3/05/10

Wanita normal jodoh lelaki cacat



MOHD. KHAIRI bersama isteri pada majlis pernikahannya di Pekan semalam.



SUDAH JODOH. Mohd. Khairi Othman, 34, yang cacat kedua-dua anggota tangan dan kaki bertemu jodoh dengan wanita normal, Zaleha Mohd. Nafis, 36, setelah setahun berkenalan.
Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang semalam dan disaksikan lebih 50 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Touch Ups Women's Flash Dyeable Pump,White,5 MMenurut Mohd. Khairi, dia mengambil keputusan untuk melamar isterinya itu setelah mendapati sikap penyayang dan ambil berat yang ditunjukkan isterinya selama tempoh perkenalan mereka.
Sementara itu, Zaleha yang pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan tiga anak menyifatkan suaminya itu seorang yang gigih dan tidak pernah menganggap dia kurang upaya dari segi fizikal. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Jodoh101.com, Makemoneysoez.comArtikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

22/04/10

Rahsia kekal muda





PEMANDANGAN lelaki berusia lebih 50 tahun bermain dengan kanak-kanak mungkin mudah diterima dengan tanggapan kedua-duanya merupakan datuk dan cucu. Namun, juruhebah radio era 80-an, Mohd. Noor Amin, 60, atau lebih dikenali sebagai Noramin mengakui, penerimaan itu tidak sama apabila orang ramai mengetahui kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipangkunya ialah anak bongsunya sendiri.
"Mereka menyindir kami sedang menghadiri konsert sekolah cucu. Kami sudah lali dengan situasi seperti itu," kongsi Noramin dan isteri, Hanizah Mohd. Hamzah, 50, yang kadangkala terpaksa berpakaian dengan cita rasa orang muda untuk mengurangkan jurang usia antara mereka dengan ibu bapa lain.
Noramin popular menerusi segmen radio 'moshi-moshi' yang mengajar bahasa Jepun di saluran Radio Malaysia Ibukota (RMIK) yang kini diberi nama baru, KLFM. Beliau juga pernah merakamkan dua buah album.
Layan kerenah
Menjangkakan bapa kepada empat orang anak yang berusia antara 26 hingga lima tahun itu akan cepat letih melayan kerenah Mohammad Noriman, 5, dan kakaknya, Nur Hanna, 9, yang ternyata aktif dan bertenaga tinggi, berlari ke sana dan ke mari, memanjat naik dan turun kerusi restoran ketika ditemui di pusat membeli-belah Subang Parade, Noramin bagaimanapun kelihatan tenang dan bersahaja.
"Tak perlu dikejar dan diturut ke mana mereka pergi. Cukuplah dengan memerhati dari jauh. Buatlah kerja apa pun, mata kami akan terus mengikut pergerakan mereka. Tetapi kalau mereka hilang dari pandangan kami akan cepat-cepat pergi mencari mereka," jelas Noramin.
Katanya, kemahiran menjadi ibu bapa sudah dimiliki ketika membesarkan anak sulung, Mohd Noramin, 26, dan Nur Haniz, 20.
Didikan moden
NADIM menganggap isterinya, Siti Aishah dan dua anak mereka Raysha serta Sofea menjadikan beliau awet muda.


