Memaparkan catatan dengan label Skandal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Skandal. Papar semua catatan

29/12/09

Elin koyak perjanjian kahwin



FLORIDA: Tiger Woods dan isterinya, Elin dilapor berperang besar sekali lagi dan Elin yang begitu berang dilapor mengoyak perjanjian praperkahwinan mereka.

Kandungan perjanjian itu menyatakan, Elin akan memperoleh AS$20 juta (RM69 juta) jika dia kekal berkahwin dengan Woods sekurang-kurangnya selama 10 tahun.

Memandangkan rumah tangga mereka baru saja lima tahun, Elin mahu perjanjian baru ditandatangani.

Menurut laporan, Elin ditawarkan beberapa juta dolar oleh suaminya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka tetapi Elin sebaliknya mengoyakan dokumen perjanjian perkahwinan mereka.

Akhbar Guardian yang diterbitkan di London melaporkan, Tiger bersetuju membayar AS$5 juta (RM17 juta) secara tunai kepada Elin.

Selain itu, bekas model warga Sweden berusia 29 tahun itu juga akan memperoleh AS$55 juta (RM189 juta) lagi jika terus menjadi isterinya untuk selama dua tahun lagi.

Woods yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 minggu ini dan terbabit dalam skandal seks dengan sekurang-kurangnya 14 wanita, berusaha mengelak rumah tangganya daripada runtuh.

Bagaimanapun, Elin dilapor sudah tidak berminat dengannya lagi dan menuntut separuh daripada kekayaan Woods serta hak penjagaan terhadap dua anak mereka.

Seorang rakan Elin berkata: “Jika boleh dia mahu semua harta Woods.” - AFP

Sumber: Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

19/12/09

Woods, Elin jadi pertaruhan

LONDON: Andainya Tiger Woods dan isterinya bercerai, Elin Nordegren bukanlan satu-satunya pihak yang bakal mengaut keuntungan.

Firma perjudian Britain, William Hill, kini membuka pertaruhan mengenai jumlah pampasan bakal diperoleh Elin jika bekas model itu memutuskan untuk berpisah daripada jaguh golf terbabit.

Ketika skandal seks Woods semakin terbongkar dan satu demi satu gundiknya tampil membuat pengakuan, kaki judi boleh membuat pertaruhan 21-1 untuk meramalkan Elin menerima lebih RM1.7 bilion sebagai penyelesaian perkahwinan mereka.

Nisbah pertaruhan menurun kepada 6-4 untuk ramalan penyelesaian itu dicapai pada nilai kurang RM340 juta.

William Hill hanya menawarkan nisbah 1-2 bahawa Elin memperoleh di antara RM340 juta dan RM1.7 bilion.

Jurucakap firma itu, Rupert Adams, berkata pertaruhan itu amat menyeronokkan.

Pada pertaruhan 25-1, seseorang yang bertaruh RM3.40 dan menang, boleh menerima habuan RM85.

Pada pecahan 6-4, kaki judi yang bertaruh RM13.40 boleh mendapat RM34.

Adams berkata, sebelum ini firma itu menerima pertaruhan bagi meramalkan sama ada Woods dan Elin akan bercerai tanpa mengambil kira pampasan diterima bekas model terbabit.

“Ia terlalu bersifat sebelah pihak jika penjudi hanya meramalkan perceraian,” katanya semalam.

William Hill turut membuka pertaruhan bagi meramal berapa ramai wanita tampil mengaku menjadi teman tidur Woods.

“Bagaimanapun, ia terlalu sukar dipastikan,” katanya.

Setakat ini, kata Adams, tiada kaki judi berani bertaruh dalam jumlah yang tinggi.

Dua lagi firma judi Britain, Ladbrokes dan Coral, hanya menerima pertaruhan mengenai pembabitan Woods sebagai pemain golf.

Jurucakap Coral, Gary Burton, berkata pihaknya mengelak daripada mencampuri masalah peribadi pasangan terbabit.

