya berbangsa Melayu.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 hingga 20 tahun paling aktif melakukan hubungan seks.

“Bagaimanapun, secara purata rakyat negara ini melakukan hubungan seks buat kali pertama pada usia 23 tahun,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18,805 responden, 73 peratus (13,691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 peratus (1,361) pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

Katanya, jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5,114, dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan seks.

“Ini bermakna 1,809 (9.6 peratus) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin,” katanya.

Dr Rampal berkata, 38 daripada 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan seks mengaku kali pertama melakukannya pada usia 12 dan 15 tahun, manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.

Mengulas perkembangan itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu diberi perhatian serius, terutama oleh ibu bapa.

“Perkara ini tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya ibu bapa dan seluruh masyarakat perlu beri perhatian serius. Malah, kalau perlu, hari ini kita kena jaga tepi kain orang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya, kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan seks.

“Di laman web saya, banyak soalan dikemukakan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan.

“Antaranya, bolehkah seseorang mengandung jika melakukan seks di luar tabii (liwat),” katanya.

Sementara itu, Dr Rampal berkata, kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada dua topik utama, iaitu mengkaji pemahaman masyarakat mengenai penyakit jantung dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV, termasuk sejarah atau kehidupan seksual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10,599 orang, Cina (3,875), India (2104), Bumiputera Sabah (1302), Bumiputera Sarawak (692) dan lain-lain (233).

Beliau berkata, pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), pegawai Kementerian Kesihatan, 22 graduan pelbagai universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh negara.

“Responden dipilih secara rawak melalui maklumat daripada Jabatan Statistik Malaysia.

“Selain sesi soal jawab dijalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif,” katanya.

Dr Rampal berkata, hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan diambil dan selepas tiga tahun, penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat sama ada wujud perubahan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan mereka yang melakukan hubungan seks supaya menggunakan kondom bagi mengelak penyebaran wabak HIV jika seseorang itu kerap bertukar pasangan, terutama dengan pelacur.

“Sebenarnya semua agama melarang melakukan hubungan seks sebelum berkahwin tetapi jika ia terus berlaku, kondom adalah langkah terbaik, selain setiap pasangan perlu menjalani ujian HIV sebelum berkahwin atau mengadakan seks,” katanya.

28/07/05

Anak Shaikh Dawood tuntut harta pusaka RM1 bilion

Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 27 Julai - Anak sulung isteri keempat seorang ahli perniagaan terkenal, Allahyarham Datuk Shaikh Dawood @ A.S. Dawood Abdul Razak mengemukakan tuntutan harta pusaka melibatkan aset syarikat dan hartanah yang dianggarkan bernilai RM1,000 juta atau RM1 bilion.

Ini merupakan kes tuntutan harta persendirian yang terbesar pernah didengar oleh mana-mana mahkamah di negara ini.

Kes tuntutan harta pusaka itu mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang didengar di hadapan Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid.

Abdul Ravuff A.S Dawood, 53, membuat tuntutan itu terhadap Syarikat Pasla Holdings Sdn. Bhd., dan 23 defendan terdiri daripada isteri pertama, kedua, ketiga dan keempat bapanya serta 19 adik beradiknya.

Empat isteri Allahyarham ialah Datin Patama @ Amajibibi Daud Sah, Ammena Beevi (meninggal), Maimoon Beevi dan Aisha Beevi.

Keluarga Ammena dan Aisha kini menetap di India, manakala Patama dan Maimoon tinggal di Seremban.

Shaikh Dawood yang lebih dikenali sebagai Datuk A.S. Dawood meninggal dunia pada 3 April 1989 dengan mempunyai senarai harta iaitu 540,000 unit saham Pasla Holdings dan tanah seluas 99.55 hektar di Labu, Negeri Sembilan.

Pasla Holdings menjalankan perniagaan pengurup wang, perhotelan, pembinaan dan membekal makanan di kem-kem tentera. Bagaimanapun perniagaan syarikat itu dikatakan bergerak perlahan setelah tuntutan harta pusaka ini dikemukakan di mahkamah.

Pada perbicaraan hari ini, Abdul Ravuff mendakwa bahawa saham sebanyak 540,000 unit milik bapanya dalam syarikat berkenaan tidak pernah dibahagikan seperti yang dinyatakan dalam satu surat perjanjian yang dibuat sebelum bapanya meninggal.

Dia menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Dr. Mohd. Rafie Mohd. Shafie.

Abdul Ravuff yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, dia bersama dua orang adik beradiknya tidak pernah dilantik sebagai pengarah Pasla Holdings seperti yang diwasiatkan dalam perjanjian tersebut.

Terdahulu, Abdul Ravuff mendakwa bahawa seorang abang yang dinamakan defendan ketiga, Dr. Abd. Rahman A.S. Dawood mengawal kesemua dokumen syarikat dan tidak membenarkannya mendapatkan dokumen tersebut walaupun dia merupakan salah seorang pemegang saham syarikat.

Selain itu, Abdul Ravuff mendakwa bahawa bapanya pernah menandatangani borang pindah milik saham yang kosong dan tidak bertarikh sebelum meninggal dunia dan berada dalam simpanan isteri pertama (Patama).