"Bezanya kami perlu menyesuaikan didikan dengan zaman sekarang. Bahasa pertuturan anak-anak pada hari ini juga berbeza, jadi, kerana tidak mahu anak-anak berasa tersisih, kami belajar bahasa percakapan mereka. Kalau bercakap dengan Hanna dan Iman, kami rendahkan darjah bahasa ke darjah percakapan mereka," katanya yang tidak menolak untuk menemani anak-anaknya menonton rancangan kartun setiap kali diajak.
Malah, Noramin juga memilih pendekatan yang unik untuk menarik perhatian anak-anaknya yang masih kecil itu dalam situasi tertentu.
Menurun
"Anak-anak tidak takut dengan saya. Jadi apa yang saya lakukan ialah menggunakan kelebihan suara dan berlakon seperti menurun. Contohnya apabila mereka masih bermain-main sedangkan waktu tidur sudah tiba, mereka akan ikut cakap saya jika saya menurun sebagai seorang lelaki bersuara garau. Kalau mereka sedih, saya menurun sebagai Doraemon. Teknik itu membantu," ujarnya yang sudah sering 'dikenakan' anak-anak seperti dicat kuku dengan pewarna kuku ketika sedang tidur.
Masih aktif beraktiviti dengan rutin berjalan pantas selama 30 minit sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, Noramin juga mendedahkan beliau lebih betah bercampur dengan orang muda dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun supaya dirinya menjadi lebih relevan dalam zaman ini.
"Bukan sombong, tetapi bapa-bapa yang sebaya dengan saya lebih banyak berbual tentang penyakit dan masalah rumah tangga. Ia memberi tekanan dan saya tidak mampu untuk sakit dengan adanya anak-anak yang masih kecil. Saya perlu sentiasa berfikiran positif.
"Saya juga tidak mahu fikir sekiranya saya akan sempat melihat anak-anak saya menamatkan pengajian, berkahwin atau berkeluarga. Saya serahkan semua itu kepada ketentuan Tuhan. Kalau ada rezeki dan umur panjang, sempatlah. Kalau tidak, saya tidak risau kerana anak sulung dan anak kedua sudah berjanji akan menjaga adik-adik mereka.
Awet muda
Tambahan, apabila berada dalam kalangan orang muda, kita juga akan dapat berkongsi 'tenaga' muda mereka. Disebabkan itu saya sentiasa berasa seperti baru berumur 33 tahun," terangnya sambil tertawa.
Hasrat hatinya dan isteri memang mahukan ramai anak dari awal perkahwinan.
Namun disebabkan tuntutan kerja yang memisahkan pasangan itu dengan jarak dan masa yang panjang, rezeki anak seumpama terhenti selepas Hanizah melahirkan Haniz.
"Saya terikat dengan kontrak selama lima tahun untuk bertugas di Jepun. Selepas melahirkan Haniz, saya hamil lagi tetapi keguguran. Selepas itu kami agak serik untuk mencuba lagi. Hanya 12 tahun selepas itu barulah saya hamil dengan Hanna. Ketika masih menyusukan Hanna, tanpa kami sangka, saya hamil dengan Iman pula. Pada waktu itu umur saya sudah mencecah 45 tahun.
"Doktor menjelaskan semua risiko yang mungkin saya hadapi. Malah, ketika hamil empat bulan, doktor menyarankan saya membuat ujian sintesis cecair amnio untuk melihat sekiranya kandungan saya menghidap Sindrom Down dan kecacatan lain. Saya menolak dan hanya berserah kepada Tuhan. Alhamdulillah, Iman lahir sihat," cerita Hanizah yang tidak menafikan rezeki yang diberikan setelah lama mengidamkan ramai anak. Kini Hanizah menjawat Eksekutif Kanan Jabatan Program di Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) yang beribu pejabat di Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) di Angkasapuri.
Terasa baru kahwin

GAMBAR keluarga berbeza generasi (dari kiri) Noramin, Haaniz, Hanizah, Noriman, Mohd. Noor dan Hanna.


Menurut Noramin, setelah 12 tahun tidak mempunyai anak kecil, kehadiran Nur Hanna dirasakan seperti menerima kelahiran anak sulung.
"Pada waktu itu saya berasa seperti pasangan baru berkahwin yang mendapat anak sulung. Saya sangat teruja menyambut Hanna. Menyaksikan kelahiran anak-anaklah masa yang paling bermakna dalam hidup saya. Sekali gus ia memberi semangat kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti di awal perkahwinan," dedah Noramin yang kaya dengan humor dan gemar berseloroh.
Bersara dari kerja dengan dua anak kecil di sisi, Noramin kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak.
"Nasib Hanna dan Iman baik kerana pada usia sekarang saya sudah berdarah 'dingin'. Tetapi itu tidak bermakna dua anak pertama kami sering menjadi mangsa darah panas saya kerana walaupun dulu saya lebih banyak marah-marah, perasaan itu masih terkawal. Pendek kata kalau saya marahkan anak-anak pun sekadar dengan bertempik saja. Tidak ada sampai dipukul," katanya.
Berlainan pula halnya dengan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadim Johan, 50.
Nadim mengakui beliau sedikit tersinggung apabila anak-anaknya yang berusia empat tahun dan sebelas bulan disapa sebagai cucunya.
Marah disindir
"Saya bukan marah, tetapi mungkin masyarakat perlu lebih berhati-hati apabila bertanya soalan seperti itu. Tambahan saya fikir 50 tahun tidaklah terlalu tua," ujarnya sambil tertawa.
Memiliki lima anak hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Nadim kini mempunyai tujuh orang anak secara keseluruhan, berumur di antara 25 tahun hingga 11 bulan setelah berkahwin dengan isteri kedua, Siti Aishah Husin, 28.
Berbeza berbanding Noramin, Nadim masih giat menjalankan aktiviti persatuan selain mengusahakan sebuah kafe di pusat beli-belah The Mall, Kuala Lumpur.
"Mempunyai anak kecil membuatkan saya berasa lebih muda berbanding usia saya yang sebenar. Ramai anak maka bertambah murah rezeki. Tetapi rahsia sebenar terletak pada aktiviti yang saya lakukan. Maksudnya kita perlu terus aktif sepanjang masa," kongsinya.
Melakukan senaman berbentuk regangan selama sejam hampir setiap hari, Nadim mendedahkan beliau seboleh-bolehnya membudayakan kesihatan dalam keluarga.
"Saya amalkan makan dalam kuantiti yang sedikit selain mengambil herba seperti habbatus sauda dan jus mengkudu sebagai dalam diet seharian," ujar Nadim sambil melayan kerenah dua puterinya, Darin Raysha Johor, 11 bulan, dan Dya Sofea Johor, 4 tahun.
Tidak timbul masalah bagi Nadim untuk menjaga si kecil kerana isterinya suri rumah sepenuh masa.
"Kalau hendak dibandingkan antara bapa muda dalam keluarga kami, dia (Nadim) lebih rasional apabila berdepan dengan anak-anak yang masih kecil. Memang dia kurang memujuk anak-anak secara berlebihan tetapi marahnya pada anak-anak pun tidak keterlaluan. Marah sekadar cakap tidak sampai dipukul," kata Siti Aishah.
Kahwin banyak

