22/12/08

Mawi - Ekin berjaya hadapi badai percintaan


PERNIKAHAN Mawi atau Asmawi Ani, 27, dengan Ekin atau Nora‘Ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, pada pagi Sabtu lalu membuktikan bahawa pasangan tersebut tidak lut pada segala cemuhan.

Sejak Mawi dan Ekin menguar-uarkan percintaan mereka pada 21 Oktober lalu, pasangan tersebut tidak henti-henti dilanda ujian.

Namun, berkat kesabaran dan kepercayaan antara satu sama lain, akhirnya Mawi dan Ekin berjaya disatukan jua oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Datuk Mahad Mohd. Said pada pukul 11.40 pagi.

Mawi, yang segak dengan persalinan baju Melayu serba putih dan bersamping songket, nampak gugup ketika melafazkan akad nikah, namun berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan hanya sekali lafaz sahaja.

“Masa bersalam tadi, memang saya rasa semacam bertambah gugup. Tapi alhamdulillah, saya dapat atasinya dengan sekali lafaz,” katanya tersenyum pada sidang media yang diadakan selepas upacara akad nikah.

Jelas Mawi, setiap hari dia sering menghafal ungkapan akad nikah dalam hati dan mungkin disebabkan latihan itu dia berjaya melafazkannya dengan lancar.

Sebaik selesai acara akad nikah, Mawi telah membaca taklik dan melakukan sujud syukur sebelum menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 kepada Ekin.

Acara tersebut telah disiarkan secara langsung menerusi Saluran Astro Oasis (106) bermula pukul 10.30 pagi.

Mawi yang sedari awal mengakui sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami, turut memberi wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada isteri tercinta.

Apa pun, bagaikan terlepas daripada bebanan yang cukup berat, Mawi nampak begitu ceria dengan menyerlahkan perwatakannya selamba dan lucu sebaik majlis pernikahan selesai.

Malah, senyuman dan gurauan tidak lekang daripada bibirnya terutama pada majlis persandingan yang berlangsung pada sebelah malam di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Majlis resepsi oleh keluarga Ekin itu dihadiri lebih 1,500 tetamu di mana pasangan pengantin memilih persalinan hitam dan putih.

Mawi mengakui ikatan pernikahan itu membuktikan bahawa dia dan Ekin sanggup menghadapi segala cabaran bersama hingga ke akhir hayat.

“Sebelum menjadi suami isteri lagi kami sudah diuji dengan pelbagai dugaan. Ekin banyak berkorban kerana setiap hari ada sahaja cemuhan yang dilontarkan kepada dia.

“Saya tahu walaupun dia bersabar tapi setiap hari dia berendam air mata. Saya mohon doa daripada semua agar rumah tangga kami kekal hingga akhir hayat. Harap lepas ini tiada lagi perkara sebegitu,” katanya yang bakal berbulan madu di Korea.

Menurut Mawi, setakat ini dia belum merancang tarikh sebenar berbulan madu kerana pemergiannya ke Korea kelak ditaja oleh Korean Tourism Organisation (KTO).

Ujarnya, buat masa ini tumpuannya lebih kepada mengurus acara resepsi di Felda Taib Andak pada 28 Disember ini dan Hotel Palace of Golden Horse pada 11 Januari depan.

Selain itu, dia juga akan terbabit dalam satu persembahan pada tahun baru ini.

Mawi yang memberi sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang itu berkata, setakat ini dia juga tidak membuat perancangan keluarga.

“Bagi saya, kalau Tuhan sudah tetapkan rezeki saya dapat anak awal, saya terima. Berapa orang itu, terpulanglah. Kalau sekali keluar dua orang pun bagus juga,” katanya.

Bagi Ekin, dia tidak pernah kesal atau berasa bersalah memilih Mawi sebagai suami biarpun sedar jejaka kelahiran Felda Taib Andak itu menjadi perhatian umum.

Padanya, Mawi adalah pilihan terbaik dan keputusan yang dibuat adalah tepat dan mungkin atas sebab itu juga Ekin dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik selamat diijab kabul.

“Air mata tadi adalah air mata kegembiraan dan syukur kerana akhirnya, percintaan Ekin dan Mawi sampai ke destinasi. Ini semua berkat sokongan keluarga.

“Kalau sebelum ini Ekin mampu menepis segala dugaan, sudah pasti mendatang pun Ekin bersedia dan akan mengatasi segala masalah rumah tangga dengan tabah,” katanya.

