20/05/07
Persandingan gemilang Raja Nazrin - Zara
KUALA KANGSAR 19 Mei – Istiadat Persandingan Diraja antara Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini malam ini, berjalan lancar dalam suasana sederhana tapi gilang-gemilang mengikut adat istiadat diraja Perak.
Majlis istiadat perkahwinan yang mendapat julukan Royal Wedding of the Year itu bermula pukul 8.40 malam dengan jejawat-jejawat istana membawa masuk 32 lembing dan payung kerajaan ke balairung seri.
Ia diikuti keberangkatan tiba Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah; Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi oleh Raja Dihilir Perak, Datuk Seri Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Pasangan pengantin diraja yang masing-masing tampil menawan memakai busana tradisional berwarna kuning diraja berangkat tiba untuk memulakan acara bersanding di singgahsana tepat pukul 9 malam.
Serentak dengan itu, tujuh das tembakan meriam dilepaskan.
Majlis perkahwinan kemudian diteruskan dengan istiadat menepung tawar yang dimulakan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong diikuti Tuanku Haminah.
Kemudian diikuti oleh Sultan Azlan Shah, Tuanku Bainun, Sultan Sharafuddin dan kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharum Shah.
Turut menyempurnakan majlis menepung tawar ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Istiadat Perkahwinan Diraja itu diakhiri dengan ayahanda dan bonda Tuanku Zara, Salim Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabuddin menyempurnakan upacara yang sama.
Tuanku Zara kelihatan terharu semasa ayahanda dan bondanya menyempurnakan upacara tepung tawar.
Selesai istiadat menepung tawar, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria membaca doa memohon keberkatan ke atas pasangan pengantin diraja itu agar dipanjangkan perkahwinan mereka sehingga ke akhir hayat.
Majlis diakhiri dengan keberangkatan keluar pasangan pengantin dan tetamu majlis dari balairung seri menuju ke dewan santapan bagi memulakan acara santapan diraja.
Majlis persandingan yang merupakan kemuncak istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan lebih 700 tetamu dan orang kenamaan yang diundang.
Sementara itu, di Arena Square di sini berlangsung majlis jamuan bagi meraikan 5,000 tetamu tajaan putera berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin.
Suasana bandar Kuala Kangsar bertambah ceria dan meriah dengan pesta panjut dan pertunjukan bunga api setinggi 300 meter selama 30 minit tajaan MCA.
Tetamu di Arena Square dan di bandar raya Ipoh juga berpeluang menyaksikan Istiadat Persandingan Diraja itu secara langsung melalui tiga skrin gergasi yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).[Utusan]
9/05/07
Rakyat gembira berita perkahwinan Raja Nazrin
Mereka turut menyatakan rasa syukur dengan berita berkenaan yang diumumkan semalam oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Iskandariah, Datuk Seri Raja Mansur Raja Razman.
Mohd. Roslee Mat Som, 45, pekerja Istana Iskandariah yang telah berkhidmat selama 15 tahun, melahirkan rasa gembira dengan pengumuman berkenaan dan menyifatkan perkahwinan itu tepat pada masanya.
“Saya tidak terkejut dengan berita itu kerana memang rakyat sudah lama menunggu seseorang untuk mengisi jawatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Rakan sekerjanya, Abdul Risham Idris, 26, turut sepakat dengan Mohd. Roslee dan berkata, sudah sampai masanya Raja Nazrin Shah mempunyai teman hidup dan bersama-sama menaungi pentadbiran negeri Perak.
Rohana Syaaban, 42, yang juga berkhidmat dengan Istana Iskandariah sejak 14 tahun lepas, pula berkata: “Sebelum ini saya hanya menjaga kecantikan pemandangan di istana tetapi mulai hari ini sehingga minggu depan, saya berbangga kerana akan menjaga kecantikan istana untuk majlis perkahwinan Raja Muda Perak.”
Peniaga kraf tangan di pekan Kuala Kangsar, Zalihaha Mat Kasa, 60, berkata, perkahwinan Raja Nazrin Shah melengkapkan perjalanan diri baginda kerana seorang raja itu perlu ada permaisuri di sisinya.
“Baguslah baginda mendirikan rumah tangga sebab lama sangat baginda seorang. Rakyat pasti bahawa pilihan Raja Muda adalah seorang wanita yang layak dan istimewa serta sesuai dengan baginda,” katanya.
Peniaga di medan selera Sungai Perak di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Yahya, turut melahirkan rasa gembira dan tidak sabar untuk meraikan majlis perkahwinan pasangan diraja itu.
“Yalah, sampai bila Raja Muda mahu membujang, sudah sampai masanya untuk baginda berteman,” katanya.
Seorang peniaga di Ipoh, yang mahu dikenali sebagai Wong, pula berkata, rakyat Perak sudah pasti akan berbangga dan menumpang kegembiraan dengan perkahwinan Diraja itu.
“Kita berbangga kerana mempunyai Raja Muda yang berpengetahuan luas dan memahami hati rakyat. Sudah tentu kita turut gembira dengan perkembangan ini,” katanya.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa persiapan di istana seperti pemasangan khemah, persiapan untuk santapan di dewan dan kerja mencantikkan bangunan istana, pintu-pintu utama serta persekitarannya, telah dimulakan.
Pengurus Resort Sungai Perak, Norlida Adnan, berkata, semua bilik di resort berkenaan telah ditempah sepenuhnya sempena majlis perkahwinan itu.
“Bermula minggu depan semua bilik di resort ini telah ditempah, tiada lagi yang kosong. Saya juga difahamkan semua bilik Rumah Rehat Kuala Kangsar telah juga ditempah,” katanya.