Dalam tuntutan itu, Pasla Holdings dan isteri pertama hingga ketiga serta anak-anak mereka yang dinamakan sebagai defendan diwakili oleh dua peguam syarie Zuri Zabuddin Budiman dan Syumaimah Jaya @ Yahaya.

Sementara itu, enam defendan lagi yang merupakan isteri keempat (ibu Abdul Ravuff) dan lima anaknya bagaimanapun bersetuju dengan tuntutan itu.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 24 Disember 1997, Abdul Ravuff memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya segala harta di bawah nama Pasla Holdings dan tanah di Labu, Negeri Sembilan seluas 99.55 hektar diisytiharkan sebagai harta pusaka.

Beliau juga memohon agar pindah milik saham sebanyak 540,000 unit kepada isteri pertama adalah tidak sah dari segi undang-undang kerana wujud unsur syubhah dan penipuan dari borang penukaran penama saham.

Di samping itu, Abdul Ravuff memohon kesemua harta peninggalan Allahyarham bapanya difaraidkan dan diagih mengikut hukum syarak kepada empat isteri dan 20 orang anak.

Abdul Ravuff juga menuntut agar tanah di Labu dijual dan dibahagikan mengikut faraid serta membenarkan Pendaftar atau Pentadbir Tanah Negeri Sembilan memindah milik hartanah tersebut kepada pembeli atau waris mengikut hukum dan syarak.

Perbicaraan bersambung esok.

21/07/05

Pengantin Melayu Riau


Pernikahan Nunu Mahnun, S. Ag dengan Sariani, SH (Putri Bpk Bukhrani Harun, SH, Sekwan DPRD Kota Pekanbaru) diselenggarakan menurut adat Melayu Riau.

18/07/05

Risiko hadapi jangkitan jika proses kelahiran terlalu lama

Anda tanya Doktor Jawab: Risiko hadapi jangkitan jika proses kelahiran terlalu lama
Bersama Dr Fauziah Mohd Hassan

SAYA telah melahirkan anak pertama melalui pembedahan caesarian kerana tulang punggung saya kecil. Malangnya jahitan saya terbuka dan bernanah hingga terpaksa dijahit semula. Sekarang saya hamil untuk kali kedua dan doktor memberitahu bahawa kelahiran ini juga akan dilakukan secara pembedahan. Saya berasa amat takut jika jahitan pada kali ini juga akan bernanah. Bagaimana boleh saya lakukan untuk mengelak daripada berulang.

IBU RUNSING,
Kuala Terengganu

KAJIAN menunjukkan bahawa kadar jangkitan selepas pembedahan adalah sebanyak satu hingga lima peratus. Keadaan ini bermakna dalam 100 orang yang dibedah, mungkin lima saja mendapat luka bernanah.

Kajian menunjukkan bahawa vitamin C memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kollagen dan parut. Didapati pesakit yang mempunyai kekurangan vitamin C dalam badan mengalami permasalahan kekuatan parut seperti pecah atau hampir pecah (dehiscence) lapan kali ganda daripada mereka yang cukup zat vitamin ini. Oleh itu amat penting bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak atau pun mereka yang dibedah, diberikan zat vitamin C ini dengan secukupnya.

Kumpulan makanan yang mengandungi banyak zat ini adalah daripada kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan. Adalah tidak adil dan tidak tepat jika ibu-ibu dan pesakit-pesakit ini dihalang daripada mengambil makanan daripada kumpulan ini hanya kerana kononnya dipercayai makanan-makanan ini “sejuk “ dan “berangin”. Ibu-ibu atau pesakit yang dibedah boleh juga diberikan pil vitamin C untuk memastikan zat ini cukup dan memastikan parut yang terbentuk adalah kuat. Jangan lupa selain zat vitamin C, kumpulan makanan ini juga mempunyai kadar serat yang tinggi yang boleh menghindar seseorang daripada sembelit.

ZatR11;zat lain juga diperlukan dalam melancarkan proses penyembuhan selepas dibedah. Karbohidrat diperlukan untuk pembentukan (proliferation) sel. Lemak diperlukan untuk membrane sel. Protin (asid amino) sangat diperlukan untuk pembentukan (synthesis) dan juga penyembuhan (repair) tisu. Parut menjadi lemah dan mudah pecah bagi mereka yang tidak cukup zat dalam pemakanannya jika dibandingkan parut pesakit yang mengambil zat pemakanan yang cukup. Oleh itu, amat penting bagi ibu-ibu yang baru bersalin, apatah lagi jika melalui pembedahan untuk melahirkan anak, untuk tidak dinafikan daripada pengambilan makanan yang mengandungi banyak zat protein. Protein didapati dalam daging, ayam, telur, ikan, susu dan kekacang.

Adalah tidak tepat sangkaan pengambilan makanan seperti telur ayam akan menyebabkan luka bernanah. Banyak faktor lain yang menjadikan parut bernanah dan bukan hanya faktor makanan saja seperti yang tertulis di atas.