Ekin yang pernah dituduh memilih Mawi kerana harta berkata, biar apa pandangan orang ramai terhadap dirinya, dia reda kerana apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar.

Justeru, setelah memiliki status isteri kepada Mawi, Ekin akan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

“Selepas ini ke mana sahaja Mawi pergi, Ekin akan ikut. Bukan kerana cemburu atau nak kawal tapi sebagai pengurus dan perunding imej Mawi,” katanya yang bakal menetap di Bangi, Selangor.

Selain itu, Ekin juga telah mendapat kebenaran daripada Mawi untuk membuka butik busana Muslim dan mungkin perniagaan itu digabung dengan Mawi World Entertainment.

Ekin yang akan meneruskan kehidupan seperti biasa berkata, dia tidak menolak untuk berlakon jika watak yang ditawar bersesuaian dengan imej dan statusnya.

Sementara itu ibu Ekin, Fatimah Saad berkata, dia berasa gembira kerana anaknya telah selamat bergelar isteri tetapi dalam masa yang sama turut bersedih kerana anak kesayangannya itu akan berpisah dengan keluarga.

“Mula-mula dulu, mak cik tidak percaya bila Ekin beritahu yang dia nak kahwin dengan Mawi. Apa pun mak cik suruh dia kenal hati budi Mawi dulu dan alhamdulillah, akhirnya mereka disatukan.

“Memanglah akan terasa kehilangan Ekin tapi itu sudah lumrah dia perlu ikut suami. Mak cik sentiasa doa agar hubungan mereka kekal hingga akhir hayat,” katanya.

Bagi Rahmat Mohammad, dia tidak bimbang untuk melepaskan Ekin kerana tahu pilihan anaknya itu tepat.

Katanya, biarlah mereka layari rumah tangga sendiri dan jika timbul masalah pandai-pandailah mengatasinya.

“Sekarang ini saya rasa lega kerana mereka sudah rasmi sebagai suami isteri dan jika apa-apa yang berlaku biarlah mereka atasi sendiri,” katanya.

Sementara itu kakak Mawi, Rashidah Ani, berharap adik kesayangannya itu akan tabah menghadapi segala dugaan dalam rumah tangga.
Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Bapa & anak bersanding serentak


Gambar: MD. ROSDI dan Uteh Mariah Abdul Hamid bersama Siti Nabila dan Mohd. Shahidan Ghazali semasa bersanding di Baling, Kedah semalam.

Tiada hari yang paling gembira dan meninggalkan kenangan manis bagi Md. Rosdi Dolah, 48, dan anaknya Siti Nabila, 23, melainkan hari persandingan mereka yang diadakan serentak di Baling, Kedah.

Md. Rosdi dan pasangannya Uteh Mariah Abdul Hamid, 45, serta Siti Nabila bersama suaminya Mohd. Shahidan Ghazali, 24, menjadi perhatian tetamu apabila disandingkan bersama pada majlis perkahwinan mereka yang meriah dihadiri kaum keluarga dan rakan-rakan.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

20/12/08

Ijab Kabul Mawi - Ekin


Gambar Mawi, Ekin seleps diijabkabulkan

Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora'ashikin Rahmat atau Ekin selamat diijab kabul di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, tepat 11:41 pagi 20 Disember 2008.
Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

28/11/08

Rela dimadu


MOHD. NOR membetulkan tudung isterinya, Wook Kundur ketika ditemui di rumah mereka
di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang semalam. - Kosmo!

Warga emas berusia 106 tahun, Wook Kundur bersedia memberi 'lampu hijau' jika suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, mahu beristeri lagi.

Menurut wanita itu, dia tidak kisah dimadukan dengan perempuan yang lebih muda sekiranya itu akan membahagiakan suaminya yang muda 69 tahun daripadanya.

Bagaimanapun Wook menetapkan syarat jika Mohd. Nor ingin beristeri lagi, lelaki itu dan madunya tidak akan mengabaikannya dan mesti bersedia untuk menjaganya.

''Saya izinkan kalau dia hendak kahwin lagi. Saya faham Mohd. Nor mesti berkeinginan untuk mempunyai anak-anak, cuma janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama dilupakan.

''Dia tidak boleh sekali-kali mengabaikan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bat, Kuala Berang di sini hari ini.