SALLEH bersama empat daripada 10 orang anak yang dikurniakan melalui tiga perkahwinan.


Pelakon dan pengacara terkenal, Salih Yaacob, 49, tidak mempunyai persepsi negatif terhadap lelaki berusia yang masih mempunyai anak kecil.
"Arwah datuk saya dahulu juga mempunyai anak jauh berbeza usia berbanding ibu saudara pertama saya hasil perkahwinannya dengan empat isteri. Jadi saya sudah biasa dengan pemandangan itu.
"Tambahan, kalau dibandingkan dengan lelaki muda yang ada anak kecil tetapi mendera atau membunuh anak sendiri, lelaki berusia yang memiliki anak kecil lebih baik kedudukannya. Jadi apa hinanya lelaki untuk memiliki anak di lewat usia?" soalnya.
Pakar Kesihatan Lelaki, Dr. Ismail Tambi berkata, lelaki berusia tetapi beranak kecil tidak perlu dibimbangkan.
"Jangka hayat lelaki pada hari ini sudah meningkat di antara 72 hingga 73 tahun kerana teknologi perubatan, kesihatan dan pemakanan yang jauh semakin baik berbanding lima tahun yang lalu. Angka itu meletakkan Malaysia tidak jauh ketinggalan berbanding lelaki di Singapura yang mempunyai jangka hayat sehingga 78 tahun. Sekali gus ia menggambarkan status hidup yang semakin baik di negara ini.
"Ini menyebabkan walaupun lelaki Malaysia melewati umur 50 tahun, mereka tidak kelihatan seperti usia mereka, malah lebih muda. Bagaimanapun jangka hayat itu hanya boleh dicapai sekiranya golongan ini menjalankan pemeriksaan kesihatan berjadual sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan bersedia mengubah gaya hidup seperti meninggalkan amalan merokok kerana pada usia 50 tahun dan ke atas, mereka berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik," jelasnya.

Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.comDompas NetworkGuided-Info.comMunakahatArtikel Sentral, Jodoh101Catatan SekilasPerkahwinanNikahKahwin.Co.CcTokohUsahawan MayaCyber IlmuRiauBanners to click!My Biz Online.

Ajai, isteri baru dapat anak perempuan







INILAH wajah anak perempuan Ajai, Danisha yang selamat dilahirkan
semalam.





KUALA LUMPUR - Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias di sini semalam.
Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh di sini.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 35, yang sentiasa berada di sisi isterinya, bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan kedua saya ini lahir dengan selamat dan sihat. Saya terlalu gembira dan teruja, tidak tahu hendak digambarkan perasaan saya ketika ini," ujarnya.

Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Jodoh101Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

12/01/10

Siti dapat beg LV RM40,000






SITI NURHALIZA memotong kek hari jadi ke-31 sambil ditemani oleh Khalid dan rakan baiknya, Kris Dayanti di Kuala Lumpur malam tadi.



KUALA LUMPUR - Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.
Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat 'hadiah pendahuluan' apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.
Pada tahun 2008, Siti Nurhaliza mendapat hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 diikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.
"Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu.
"Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,'' katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.
Album CTKD adalah singkatan nama Siti Nurhaliza dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.
Louis Vuitton Cherry Speedy 25Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:
"Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama."
Hadiah perkara kedua bagi Siti Nurhaliza dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata.

Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

10/01/10

Pasangan Gerbang Cinta sah bergelar suami isteri


KUALA SELANGOR 9 Jan. - Dengan sekali lafaz, pasangan tempat ketiga peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia, Rizai Ali dan Ainul Farha Md. Ramli hari ini sah bergelar suami isteri.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Md. Ramli Achil, 55, tepat pukul 5.45 petang di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Mukim Sungai Nipah, Mohd. Khairudin Rajikin di Masjid Ma'muniah dekat sini, dengan mas kahwin RM300.

Ainul Farha, 26, yang kelihatan anggun mengenakan persalinan berwarna kuning lembut turut menerima wang hantaran dalam bentuk cek bernilai RM9,000.

Selain itu set barang kemas berupa gelang dan cincin diiringi dengan sebelas dulang hantaran daripada pihak lelaki yang bertemakan warna emas.

Pihak perempuan membalas dengan 12 dulang hantaran bertemakan warna hijau muda yang antara lain ialah jam tangan, al-Quran digital, buku agama dan barangan lain.

Majlis pernikahan tersebut turut dihadiri ibu bapa Rizai dan kaum keluarga terdekat pasangan pengantin.

Rizai yang ditemui selepas majlis akad nikah bersyukur dan lega kerana majlis berjalan lancar seperti dirancang.

Alhamdulillah"Pada mulanya saya gementar tetapi Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya kini bergelar suami orang," katanya.

Dia mengakui tanggungjawabnya akan bertambah selepas bergelar suami dan turut menyatakan keazaman menjadi ketua keluarga yang baik.

Sementara itu, Ainul Farha berkata, pernikahan tersebut kemuncak percintaan mereka selama 13 tahun yang dijalin sejak di bangku sekolah.

"Syukur, selepas 13 tahun kami berjaya memenuhi impian hidup sebagai suami isteri. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat," katanya.

Puccini's Heroines: The Power of LoveMajlis persandingan pasangan itu akan berlangsung esok di kediaman Ainul Farha di sini dan dijangka lebih 3,000 tetamu jemputan akan hadir.

Perkahwinan pasangan tersebut mencipta sejarah tersendiri apabila hampir sebahagian besar persiapan perkahwinan dibiayai penaja peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia termasuk sajian makanan, pelamin, baju pengantin, andaman, kad kahwin, fotografi dan sistem pembesar suara.

Disney Princess Shoe BoutiquePeraduan yang julung kali dianjurkan Utusan Malaysia itu turut mendapat kerjasama 11 penaja, Orked Bridal, Mastar Catering, Kampung Pengantin, T&T Boutique, Afidah Khamis CJ Print, Syok Kahwin.com, Rumah Acara, De' Sayang, Intertainment Picture Elements dan Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Duda Siti Nordiana kahwin hari ini?


Oleh Niezam

PANAS cerita yang nak Niezam sampaikan ini. Kisah pelakon Faizal Yusop, 32, bekas suami penyanyi Siti Nordiana (Nana). Selepas disahkan bercerai dengan talak dua pada 14 September lalu, timbul cerita hangat mengatakan Faizal sudah menemui pengganti bekas isterinya itu. Amboi, cepatnya dapat pengganti, almaklumlah orang kacak, popular lagi tu. Memang senang nak cari pengganti.

Malah ada yang berkata perceraian Faizal dengan Nana itu terjadi apabila ada pihak ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Niezam tak nak bercerita panjang soal itu kerana mereka sudah pun bercerai. Sekarang hubungan Nana dan Faizal sekadar kawan sahaja. Hubungan mereka hanya diikat oleh seorang anak, Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia hampir dua tahun.

Menurut sumber, Faizal sebenarnya akan bernikah dengan wanita yang dikenali sebagai Munirah selepas waktu Asar hari ini di Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Mengikut sumber itu lagi, wanita berkenaan merupakan seorang pelakon tambahan dan pernah bekerja dengan sebuah syarikat produksi.

"Memang betul berita yang saya dengar Faizal dan Munirah tu nak kahwin hari ini. Hanya majlis nikah gantung tapi resepsi mungkin akan diadakan bulan Mac depan," kata sumber itu.

Sebelum ini, majlis merisik telah diadakan Disember tahun lepas, pada waktu malam sebab Faizal tak mahu kecoh-kecoh.

Aik... Kenapa pula tu Faizal? Apa nak segan kalau sudah benda baik. Bukannya kahwin paksa, ya tak?

Niezam ada juga tanya Nana mengenai khabar angin itu, dan dia agak terkejut kerana dia tidak diberitahu oleh Faizal.

