26/05/09

Akhil Hayy membisu

Oleh Muhd Izawan Baharin
izawan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan mengenai masalah rumah tangga mereka pada Ahad lalu, penyanyi dan penceramah, Akhil Hayy tidak menghubungi isterinya berhubung isu itu.

Isterinya, Maizawati Zainal, 33, berkata dia tidak tahu di mana Akhil berada, malah suaminya itu tidak menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan walaupun selepas kisah rumah tangga mereka didedahkan media massa.

Dia bagaimanapun tidak mahu memanjangkan lagi isu itu kerana sudah menyerahkannya kepada peguam.

“Kalau ada apa-apa pun biarlah di Mahkamah Syariah Ipoh pada 2 Jun nanti,” katanya yang dihubungi semalam.

Harian Metro semalam melaporkan Maizawati mendedahkan Akhil pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi, Waheeda dan meminta izin untuk berkahwin.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” katanya.

Maizawati dilaporkan berkata, dia mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media, tetapi tekad tidak mempercayai apa yang dipaparkan kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Akhil.

Bagaimanapun, kesabarannya sampai ke penghujung apabila Akhil tidak pulang ke rumah sejak Februari lalu dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri.

Cubaan Harian Metro untuk mendapatkan sebarang komen daripada Akhil juga gagal walaupun telefonnya berdering.

Spekulasi mengenai hubungan Akhil yang juga dikenali sebagai Ustaz Rock dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda kembali panas apabila Maizawati membuat pendedahan menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, kelmarin.

Baru-baru ini, gosip mengenai hubungan dua penyanyi itu timbul semula selepas gambar mereka di pantai tersebar di Internet.

Sementara itu, Waheeda menerusi sebuah portal berita dilaporkan meminta supaya jangan bertanyakan isu berkenaan kepadanya.

Dalam kenyataan ringkas itu, Waheeda hanya meminta isu terbabit dirujuk kepada orang terdekat dengan Maizawati.
Ini adalah keratan akhbar dari MyMetro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Akhil Hayy tidak pulang ke rumah: Isteri nekad minta cerai

KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya.

''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.''

Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31.

Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya.

''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja.

''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailkan tuntutan meminta cerai awal bulan ini, dia ada meminta saya bersabar.

''Tetapi, saya tetap dengan keputusan untuk tidak lagi mahu bersamanya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhil, 40, dan Waheeda menjadi perhatian media sebelum ini lantaran gosip yang mempersoalkan mengenai status hubungan mereka berdua.

Menambahkan lagi kehangatan cerita, pelbagai pihak pernah mendakwa melihat kelibat mereka keluar menonton wayang bersama.

Mengulas lanjut, Maizawati berkata, kes tuntutan perceraiannya akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

''Sudah saya katakan, ini adalah keputusan saya. Saya juga mahu dia terima apa yang saya buat ini. Ahli keluarga saya pun memberi sokongan,'' jelasnya.

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak terutama anak sulungnya yang berusia 16 tahun, Maizawati memberitahu bahawa kesemua enam anaknya hasil perkahwinan dengan Akhil sudah cukup matang dan memahami tindakannya itu.

''Anak sulung saya okey. Mereka sudah dilatih agar tidak ambil tahu sangat akan apa yang berlaku.

''Saya juga perlu mencari pekerjaan untuk menyara keluarga kerana sebelum ini saya tidak bekerja,'' katanya.

Jelasnya, selepas daripada ini, dia amat berharap agar Akhil berbahagia bersama pilihan hatinya dan tidak mengabaikan anak-anak.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi Akhil dan Waheeda bagi mendapatkan jawapan berhubung hal berkenaan gagal selepas kedua-dua mereka enggan menjawab telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

25/05/09

“Saya izinkan mereka berkahwin ..." - Maizawati


Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.

“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.

Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.

Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.

“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.

“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.

Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.

“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.

Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.

“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.

Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.
Ini adalah keratan akhbar dari MyMetro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

24/05/09

Maizawati Zainal: “Saya rasa jodoh kami sudah tiada..."

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my


MESRA... Akhil sering digosipkan dengan Waheeda.

KUALA LUMP UR: “Saya rasa jodoh kami sudah tiada. Ini ketentuan Allah SWT dan ia untuk kebaikan kami bersama,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung desas-desus perpisahan mereka yang kini menjadi perbualan hangat.

Menurut Maizawati, desas-desus mengatakan mereka bakal berpisah adalah benar dan dia turut mengesahkan kes berkaitan perceraian mereka akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Katanya, keputusan berpisah bukan dibuat atas dasar mereka bermusuhan, tetapi ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya,” katanya.

Maizawati berkata, keputusan untuk tampil di media bukan dirancang, sebaliknya ia ketentuan Allah.

“Tiba masanya saya tampil memberi penjelasan supaya masyarakat memahami apa yang berlaku.

“Tiada langsung niat untuk memburukkan sesiapa. Mungkin ada hikmahnya selepas ini,” katanya yang muncul di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada jam 8 hingga 10 pagi hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya bagaimana dia berdepan situasi kontroversi demi kontroversi membabitkan suaminya dengan penyanyi Waheeda, Maizawati berkata, dia sentiasa berfikiran positif.

“Saya terima penjelasan dia. Saya fikir semuanya positif,” katanya.

Menurut Maizawati, dia juga percaya suaminya tidak berkahwin dengan Waheeda.

“Apa yang dia beritahu (tidak berkahwin dengan Waheeda) adalah benar. Saya harap masyarakat tidak lagi memandang serong kepadanya,” katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai desas-desus Akhil, 40, menjalin hubungan dengan Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31, malah ada juga cakap-cakap mengatakan mereka sudah berkahwin.

Bagaimanapun, Akhil menafikannya dan memberitahu hubungannya sebagai Waheeda cuma sebagai rakan sekerja apabila penyanyi itu dijemput menjayakan program Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Sebelum ini, mereka pernah dipertemukan dalam program Hijrah Remaja yang pernah disiarkan Astro.
Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

19/05/09

Pengakuan Seorang Gigolo

Gigolo hotel lima bintang

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my



SHAH mengaku menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan wanita yang kuat seks.


“SEKARANG saya hidup berpindah-randah. Tak pernah saya menyewa di sebuah rumah untuk lebih sebulan. Saya terus ‘diburu’ oleh Auntie Natalie.

“Dia tak mahu saya berhenti. Dia terus memujuk saya untuk bekerja (sebagai gigolo) semula,” ujar anak kelahiran Kedah itu.