Semalam, warga emas itu berkata, dia mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan perkahwinannya dengan Mohd. Nor yang memasuki usia tiga tahun terus bertahan.

Menurut Wook, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan suaminya iaitu sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Dalam pada itu, Mohd. Nor ketika diminta mengulas kesediaan Wook itu mengakui dia memang menyimpan keinginan untuk berkahwin lain.

''Saya juga teringin untuk mempunyai anak-anak serta keluarga besar," ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, keinginan itu terpaksa dipendamkan buat masa ini atas beberapa sebab termasuk faktor ekonomi.

''Siapalah yang hendakkan saya ini yang kerja sebagai buruh. Pendapatan saya sekarang hanya cukup untuk menyara kami berdua," ujarnya.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Kes nikah Jamal Mac

SHAH ALAM 27 Nov. – Perbicaraan kes permohonan pendaftaran pernikahan yang dikemukakan isteri Jamal Abdillah setelah berkahwin dengan penyanyi itu di Songkhla, Thailand dua tahun lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Fatimatuzahra Samad, 25, selaku plaintif bernikah dengan defendan yang nama sebenarnya, Jamal Ubaidullah Ali, 47, pada 3 Januari 2006 di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh naib kadi di situ.

Plaintif memfailkan permohonan mengikut Seksyen 12 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 bagi tujuan mendaftarkan pernikahan yang berlangsung di luar negara.

Bicara disambung pada 31 Mac 2009.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Kes Zakiah tuntut cerai tangguh 23 Dis.

SHAH ALAM 27 Nov. – Suami personaliti TV3, Zakiah Anas yang berhadapan dengan tuntutan cerai oleh isterinya, memohon supaya Mahkamah Rendah Syariah di sini memberi peluang kepadanya untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu bagi menyelesaikan kes itu dengan cara baik.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Zakiah, 42, selaku plaintif semasa prosiding tuntutan cerai tersebut di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali hari ini.

Ketika prosiding yang bermula pada pukul 11.40 pagi, Azmi menyebut bagi pihak Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, yang tidak hadir di mahkamah dan tiada peguam mewakilinya.

Menurut beliau, saman telah diterima oleh Mohamad Yusof selaku defendan pada 3 November lalu.

‘‘Sungguhpun begitu defendan yang menghubungi saya semalam memberitahu dia belum bersedia untuk menghadiri prosiding tuntutan cerai oleh plaintif. Yang Arif, pada dasarnya defendan tidak bersetuju dengan permohonan plaintif,’’ jelas Azmi.

Kes disebut semula pada 23 Disember.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

27/11/08

Wook Kundur, 106, bahagia dengan suami Mohd. Nor Musa, 37

Wook Kundur bersama suaminya, Mohd. Nor Musa di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, kelmarin.
- Gambar AZLAN BAHRUM

HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.

"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.

"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.

Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.

"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

Kes pengesahan lafaz cerai Mazidul 14 Januari

PETALING JAYA 26 Nov. - Permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Khairul Fazlin Kamaruddin, isteri pengacara rancangan 360 terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidik akan mula dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 14 Januari depan.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar pengakuan Mazidul yang memberitahu mahkamah bahawa dia memahami permohonan yang dibuat oleh isterinya.

Dalam prosiding ringkas hari ini, Ghazali turut memerintahkan Mazidul memfailkan afidavit balasan terhadap permohonan itu.

Pada 20 Oktober lalu, permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh Khairul Fazlin, 38, terpaksa ditangguhkan kerana Mazidul, 41, selaku defendan tidak menghadiri prosiding.

Bagaimanapun, Mazidul melalui sepucuk surat yang dihantar kepada mahkamah memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan di Kota Bharu, Kelantan.

Khairul Fazlin mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana mendakwa Mazidul telah melafazkan cerai terhadapnya di luar mahkamah.

Mazidul dan Khairul Fazlin berkahwin pada 21 Mei 1997. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Afif Faiq, 10, dan Muhammad Azard, 7.

Sebaik sahaja prosiding selesai, Mazidul yang ditemui media enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut dan bergegas meninggalkan mahkamah bersama-sama isterinya.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

25/11/08

"Saya undur diri ..."


Pelakon Farah Putri Mulyani Jasman Nada, 22, hanya berkomentar, "Saya undur diri dan tidak akan menjalinkan hubungan dengannya lagi." 