Jurucakap Ladbrokes berkata, firmanya lebih memikirkan pencapaian Woods dalam sukan. - AP

Sumber: Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info

18/12/09

Kisah seorang jaguh golf

Kisah seorang jaguh golf

Bintang golf bilionair, Tiger Woods selama ini ditonjolkan sebagai pemain yang handal serta suami yang baik sehinggalah beberapa minggu ini apabila siri skandal dan kontroversi mencemarinya.




Figura yang satu ini diibaratkan permata dalam sukan golf. Sebut sahaja Tiger Woods, siapa sahaja pasti terkenang lelaki berkulit hitam manis, tinggi lampai yang tidak lekang mengukir senyuman itu. Sepanjang lebih sedekad berkecimpung dalam sukan golf profesional, boleh dikatakan berita kejayaan dan kehebatannya terpampang saban hari.

Dipalit skandal yang memalukan akhir-akhir ini, kita lupakan cerita itu seketika. Ini kerana kisah hidup Woods juga tidak kurang menarik untuk ditelusuri bersama.

Woods pernah membanggakan orang kulit hitam apabila menjadi orang kulit hitam pertama yang dinobatkan pemain golf No.1 dunia. Dia juga merupakan pemain golf paling muda yang memegang gelaran itu. Ketika itu, dia baru berusia 21 tahun.

Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan, dialah yang melonjakkan nama sukan golf. Buktinya, cuba tanya pada diri anda, siapakah pemain golf yang anda ketahui? Mungkin hanya namanya sahaja yang terpacul di bibir.

Woods mencatat rekod apabila meraih 10 kali gelaran Pemain PGA of the Year dan pemenang Kejuaraan Golf Dunia sebanyak 16 kali. Dia memegang rekod memenangi 71 kejohanan PGA Tour dan 14 kejohanan utama.

Kejayaan dan sejarah yang ditempa pemilik nama sebenar, Eldrick Tont Woods itu mungkin dilihat luar biasa oleh masyarakat umum. Tetapi Woods, 33 mungkin sudah menyedari akan pencapaian hebat dan kedudukan tinggi yang bakal diraih sejak kecil lagi.

Bak kata pepatah, kesuburan benih boleh dilihat daripada tunjangnya. Diskrispsi pepatah itu amat sinonim dengan agenda kehidupan Woods yang sudah pun mahir bermain golf sejak berusia tiga tahun lagi. Apabila kebanyakan daripada kanak-kanak sebaya masih tidak pandai bertutur, Woods mula menonjol di kaca televisyen dengan aksi golf yang mengagumkan.

Popular sejak kecil

Dalam program televisyen, The Mike Douglas Show yang popular pada sekitar tahun 1978, Woods telah membalas balik pukulan golf pelakon komedi Bop Hope. Aksinya dalam program itu telah menarik para audiens dan menjadi pentas pertama untuknya.


WOODS selama ini ditonjolkan sebagai suami dan bapa yang baik.


Berasal dari Cypress, California, Amerika Syarikat (AS), Woods menikmati populariti hari ini hasil daripada usaha gigih kedua-dua ibu bapa, Earl Woods dan Kultida. Bapanya yang berbangsa Afrika-Amerika merupakan seorang bekas tentera AS yang banyak mengasah bakat Woods sejak kecil.

Semasa sesi latihan persendirian, Earl melatih Woods dengan latihan berbaur ketenteraan untuk meningkatkan tahap konsentrasi ketika berada di padang golf. Pendekatan penuh tegas dan keyakinan ibu bapa Woods kepada bakatnya akhirnya membuahkan hasil apabila Woods memenangi kejohanan sulungnya pada usia lapan tahun.

Seperti lelaki AS lain, Woods pun menjalani kehidupan yang biasa dan sederhana. Semasa kecil pada waktu lapang, Woods gemar menghabiskan masa dengan permainan video dan membuat lawak jenaka di hadapan kamera video kepunyaan bapanya. Apapun, golf merupakan titik fokus utama hidupnya di mana dia banyak merangkul kemenangan dalam kejohanan yang berlangsung ketika itu.

Usaha yang gigih itu, membuatkan Woods melanjutkan pelajaran di Universiti Stanford dengan pembiayaan biasiswa daripada pelbagai pihak berasaskan sukan itu. Selama dua tahun di universiti itu, Woods membina reputasi dengan memenangi Kejohanan Amatur AS dan melayakan diri ke kejohanan utama yang berlangsung di Georgia pada tahun 1995.