Cuma menurut Nana, sebelum ini Faizal pernah beritahu kepada keluarga Nana di Seremban yang dia mungkin akan kahwin lain.

Mudah-mudahan jodoh Faizal kali ini akan berkekalan dan berpanjangan ya.

NIEZAM: Bercuti seminggu untuk mencari idea-idea baru...

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Cinta kami bukan 'poyo'



SELEPAS empat tahun melayari alam pertunangan, akhirnya Syamsul Hirdi Muhid (Diddy), 24, membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan Ellen Norazah Abdullah, 24.
Selama ini ada dakwaan mengatakan hubungan mereka sudah berakhir dengan perpisahan.

Tetapi bak kata Diddy, ketika dia melangkah ke pentas Akademi Fantasia Keempat (AF
4) pada tahun 2006, dia sudah berjanji satu perkara iaitu, cinta dan kasihnya terhadap Ellen tetap tidak akan berubah sampai bila-bila.

Dan hari ini Diddy mengotakan janjinya apabila dia mengumumkan hasrat untuk bergelar seorang suami.
Memilih tarikh 6 Februari, majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor pada pukul 3 petang sementara sehari selepas itu diadakan majlis persandingan sebelah perempuan.

Dengan hantaran tujuh dulang dibalas sembilan, pihak lelaki juga akan membawa wang hantaran sebanyak RM10,000.

Menurut Diddy, dia amat bersyukur kerana hasrat untuk mendirikan rumah tangga itu tercapai jua.

Selama ini banyak dugaan yang dilalui mereka tetapi Alhamdulillah, segalanya dapat dihadapi dengan tenang.

Selama empat tahun menjadi tunangan orang tidak ada dugaan besar yang melanda kerana persefahaman yang disemai selama ini.

Lagipun Diddy dan Ellen sudah sepuluh tahun berkawan. Tentu mereka sudah memahami hati budi masing-masing.

Ditanya kenapa selepas empat tahun barulah dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga, ungkap Diddy mudah saja.

Sekarang dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

“Empat tahun kami bertunang tetapi sebenarnya sudah sepuluh tahun kami berkawan. Tahun ini adalah tahun yang mematangkan saya untuk bergelar seorang suami,” kata Diddy.
Ujarnya, walaupun dia tidak pernah membawa Ellen ke majlis-majlis hiburan, bukan bererti hubungan mereka sering bermasalah.

Sebaliknya jika ada masa terluang Diddy dan si dia sering berjumpa untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah terbukti utuh kerana Ellen juga bekerja di Kuala Lumpur.

Percaya atau tidak kata Diddy, dalam tempoh sepuluh tahun kenal itu, mereka sebenarnya masih lagi dalam proses bercinta.
“Memang bunyinya macam “poyo” tapi itulah kebenaran kisah cinta kami,” katanya.
Bercerita bagaimana dia boleh mengekalkan hubungan selama sepuluh tahun, kepercayaan adalah kunci dalam sesebuah kasih sayang.

Dan ketika membuat keputusan untuk bergelar artis sehari selepas bertunang, Diddy sudah berjanji tidak akan mempersia-siakan kekasihnya itu.

Kerana toleransi tersebutlah cinta mereka akhirnya diikat dengan sebuah perkahwinan.
Bersyukur mendapat bakal isteri yang memahami dan banyak membantu dalam kerjayanya selama ini, ujar Diddy, Ellen yang agak pemalu tidak mahu terlibat dalam mana-mana majlis hiburan.

Bukan tidak menyokong kerjaya bakal suami tetapi si dia berpendapat biarlah Diddy seorang sahaja yang menjadi milik masyarakat.

“Ellen berkata kepada saya dia tak mahu ikut saya pergi ke mana-mana majlis hiburan kerana dia tidak selesa.

“Begitu juga bergambar untuk majalah dan akhbar. Cukuplah saya seorang saja. Cuma pada majlis kahwin nanti sahaja dia bersetuju untuk bergambar berdua sebagai tatapan peminat. Apa nak buat, saya kenalah akur kehendaknya itu,” kata Diddy.

Bercerita mengenai majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula ia akan diadakan secara sederhana pada satu tarikh yang belum ditetapkan pada bulan Februari akan datang.

Disaat tidak sabar untuk menanti tarikh keramat tersebut, lelaki ini tidak dapat menafikan agak sedih apabila memikirkan kehilangan ayah, Muhid Leman, 62, yang meninggal dunia pada 16 September tahun lalu.
Kata Diddy, ayahnya berhajat besar untuk melihat majlis pernikahannya tetapi apakan daya, hasrat itu tidak terlaksana.