Farah  dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Nasrizal Ngasri hingga menjadi punca perceraian Nasrizal dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri.

Ketika dihubungi Kosmo! Farah memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan dirinya dengan keretakan rumah tangga Bell dan isterinya.

"Saya sudah malas, saya cuma ingin minta maaf kepada semua pihak terutamanya Bell, isteri serta keluarga mereka kerana kenyataan saya sebelum ini.

"Saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak. Kalau masih ada rasa sayang antara mereka dan Bell mahu rujuk semula dengan isterinya, itu satu perkara yang bagus, nampaknya dia sedar kesalahannya dan mahu pikul tanggungjawab tersebut," katanya.

Sumber Kosmo! Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

"Aku ceraikan kau... TQ... selamat berjaya."


Nasrizal Ngasri (Bell), 28, mengirim SMS "Aku ceraikan kau... TQ... selamat berjaya."
kepada isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri (Syasya), 26, pada 22 Oktober lalu kira-kira pukul 3 petang.

Kemudian, lafaz cerai yang dilakukan melalui SMS itu disahkan oleh Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin dan jatuh talak satu kali pertama.

Keputusan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas mendengar penjelasan Nasrizal yang lebih dikenali dengan nama Bell dan Nur Farhana atau Syasya.

Bell telah menghantar SMS tersebut kepadanya pada 22 Oktober lalu dan pada ketika itu dia berada di rumah manakala Bell di lokasi penggambaran, demikian menurut Syasya.

Bell memberitahu mahkamah punca SMS itu dihantar, semuanya salah faham kerana ada orang memberitahu Nur Farhana ternampak Bell di suatu tempat dan bukannya menjalani penggambaran.

Akibatnya, kedua-dua pasangan itu bergaduh melalui SMS sehinggalah Bell mengirimkan SMS cerai.



Hakim bertanya kepada Sasya, apa yang Bell lakukan selepas itu? Sasya memberitahu, Bell menghubunginya dan bertanya sama ada menerima kiriman SMS itu atau tidak. Syasya menjawab, ada.

Bell kemudian memberitahu kemungkinan orang yang dilihat itu adalah pelanduk dua serupa dengan berkata: "Banyak sangat kembar saya."

Ketika di luar mahkamah, Bell yang tertidur ketika hakim memanggil kesnya sehingga dikejutkan oleh Syasya memberitahu pemberita, dia mengakui kesilapannya itu dan ia merupakan pengalaman dan pengajaran buat dirinya.
Berita ini disunting daripada Kosmo! Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

24/11/08

Kahwin Campur

PASANGAN pengantin menghidangkan teh kepada kakak sulung Fadil, Fong Lai Peng, 50, sebagai tanda penghormatan mengikut adat kaum Cina pada majlis persandingan di Taman Mahkota Perdana, Kuantan, Pahang, semalam.


Biarpun berbeza adat dan budaya, ia tidak menghalang Mardiana Abdul Wabah, 32, dan Fadil Ho Abdullah, 46, yang berketurunan Cina memeterai perjanjian cinta mereka dengan ikatan perkahwinan.

Fadil yang memeluk Islam tahun lepas, mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan Mardiana setelah perhubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing.

Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di Taman Mahkota Perdana, Kuantan semalam diadakan penuh meriah dengan kehadiran sanak saudara kedua-dua pihak.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan PerkahwinanMajalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info.

13/11/08

Bunga Sinclair tiba di KL


ASHRAF Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang melangsungkan pernikahan Sabtu lalu, tiba di Kuala Lumpur, semalam. Pasangan tersebut diterbangkan dari Jakarta dengan pesawat peribadi yang ditaja khas, selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor. - Gambar AHMAD ZAKKI JILAN

Setelah mengadakan resepsi perkawinan ala Minangkabau di Jakarta minggu lalu pasangan aktor Mohamed Ashraf Daniel Sinclair, 28, dan Bunga Citra Lestari, 25, tiba di Kuala Lumpur petang semalam.

Mereka menaiki pesawat peribadi dari Jakarta yang ditaja khas sebagai hadiah perkawinan, mendarat di bandara Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor pukul 4.50 petang.

Kedua-dua mereka kelihatan berseri-seri sebaik keluar daripada pesawat sambil ditemani rakan-rakan artis seperti Sazzy Falak dan Syed Azmir.