Resort berkenaan akan dijadikan pusat media bagi majlis itu.
Orang ramai di Ipoh dan Kuala Kangsar akan berpeluang mengikuti secara langsung istiadat perkahwinan itu melalui skrin gergasi di Taman Budaya Kuala Kangsar.
– Bernama
http://www.home-income-team.com/t/goldmine/gdi
1000s of people worldwide are earning quiet fortunes, from their homes, even while they sleep. Are you next?
Get started for free right now!
Zara pelajar cemerlang Universiti Nottingham
KUALA LUMPUR 8 Mei – Zara Salim Davidson, bakal isteri Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, adalah seorang pelajar cemerlang di Universiti Nottingham dan bekas perenang negeri Perak.
Beliau lulus dengan ijazah kelas pertama dalam kejuruteraan kimia pada Julai 1995.
Secara kebetulan, bakal ayahanda mentuanya, Sultan Perak juga adalah penuntut undang-undang di universiti yang sama dan mendapat ijazah pertama undang-undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.
Dilahirkan di Ipoh pada 22 Mac 1973, Zara merupakan anak bongsu daripada empat anak William Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin. Zara mempunyai tiga abang.
Zara, yang mempunyai minat mendalam dalam bahasa asing, mendapat pendidikan awal di SMJK Convent Ipoh dan mewakili sekolahnya dalam sukan skuasy dan tenis dari tahun 1988 hingga 1990.
Beliau juga mewakili Perak dalam sukan renang antara tahun 1981 dan 1987.
Selepas menamatkan A-Levels di Prime College di sini pada 1992, Zara ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995. Beliau juga menerima anugerah pelajar cemerlang untuk projek tahun akhirnya.
Zara menyertai Jabatan Penilaian Perniagaan di Unit Perancang Korporat Petronas pada Disember 1995 dan merupakan sebahagian daripada kumpulan yang bertanggungjawab atas kejayaan membangunkan kompleks bersepadu petrokimia di Kertih dan Kuantan, yang rakan kongsi asingnya termasuk BP, BASF, Dow Chemicals dan Mitsubishi.
Beliau kemudian menjadi penganalisis projek di Unit Perdagangan Petrokimia Petronas dan sebahagian daripada kumpulan teras membangunkan inti pati jenama Petronas, yang kini membentuk sebahagian daripada strategi penjenamaan global Petronas.
Antara Februari 1999 dan Oktober 2000, Zara memegang jawatan pengurus produk di Petlin (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama Petronas dengan DSM dari Belanda dan Sasol, Afrika Selatan.
Zara juga merupakan sebahagian daripada pasukan projek Petronas untuk menjalankan operasi loji Low Density Polyethylene (LDPE) terbesar di dunia di Kertih.
Zara kemudian meninggalkan Petronas pada November 2001 untuk menjadi pengurus akaun di Formis Network Services Sdn. Bhd. dan kemudian memegang jawatan Naib Presiden Partnerships & Alliances di Formis (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat berasaskan teknologi yang disenaraikan di Bursa Malaysia, antara tahun 2003 dan 2005.
Antara 2005 dan 2007, Zara, yang mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak, menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn. Bhd., syarikat pembangunan perisian dan kejuruteraan teknikal hidrokarbon di Kuala Lumpur.
– Bernama
http://movie.ws/gold2u/show
Log on to the above link for details.
"Best" Money Making Opportunity of The Century.
*Fortune 500 Company that is 6 Years *Old in the Top 10%
*6 Figure Income Opportunity!
*Total Investment $10
*FREE 7 Day Trial!
2/05/07
Better sex? Herbal 'viagra' concoctions that spell big trouble
Erectile dysfunction is a side effect of heart disease, and many men are taking "herbal" remedies, often laced with the active ingredients from medications prescribed for ED, in the belief that they are safe.
A Universiti Malaya Medical Centre study of 510 high-risk male heart patients last year, found that almost 95 per cent have ED, and more than half confessed to taking supplements without discussing it with their doctors.
According to health experts, it is likely that heart patients have died as a result. But no data are available because the men either collapsed and died at home, on the way to hospital or in hospital without telling anyone they had used supplements.
Interventional cardiologist Dr Ramesh Singh Veriah says adulterated herbal health supplements are being sold widely by village medicine men and through direct selling or friends, and have been on the market since at least the late 1990s.
"The innocuous-looking adulterated herbal health supplement, which comes in the form of white pills, capsules and drinks, even has Tongkat Ali mixed into it sometimes," he told the New Straits Times.
"These tablets are easily available in urban and rural areas and people are taking them without knowing the danger."
Some of his patients who had ED have told him they took these pills and felt good because they had revived their sex lives.
"I advised these patients against taking them because of their unknown contents, and that they could endanger their lives. But they would rather believe their medicine man in the kampung than me," he added.
Patients with heart disease are often prescribed medications that contain nitrates. The active ingredients in ED medication can interact with the nitrates and lower blood pressure to dangerous levels.
Those with diabetes, high blood pressure or high cholesterol cannot take ED medication without the supervision of a doctor because of possible dangerous side effects like kidney failure.
One of the problems, says Dr Ramesh, is that most men are too embarrassed to discuss ED with their doctors, let alone their wives. They take these medications because they are cheap and readily available.
He said the use of such supplements was a growing concern in view of Malaysia’s ageing population. Based on the Massachusetts Male Ageing Study, it was estimated that in 1995 there were over 152 million men worldwide who experienced ED; the projections for 2025 show a prevalence of 322 million with ED, an increase of nearly 170 million men. The largest projected increases are in the developing world.
And lastly – if you help build the AGLOCO network you can make much more.