Pemain profesional

Ekoran limpahan kemenangan itu, ketika berusia 20 tahun Woods telah membuat keputusan untuk menamatkan pengajian di universiti dan menjadi pemain golf profesional sepenuh masa. Tidak lama kemudian, pada sambutan ulang tahun hari jadi yang ke-21, dia telah menukar nama sebenarnya Eldrick kepada Tiger.


SAAT-SAAT bahagia Woods dan isterinya, Elin Nordegren.
BAWAH: ANTARA dua wanita yang dikaitkan dalam skandal seks Woods iaitu Rachel Uchitel (atas) dan Cori Rist


Sebenarnya, sejak kecil lagi, bapanya memanggilnya Tiger sebagai tanda memperingati seorang kawan baik tentera dari Vietnam.

Hanya lapan bulan selepas mengorak langkah sebagai pemain profesional pada tahun 1997, Woods berpeluang bermain dalam kejohanan paling prestij dan penting yang berlangsung di Kelab Golf Kebangsaan Augusta, Georgia. Dia juga telah menjuarai kejohanan itu dan melakar sejarah sebagai pemain muda yang merangkul gelaran juara itu.


REPUTASI Woods kini tercalar akibat skandal seks dengan 11 wanita.


Kejayaan hebat Woods sama sekali mengubah persepsi sukan itu yang didominasi oleh orang putih. Impak daripada kemenangan Woods membuatkan ramai lagi pemain-pemain muda daripada kumpulan minoriti lain semakin ghairah menceburi sukan golf.




Kemenangan yang berterusan itu turut mengukuhkan kedudukan kewangan Woods. Setakat ini jumlah wang terkumpul yang diperolehi melalui sukan golf berjumlah AS895 juta (RM3.18 billion). Ini termasuk hasil daripada penajaan, yuran pelesenan, yuran kemunculan, penjualan buku, baju dan khidmat nasihat dalam pembinaan padang golf. Majalah ForbesOktober lalu melaporkan Woods ialah ahli sukan pertama bergelar bilionair.

Walau bagaimanapun, bapa kepada dua orang anak itu, lebih gemar merendah diri dan tidak mengagung-agungkan kejayaan yang dicapai di khalayak ramai. Woods pernah berkata, keluarga ialah segala-gala baginya.

Perjalanan hidup Woods memasuki satu episod baru apabila dia berkahwin dengan kekasih lamanya, Elin Nordegren yang merupakan seorang model dari Sweden pada tahun 2004. Pasangan itu dikurniakan dengan dua orang anak Sam Alexis berusia tiga tahun dan Charlie Axel yang dilahirkan pada Februari lalu.

Sebagai bintang golf yang bertaraf bilionair, Woods menonjolkan imej sebagai anak, suami dan bapa yang baik serta menjadi contoh kepada masyarakat umum.

Skandal

Namun, imej bersih yang ditonjolkan dengan penuh cermat selama ini tercemar baru-baru ini. Episod populariti dan kejayaan hebat yang terpapar sekian lama telah berakhir dalam sekelip mata gara-gara beberapa siri skandal seks.

Setakat ini, watak-watak yang terbabit dalam siri itu melibatkan pelayan kelab malam, pelakon porno dan sebagainya.

Kisah skandalnya mula terbongkar apabila 'sesuatu yang tidak kena' berlaku pada 27 November lalu. Woods terlibat dalam satu kemalangan. Kenderaan SUV yang dipandunya telah hilang kawalan di luar rumahnya lalu merempuh pili bomba dan sebatang pokok milik jirannya di Florida.

Oleh sebab itu, Peronda Lebuh Raya Florida (FHP) telah menyiasat punca kemalangan tersebut manakala pegawai FHP gagal memperoleh penjelasan daripada Woods dan isterinya kerana keengganan mereka mengadakan pertemuan itu.

Akhirnya, dia hanya dikenakan denda sebanyak AS$164 (RM553) kerana memandu dengan cuai. Spekulasi kemalangan itu semakin memuncak apabila tiba-tiba Woods dikaitkan mempunyai skandal seks dengan seorang pengurus kelab malam, Rachel Uchitel oleh akhbar National Enquirer.