Pesakit kencing manis perlu mengawal kadar gula dalam darah untuk memastikan luka tidak bernanah. Salah satu faktor jangkitan pada luka bernanah adalah kencing manis yang tidak terkawal.

Dalam kes pembedahan caesarian kedua ini, kemungkinan besar puan akan diberikan tarikh untuk pembedahan iaitu pembedahan dibuat secara elektif. Kadar jangkitan dalam kes pembedahan elektif adalah kurang daripada dalam kes pembedahan secara kecemasan. Pastikan pemakanan dan kesihatan puan berada pada tahap optimum sebelum pembedahan.

Kadar haemoglobin puan pula hendaklah pada tahap normal dan puan tidak mengalami masalah kekurangan darah. Insya-Allah kita doakan agar pembedahan kali ini akan berlaku dengan lancar dan begitu juga luka pembedahan akan sembuh dengan baik.

FAKTA

Langkah mengurangkan kadar jangkitan selepas pembedahan

Penggunaan antibiotik sebelum pembedahan (antibiotic prophylaxis). Kajian menunjukkan bahawa penggunaan antibiotik menurunkan kadar jangkitan selepas pembedahan.


Teknik pembedahan yang baik dan juga membasuh kulit pada tempat pembedahan dengan cairan antiseptik.


Keadaan kesihatan ibu pada tahap yang terbaik sebelum pembedahan.


Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat semasa dalam pantang selepas pembedahan dilakukan. Perlu diingatkan bahawa seseorang pesakit yang baru saja menjalani pembedahan, memerlukan zat pemakanan untuk proses penyembuhan berlaku dengan lancarnya.

Kadar jangkitan bergantung kepada beberapa faktor antaranya:

Ada masalah kelahiran ataupun kesakitan pramatang.

Ada kebocoran air ketuban.

Terlalu banyak pemeriksaan dalaman (vaginal examination).

Ibu berpenyakit kencing manis.

Ibu berpenyakit anaemia (kurang darah).

Ibu terlalu gemuk.

Bimbang suami tak puas

Wanita dan Seks: Bimbang suami tak puas
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi

DOKTOR, selepas melahirkan anak keempat, saya tidak bersama suami selama setahun. Perhubungan kami bermula kembali selepas anak berusia setahun tetapi ada kelainan. Suami mengalami ereksi tetapi tidak boleh melakukan ejakulasi.

Keadaan ini berterusan hingga berbulan-bulan lamanya dan sehinggalah hari ini. Saya keliru adakah ini menandakan suami tidak puas, ketika bersama ataupun dia ada masalah berkaitan seksual. Keadaan ini menjadikan saya dapat mencapai klimaks tetapi saya runsing dengan kesannya kepada suami. Dia selalunya tertidur selepas bersama walaupun tidak mengecapi klimaks.

MAH BINGUNG,
Melalui e-mel

BIASANYA apabila lelaki melakukan hubungan seksual penetratif dengan isteri dengan menggerakkan ereksinya untuk menikmati sentuhan dan geselan mukosa faraj pasangan, dia akan mencapai tahap kemuncak rangsangan dan dia secara langsung mencapai kepuasan dan memancutkan air mani.

Jika lelaki gagal untuk sampai ke kemuncak, kemungkinan dia tidak mencapai tahap rangsangan seksual yang membolehkannya klimaks atau dia gagal untuk mencapai ejakulasi kerana tidak balas rangsangan dari mindanya tidak sampai ke ereksi untuk percetusan ejakulasi.

Kemungkinan perkara yang pertama itu berlaku kerana suami itu tidak terangsang dengan rangsangan yang dialaminya dari hubungan seksual yang dilakukannya dengan pasangan dan ini biasa berlaku kepada lelaki yang sudah terikat atau ketagih dengan amalan onani dan dia hanya dapat mencapai kepuasan syahwat dengan perbuatannya itu.

Jadi jika dia tidak dapat mencapai ejakulasi, dia akan melancap secara sendiri dan tanpa pengetahuan isterinya! Untuk kes kedua, individu itu memang mencapai rangsangan dan dia rasa dia memuncak tetapi tiada tindak balas ejakulasi.

Ini biasa berlaku kepada lelaki yang menghidap penyakit saraf akibat dari kencing manis atau penyakit saraf yang lain. Jika ejekulasi tidak berlaku sudah tentu pasangan tidak akan mencapai kehamilan kerana tiada pengeluaran air mani.

Rawatan yang biasa diberi doktor ialah ubat yang dapat meningkatkan kemungkinan ejakulasi berlaku dan ubat ini perlu preskripsi doktor.

Sama juga dengan lelaki yang telah terikat dengan perbuatan dan amalan onani. Dia mungkin perlu meluangkan masa dengan pasangan untuk menikmati rangsangan seksual dari pasangan supaya dia dapat cara yang mana dia boleh mencapai ejakulasi bersama pasangan.

Kadangkala pasangan perlu membantu memastikan yang dia selesa dan tidak tertekan yang mana jika dia rasa dirinya tertekan dia tidak akan dapat mencapai klimaks melalui hubungan seksual dengan pasangan. Kadangkala dia perlu diberi ubat yang dapat memastikannya pancut.