Bunga yang ditanya mengenai pernikahannya berkata, hidupnya kini bertambah bahagia dan bersyukur kerana segala perjalanan majlis pernikahannya berjalan lancar.

Jumaat ini, majlis ala Inggeris di pihak keluarga Ashraf akan berlangsung di The Saujana Kuala Lumpur Hotel, Subang.

Keesokannya, satu majlis tertutup dengan adat Melayu akan diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Petaling Jaya, khusus untuk keluarga terdekat Ashraf.










Berita ini disunting dari Utusan Online & Kosmo, 13/11/08. Pautan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, i-chargezeromax.com, manggis.info, Artikel Sentral. Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.

28/10/08

Noor Fadilah yang lari bersama pemuda Lombok dibawa pulang hari ini


Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) bersama ibu bapa Noor Fadilah, Ahmad Abdul Hamid (kiri) dan Masitah Abdullah (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Selaparang, Lombok di Nusa Tenggara Barat, semalam.- Bernama

Noor Fadilah Ahmad, 18, yang melarikan diri bersama kekasihnya, seorang pemuda berasal dari Lombok Timur sejak dua bulan lepas akan dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

Dinas Imigrasi Mataram mengesahkan Noor Fadilah, yang berkahwin dengan Nasrudin Dahrom, 24, dibenarkan pulang ke Malaysia tanpa dikenakan hukuman penjara kerana memasuki Lombok secara haram sejak 6 September lalu.

Toleransi dan kerjasama yang baik oleh pihak imigrasi Indonesia ini diberikan setelah mengadakan rundingan sekitar dua jam sahaja antara Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO dan Dinas Imigrasi Mataram dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di kantor Inmigrasi Mataram pada 27 Oktober 2008

Rundingan itu diadakan antara Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO dan Ketua Seksyen Pengawasan dan Tindakan Imigresen Daerah Mataram, M. Adnan.

Turut serta dalam rundingan itu ialah Kaunselor (Konsular, Imigresen dan Sumber Manusia) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Mohd. Zahari Hassan dan Setiausaha Sekretariat, Datuk Muhd. Khairun Aseh yang juga seorang peguam.

"Perkara itu berjaya diselesaikan dalam semangat setiakawan Malaysia dan Indonesia," kata Abdul Azeez yang mengetuai misi membawa pulang Noor Fadilah selepas kes itu mendapat perhatian umum sejak 24 September lepas.

Mengikut peraturan Dinas Imigrasi Indonesia, seseorang yang memasuki Indonesia secara tidak sah boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun atau denda Rp 3 juta.

"Saya optimis Noor Fadilah akan dipertemukan dengan ibu bapanya di sini esok," kata Abdul Azeez yang mengetuai misi membawa pulang Noor Fadilah.

Turut serta ialah ibu bapa Noor Fadilah, Ahmad Abdul Hamid, 46, dan Masitah Abdullah, 42.

Noor Fadilah yang berasal dari Ladang Sungai Gedung, Bagan Serai, Perak lari bersama Nasrudin ke Lombok pada September lepas.

Perbuatan itu tanpa keizinan ibu bapa Noor Fadilah yang tidak merestui hubungan cinta pasangan tersebut.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata: "Tak sabar nak jumpa selepas hampir dua bulan berpisah. Saya amat berterima kasih kepada Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO yang amat prihatin. Saya terhutang budi kepada UMNO.''

Berita Terkait:
1. Fadilah sudah kahwin
2. 'Saya nak pisahkan mereka'








Berita ini disunting dari Utusan Online, 28/10/08. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain.

26/10/08

Mawi bernikah pada 20 Disember 2008


Mawi dan kekasihnya Ekin (Nora’asikin Rahmat,29) membuat pengakuan rasmi akan bernikah pada 20 Disember 2008.


Mereka membuat pengakuan mengenainya pada petang 21 Oktober, di Hotel Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur.

Upacara akad nikah Mawi dan Ekin dijadual diadakan di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru pada tarikh itu sementara majlis bersanding pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam, hari yang sama di Stadium Tertutup, Johor Bahru.

Majlis bersanding pihak lelaki pula akan berlangsung di Dewan Felda Taib Andak, Kulai Johor pada 28 Disember sementara pada 11 Januari 2009, satu majlis khas akan diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Kuala Lumpur.

Pihak lelaki dijangka membawa 11 dulang hantaran dan akan dibalas sembilan dulang oleh keluarga perempuan.