Ini diikuti pula dengan insiden Woods yang terpaksa menarik diri dari kejohanan Chevron World Challenge yang berlangsung baru-baru ini. Pengunduran itu sama sekali mencetus spekulasi bahawa Woods sebenarnya bergaduh dengan isterinya berhubung khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan Uchitel.

Woods pada awalnya menafikan gosip yang mencalar imej dirinya.

Namun, tidak lama kemudian, Woods mengaku berlaku curang terhadap isterinya dan berdepan dengan skandal bahawa dia meniduri 11 wanita semasa rumah tangga mereka berusia lima tahun.

"Sebagai manusia biasa, saya mengakui bukan seorang yang sempura. Saya tidak bebas daripada sebarang kesilapan dan menyesal dengan sepenuh hati kerana melukakan hati keluarga.

"Saya akan cuba untuk berubah sebagai suami dan bapa yang diperlukan keluarga," akui Woods tentang skandal itu dalam laman web peribadinya.

Ekoran skandal tersebut Woods juga bakal kehilangan pendapatan akibat firma perunding Accenture secara rasmi menarik balik tajaan mereka.

Siapa sangka, perjalanan hidup yang bahagia dan reputasi jaguh unggul sukan golf itu kini bagai di ambang kemusnahan. Ekoran porak peranda teruk yang berlaku dalam rumah tangganya, akhirnya Woods telah kehilangan segala-galanya iaitu kedudukan, karier, keuntungan dan mungkin keluarganya.

Isterinya, Elin kini tidak lagi kelihatan memakai cincin perkahwinan dan ada spekulasi mengatakan Elin ingin berpindah dan mungkin menuntut penceraian.

Minggu lalu, Woods dilaporkan telah mengumumkan untuk meletakkan 'titik noktah sementara' daripada sukan golf.

Sumber: Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info

14/12/09

Isteri Woods mahu bercerai

GAMBAR menunjukkan Woods bersama Elin pada satu pertandingan golf di San Francisco, California pada 7 Oktober lalu.

MIAMI – Bekas model, Elin Nordegren membuat keputusan untuk menamatkan perkahwinannya dengan pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods dan kembali ke Sweden, lapor sebuah akhbar semalam.

Elin dilaporkan kini sedang berbincang dengan beberapa peguam perceraian tetapi akan membuat prosiding undang-undang selepas sambutan Krismas demi kebaikan dua anak mereka.

Menurut laporan media, isteri Woods itu telah membeli Ladang Faglaro di Sweden yang merupakan tanah kelahirannya.

Perkembangan terbaru tersebut muncul selepas salah seorang wanita simpanan bintang golf itu Jamie Jungers (gambar) mengaku bahawa dia membuat hubungan seks dengan suami Elin pada hari bapa Woods meninggal dunia.

Jamie mendakwa mereka masih berada di atas katil semasa Woods menerima panggilan telefon bagi memberitahu bapanya sudah meninggal dunia pada bulan Mei 2006.

Terdapat satu lagi berita malang lagi buat Woods apabila penaja utamanya, Gillette menyatakan syarikat itu akan menghadkan peranan bintang golf itu dalam iklannya.

Pada Jumaat lalu, Woods mengaku berlaku curang terhadap isterinya dan berdepan dengan skandal bahawa dia meniduri 11 wanita semasa rumah tangga mereka berusia lima tahun.



Elin yang berumur 29 tahun berang dengan pendedahan itu dan dilaporkan memberitahu suaminya supaya jangan bercakap dengannya.

Wanita itu dilaporkan akan meraikan Krismas di Sweden bersama Woods yang berumur 33 tahun dan dua anak mereka, Sam berusia dua tahun serta Charlie berumur 10 bulan.

Menurut laporan sebuah akhbar di Britain, pasangan itu akan menjalani perbicaraan berhubung perbicaraan mereka pada tahun baru.

Walaupun pasangan itu merancang untuk meraikan Krismas bersama, Elin dilaporkan akan keluar dari rumah mereka ke sebuah kediaman baru yang terletak di Windermere, Florida.