“Sebelum ini Arwah abah selalu tanya saya bila nak kahwin? Saya cakap, nanti dulu abah.
“Beberapa hari sebelum dia meninggal dunia, saya ada luahkan perasaan untuk majlis itu tetapi dia memberi jawapan yang agak dingin seperti sudah tahu yang dia tidak sempat untuk meraikan hari bahagia itu,” katanya.
Walaupun begitu kata Diddy, dia percaya doa arwah sentiasa ada bagi mengiringi kebahagiaan kehidupan alam rumah tangga bersama-sama dengan Ellen tidak lama lagi.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Ciri-ciri isteri solehah

SOALAN:

KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?

Jawapan:

Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.

Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.

Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Sterling Silver 1" (25 mm) Diamond Cut Allah PendantAl-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]
Tafsir Ibn Kathir (10 Volumes; Abridged)
Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)

Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.

Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

"The One I Love" Touching 8x10 Poem, Double-matted In Dark Green/Burgundy, And Enhanced With Watercolor Graphics.Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

9/01/10

Nur Aliah tamat zaman janda



 NUR ALIAH dan Mohammad Zekri pada majlis pernikahan mereka di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara semalam.



PETALING JAYA - Bekas isteri pengarah terkenal, Aziz M. Osman, Nur Aliah Lee Abdullah, 38, bertemu dengan pilihan hatinya apabila selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Mohammad Zekri Ibrahim, 41, pada pukul 10.20 pagi semalam.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri seramai 70 tetamu termasuk keluarga dan teman-teman rapat kedua-dua belah pihak di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Aliah menerima mas kahwin RM300 dan sah menjadi isteri Zekri yang merupakan pemain sukan berkuda polo.
Olive N Figs Solid Plain Pashmina Scarf/ Stole/ Wrap - GoldPada majlis itu, Aliah menerima lima dulang hantaran iaitu RM10,110 sebagai wang hantaran, senaskhah al-Quran, set barangan kemas, tepak sirih dan telekung.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

Kalau tiada jodoh tak kahwin juga




Lewat kebelakangan ini, mungkin salah satu isu paling diperkatakan dalam dunia hiburan ialah artis-artis cantik bertemu jodoh dengan lelaki kaya. Persepsi negatif kerap bertebaran terhadap ikatan seperti itu walaupun hakikatnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Kosmo! mengupas isu itu dan menemui realiti di sebalik kes-kes perceraian masih ramai yang sehingga kini masih teguh bersama.


"JULIANA menempuh majlis perkahwinan gah pada tahun 2005. "


BUKAN mudah menjadi artis apatah lagi selebriti wanita yang perlu tampil dengan pakej lengkap bakat dan kejelitaan. Peminat dan pihak media bukan sahaja ingin mengetahui soal kerjaya tetapi juga kehidupan peribadi mereka termasuklah hal perkahwinan.

Baru-baru ini pada penghujung tahun 2009 rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pernikahan aktres Zizie Ezette dengan Ali Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

Apabila berita itu tersebar dengan meluas dan menjadi berita utama kebanyakan akhbar di Malaysia, banyak orang berkata kalau sudah cantik dan terkenal, pastinya berkahwin dengan orang berpangkat dan kaya.
Benarkah begitu? Namun, jika dihitung dengan teliti, di Malaysia bukan Zizie sahaja artis wanita jelita yang berkahwin dengan orang berpangkat dan berharta.

Disebabkan perkahwinan artis-artis wanita ini mendapat perhatian walaupun ada yang cuba menyembunyikan majlis bersejarah mereka, ramai yang tertanya-tanya benarkah perkahwinan mereka disebabkan jodoh atau berlandaskan harta demi kesenangan hidup pada masa depan.
Namun memetik kata-kata ibu Zizie, Khaty Fauziah dalam satu temu bual bersama Kosmo! tidak lama dulu, "Siapa tidak mahu lelaki kaya. Itu adalah jaminan untuk masa depan diri dan anak-anak."

Dan begitulah realitinya, cuma sudah menjadi resmi golongan artis mereka meraih perhatian ramai terutamanya berkenaan kisah cinta dan perkahwinan.

ZIELA kini bahagia di samping dua cahaya matanya, Julia dan Jufri.
SAMA cantik sama padan, namun jodoh Natasha dengan Shahrin tidak panjang.


Zizie yang dihubungi memberitahu semua orang perlu bercakap dengan minda yang terbuka apabila berbicara mengenai jodoh. Ada juga orang kaya berkahwin dengan wanita biasa. Semua ini ketentuan Allah dan itu dinamakan jodoh.