Pujukan itu bukan hanya berbentuk kata-kata, sebaliknya diiringi wang bernilai ribuan ringgit. Auntie Natalie merupakan ibu ayam Shah sebelum ini.

“Saya perlu kuat. Saya sudah insaf dan tak mahu buat kerja itu lagi. Cukuplah enam tahun saya hidup bergelumang dosa,” akuinya dengan penuh kesal.

Kata Shah, hidupnya dalam tempoh itu tidak pernah tenteram.

“Sasaran saya pada waktu itu tentulah wang. Jadi saya sanggup melakukan apa saja untuk wang, termasuklah menggunakan ilmu hitam,” kongsi Shah yang merupakan graduan sebuah universiti perguruan terkemuka di negara ini.

Antara ilmu hitam yang diamalkan termasuk memakai susuk, mengamalkan jampi dan mentera.
Gunanya ilmu itu adalah untuk menundukkan ‘lawan’ agar mereka menuruti segala kemahuannya.

“Wanita Eropah memiliki tenaga seks yang tinggi dan jauh berbeza. Boleh dikatakan lelaki tempatan tidak mampu untuk menyaingi tenaga mereka. Jadi di situ juga saya gunakan ilmu itu,” katanya.

Malah, kata Shah, memiliki wang tunai berjumlah RM3,000 di dalam kocek pada setiap masa adalah perkara yang sentiasa dititikberatkan.

“Kalau tinggal RM1,000, saya akan mula gelisah. Peliknya, walaupun banyak, duit itu sentiasa habis.

“Apa jadi dengan duit itu pun saya tidak tahu. Hasil berbelanja itu tak ada dalam tangan atau depan mata,” kongsinya.

Godaan Auntie Natalie

Kisah Shah terheret ke dalam kancah maksiat bermula ketika dia membuat keputusan untuk mengisi cuti semester dengan melakukan kerja sambilan di sebuah pusat konvensyen di Selangor. Pada waktu itu dia belajar di sebuah kolej matrikulasi di utara Semenanjung Malaysia.

“Di sana, majikan wanita kami yang dipanggil Auntie Natalie banyak menunjuk ajar dan menjaga kami sepanjang waktu itu. Dia sering memberi nasihat seperti hormati mak dan ayah serta tidak meninggalkan solat.

“Bagi saya itu sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan kerana dia bukan seorang Islam,” cerita Shah.

Panas yang dijangka berlarutan sehingga ke petang bagaimanapun didatangi hujan di tengah jalan.

“Suatu hari Auntie ajak saya pergi ke kelab malam. Saya tak menolak kerana memikirkan inilah masanya untuk mengenal dunia remaja yang sering saya lihat di kaca televisyen. Dari situ jugalah saya belajar minum (arak).

“Tidak lama selepas itu, Auntie bertanya sekiranya saya mahukan wang saku lebih. Saya kata, ‘siapa yang tak mahu’. Dia memberi saya cadangan untuk menjadi gigolo.

“Tetapi, katanya, dia perlu menguji ‘keupayaan’ saya dahulu,” kongsinya yang mengakui bagaikan rusa masuk kampung pada waktu itu.

Lantaran memikirkan wang, tawaran Auntie Natalie diterima dengan mudah. Soal agama dan maruah tidak ada dalam pertimbangan.

Setelah mengorbankan teruna di tangan wanita berusia pertengahan 40-an itu, Shah diberi arahan untuk menunggu klien pertamanya di dalam bilik sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Bayaran pertama yang diperoleh bernilai RM800.

Menjelang hujung cuti, angka di dalam bank Shah mencecah lima digit, membuatkan Shah tidak terfikir langsung untuk berhenti di situ sahaja. Sebaliknya, dia menyimpan rahsia hitam itu seorang diri.

Anak bongsu daripada lima adik-beradik itu kembali ke kolej dan meneruskan pengajian seperti biasa. Konsentrasinya terhadap pengajian tidak menunjukkan sebarang masalah. Namun cita rasa berpakaian, wanita dan selera makannya menunjukkan perbezaan.

“Saya aktif semula menjadi gigolo selepas tamat matrikulasi. Aktiviti itu berlarutan walaupun saya sudah mula masuk universiti.

“Kedudukan universiti itu yang dekat dengan Kuala Lumpur juga membuka peluang yang lebih besar untuk saya meneruskan kerja itu. Setiap hujung minggu saya akan turun ke Kuala Lumpur untuk bertemu pelanggan,” dedahnya.

Selepas satu ketika, modus operandi kerjayanya berubah. Auntie Natalie menasihatkan Shah agar memohon jawatan di bahagian housekeeping di sebuah hotel lima bintang di ibu kota.

“Dari pukul 7 pagi hingga 2 petang, saya mengemas bilik-bilik yang sudah digunakan.

“Tetapi selepas itu saya sambung bekerja sebagai ‘teman pengiring’ untuk pengunjung hotel itu,” kata Shah yang menjelaskan gelaran ‘teman pengiring’ merupakan istilah yang digunakan untuk gigolo atau pelacur yang berkhidmat di hotel-hotel mewah.

Dari situ Shah mempelajari bahawa kira-kira 75 peratus daripada gigolo dan pelacur di Malaysia berbangsa Melayu dan datang dari kampung sepertinya.

Ramai pelanggan isteri Datuk

Shah mendedahkan hotel mewah dapat bergerak aktif dengan kegiatan itu kerana privasi yang dijanjikan.

Ada ketika dia bekerja sehingga malam. Pada waktu yang lain dia bermalam sahaja di hotel itu mengikut kemahuan pelanggan.

“Dalam sehari, paling banyak saya melayan sehingga empat orang wanita,” ujar Shah. Pelanggannya berumur dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun dan kebanyakannya terdiri daripada isteri kedua golongan berstatus Datuk.

“Mereka tanpa segan silu menceritakan kepada saya siapa suami mereka dan masalah dalam rumah tangga mereka. Saya dengar sahaja. Dalam kepala saya hanya memikirkan wang,” akuinya.

Pernah dibawa bercuti sehingga ke Hong Kong selama 10 hari, perjalanan, penginapan, makan dan minum Shah di sana ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

“Bukan itu saja, saya dibayar dan dibelanja membeli-belah.” Kehidupannya pada waktu itu, kata Shah, cukup mewah.

“Saya dapat membeli kereta Proton Perdana V6 secara tunai hasil himpunan duit itu. Makan dan pakai usah cakaplah. Semua yang saya ingini saya dapat beli. Tinggal pula di kondominium mewah,” katanya.

Sepanjang enam tahun itu, jarang benar Shah pulang ke kampung menjenguk ibu dah ayahnya. “Waktu itu saya memang tak ingat mak dan ayah. Memang saya hanyut.