Beberapa gambar menunjukkan sebuah trak dipenuhi dengan barang meninggalkan rumah Woods.

Sebuah akhbar di Britain turut melaporkan bahawa Woods sebenarnya masih membuat hubungan dengan seorang wanita simpanannya, Rachel Uchitel.

Rachel merupakan wanita yang menyebabkan Woods dengan Elin bergaduh pada bulan lalu sehingga menyebabkan bintang golf itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.


LADANG Faglaro yang telah dibeli oleh Elin di Sweden baru-baru ini.

Hubungan Woods dengan Rachel bermula pada musim panas di New York.

Woods kemudiannya tertarik pada Rachel dan mereka kemudian menjalin hubungan seks. Mereka turut bertemu secara rahsia di Las Vegas dan New York.

Hubungan asmara pasangan itu menjadi lebih menarik apabila mereka meminta beberapa wanita lain menyertai sama aksi mereka.

Satu rakan rapat Rachel memberitahu wartawan sebuah akhbar di Britain: “Woods menghantarnya satu mesej ‘panas’ mengenai seks berkumpulan. Rachel memang seorang wanita yang berfikiran terbuka.” – Agensi

Sumber: Kosma! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, manggis.info,

13/12/09

Woods minta maaf mengaku curang


WOODS bersama isteri, Elin serta anak mereka, Sam dan Charlie di samping anjing peliharaan keluarga itu, Yogi dan Taz.

PEMAIN golf No. 1 dunia, Tiger Woods secara terbuka memohon maaf ekoran kecurangan terhadap isterinya dan mengumumkan berehat daripada sukan itu.

Bintang profesional itu mengeluarkan kenyataan menerusi laman web rasmi beliau semalam sekali gus mengesahkan skandal hubungan sulit Woods, 33, dengan beberapa wanita seksi.

Beliau kesal melukakan isterinya, Elin Nordegren, 29, bekas model Sweden yang dikahwininya pada 2004 sehingga dikurniakan dua anak, Sam dan Charlie.

"Saya menyedari kekecewaan kerana kecurangan saya melukakan ramai orang, terutama isteri dan anak-anak saya. Justeru, saya meminta maaf," katanya.

Woods kini mahu memberi tumpuan penuh sebagai suami dan bapa yang lebih baik serta meminta semua pihak menghormati hak untuk bersendirian tanpa gangguan.

Skandal tercetus apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan misteri pada awal pagi 27 November lalu berhampiran dengan rumahnya di Isleworth, Orlando dekat sini.

Pihak polis peronda lebuh raya Florida bingung mendapati punca nahas kenderaan utiliti sukan Cadillac Escalade yang dipandu Woods tidak melibatkan apa-apa pengaruh dadah atau alkohol.

Media Amerika Syarikat kemudian membongkar nahas itu dengan siri kisah peribadi Woods yang akhirnya mendedahkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita termasuk pelacur kelas atasan yang dibayar lumayan.

Kelmarin, isteri Woods memberi kata dua kepada suaminya itu agar terus meninggalkan kerjaya sukan golf sebagai syarat untuk mengekalkan rumah tangga mereka daripada terus bergolak. - Agensi

Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, manggis.info,

11/12/09

Jaimee Grubbs mohon maaf

LOS ANGELES: Isteri Tiger Woods, akhirnya menerima permohonan maaf secara terbuka, walaupun bukan daripada suaminya yang curang.

Permohonan maaf itu sebaliknya datang daripada Jaimee Grubbs, kekasih gelap ketiga suaminya.

Jaimee berkata, dia kesal kerana menyebabkan Elin dan keluarganya kecewa.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu mungkin tidak melegakan Elin berikutan pendedahan beberapa teks pesanan ringkas lucah yang dihantar Woods kepada Jaimee.

Jaimee bukan satu-satunya kekasih gelap Woods yang bercakap semalam.

Rachel Uchitel berkata, dia dikecam oleh media sementara Jamie Jungers menceritakan bagaimana dia merasa sakit hati melihat gambar Woods dan isterinya ketika mengunjungi rumah mereka.