"Saya sendiri tidak pernah meminta apa yang berlaku pada saya hari ini. Saya pernah bercinta dengan lelaki biasa dan tidak pernah mengidam untuk berkahwin dengan lelaki seperti suami saya.

"Sebagai manusia bukan semua yang kita idamkan akan diperoleh. Walaupun telah berkahwin saya tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa. Siapa kata kalau berkahwin dengan orang berduit saya tidak perlu bekerja," ujarnya.

Bukan satu perkara baru jika khalayak memandang serong terhadap artis jelita yang berkahwin dengan orang kaya tambahan pula jika disunting menjadi isteri kedua atau ketiga.
Mahu tidak mahu itulah harga yang harus dibayar apabila mereka mengambil keputusan nekad melayari bahtera bersama lelaki berpangkat dan berharta.


Cinta sehingga ke akhir hayat

Hal yang sama turut terjadi kepada penerbit syarikat produksi Pena Creative yang suatu ketika dulu pernah mengecapi populariti sebagai pelakon popular selain imej seksi yang cukup sinonim dengannya.
Namun itu dulu, sebelum Ziela Jalil, 40, atau mesra di sapa Ziela bernikah sebagai isteri kedua kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob yang pernah menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Selepas bernikah banyak pula mulut yang mengatakan rumah tangga mereka pasti tidak kekal lama. Namun Ziela atau nama sebenarnya Norzila Jalil membuktikan sebaliknya.

Kerukunan rumah tangga dan keutuhan cinta Ziela terhadap suaminya tidak berbelah bagi sehinggalah Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 24 Januari 2008 akibat penyakit barah.

Bercakap mengenai artis jelita akan berkahwin dengan lelaki kaya, Ziela yang pernah melalui perkara yang sama menyangkal dakwaan itu.

"Sebenarnya jodoh, pertemuan dan ajal terletak di tangan Allah. Kalau artis cantik menggunakan kejelitaannya untuk pikat orang kaya tetapi jika Allah tidak tentukan jodohnya dengan orang kaya ia pasti tidak berakhir dengan perkahwinan.

Colors in Optics Unisex Matahari Sunglasses,Black Over Green Marble Frame/Gradient Smoke Lens,one size
"Kalau orang biasa sekali pun jika ditentukan jodoh dengan orang kaya maka dia akan berkahwin dengan orang kaya," katanya.

Tambah Ziela lagi, bukan mudah menjadi artis dan dalam masa yang sama menjadi isteri kepada orang penting di dalam politik negara.

"Cabarannya cukup banyak, ada yang mengharapkan jodoh saya tidak panjang dan pelbagai cerita yang keluar pada awal perkahwinan saya dulu. Tetapi saya membuktikan sebaliknya," luahnya.
Mengungkap tentang perkahwinannya, ujar Ziela sama seperti orang lain, dia berfikir semasak-masaknya sebelum bergelar isteri kepada orang penting negara.

"Memang banyak perkara negatif yang timbul tetapi semasa saya buat keputusan untuk berkahwin saya sudah nekad apa nak jadi, jadilah yang penting saya ingin menjaga rumah tangga sebaik mungkin.
"Orang cakap itu dan ini, saya buat tidak tahu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebelum itu saya berfikir 10 kali dan tidak boleh ambil tindakan terburu-buru. Tidak kiralah dengan siapa kita berkahwin kita mesti kenal hati budinya dan percaya antara satu sama lain," tuturnya yang bakal menerbit drama Sayang Cendana dan Matahari bahagian kedua.

Kini sebagai ibu tunggal Ziela bahagia menjalani kehidupan dengan dua anaknya Puteri Julia Nabilah, 18, dan Megat Jufri Nasrullah, 16, hasil perkongsian hidupnya bersama Allahyarham.

Sudah jodoh saya!

Seorang lagi artis wanita cantik, Juliana Banos juga mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki kaya. Lelaki yang dimaksudkan berasal dari keluarga korporat berpengaruh di Johor iaitu Mokhtar Ahmad.
Setakat hari ini Juliana atau mesra dipanggil Jun masih memegang rekod artis yang menerima hantaran wang perkahwinan tertinggi iaitu sebanyak RM77,888.77.
Ketepikan cakap-cakap orang perkahwinan artis dengan golongan berada tidak kekal lama kerana penyanyi yang terkenal menerusi hit Obsesi kini kekal bahagia bersama suami dan anak sulung mereka Mariam yang kini berusia dua tahun. Jun dan Mokhtar mendirikan rumah tangga pada tahun 2005.
"Kaya atau tidak, itu semua terletak pada jodoh. Mana boleh kita pilih mesti nak berkahwin dengan orang kaya. Sudah jodoh saya dengan suami yang kebetulan seorang ahli perniagaan saya nak buat macam mana," katanya jujur.