“Tapi dengan kawan-kawan saya tak pernah putus hubungan. Walaupun semasa di universiti ada yang mengesyaki sesuatu, tetapi mereka tidak tahu perkara sebenar,” luah Shah.

Kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Pada penghujung 2006, Shah terkena santau yang teruk. Berat badannya susut 30 kilogram dalam tempoh beberapa hari dia terlantar sakit.

Dalam keadaan terkujur lemah, Shah kemudiannya didatangi mimpi.

“Saya bermimpi mengerjakan umrah. Tiga kali saya bermimpi yang sama. Saya lihat diri saya membuat tawaf dan saie. Saya menangis teresak-esak. Wajah pertama yang terbayang dalam fikiran ialah emak.

“Selama ini emak tak pernah merendahkan saya walaupun kadang-kadang memang saya buat silap,” keluhnya. Air mata bergenang di kelopak mata.

Setelah pulih, Shah banyak berfikir. Dia merasakan hidupnya sangat kosong. Biarpun dikelilingi begitu ramai wanita, kekasih sendiri curang kepadanya. Kini Shah masih berusaha untuk membersihkan diri daripada ilmu-ilmu hitam yang masih menghantui dirinya. Namun dia belum mempunyai kekuatan untuk menjalani ujian HIV/AIDS.






Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Rebutan Anak

Shafnie layak jaga dua anak

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

SHAFNIE


AC Mizal selepas keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Tiada alasan kuat dan munasabah bagi mengubah hak penjagaan dua orang anak yang diperoleh model, Shafnie Zainuddin (gambar) kepada bekas suaminya, AC Mizal yang juga pengacara rancangan realiti Akademi Fantasia.

Demikian antara alasan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan oleh Shafnie, 33, terhadap permohonan AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 37, melalui peguam syarie Azmi Mohd. Rais untuk mengubah perintah hak penjagaan terhadap dua orang anak mereka.

Selain itu, menurut Azmi, tiada isu lain yang timbul sehingga menyebabkan anak guamnya hilang kelayakan dalam hak penjagaan terhadap kedua-dua orang anak mereka.

"Dalam pernyataan pembelaan itu, kita menafikan permohonan AC dan sekarang kita tunggu jawapan daripada pihak mereka (AC)," katanya ketika ditemui di luar kamar mahkamah di sini semalam.

Terdahulu, peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal mengesahkan telah menerima salinan pernyataan pembelaan bertarikh 15 Mei yang dikemukakan Shafnie terhadap permohonan mengubah hak perintah penjagaan dua orang anaknya.

"Kami berhasrat memfailkan jawapan kepada pembelaan itu dan mohon ditetapkan tarikh sebutan," ujarnya.

Sehubungan itu, hakim syarie Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abu Zaky Mohammad menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 11 Ogos ini.


Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Majlis Perkahwian Zamarul -- Diana



Oleh HARYATI KARIM haryati.karim@kosmo.com.my

PERCINTAAN selama lapan tahun antara pasangan selebriti Diana Rafar, 27, dan Zamarul Hisyam, 38, akhirnya dinoktahkan dengan sebuah ikatan pernikahan pada pagi Sabtu lalu sambil disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak.

Mereka telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Khairuddin Haiyon yang mewakili wali pihak perempuan iaitu abang Diana, Airul Azmi Rafar dengan mas kahwin sebanyak RM165 di masjid yang sama. Dengan sekali lafaz, Diana secara sah menjadi milik mutlak Zamarul.

Apa yang menariknya, Diana yang menerima wang hantaran sebanyak RM16,500 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan turut menjadi 'ibu segera' sebaik bergelar isteri kepada Zamarul yang mempunyai dua orang anak lelaki, Izzat Haiqal, 10, dan Iqmal Haiqal 7, hasil perkahwinan terdahulunya.

Menurut Diana, meskipun mendapat anak 'segera' dia tidak pernah menganggap ia sebagai satu bebanan kerana telah mengenali anak tirinya itu sejak tahun pertama mereka bercinta, tambahan dia sudah biasa menjaga 13 orang anak buahnya.

"Rasanya tidak ada apa-apa masalah kerana hubungan saya baik dengan anak sulungnya yang dipanggil Aboy. Saya rapat dengan Aboy yang dijaga ibu Zamarul sendiri dan keluarga juga menyenangi kehadirannya apatah lagi wajahnya ada iras-iras anak buah saya sendiri.

"Dia pun jenis yang tidak banyak kerenah, mungkin sebab sudah biasa hidup berdikari. Lagipun, kalau saya dan Zamarul bergaduh, dialah yang jadi orang tengah untuk rapatkan kami semula. Sebab itu kami rapat," ujarnya yang belum pernah bertemu dengan anak kedua Zamarul yang berada di bawah jagaan bekas isterinya.



BERSYUKUR kerana akhirnya impian untuk membina rumah tangga menjadi kenyataan.


Zamarul juga menyatakan tiada bantahan daripada anak-anaknya terhadap perkahwinan itu, malah anak sulungnya yang dipanggil Aboy, diibaratkan seperti kawan baik Diana. Aboy yang mahukan mereka segera berkahwin.

"Aboy ibarat kawan baik Diana. Memang dia sangat mahukan kami berkahwin. Malah, dia asyik bertanya bila dia akan dapat adik baru," katanya dalam senyuman.

Apabila ditanya mengenai perkahwinan kali kedua bapanya, Izzat yang hadir pada majlis pernikahannya itu turut melahirkan rasa gembiranya terhadap perkahwinan itu dan berasa senang dengan kehadiran ibu baru dalam keluarganya.

"Saya suka dengan mama, dia baik. Kalau boleh lepas ni saya nak adik perempuan," ujarnya yang petah berbicara.

Sejurus selepas upacara pernikahan berakhir pada sebelah malam hari yang sama, majlis persandingan sebelah pihak perempuan berkonsepkan perkahwinan dalam taman berlangsung dengan meriahnya di Bougainvilla Garden, Shah Alam.

Ramai tetamu yang hadir pada majlis persandingannya termasuklah rakan-rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Maria Farida, Fazura, Zizan Nin, Datuk A. Rahman Hassan, Zizie Ezette dan Serina Redzuawan .



INILAH Aboy, anak sulung Zamarul daripada perkahwinan pertamanya yang kini menjadi teman baik Diana.


Diana kelihatan jelita dalam gaun berwarna putih manakala Zamarul pula tampak segak dalam persalinan sut sedondon.