Pengakuan itu timbul ketika laporan menyatakan Elin akan mempertahankan rumah tangganya demi masa depan anak mereka. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Woods janji cerai isteri


LOS ANGELES: Tiger Woods didakwa berjanji kepada seorang kekasihnya dia akan ‘membuang’ isterinya supaya mereka dapat hidup bersama.

Jaguh golf itu dilapor berjanji demikian kepada sosialit seksi, Rachel Uchitel.

Woods menghantar e-mel bertalu-talu kepada wanita itu sebelum mengalami kemalangan yang membawa kepada pendedahan kecurangannya.

Dalam satu daripada e-mel itu, Woods berkata, dia tidak boleh hidup tanpa wanita berkenaan.

“Saya mahu anda baring di sebelah saya, baring di atas saya atau baring di mana saja yang anda mahu,” katanya.

Merujuk kepada isterinya dalam e-mel lain dia berkata: “Ia membuat saya kesal apabila memikirkan saya tersilap memilih wanita.”

Rachel, 34, yang menegaskan sebelum ini bahawa dia bukan wanita jalang, dilapor sudah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah majalah untuk mendedahkan hubungannya dengan Woods.

“Ada orang menggelar saya peruntuh rumah tangga, pisau cukur dan wanita jalang. Memang saya membuat kesilapan tetapi saya bukan seperti yang mereka dakwa.

Sementara itu, 300 mesej pesanan ringkas (SMS) dan mel suara antara jaguh golf itu dengan pelayan koktel, Jaimee Grubbs juga mula terdedah.

Dalam satu daripada SMS itu dia berjanji untuk mengadakan seks sepuas-puasnya dengan wanita berusia 24 tahun itu yang mendakwa mereka mempunyai hubungan seksual selama 31 bulan.

Dalam satu SMS lain, Woods meminta Jaimee merakamkan gambar bogelnya dan mengirimkan kepadanya.

Apabila wanita itu memberitahu dia sibuk bekerja, Woods merayu: “Pergi ke bilik air dan rakamkannya.” - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

10/12/09

Aktres mengaku gundik Woods


LOS ANGELES: Seorang aktres filem lucah tampil dengan dakwaan menjadi wanita simpanan ke-10 Tiger Woods, semalam.

Joslyn James yang membintangi beberapa filem lucah mendakwa sering ditiduri jaguh golf itu dan menganggap dia ‘wanita simpanan sepenuh masa’ Woods.

Menurut laman web Deadspin.com, Joslyn mengaku menjadi pemuas nafsu Woods kepada kawannya.

Joslyn - atau nama sebenarnya, Veronica Siwik-Daniels - mengemas kini statusnya dalam Facebook dengan menulis: “Saya dapati kelakar apabila individu tertentu tiada hidup sendiri dan mahu menjadi saya... teruk sungguh!’

Selain Joslyn, seorang lagi pelakon pornografi, Holly Sampson, 36, mengaku ditiduri Woods.

Pendedahan terbaru itu dilihat menjejaskan publisiti Woods.

Beberapa iklan memaparkan imejnya ditarik balik daripada siaran media massa di Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan media, Nielson, menyatakan kali terakhir imej Woods disiarkan dalam iklan komersial Gillette adalah pada 29 November.

Nasib Woods juga terus dirundung malang apabila beberapa penaja menarik balik tajaan mereka ke atasnya.

Pengeluar minuman sukan Gatorade yang memasarkan Tiger Focus, Nike dan American Express adalah antara penaja yang menarik diri.

Bagaimanapun, mereka mendakwa tindakan itu tidak ada kena mengena dengan skandal Woods.

Sementara itu, ibu mentua Woods, Barbro Holmberg (gambar), dibenarkan keluar dari hospital di Florida selepas dirawat selama 11 jam di situ, semalam.

Barbro, 57, dilaporkan terjatuh di rumah Woods kelmarin dan dikejarkan ke pusat perubatan itu untuk rawatan. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari myMetro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

8/12/09

Woods tiduri bintang porno


NEW YORK: Bintang filem lucah, Holly Sampson didakwa sebagai wanita ketujuh yang pernah ditiduri bintang golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods.