Jangan biarkan perkara itu berlanjutan kerana lambat laun dia akan rasa bosan dengan keadaannya itu dan pasangan tanpa reaksi positif darinya akan juga rasa kurang seronok dan kemungkinan kedua-dua pasangan akan mengalami hubungan seksual yang hambar.

Jumpalah doktor untuk bimbingan dan rawatan sewajarnya.

15/07/05

Kahwin percuma di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 14 Julai - Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menanggung sepenuhnya kos perkahwinan bagi pasangan kurang berkemampuan yang ingin mendirikan rumah tangga di bawah Skim Perkahwinan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che Ali berkata, pada masa ini skim yang diperkenalkan pada tahun 2000 itu, Baitulmal memberi bantuan untuk membiayai sebahagian sahaja kos perkahwinan ataupun sehingga RM3,000.

``Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kurang berkemampuan boleh tuntut agihan ini daripada Baitulmal oleh kerana pada hari ini ramai generasi muda yang tidak kahwin,'' katanya.

Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) berkata demikian kepada pemberita pada bengkel penambahbaikan skim agihan zakat era millenium Mawip di sini, hari ini.

Che Mat berkata, lelaki yang berpendapatan kurang RM1,024 sebulan layak untuk memohon bantuan Skim Perkahwinan itu.

Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan promosi skim itu dengan harapan lebih ramai lagi generasi muda mendirikan rumah tangga dan tiada lagi alasan tidak berkahwin kerana tidak berkemampuan.

``Sejak tahun 2000 tidak sampai 100 orang yang memohon skim ini untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.

Beliau berkata, selain itu Baitulmal bercadang untuk mengkaji semula pelbagai skim bantuan sedia ada selain mewujudkan skim-skim baru, seperti skim biasiswa kecemerlangan akademik dan skim untuk individu yang ditimpa kecelakaan dan musibah.

``Sekarang ini ada 17 skim dan kami bercadang untuk menambahnya kepada 32 skim,'' katanya. - Bernama

``Baitulmal juga berhasrat untuk mengagihkan semua wang kutipan pada tahun ini dan tidak mahu ada yang disimpan. Tahun lepas sebanyak RM30 juta lebihan kutipan tersimpan dan anggaran kutipan tahun ini pula sebanyak RM100 juta,'' katanya.

Beliau berharap mereka yang layak untuk mendapat bantuan supaya tampil bagi membuat permohonan.

Bagaimanapun bantuan perlu dibuat mengikuti syarat ditetapkan bagi mengelakkan penyalahgunaan agihan wang zakat, katanya.

Hasmawi pilih Noraini tamatkan zaman bujang

SUNGAI PETANI 14 Julai - Penyerang bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, 25, yang pernah mencetuskan kontroversi apabila membatalkan pada saat akhir perkahwinannya tahun lepas, malam ini melangsungkan majlis pernikahan dengan gadis pilihannya, Noraini Abd. Razak, 24.

Majlis akad nikah disempurnakan Imam Masjid Asakirin di Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda, Ahmad Talib, 64.

Hasmawi yang berasal dari Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menamatkan zaman bujangnya dengan memilih Noraini yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Kawalan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan sebagai pasangan hidup.

Noraini adalah anak seorang anggota polis di Balai Polis Bukit Mertajam.

Hasmawi pernah memutuskan pertunangannya dengan Norlida Abdul Rahman, 23, dari Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang, Johor, menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada saat-saat akhir menjelang majlis pernikahan pada 17 Disember tahun lalu.

Hasmawi yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Pulau Pinang sebelum ini mendakwa menghidap `penyakit buatan orang' sebagai punca beliau memutuskan pertunangan itu.

Pada majlis pernikahan malam ini, Hasmawi membawa bersama wang hantaran sebanyak RM7,277 dan dua bentuk cincin perkahwinan serta mas kahwin sebanyak RM500.

Saya ingin bina hidup baru bersama isteri - Hasmawi

SUNGAI PETANI 15 Julai - ``Saya ingin membina hidup baru yang bahagia bersama isteri,'' itulah azam penyerang bola sepak Kedah, Hasmawi Hassan, 25, selepas melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan keluarganya itu malam tadi.

Hasmawi yang pernah mencetuskan kontroversi apabila membatalkan pada saat akhir perkahwinannya tahun lalu berkata, beliau selepas ini ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan kerjaya demi kejayaannya pada masa depan.

Sehubungan itu menurutnya, beliau ingin melupakan peristiwa lama melibatkan hubungan dengan bekas tunangnya dan mengharapkan keluarga bekas tunangnya juga tidak mengganggunya lagi termasuk menyelesaikan kes lama itu secara baik di luar mahkamah.

``Saya harap cerita lama berkubur dan selepas ini tidak perlu diungkit demi menjaga hati isteri saya,'' sambil memandang wajah isterinya, Noraini Abd. Razak, 24, ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Hasmawi dan Noraini melangsungkan pernikahan secara sederhana di Masjid Asakirin Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda di sini malam tadi.

Pada majlis pernikahan tersebut, Hasmawi membawa bersama wang hantaran sebanyak RM7,277 dan mas kahwin pula RM500.