Dijangka lebih 15,000 peminat akan memenuhi stadium dan dewan Felda Taib Andak untuk menyaksikan perkahwinan mereka nanti.

Majlis tersebut juga akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran milik Astro bermula 17 Disember ini sehinggalah 11 Januari 2009.

Ekin dan Mawi telah mengikat janji untuk menjadi suami isteri selepas majlis risik diadakan pada Jun lalu dengan sebentuk cincin platinum sebagai tanda.

Mawi melamar Ekin dalam telefon ketika beliau berada di Syria semasa menjalani penggambaran sebuah rancangan televisyen pada 30 April lalu.

“Saya ajak Ekin kahwin pada bulan 12 ketika menelefonnya,” kata Mawi yang terus memaklumkan hasrat itu kepada kakaknya, Rashidah sebaik pulang ke Malaysia.

Ekin pula terkejut dengan lamaran itu tetapi menganggap ia mungkin satu jodoh yang sudah ditentukan oleh Tuhan.

Masih mahu merahsiakan jumlah hantaran yang diberikan untuk Ekin, apa yang diharapkan Mawi, peminat-peminat akan mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina mereka tidak lama lagi.

Pereka fesyen taja pakaian pengantin

Pereka-pereka fesyen termasuk pengusaha butik pengantin akan bertungkus lumus memastikan majlis persandingan Mawi dan Ekin mencapai standard yang dimahukan kedua mempelai.

Lebih menarik lagi, pereka fesyen dan jurusolek terkenal sanggup menaja majlis perkahwinan mereka itu secara percuma.

Tiga konsep persandingan telah dipersetujui iaitu moden kontemporari di rumah perempuan dan konsep Jawa untuk rumah lelaki.

Sementara untuk majlis khas di hotel, mereka memilih konsep Arab sebagai tema Arabian Nite.

Pereka fesyen Putra Aziz dari Butik Cosry, Bangsar terlibat menghasilkan pakaian nikah dan bersanding untuk majlis resepsi pengantin perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru manakala Rizalman Ibrahim dan Bon Zainal pula bagi pakaian Arab untuk upacara di hotel.

Putra Aziz akan mencari kelainan dengan mereka jubah separuh kebaya berkain renda untuk dipakai Ekin pada majlis akad nikah.

Mawi pula akan mengenakan baju Melayu warna serupa.

“Untuk majlis sanding di stadium, saya akan menghasilkan baju yang lebih moden dan glamor berwarna krim emas untuk Ekin.

“Mawi pula akan memakai baju Melayu bersama kot dan tanjak bersesuaian dengan perkahwinan Melayu,” katanya.

Di rumah pengantin lelaki pula, empat pereka fesyen dan jurusolek terpilih mengendalikan majlis berkenaan melibatkan Zulfazli Suhadi, Arma Abd. Rahman, Zulkifli Rahmat dan Adli Afandi.

Arma dari Wedding Couture sudah siap menghasilkan pakaian Jawa kontemporari yang lebih sopan berwarna kelabu perak untuk pengantin perempuan.

Kata Arma, dengan sentuhan rekaan fabrik dari kain batik Jawa, tentu sekali Ekin akan kelihatan lebih cantik memandangkan fizikalnya yang kurus dan tinggi.

Memilih konsep warna-warni, hanya 20 peratus unsur Jawa akan dihiasi pada pelamin sementara 80 peratus lagi lebih kepada konsep moden yang dihiasi dengan bunga-bunga tropika.

Arma tidak mahu majlis di rumah Mawi itu kelihatan terlalu “Jawa” kerana pakaian pengantin agak sarat dengan unsur-unsur budaya tersebut.

“Biar pelamin nampak moden dengan hiasan yang penuh warna-warni supaya majlis itu nanti kelihatan meriah dengan kepelbagaian unsur diketengahkan,” katanya.

Zulkifli Rahmat dari butik Dzull D’classique, Kajang pula akan menghasilkan baju klasik untuk Mawi siap dengan tengkolok Jawa (blangkon) berwarna hitam dan putih yang dibuat dari batik Jawa.

Beserta samping, Mawi juga akan memakai kot berwarna perak dan seluar dari kain jenis sutera Thai.

“Pakaian ini akan nampak moden kerana gabungan pelbagai unsur pada Mawi tanpa mengenepikan ciri-ciri Jawa yang diminta oleh Mawi,” kata Zulkifli.