Namun, dalam senyum tawa terselit kerisauan di hati Diana, kerana dia impikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna.

"Kahwin-kahwin juga. Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu betapa risaunya hati saya, tetapi alhamdulillah semuanya telah selesai dan saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

"Dulu masa-masa kakak-kakak saya kahwin, saya pelik melihat mereka risau tidak tentu arah, sekarang bila saya yang kahwin saya juga mengalami perkara yang sama," ujarnya dalam tawa.

Harap Zamarul tidak berubah

Menyentuh tentang tarikh pernikahannya, Zamarul memberitahu tarikh 165 mempunyai makna yang tersendiri kerana nombor berkenaan bukan sahaja dijadikan tarikh hari bahagianya tetapi juga nilai mas kahwin dan wang hantaran kepada Diana.

"Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam Rukun Iman dan lima Rukun Islam. Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami dalam mengharungi hubungan selama 8 tahun.

"Apabila hati sudah berdetik untuk berkahwin, saya dapat rasanya bahawa dialah (Diana) orang yang tepat untuk dijadikan suri dalam hidup saya," kata Zamarul yang melamar Diana sekitar Februari lalu.



KELUARGA kedua-dua belah pihak turut menumpang gembira pada hari bersejarah pengantin.

Meskipun pernah gagal dalam perkahwinan terdahulu dan hubungan cintanya bersama Diana pernah dilanda badai kontroversi suatu ketika dahulu, Zamarul mempunyai harapan besar dalam kehidupan rumah tangga bersama Diana dan pengalaman telah mematangkan dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.

"Harapan saya agar hubungan ini kekal sehingga ke anak cucu, kalau ada masalah hanya melalui perbincangan yang dapat menyelesaikannya kerana bukan mudah untuk kami sampai ke tahap ini.

"Dugaannya terlalu banyak dan syukur kerana kami telah bersatu sebagai suami isteri," jelasnya yang tidak akan menghalang kerjaya seni isterinya kelak.

Bagi Diana pula, dia juga mengharapkan kebahagiaan yang dianyam selama ini berkekalan dan Zamarul dapat membimbingnya ke arah yang lebih baik.

"Saya harap dia tidak akan berubah, Zamarul yang saya kenal hari ini, saya harap dia kekal untuk selamanya. Seorang yang matang, mengambil berat, penuh dengan kasih sayang. Saya yakin dia mampu menjadi seorang ketua keluarga yang baik," ulasnya.



IMPIAN Diana bersanding dengan tema 'pelamin dalam taman' akhirnya menjadi kenyataan.

Menjadi kelaziman buat pengantin baru untuk berbulan madu, namun kerana kesibukan kerja sebaik sahaja majlis persandingan di sebelah pihak lelaki yang akan berlangsung pada 23 Mei ini, agenda bulan madu masih tidak dapat ditentukan tarikhnya.

"Kami tidak rancang untuk berbulan madu sebab sibuk. Cuma rancangan kami selepas berkahwin ingin mengerjakan umrah bersama, tetapi tidak tahu bila. Perlu tengok jadual kami dulu, jika ada kelapangan, lebih cepatlah kami ke sana," kata Zamarul.



BAHAGIA terserlah di sebalik wajah ceria mereka.

Apabila ditanya jumlah cahaya mata yang diingininya, Zamarul hanya tersenyum dan memberitahu dia tidak kisah akan jumlah anaknya yang bakal dimiliki kelak.

"Saya tidak kisah berapa pun, lagi ramai lagi bagus, kalau dapat rezeki cepat alhamdulillah. Aboy pun tak sabar-sabar nak dapat adik. Ini semua bergantung kepada Allah," tuturnya sambil mengerling manja pada Diana.






16/05/09

Zamarul, Diana akhirnya diijabkabulkan


Sah: Zamarul Hisham dan isterinya, Diana Rafar, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam

Akhirnya ... percintaan pelakon Zamarul Hisham Mohamad dan Diana Rafar yang terjalin sejak lapan tahun lalu termeterai dengan aqad perkahwinan yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah alam pada 10:30 pagi, 16 Mei 2009.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah masjid berkenaan, Khairuddin Haiyon setelah diwakilkan oleh abang kandung Diana, Airul Azmi, dengan mas kahwin RM165.
Zamarul, 38, yang juga duda anak dua, sah bergelar suami apabila dia mengcapkan qabul dengan sekali lafaz, bahawa dia menerima Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd. Rafar, 27, sebagai isterinya.

Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 100 ahli keluarga terdekat.





Sumber: Utusan Online. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

12/05/09

Roslin, Faizah sah cerai talak bain sughro

PETALING JAYA 12 Mei - Mahkamah Rendah Syariah di sini petang ini memutuskan lafaz yang dibuat jaguh badminton negara, Roslin Hashim telah mengugurkan talak terhadap isterinya, Faizah Mohamad.

Hakim Syarie, Jamil Ahmad mendapati lafaz talak yang dibuat pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu dibuat Roslin dalam keadaan sedar dan lafaz tersebut adalah sorih (jelas). Sehubungan itu, lafaz tersebut telah menjatuhkan talak jenis bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).

Mahkamah juga memutuskan bahawa tidak pernah berlaku persetubuhan antara Roslin, 34, dan Faizah, 32, berdasarkan sumpah yang dibuat jaguh badminton tersebut.
Plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai setelah mendakwa Roslin menceraikannya di rumah ibu bapanya di Taman Puchong Perdana pada pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu setelah bernikah pada 31 Januari lalu. ‘‘Faizah. Saya ceraikan Faizah Haji Mohamad dengan talak satu.’’

Pada 21 April lalu, Roslin menyatakan kesediaan untuk bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa beliau tidak pernah mengadakan hubungan kelamin sepanjang 12 hari bernikah dengan Faizah sebelum meceraikan plaintif pada 11 Februari lalu.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 30 Januari dan diraikan dalam dua majlis persandingan penuh gilang-gemilang yang dihadiri rakan taulan di Puchong dan Kota Bharu.
Kisah rumah tangga mereka menggemparkan peminat badminton tanah air apabila Roslin mengaku melafazkan cerai terhadap Faizah pada 11 Februari lalu iaitu hanya 12 hari selepas bernikah. - Utusan

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

7/05/09

Ada apa Akhil dan Waheeda?

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


PASANGAN suami isteri dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua, Waheeda dan Akhil Hayy.

TAHUN lalu, tatkala majlis pelancaran album Nasyid Legenda 2, Akhil Hayy buat pertama kalinya membuka bicara usai mengenai isu pernikahan 'rahsianya' bersama penyanyi dan pelakon terkenal, Norwahidah Abdul Wahab, 31 atau Waheeda.