Hasmawi yang berasal dari Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang memberitahu, walaupun isterinya itu merupakan pilihan keluarga tetapi beliau percaya pilihan keluarganya itu merupakan yang terbaik untuk menjamin kebahagiaannya.

Jelasnya, beliau mendapati isterinya mempunyai keistimewaan tersendiri seperti mempunyai sifat keibuan, penyayang dan kelembutan.

``Saya berkenalan secara dekat dengan Noraini kira-kira sebulan sahaja, selepas keluarga saya merisik untuk menjodohkan saya dengan gadis pilihan mereka,'' ujarnya.

Menurutnya, beliau mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat pilihan sebelum bersetuju menerima Noraini sebagai pasangan hidupnya.

Beliau yang pernah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Pulau Pinang berkata, beliau bersyukur kerana majlis pernikahan yang diadakan di sini malam tadi berjalan lancar.

``Saya hanya hamba Allah, jodoh ditentukan oleh Tuhan dan saya pasrah dengan perkahwinan ini,'' katanya tersenyum.

Dalam pada itu, Hasmawi turut memohon maaf kepada semua pihak termasuk pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan rakan-rakan seperjuangan dalam pasukan Kedah kerana tidak memaklumkan terlebih awal majlis pernikahannya yang diadakan malam tadi.

Bagaimanapun menurutnya, keluarganya merancang mengadakan majlis kenduri perkahwinan di rumahnya Bukit Mertajam pada hujung tahun ini.

Sementara itu, Noraini yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Kawalan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan berkata, beliau melakukan sembahyang Istikharah apabila keluarganya menyatakan hasrat menjodohkannya dengan Hasmawi.

Katanya, hasil daripada sembahyang sunat itu beliau mendapat petunjuk untuk menerima Hasmawi sebagai suaminya.

``Saya sebelum ini hanya merupakan peminat setia Hasmawi yang lincah bermain bola sepak tetapi tidak sangka akhirnya beliau menjadi teman hidup saya,'' ujarnya.

12/07/05

Annisa siap jadi menantu Presiden SBY


" Saya harus siap lahir batin untuk menghadapi apa keputusan saya" ujar Annisa Pohan, gadis Batak kelahiran Boson 23 tahun lalu.

Model iklan shampoo ini pun mengungkapkan telah siap lahir batin maju ke jenjang pelaminan Sabtu, 8 Julai 2005 di istana Bogor. "Kalau soal kesiapan ya, kapanpun kita harus siap (bersedia). Apapun konsekuensinya harus diterima,"ungkapnya dengan nada mantap. Ternyata, persiapan mereka tak tanggung-tanggung, untuk baju pengantin yang akan dikenakan Annisa dan Agus meminta seorang pereka fsyen ternama di Indonesia, Adjie Notonegoro, dia juga seorang kepercayaan istana negara alias langganan sejak zaman Presiden Soeharto.

Annisa mengakui kalau sejak lama dia sudah kenal dengan Mas Adjie, untuk itulah dia percayakan gaun pengantin yang dikenakan di hari bahagianya kepada Adjie. "Karena kami sudah kenal dekat dengan mas Adjie, juga reputasi beliau juga baik, jadi soal konsep semua kami serahkan ke mas Adjie," tambahnya lagi.

Sepenggal kata - kata yang cukup kokoh keluar dari mulut bidadari cantik, seorang presenter olah raga, model iklan shampoo terkenal, dan juga artis. Bila ditilik lagi lebih dalam, gadis mana yang tidak punya impian menjadi menantu seorang number uno Indonesia. Sudah pasti semua gadis bahkan jejaka berkeinginan menjadi orang nomborr satu di Indonesia.

Inilah yang akan dialami oleh gadis imut, yang mana seorang bintang iklan shampoo, yang berparas cantik dan berambut indah, Annisa Pohan. Ya, sosok Annisalah yang berhasil membuat seorang Agus Harimurti Yudhoyono, anak pertama dari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), terpikat hatinya dan hendak melangsungkan kisah cinta mereka ke jenjang pernikahan. Keputusan Annisa memilih Agus telah diungkapkan disejumlah media masa baik cetak atau televisi dan radio. Menurut rencananya hari paling bahagia (akad nikah) bagi mereka akan diadakan pada tanggal 8 Juli 2005 ini, seperti diungkapkan oleh First Lady (Istri Presiden SBY) pada saat menghadiri fashion show Adjie Notonegoro. Dan tanggal 9 Julinya resepsi pernikahan di Istana Negara Bogor. Menurut Annisa, baju pengantinya nanti berupa kebaya adat jawa, lebih kentalnya adat Jogja, tapi ditambah dengan sentuhan moderen.
Rencananya pernikahan mereka akan mengunakan adat ala militer dahulu, karena Agus seorang perwira, lalu acara adat Jogja. "Tapi, nanti ada acara adat batak juga, yaitu Mangulosi atau memakaikan ulos," imbuhnya lagi. Terus, bagaimana tanggapan sang calon ibu mertua, Ibu Ani Yudhoyono?