ZIELA kini bahagia di samping dua cahaya matanya, Julia dan Jufri.


Hakikatnya sebuah perkahwinan jelas Jun bukan terletak kepada harta kekayaan semata-mata tetapi bagaimana cara kedua-dua pasangan mengekalkan keharmonian rumah tangga.

"Saya seperti ayah yang berfikiran agak kolot tentang perkahwinan. Bagi saya kita orang perempuan mempunyai tanggungjawab berat terhadap suami dan anak," katanya.

Tuturnya, setiap perkahwinan tidak kiralah artis mahupun orang biasa bagi seorang wanita apabila bergelar isteri, mereka harus mengikut kata-kata suami.

"Semua perkahwinan harus ada usaha baru akan berkekalan itu nasihat ayah saya. Macam saya walaupun boleh bekerja tetapi kerana suami lebih suka saya duduk di rumah menjaga anak dan menguruskan keluarga, saya ikut katanya dan itu juga kemahuan diri saya sendiri.
"Buat masa ini suami sudah melarang saya berlakon masakan saya sengaja mahu melanggar larangan itu semata-mata minat saya. Cuma yang dibenarnya hanya menyanyi, itupun tengok juga majlisnya bagaimana," ucapnya yang cukup merindui dunia seni.

Namun, bukan semua artis jelita bernasib baik. Ada segelintir daripada mereka yang mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Apabila hal yang menyedihkan itu berlaku, ramai yang menyalahkan golongan artis kerana tidak pandai menjaga keharmonian rumah tangga apatah lagi jika dalam tahun yang sama banyak pula artis bercerai-berai.

Bukan gila orang kaya!

Pelakon jelita yang mengejutkan satu Malaya dengan penceraian kali keduanya sekitar awal Disember tahun lalu, Natasha Hudson juga tidak dapat lari daripada pelbagai tohmahan negatif.

Masakan tidak, perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih hanya mampu bertahan selama empat bulan. Selepas itu tidak sampai setahun, dia kembali bergelar isteri apabila disunting lelaki kaya, Datuk Shahrin Zahari dan memikul gelaran Datin dalam usia yang cukup muda.

Perkahwinan kali keduanya yang hanya bertahan selama dua tahun lebih, dikurniakan seorang puteri bernama Nessa Helena yang kini berusia setahun enam bulan.


Melihat rentetan sejarah perkahwinannya banyak pihak mendakwa Natasha hanya mahu jodohnya bersama lelaki kaya sahaja tetapi hakikat yang sebenarnya tidak begitu.

"Sebenarnya saya tidak kisah berkahwin dengan lelaki biasa yang mempunyai pendapatan sederhana, asalkan orang itu memahami dan boleh menerima saya seadanya. Cuma sudah tertulis jodoh saya dengan orang kaya dan jodoh itu tidak kekal," katanya.

Kebahagian dalam perkahwinan baginya bukan terletak pada harta seperti yang dicanang ramai orang sebaliknya kesefahaman, komunikasi dan kepercayaan yang menjadi tunggak utama.
"Bagi saya bila saya berkahwin, duit bukan segala-galanya kerana saya sendiri pun boleh cari duit. Kalau suami itu orang kaya belum tentu kekayaannya akan berkekalan.

"Hari ini mungkin dia kaya, mungkin esok lusa perniagaannya jatuh, dia pula boleh bergantung pada saya kerana saya juga mempunyai pendapatan sendiri," katanya.

Authentic Recipes from Malaysia (Authentic Recipes Series)Apabila berbicara tentang pandangan ada segelintir artis wanita jelita menggunakan kejelitaan untuk membolot harta suami demi kesenangan hidup pada masa hadapan, Natasha hanya tertawa besar kerana mengganggap orang yang sebegitu mempunyai fikiran yang cetek.

"Orang boleh fikir macam-macam pada artis macam saya. Walhal di luar sana ramai lagi orang biasa yang melakukan perkara lebih drastik sebegitu. Sekarang semua benda didokumen tidak boleh ambil sebegitu sahaja.

"Saya bukan bodoh seperti itu. Saya masih mempunyai tenaga dan bakat yang boleh digunakan untuk mendapatkan pendapat sendiri tidak perlu buat perkara sebegitu," katanya yang bakal bergelar penyanyi tidak lama lagi.
Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.