Ketika itu, asakan wakil media dengan pelbagai pertanyaan berhubung isu pernikahannya dijawab tenang oleh Akhil yang statik dengan jawapan, masih belum beristerikan Waheeda.

Pengakuan tersebut sedikit sebanyak telah meleraikan kekusutan terhadap dakwaan yang kononnya Waheeda berstatus isteri kedua kepada penyanyi dan penceramah motivasi itu.

Bagaimanapun, selang beberapa bulan selepas pengakuan tersebut, hubungan kedua mereka kembali hangat diperkatakan apabila ada pihak yang mendakwa melihat kelibat mereka keluar menonton wayang bersama.

Persoalannya, di tengah-tengah kehangatan orang ramai menjaja kisah di antara mereka, baik Akhil mahupun Waheeda sendiri masih berani muncul berdua di khalayak ramai.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, baru-baru ini bersama Akhil, Waheeda tampil sebagai salah seorang pelakon dalam siri program berbentuk bual bicara, Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Lantas, pada majlis pelancaran siri tersebut yang berlangsung di Restoran Al-Rawsha, Kuala Lumpur, kelibat Akhil yang muncul dengan jubah putih, tiba lebih awal daripada Waheeda yang tampil mengenakan jubah hitam 30 minit kemudian begitu dinantikan.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, kedua-duanya kelihatan cukup bersedia menjawab segala persoalan yang diajukan tanpa mahu menimbulkan sebarang spekulasi sampingan di kemudian hari.

Para media yang hadir saling berpandangan, berteka-teki apakah pada majlis yang sama pasangan sensasi itu bakal menamatkan segala 'rahsia' yang terkunci rapi di antara mereka?.

Bukan sahaja peringatan daripada Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar yang menyatakan bahawa ada kejutan yang ingin dilakukan oleh Akhil pada majlis tersebut malah, kehadiran ahli keluarga Waheeda pada majlis yang sama turut menjadi tanda tanya.

Bagai tahu persoalan pokok yang ingin diajukan sedari awal, Akhil membuka bicara: "Baiklah, hari ini saya ingin membuat deklarasi secara eksklusif di depan semua yang hadir pada hari ini dan harap-harap ia dapat menjawab segala persoalan selama ini untuk kebaikan bersama.

"Waheeda adalah isteri saya… dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua yang bernama Honey Al-Zahra," ujar Akhil membantutkan teka-teki mengenai 'kejutan' yang di uar-uarkan sebelum itu.

Menurut Akhil, Waheeda adalah antara nama-nama yang disenaraikan untuk menjayakan program-program di Astro Oasis. Selain mampu menyanyi dan berlakon, kata Akhil, Waheeda juga dilihat sebagai individu yang mampu menyampaikan dakwah dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua.

Biarpun pernah menjawab isu pernikahannya tahun lalu, bersama Waheeda, Akhil sekali lagi ditebak dengan soalan yang sama.

Berkali-kali menafikan, berkali-kali juga para media mengajukan soalan yang sama. Bukanlah niat untuk mengeruhkan lagi keadaan, cuma ingin mendapatkan kepastian terhadap apa yang telah disampaikan oleh sumber, seorang ustaz terkenal.

Dalam pertanyaan ringkas, ujar Waheeda: "Tidakkah anda tahu begitu ramai para pendengki dalam dunia nasyid?. Kami ini manusia biasa yang memang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, bagaimanapun itu di antara kami dengan Allah.

"Lagi satu, kenapalah media selalu tonjolkan isu negatif seperti isu kami bernikah dan tengok wayang sedangkan banyak lagi isu lain yang boleh diperkatakan.

"Dunia ini sememangnya 'neraka' bagi orang-orang yang beriman tetapi 'syurga' bagi orang-orang yang yang kafir," kata Waheeda sedikit emosi.

Mengakui impak besar berhubung gosip tersebut, ujar Akhil, kemana-mana dia melangkah pasti soalan yang sama sering menjadi topik perbualan.

Seperti pengakuan pertamanya setahun lalu, cabaran tersebut tidak ubah seperti tsunami yang melanda lautan yang mengapung bahtera hidup dikemudinya.

"Situasi saya diibaratkan saya di dalam rumah dengan hanya berkain pelikat tetapi tidak berbaju. Kemudian datang seorang tetamu memberi salam.

"Dalam Islam salam hanya diberikan sehingga tiga kali sahaja dan apabila salam ketiga tidak disambut, maka tetamu itu akan faham bahawa tuan rumah tidak mahu menerima sebarang tetamu.

"Bagaimanapun, sekarang ini 'rumah' saya telah diketuk sampai sepuluh kali dan bagai nak roboh tetapi masih juga tetamu itu tidak mahu balik. Apa yang boleh saya katakan, Allah melaknat orang-orang yang menyebarkan fitnah walaupun ketika sedang tidur," katanya.

Berani bersama Waheeda sebagai pasangan suami isteri dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua membawa cabaran yang bukan sedikit buat ikon eksklusif pertama Astro Oasis itu.

Menjaga adap

Siri 13 episod Cafe Akhil Hayy musim kedua bersiaran pada setiap hari Rabu, pukul 7.30 malam di Astro Oasis (saluran 106 Astro) bermula 29 April lalu.

Pernah ditemukan dalam program Astro, Hijrah Remaja sekitar tahun 2006, Akhil memuji keterampilan Waheeda serta pembawakannya yang dilihat mampu menyebarkan dakwah dalam programnya itu.

Bukan mahu menyimbah minyak ke dalam bara dan mengapi-apikan gosip cinta di antara mereka yang heboh seantero negara, tetapi atas dasar dakwah, niat baik menyatukan mereka dalam satu program disambut baik oleh pasangan penyanyi ini.

"Selebriti bertudung seperti Waheeda boleh dibilang dengan jari, cantik di luar dan cantik di dalam. Perkara utama yang saya lihat, dia begitu menjaga adap dan penampilannya.

"Di sini, kami bukan merayu, tetapi menyeru. Saya tahu Waheeda mampu buat kerja dakwah. Ini ketentuan Tuan punya dunia. Waheeda ada cara dia dan saya ada cara saya sendiri," katanya.

Bercerita tentang pelantikannya sebagai ikon eksklusif Astro Oasis, menurut Akhil, ia merupakan satu tanggungjawab besar buat dirinya.

"Saya terlibat dengan program Marhaban di Astro daripada musim pertama hingga keempat dan daripada situ, mungkin pihak Astro Oasis nampak sesuatu dalam diri saya.