Holly, 36, berasal dari Los Angeles membintangi beberapa filem hangat di pasaran, termasuk OMG, Stop Tickling Me dan Flying Solo 2.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang kenyataan terhadap pembabitannya dengan Woods, 33.

Nama Holly muncul selepas wanita keenam, Cori Rist, 31, yang didakwa menjalinkan hubungan seks dengan Woods selepas bertemunya di sebuah kelab malam New York tahun lalu.

Mereka didakwa kerap bertemu kerana Woods ingin memuaskan nafsunya dan beliau turut secara diam-diam turut menerbangkannya ke seluruh dunia.

Sumber mendakwa Woods pasti akan menempah bilik suit di hotel yang didiaminya.

“Cori pula menetap di bilik berhadapan dengannya. Bilik itu bagaimanapun akan ditempah orang lain,” katanya.

Sementara itu, ramai wanita yang mendakwa pernah bersama Woods memperoleh bayaran lumayan untuk menceritakan kisah mereka. Sekurang-kurangnya dua daripadanya sudah menandatangani perjanjian lumayan.

Dua lagi wanita didedahkan kelmarin, Jamie Jungers, 26, didakwa teman wanita seorang peminat golf yang ingin mendapatkan tandatangan Woods dan juga pelayan Florida, Mindy Lawton, 33.

Beberapa media melaporkan, hingga kini lapan wanita mendakwa pernah melakukan seks dengan Woods.

Mindy berkata, Woods hanya ingin melakukan seks dengannya ketika isterinya, Elin, 29, hamil.

“Beliau hanya ingin melakukan seks sahaja,” katanya.

Pelacur New York, Rachel Uchitel, 34, didakwa memperoleh bayaran AS$1 juta (RM3.4 juta) untuk menutup mulut.

Manakala Jaimee Grubbs, 24, yang mendakwa pernah melakukan seks 20 kali dengan Woods kini berbincang untuk bergambar bogel di majalah Playboy.

Pelayan kelab malam, Kalika Moquin, 27, turut didakwa pernah mengadakan hubungan sulit dengan Woods. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

6/12/09

Tiger Woods makan pil kuat

LOS ANGELES: Bintang golf Amerika Syarikat (AS), Tiger Woods didakwa makan ubat kuat sebelum mengadakan hubungan seks dengan seorang daripada perempuan simpanannya.

Rachel Uchitel, 34, mendakwa Woods makan pil tidur Ambien sebelum mengadakan hubungan seks dengannya.

“Setiap kali selepas makan Ambien, pasti kami mengadakan seks yang memuaskan,” dakwa Rachel.

Ambien diguna untuk merawat penyakit imsonia kronik tapi turut didakwa meningkatkan prestasi seks beberapa minit selepas dimakan.

Kelmarin Rachel membatalkan sidang akhbar di Los Angeles selepas dihubungi wakil Woods yang merayu supaya skandal itu tidak diperbesarkan lagi.

Beliau didakwa ditawar AS$1 juta (RM3.4 juta) untuk menutup mulut.

Rachel dan Woods didakwa berkenalan pada satu majlis dianjur pemain besbal New York Yankee, DerekJeter.

“Rachel memiliki sejarah tidur dengan hartawan dan pelbagai personaliti terkenal.

“Beliau sudah lama menceritakan mengenai pengalaman bersama Woods dan berhasrat mendedahkannya di rancangan Oprah Winfrey,” kata seorang rakan.

Namun, seorang lagi wanita yang mengaku memiliki hubungan sulit dengan Woods, Jaimee Grubbs, 24, pula mendakwa bintang golf itu tidak hebat di ranjang.

Jaimee yang turut menjalinkan hubungan dengan aktor George Clooney mendedahkannya kepada peserta rancangan realiti US TV, Tool Academy.

Jika Clooney dipujinya, Tiger pula dikejinya.

“Jaimee mengaku Clooney seorang yang menarik tapi semua ulasannya terhadap Woods terlalu negatif. Beliau terus-menerus menyatakan Woods tak mantap di ranjang,” kata Krista Grubb, 27.

Seorang lagi rakan Jaimee mendakwa Woods pernah menawarkan sebuah apartmen di Las Vegas kepadanya. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.