Pada acara yang memperagakan koleksi baju - baju kebaya milik Adjie, sang ibu, yang telah cukup dekat dan mencintai sang calon mantu, Ibu negara mengungkapkan, "Sebagai orang tua, kami tidak sedikitpun mengintervensi hubungan mereka, mereka berdua sudah sama-sama besar, sejalan dari hubungan mereka, pada akhirnya mereka memutuskan untuk melanjutkan kejenjang pernikahan, tidak ada yang yang bisa dilakukan oleh orang tua selain merestui hubungan anaknya."

Ok deh, Annisa dan Agus, selamat berbahagia dan mempersiapkan semuanya yaa...(Ofn)

Presiden SBY terima menantu

SBY Ngunduh Mantu
Tak Ada Mantan Presiden yang Hadir

<<< SUNGKEMAN: Pasangan Agus Harimurti dan Anissa Pohan melaksanakan sungkeman kepada orang tua mempelai putra usai melaksanakan akad nikah Jumat (8/7). (57) - SM/Antara



Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) terlihat sumringah saat melaksanakan perhelatan putera pertamanya, Lettu Infantri Agus Harimurti Yudhoyono yang menikahi bintang iklan dan presenter televisi, Annisa Larasati Pohan. Ketika memberikan sambutan singkat sebelum acara ngunduh mantu di halaman Istana Kepresidenan Bogor itu dimulai, Yudhoyono mengatakan dirinya bangga atas perkawinan yang terjadi antara puteranya dengan Annisa Pohan.

"I'm just the proud father of Agus and father-in-law of Annisa," kata Yudhoyono yang menyampaikan sambutan selamat datang dalam dua bahasa, Indonesia dan Inggris.

Dengan mengenakan beskap hijau tua dan kain warna coklat dan blangkon warna senada, Yudhoyono meminta doa restu dari hadirin bagi Agus dan Annisa dan meminta maaf kepada para tokoh dan masyarakat karena mau tidak mau harus membatasi jumlah undangan dengan alasan keterbatasan tempat.

Sementara itu, sebelumnya dalam jumpa pers menjelang resepsi, Yudhoyono saat menjawab pertanyaan wartawan mengatakan dirinya yakin Annisa mampu menjalani kehidupan sebagai isteri Agus Harimurti, yang memiliki kehidupan keprajuritan yang disebutnya khas.

"Annisa adalah pilihan yang tepat dari anak saya, bisa menyesuaikan diri dengan kehidupan keprajuritan yang memerlukan banyak pengorbanan karena sering ditinggal bertugas atau latihan," kata Yudhoyono.

Annisa menyatakan siap menanggung konsekuensi sebagai isteri prajurit, termasuk jika Agus harus bertugas ke daerah. "Kami saling menghargai profesi masing-masing. Kalau Mas Agus harus ke luar daerah, saya siap," katanya.

Sebelum resepsi, Agus dan Annisa pada pukul 18.30 di Ruang Garuda, Istana Bogor, mengikuti upacara Pedang Pora yang digelar oleh teman-teman seangkatan Agus lulusan Akedemi Militer tahun 2000, dengan inspektur upacara Pangkostrad Letjen TNI Hadi Waluyo. Pedang Pora merupakan prosesi kemiliteran sebagai bentuk penghormatan kepada anggota militer yang memasuki jenjang perkawinan.

Agus, yang kelahiran Bandung, 10 Agustus 1978 itu, adalah lulusan terbaik Akademi Militer tahun 2000 dan mendapatkan Bintang Adhi Mahayasa, bintang yang sama yang direbut ayahnya, Susilo Bambang Yudhoyono pada 1973.

Saat ini Lettu Inf Agus menjabat sebagai Komandan Peleton Kompi C Batalyon Infantri (Yonif) 305 Kostrad di Karawang, Jawa Barat.

Dalam upacara yang dihadiri kalangan terbatas itu, terlihat sejumlah tokoh, antara lain Kasad Letjen TNI Joko Santoso, mantan Kasad Jenderal Ryamizard Ryacudu, Ketua DPD Ginandjar Kartasasmita, mantan Wapres Try Sutrisno, pengusaha Bob Hassan, dan Menlu Timtim Ramos Horta.

Resepsi di halaman belakang Istana Bogor di dalam tenda raksasa itu sendiri dimulai pada pukul 19:00 WIB, dihadiri oleh ribuan undangan. Namun, di antara tamu undangan tidak ada satu pun mantan presiden RI yang hadir.

Di taman depan tempat resepsi terdapat karangan bunga kiriman keluarga Megawati Soekarnoputri.

Karangan bunga dengan papan putih berukuran 40X50 cm itu bertuliskan "Kepada Ananda Berdua, Agus dan Annisa, Selamat Menempuh Hidup Baru. Tertanda Keluarga Taufiq Kiemas".

Agus, yang berseragam TNI lengkap, dan Annisa dengan kebaya warna hijau muda, menduduki pelaminan terbuat dari kayu berukir, yang ditempatkan di atas panggung, diapit oleh Yudhoyono dan Ani Yudhoyono di sebelah kanan, dan Aulia Pohan-Yani Pohan di sebelah kiri mereka.