"Impaknya, apabila mereka nampak saya yang dulunya terlibat dalam seni kemudian menyepi seketika dan kini kembali dengan imej berkonsepkan Islamik. Bukan saya nak tunjuk pandai tetapi anggap ia sebagai satu amanah," katanya.
Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

7/04/09

Man kills wife for refusing sex

CHENNAI: In an incident too grotesque to believe, a 30-year-old man allegedly strangled his wife, had sex with her dead body and mutilated it

after she refused to have sex with him. Police, who arrested the man on Friday, said that it was the first time that such a case was reported in the city.


According to police, Subash, a resident of Poonamallee who earns a living by selling soft drinks on a push cart, came home drunk on Thursday afternoon. He asked his wife, Shanti (28), to have sex with and she refused.

"After this, he said he was hungry and asked her to give him food. An angry Shanti told him that there was no money to buy groceries and, hence, she had not cooked any food. She began scolding him for seeking physical pleasure when he was not providing money for household expenses," said a police officer.

Angered by this Subash slapped Shanti who she fell down unconscious. He then took his children's skipping rope and strangled her to death. Police said Subash then went on to have sex with his wife's lifeless body before mutilating it.

Subash and Shanti were married for more than 10 years and resided on Avadi Road, Seneerkuppam, in Poonamallee. They have two sons, aged ten and seven.

"He did not leave the house after the crime. In the evening, the children returned home from school and found their mother lying on the floor. They did not comprehend what had happened and ran to call their uncle staying nearby," the officer said. It was the uncle who informed the police.

"The children said that their parents used to fight regularly.We arrested Subash from the house. During interrogation, he confessed that he had murdered her for refusing sex," said Inspector Velan of Poonamallee police station said.

The children have been placed under the care of their uncle.
Ini adalah keratan akhbar dari The Times of India untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Pabila suami naik minyak

CHENNAI – Seorang suami yang hilang kawalan membunuh isterinya hanya kerana wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks.

Selepas membunuh wanita itu, suspek berumur 34 tahun didakwa mengadakan hubungan seks dengan mayat isterinya.

Mangsa, Shanti, 28, menegur suaminya kerana kerap meminta mengadakan hubungan seks sebelum ditolak sehingga pengsan dan dijerut sehingga mati. – Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

LIMA tahun menyelami hati budi masing-masing


YATT mahu meniti hari-hari bahagia sebagai isteri bersama suami tercinta, Abdul Mutalib Abdul Shukor.

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


LIMA tahun menyelami hati budi masing-masing, akal dan hati bersatu rasa, lalu termaktub dalam kotak fikiran bahawa jejaka bernama Abdul Mutalib Abdul Shukor itulah yang bakal menjadi peneman hidup si jelita, Yatt.

Bertahun mencipta keserasian di antara mereka, tahun lalu mereka memilih untuk diikat dengan ikatan pertunangan dan akhirnya tanggal 29 Mac lalu menjadi tarikh keramat apabila sah bergelar suami isteri.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 29, diijabkabulkan dengan pasangannya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, di kediamannya di Seremban, dengan mas kahwin RM280.80.

Menyingkap episod persandingan pasangan ini yang diraikan di Dewan Seri Endon Puspanitapuri, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya Sabtu lalu, langkah diatur penuh yakin sambil melantun senyuman manis ke arah tetamu yang hadir memenuhi ruang.

Berseri mengenakan pakaian tajaan Butik Lynda Rahim, sedondon dengan padanan warna putih, bersemayam cantik kedua mempelai di atas singgahsana yang dilatari warna putih dan ungu.

Ketika ditemui pada majlis resepsi tersebut, dengan kegembiraan yang jelas terpancar di wajah, pelakon dan pengacara itu memberitahu bahawa dia mahu membina hidup berkeluarga penuh ceria bersama pasangannya itu.

"Perkahwinan merupakan perkongsian hidup antara kami, kalau boleh selepas ini apa-apa sahaja masalah yang wujud akan cuba kami selesaikan sebaik mungkin," kata pelakon filem Impak Maksima itu.

Diajak berbicara mengenai transformasi dirinya yang kini berstatus isteri, jelas anak sulung daripada sembilan beradik itu, dia begitu seronok menjalani hidup sebagai seorang isteri.

"Memang seronok bergelar isteri sebab saya rasa begitu enjoy dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun baru masuk seminggu usia perkahwinan, kami gunakan sepenuh waktu yang ada bersama.

"Maklumlah, dalam tempoh seminggu masa kami agak terhad sebab perlu selesaikan segala persiapan untuk majlis persandingan yang diadakan serentak hari ini (4 April lalu).

"Bagaimanapun, kami anggap ini sebagai ujian dan cabaran buat kami dalam menempuh alam rumah tangga," kata Yatt yang sempat memasak untuk suaminya pada hari pertama dan kedua selepas diijabkabulkan.

Sekilas mengenai detik-detik pertemuan antara Yatt dan pasangannya itu, bibit-bibit percintaan mula berputik apabila Yatt yang gemar bersukan mengunjungi Sports Planet Ampang, untuk bermain futsal bersama rakan-rakannya.

Biarpun pada awalnya pernah menolak cinta Talib, namun hari demi hari, keikhlasan yang dipamerkan oleh Talib merapuhkan benteng hati yang dibina Yatt yang sebelum itu seakan serik untuk bercinta kerana kecundang di alam percintaan.

Enam bulan mencari keserasian, akhirnya mereka nekad dan berikrar janji sebagai pasangan kekasih.

Bercerita tentang Talib, menurut Yatt, suaminya itu merupakan insan yang begitu memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon biarpun di awal perkenalan, perjalanan kerjayanya baru berputik.

"Bukan itu sahaja, saya menjadi lebih kagum dengannya apabila kesemua adik-beradik saya lebih hormat kepadanya berbanding saya.

"Selain pandai mengambil hati saya dan juga ahli keluarga, dia juga merupakan seorang yang romantik dan kelakar biarpun pada zahirnya dia nampak serius," kata Yatt lagi.

Sementara itu, Talib ketika ditanya tentang aktiviti seni isterinya itu memberitahu bahawa dia tidak akan menghalang minat isterinya itu selagi tahu menjaga batas agama dan maruah sebagai wanita Melayu.

Ingin berbulan madu di pulau

Seperti kebanyakan pasangan pengantin, Yatt dan Talib turut memasang angan-angan ke destinasi impian untuk berbulan madu.

Bagaimanapun, menurut Yatt, di kala ini dia dan suaminya masih belum membuat sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan kesibukan masing-masing menguruskan majlis persandingan.

"Cuma kalau boleh saya teringin sangat nak ke pulau untuk berbulan madu. Saya suka pulau sebab tempatnya cantik, nampak hijau dan dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut," katanya
Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

29/03/09

Cici nikah di Mekah


Tarikh 12 Mac lalu menjadi saksi termeterainya sebuah ikatan perkahwinan Cici Faramida seorang penyanyi dangdut terkenal dengan seorang usahawan Ahmad Suhaebi (Ebi).

Cici, 36 sah menjadi isteri Ebi, 46 di Masjidil Haram Mekah. Cici menerima mas kahwin sebuah kitab suci Al-Quran, sepasang alat solat dan wang tunai 1,200 riyal (RM1,155).

Sebelum pernikahan ini, sempat tersebar gosip menyatakan Cici bakal bernikah dengan suami orang dan akan melangsungkan pernikahan siri. Khabar angin ini tersebar gara-gara Cici memilih luar negara untuk menyempurnakan acaranya, seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.

Namun semua ini hanyalah khabar angin. Cici bernikah secara terbuka di Mekah dan suaminya telah pun mendapat status duda selama lima tahun. Semasa berlangsungnya pernikahan keluarga dari kedua-dua belah pihak juga turut hadir.

Cici memilih Masjidil Haram kerana inginkan sebuah perkahwinan yang penuh dengan keberkatan dan berkekalan.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

2/02/09

Roslin korban bulan madu tumpu Seluruh England


MUHAMMAD Roslin Hashim dan pasangannya, Faizah Mohamad selamat disandingkan di Taman Puchong Perdana, semalam.

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim mengorbankan bulan madu untuk memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England, 3-8 Mac ini.
Menurut Roslin, 2009 merupakan tahun terakhirnya sebagai pemain badminton dan dia mahu menutup kariernya dengan satu kejuaraan terbaik.
Semalam, Roslin, 34, menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan dari Puchong, Faizah Muhammad, 31, yang telah dikenali sejak dua tahun lalu.
Bagi Roslin, Faizah adalah anugerah yang melengkapkan hidupnya tetapi dia terpaksa melupakan impian untuk berbulan madu dalam masa terdekat kerana perlu segera kembali ke gelanggang untuk menghadapi Seluruh England.
"Saya mahu berhabis-habisan pada Seluruh England kali ini kerana ia adalah penampilan terakhir saya. Sebenarnya, saya sudah buat keputusan bahawa 2009 adalah tahun terakhir saya dan saya mahu bersara selepas ini.
"Walaupun sibuk menguruskan perkahwinan sepanjang bulan ini tetapi saya sentiasa adakan masa berlatih, malah, dua tiga hari sebelum balik ke Kelantan, saya tetap turun berlatih.
"Saya mahu menutup karier dengan sesuatu yang akan dikenang. Kata orang, biarlah saya tamatkan karier dengan cara yang bermaruah,'' kata bekas pemain No. 1 dunia itu.
Bagi Roslin, status baru sebagai suami tidak langsung membebankan, sebaliknya ia adalah tanggungjawab baru yang akan mendorongnya untuk lebih bekerja keras.
Ditanya tentang rancangan selepas bersara, pemain Nusa Mahsuri itu berkata, dia mahu menjadi jurulatih, sama ada ada bersama kelab atau menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).





Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

22/12/08

Mawi - Ekin berjaya hadapi badai percintaan


PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pada pagi Sabtu lalu membuktikan bahawa pasangan tersebut tidak lut pada segala cemuhan.

Sejak Mawi dan Ekin menguar-uarkan percintaan mereka pada 21 Oktober lalu, pasangan tersebut tidak henti-henti dilanda ujian.

Namun, berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain, akhirnya Mawi dan Ekin berjaya disatukan jua oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said pada pukul 11.40 pagi.

Mawi, yang segak dengan persalinan baju Melayu serba putih dan bersamping songket, nampak gugup ketika melafazkan akad nikah, namun berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan hanya sekali lafaz sahaja.

“Masa bersalam tadi, memang saya rasa semacam bertambah gugup. Tapi alhamdulillah, saya dapat atasinya dengan sekali lafaz,” katanya tersenyum pada sidang media yang diadakan selepas upacara akad nikah.

Jelas Mawi, setiap hari dia sering menghafal ungkapan akad nikah dalam hati dan mungkin disebabkan latihan itu dia berjaya melafazkannya dengan lancar.

Sebaik selesai acara akad nikah, Mawi telah membaca taklik dan melakukan sujud syukur sebelum menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Ekin.

Acara tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi Saluran Astro Oasis (106) bermula pukul 10.30 pagi.

Mawi yang sedari awal mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, turut memberi wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada isteri tercinta.

Apa pun, bagaikan terlepas daripada bebanan yang cukup berat, Mawi nampak begitu ceria dengan menyerlahkan perwatakannya selamba dan lucu sebaik majlis pernikahan selesai.

Malah, senyuman dan gurauan tidak lekang daripada bibirnya terutama pada majlis persandingan yang berlangsung pada sebelah malam di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Majlis resepsi oleh keluarga Ekin itu dihadiri lebih 1,500 tetamu di mana pasangan pengantin memilih persalinan hitam dan putih.

Mawi mengakui ikatan pernikahan itu membuktikan bahawa dia dan Ekin sanggup menghadapi segala cabaran bersama hingga ke akhir hayat.

“Sebelum menjadi suami isteri lagi kami sudah diuji dengan pelbagai dugaan. Ekin banyak berkorban kerana setiap hari ada sahaja cemuhan yang dilontarkan kepada dia.

“Saya tahu walaupun dia bersabar tapi setiap hari dia berendam air mata. Saya mohon doa daripada semua agar rumah tangga kami kekal hingga akhir hayat. Harap lepas ini tiada lagi perkara sebegitu,” katanya yang bakal berbulan madu di Korea.

Menurut Mawi, setakat ini dia belum merancang tarikh sebenar berbulan madu kerana pemergiannya ke Korea kelak ditaja oleh Korean Tourism Organisation (KTO).

Ujarnya, buat masa ini tumpuannya lebih kepada mengurus acara resepsi di Felda Taib Andak pada 28 Disember ini dan Hotel Palace of Golden Horse pada 11 Januari depan.

Selain itu, dia juga akan terbabit dalam satu persembahan pada tahun baru ini.

Mawi yang memberi sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang itu berkata, setakat ini dia juga tidak membuat perancangan keluarga.