Ruang resepsi itu sendiri diisi dengan meja-meja yang menyajikan berbagai macam hidangan.

Di sekitar panggung hiburan, misalnya, para tamu undangan dapat menikmat berbagai menu makanan khas dari berbagai daerah di Indonesia, termasuk Soto Bangkok, Soto Bogor, Pempek dan Roti Canai.

Di samping kiri pelaminan, dihidangkan berbagai masakan Jepang, seperti sashimi, sukiyaki dan sushi. Konon Annisa, sang mempelai wanita, sangat menyukai masakan Jepang, karena walaupun dilahirkan di Boston, AS, ia juga sempat menghabiskan masa kecilnya di Jepang.

Bagi para tamu undangan yang sangat-sangat penting (VVIP), disediakan ruangan makan khusus di sebelah kiri pelaminan.

Acara resepsi, selain diiringi dengan tabuhan gamelan Jawa, juga dimeriahkan dengan hiburan oleh pentolan kelompok musik Dewa, Ahmad Dani, Maia Ratu, serta sejumlah artis lainnya yang diiringi band pimpinan Purwacaraka.

Tak Ganggu Aktivitas

Pada pukul 17.30 WIB SBY bersama dengan besan dan kedua mempelai muncul di beranda belakang Istana Bogor untuk memberikan keterangan pers.

Tampil dengan mengenakan beskap pakaian adat khas Yogyakarta warna biru tua kehijauan, SBY, Aulia Pohan dan Edi Baskoro Yudhoyono yang tidak lain adalah adik kandung dari Agus Harimurti Yudhoyono mempelai pria yang saat ini sedang berbahagia.

NY. Ani Yudhoyono dan Ny Aulia Pohan pun tampil dengan mengenakan warna yang sepadan dengan suaminya dan berpakaian adat Jogja hanya saja lebih muda dari pakaian yang dikenakan oleh suaminya.

Sementara itu, Annisa Pohan tampil dengan mengenakan adat Jawa Jogya dengan warna biru tua kehijauan yang jauh lebih muda.

Sedangkan Agus Harimurti mengenakan pakaian prajurit dengan baret warna hijau.

Tentang Annisa Pohan, yang sekarang menjadi menantunya, SBY mengatakan bahwa tentu ini adalah pilihan terbaik dari anaknya.

Annisa sendiri tambahnya, menyatakan bahwa ia sudah menjalani hubungan dengan Agus selama satu tahun. "Selama itu mereka sudah menjajagi dan mempelajari profesi ma-sing-masing dan mencocokan persamaan diantara mereka," ujarnya.

Sementara itu, Annisa menyatakan bahwa Agus sudah mencintai profesinya sebagai artis.

Pun demikian dengan Annisa. Sehingga tidak ada masalah bagi keduanya.

"Kalau misalnya konsekuensi saya harus ikut suami untuk tugas ke luar daerah saya sudah siap. Apapun konsekuensinya. Sebagai seorang istri prajurit saya siap." katanya.

Dalam jumpa persnya, SBY menyampaikan permintaan maaf kepada semua pihak yang dengan berbagai pertimbangan tidak bisa diundang menghadiri resepsi pernikahan kali ini. Dalam kesempatan itu, SBY juga sempat memohonkan doa restu untuk anaknya.

Sedangkan kaitannya dengan semangat antikorupsi, kepala negara meyakinkan bahwa tidak ada sesuatu yang perlu dicurigai karena ia justru memimpin langsung penegakan pemerintah yang bersih.

"Karena itu jika ada yang tidak tepat dalam pemberian hadiah dalam pernikahan ini saya tidak akan terima meskipun niatnya baik," katanya.

Gosip 2 Miliar, Ngambek

SBY sempat tertegun saat ada pertanyaan dari seorang wartawati infotainment yang menohok menanyakan gosip biaya pernikahan yang konon mencapai Rp 2 miliar. Wartawati itu sempat memperta-nyakan akuntabilitas biaya pernikahan pada publik. Mendapat pertanyaan seperti itu, SBY pun menjawab bahwa gosip itu tidak benar.

Dia kembali mempertanyakan apa sudah pada tempatnya apabila acara keluarga harus dipertanggungjawabkan pada publik dalam suasana demikian. "Saya akan mempertanggungjawabkan dana ini sebaik-baiknya. Saya tidak mungkin mengambil satu sen pun dari uang rakyat atau uang negara. nanti akan saya jelaskan jika ada sesuatu yang ganjil," katanya.

Akibat pertanyaan dari war-tawati tadi, wartawan yang seharusnya masih bisa bertanya panjang lebar, tidak dapat terlaksana karena SBY keburu ngambek.

"Terima kasih rekan-rekan, sayang sekali waktunya banyak namun karena pertanyaan yang menyangkut akuntabilitas tadi nanti kita mengobrol lain waktu saja," katanya. (Fauzan Djayadi, Ali Imron Hamid-48)


Jul 09 14:23 UPACARA" PEDANG PORA" UNTUK AGUS HARIMURTI YUDHOYONO

Jakarta (ANTARA News) - Sehari setelah upacara akad nikah Agus Harimurti, putera sulungnya dengan artis Annisa Larasati Pohan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu malam akan menggelar resepsi pernikahan kedua mempelai di Istana Bogor, Jawa Barat.

"Pedang Pora" adalah acara utama yang akan mengisi rangkaian upacara resepsi pernikahan Lettu Infantri Agus Harimurti Yudhoyono dan Annisa Pohan.

Pedang Pora itu sendiri adalah sebuah tradisi yang dilakukan terhadap setiap lulusan Akademi Militer saat mereka melangsungkan pernikahan, termasuk bagi Agus, yang saat ini bertugas di Batalyon Infanteri (Yonif) Lintas Udara (Linud) 305/Tengkorak Kostrad, Karawang, Jawa Barat.

Upacara bagi pasangan Agus dan Annisa akan dilaksanakan oleh teman-teman seangkatan Agus dari Akmil lulusan tahun 2000 itu di Ruang Garuda, Istana Bogor, pada pukul 18:30 WIB.

Hanya keluarga kedua mempelai dan undangan sangat terbatas yang akan mengikuti upacara tersebut.

Menurut rencana bertindak sebagai petugas upacara Pedang Pora adalah Kolonel Infanteri Herominus Guru sementara Inspektur Upacara adalah Pangkostrad Letjen TNI Hadi Waluyo.

Selain acara "Hunus Pedang", pembentukan formasi oleh 17 perwira TNI serta "Payung Pora", upacara Pedang Pora juga akan diisi dengan pemasangan cincin kawin oleh Lettu Agus dan Annisa, penyerahan pakaian Persit, serta pembacaan puisi.

Upacara akan ditutup dengan laporan komandan Pora kepada kedua mempelai dan laporan pemimpin upacara kepada Inspektur Upacara.

Usai upacara, resepsi pernikahan bagi 2.000 undangan akan digelar mulai pukul 19:00 di halaman belakang Istana Bogor.

Sebelumnya, pada Kamis (8/7), Lettu Agus Harimurti Yudhoyono dan Annisa Larasati Pohan telah melaksanakan akad nikah di kediaman orangtua Annisa, Aulia Pohan, di Jalan Senopati No 8, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Akad nikah tersebut dipimpin oleh penghulu Anwar Saadi, yang merupakan kepala Kantor Urusan Agama Kebayoran Baru.

Wakil Presiden Jusuf Kalla pada acara akad nikah tersebut bertindak sebagai saksi mempelai putera, sementara saksi untuk mempelai putri adalah mantan Gubernur Bank Indonesia, Arifin Siregar.

Kedua mempelai pada rangkaian akad nikah itu mendapatkan nasihat perkawinan dari Abdullah Gymnastiar, atau yang dikenal sebagai Aa Gym.(*)

Berita Terkait:



8/07/05

`Saya kahwin lebih penuhi kehendak isteri'

Oleh MARZUKI YUSOFF

BESUT 6 Julai - ``Berkahwin lebih daripada satu bukanlah semata-mata kehendak nafsu saya tetapi ia lebih kepada memenuhi permintaan isteri-isteri saya,'' jelas Ariffin Muhamad, 65, atau dikenali dengan gelaran Ayah Pin.

Katanya, jika diikutkan kemahuannya cukuplah sekadar beristeri satu sahaja dan bukannya dua, tiga atau empat seperti mana yang dimilikinya sekarang.

``Isteri pertama saya (Che Minah Ramli, 58) sendiri yang memilihkan saya jodoh kedua iaitu Zaharah Awang, 45. Mereka berdua pula kemudian mencarikan isteri ketiga buat saya iaitu Ruzilan Mokhtar, 41.

``Ketiga-tiga mereka pula mencarikan saya jodoh keempat iaitu Nik Kamariah Nik Pah, 33. Kalau tanya saya, satu isteripun dah tak larat, tetapi saya perlu hormat permintaan isteri-isteri saya,'' katanya di sini, hari ini.

Isteri pertama, kedua dan keempat kesemuanya berasal dari Pasir Puteh, Kelantan manakala isteri ketiga pula berasal dari Jerangau, Dungun.

Dalam pada itu, Ayah Pin mengakui pernah menceraikan isteri keempatnya sebelum ini, Aziam Ariffin kira-kira 20 tahun lalu berikutan bekas isterinya itu mahukan perhatian yang lebih daripadanya.

``Perceraian saya dengan Aziam berlaku dalam keadaan baik dan kami tidak bergaduhpun.

``Saya juga pernah menceraikan isteri ketiga (bukan Ruzilan) beberapa tahun lalu dan dia kemudian berkahwin lain dan telah meninggal dunia,'' ujarnya.

Menyentuh mengenai rahsia rumah tangganya, Ayah Pin berkata, dia tidak pernah melebihkan mana-mana isteri sebaliknya memberikan kasih sayang dan belaian sama rata terhadap semua isterinya.

``Kita orang lelaki ini kenalah pandai dan adil. Kalau tidak mereka lari,'' katanya.

Pautan:
http://ayah-pin.blogspot.com/