“Bagi saya, kalau Tuhan sudah tetapkan rezeki saya dapat anak awal, saya terima. Berapa orang itu, terpulanglah. Kalau sekali keluar dua orang pun bagus juga,” katanya.

Bagi Ekin, dia tidak pernah kesal atau berasa bersalah memilih Mawi sebagai suami biarpun sedar jejaka kelahiran Felda Taib Andak itu menjadi perhatian umum.

Padanya, Mawi adalah pilihan terbaik dan keputusan yang dibuat adalah tepat dan mungkin atas sebab itu juga Ekin dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik selamat diijab kabul.

“Air mata tadi adalah air mata kegembiraan dan syukur kerana akhirnya, percintaan Ekin dan Mawi sampai ke destinasi. Ini semua berkat sokongan keluarga.

“Kalau sebelum ini Ekin mampu menepis segala dugaan, sudah pasti mendatang pun Ekin bersedia dan akan mengatasi segala masalah rumah tangga dengan tabah,” katanya.

Ekin yang pernah dituduh memilih Mawi kerana harta berkata, biar apa pandangan orang ramai terhadap dirinya, dia reda kerana apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar.

Justeru, setelah memiliki status isteri kepada Mawi, Ekin akan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

“Selepas ini ke mana sahaja Mawi pergi, Ekin akan ikut. Bukan kerana cemburu atau nak kawal tapi sebagai pengurus dan perunding imej Mawi,” katanya yang bakal menetap di Bangi, Selangor.

Selain itu, Ekin juga telah mendapat kebenaran daripada Mawi untuk membuka butik busana Muslim dan mungkin perniagaan itu digabung dengan Mawi World Entertainment.

Ekin yang akan meneruskan kehidupan seperti biasa berkata, dia tidak menolak untuk berlakon jika watak yang ditawar bersesuaian dengan imej dan statusnya.

Sementara itu ibu Ekin, Fatimah Saad berkata, dia berasa gembira kerana anaknya telah selamat bergelar isteri tetapi dalam masa yang sama turut bersedih kerana anak kesayangannya itu akan berpisah dengan keluarga.

“Mula-mula dulu, mak cik tidak percaya bila Ekin beritahu yang dia nak kahwin dengan Mawi. Apa pun mak cik suruh dia kenal hati budi Mawi dulu dan alhamdulillah, akhirnya mereka disatukan.

“Memanglah akan terasa kehilangan Ekin tapi itu sudah lumrah dia perlu ikut suami. Mak cik sentiasa doa agar hubungan mereka kekal hingga akhir hayat,” katanya.

Bagi Rahmat Mohammad, dia tidak bimbang untuk melepaskan Ekin kerana tahu pilihan anaknya itu tepat.

Katanya, biarlah mereka layari rumah tangga sendiri dan jika timbul masalah pandai-pandailah mengatasinya.

“Sekarang ini saya rasa lega kerana mereka sudah rasmi sebagai suami isteri dan jika apa-apa yang berlaku biarlah mereka atasi sendiri,” katanya.

Sementara itu kakak Mawi, Rashidah Ani, berharap adik kesayangannya itu akan tabah menghadapi segala dugaan dalam rumah tangga.
Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Bapa & anak bersanding serentak


Gambar: MD. ROSDI dan Uteh Mariah Abdul Hamid bersama Siti Nabila dan Mohd. Shahidan Ghazali semasa bersanding di Baling, Kedah semalam.

Tiada hari yang paling gembira dan meninggalkan kenangan manis bagi Md. Rosdi Dolah, 48, dan anaknya Siti Nabila, 23, melainkan hari persandingan mereka yang diadakan serentak di Baling, Kedah.

Md. Rosdi dan pasangannya Uteh Mariah Abdul Hamid, 45, serta Siti Nabila bersama suaminya Mohd. Shahidan Ghazali, 24, menjadi perhatian tetamu apabila disandingkan bersama pada majlis perkahwinan mereka yang meriah dihadiri kaum keluarga dan rakan-rakan.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

20/12/08

Ijab Kabul Mawi - Ekin


Gambar Mawi, Ekin seleps diijabkabulkan

Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora'ashikin Rahmat atau Ekin selamat diijab kabul di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, tepat 11:41 pagi 20 Disember 2008.
Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

28/11/08

Rela dimadu


MOHD. NOR membetulkan tudung isterinya, Wook Kundur ketika ditemui di rumah mereka
di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang semalam. - Kosmo!

Warga emas berusia 106 tahun, Wook Kundur bersedia memberi 'lampu hijau' jika suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, mahu beristeri lagi.

Menurut wanita itu, dia tidak kisah dimadukan dengan perempuan yang lebih muda sekiranya itu akan membahagiakan suaminya yang muda 69 tahun daripadanya.

Bagaimanapun Wook menetapkan syarat jika Mohd. Nor ingin beristeri lagi, lelaki itu dan madunya tidak akan mengabaikannya dan mesti bersedia untuk menjaganya.

''Saya izinkan kalau dia hendak kahwin lagi. Saya faham Mohd. Nor mesti berkeinginan untuk mempunyai anak-anak, cuma janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama dilupakan.

''Dia tidak boleh sekali-kali mengabaikan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bat, Kuala Berang di sini hari ini.

Semalam, warga emas itu berkata, dia mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan perkahwinannya dengan Mohd. Nor yang memasuki usia tiga tahun terus bertahan.

Menurut Wook, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan suaminya iaitu sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Dalam pada itu, Mohd. Nor ketika diminta mengulas kesediaan Wook itu mengakui dia memang menyimpan keinginan untuk berkahwin lain.

''Saya juga teringin untuk mempunyai anak-anak serta keluarga besar," ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, keinginan itu terpaksa dipendamkan buat masa ini atas beberapa sebab termasuk faktor ekonomi.

''Siapalah yang hendakkan saya ini yang kerja sebagai buruh. Pendapatan saya sekarang hanya cukup untuk menyara kami berdua," ujarnya.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Kes nikah Jamal Mac

SHAH ALAM 27 Nov. – Perbicaraan kes permohonan pendaftaran pernikahan yang dikemukakan isteri Jamal Abdillah setelah berkahwin dengan penyanyi itu di Songkhla, Thailand dua tahun lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Fatimatuzahra Samad, 25, selaku plaintif bernikah dengan defendan yang nama sebenarnya, Jamal Ubaidullah Ali, 47, pada 3 Januari 2006 di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh naib kadi di situ.

Plaintif memfailkan permohonan mengikut Seksyen 12 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 bagi tujuan mendaftarkan pernikahan yang berlangsung di luar negara.

Bicara disambung pada 31 Mac 2009.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.