Sementara Adli Afandi dari Adli Bridal, Johor Bahru menjanjikan satu suasana yang berbeza apabila tetamu melangkah masuk ke Dewan Taib Andak nanti.

Menggabungkan warna hitam dan putih, satu ukiran menggambarkan budaya Jawa akan dihasilkannya untuk dihiasi pada keseluruhan dewan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggunakan pelbagai jenis bunga hidup sebagai hiasan bagi mencantikkan lagi dewan berkenaan.

“Saya akan menggunakan bunga-bunga segar kira-kira 10,000 kuntuman dari pelbagai jenis bunga untuk dihias di dalam dewan nanti,” katanya.

Jurusolek Zulfazli pula akan mengenakan solekan yang sederhana untuk memastikan Ekin kelihatan cantik.

Tidak mahu solekan yang berat, kata Zulfazli, pakaian Ekin yang sarat dengan aksesori dan unsur Jawa tidak sesuai untuk mendapat solekan yang penuh “warna-warni” kerana dikhuatiri akan menjejaskan seri pengantin.











Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain.

17/10/08

Isu hamil, fitnah jahat


Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

SUARANYA tenang-tenang saja. Malah sesekali dia bercanda mengajak bergurau meskipun tanya yang diaju agak sensitif sekali. Tidak mudah melenting dengan gosip durjana kononnya si kekasih hati, Bunga Citra Lestari (Bunga) hamil sebelum disatukan menjadi pasangan suami isteri menjelang 8 November nanti, aktor Ashraf Sinclair sebaliknya tenang dan bersahaja tatkala menjawab persoalan itu.

Barangkali hampir setahun menjalin cinta dengan artis popular negara seberang, Ashraf sendiri sudah kalis dengan segala macam fitnah dan tuduhan sekalipun bagi sebahagian besar dari kita, ia agak keterlaluan. Pun begitu, jejaka berusia 29 tahun ini menganggap segala fitnah itu muncul angkara agenda media di negara berkenaan yang sentiasa mahu mencari isu-isu 'panas' dan sensasi tanpa memikirkan perasaan manusia lain yang juga punya maruah peribadi. Kepada Kosmo! Ashraf mendedahkan dia cukup 'kalis' dengan fitnah berkenaan apatah lagi ia sudah mula disebarkan semenjak enam bulan lalu di Indonesia.

Bagi pemilik nama penuh Ashraf Daniel Mohamed Sinclair, gosip ini awalnya disensasikan pihak media Indonesia yang bertujuan ingin mendapatkan cerita eksklusif, tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Saya dan Bunga menyedari isu hamil ini dibangkitkan sejak enam bulan lepas lagi. Sebab itu kami tidak ambil peduli dan tenang-tenang saja semasa diasak media Indonesia di majlis pemberitahuan pernikahan kami baru-baru ini. Ia satu fitnah yang sudah lama diperkatakan," katanya bersahaja yang terluncur sekali-sekala dialek Indonesia.

Pengumuman pernikahan Ashraf dan Bunga dibuat dalam sidang media anjuran satu produk kecantikan di Jakarta pada malam 12 Oktober lepas.

Pun begitu sambung Ashraf, jauh di sudut hatinya dia tidak mahu terus melayan khabar yang demikian tidak keruan. Sebolehnya dia mengharapkan pengertian agar media di negara berkenaan lebih prihatin, tanpa mencoret perkara yang dianggap tidak masuk akal hingga mengaibkan diri mereka berdua dan keluarga.

"Cuba bayangkan, kalau Bunga hamil sejak Jun lepas, kenapa kami baru saja ingin melangsungkan pernikahan 8 November ini? Bukankah waktu itu perut Bunga sudah besar, lalu apa relevannya kami harus tunggu selama lima bulan untuk akad nikah? Ia satu fitnah yang tidak berasas langsung," kata Ashraf dalam nada tenang, namun ada riak tegas dalam bait patahnya itu.


Ashraf yang diwawancara Kosmo!kelmarin atas bantuan syarikat pengurusannya, Beyond Events Sdn. Bhd. mengakui, selepas ini dia enggan mengulas panjang lebar kontroversi ini kerana tidak mahu ada hati yang terguris, terutamanya kedua ibubapanya dan masyarakat peminat di Malaysia. Ini kerana dia sedar masyarakat di Malaysia tidak terbiasa dengan gosip seperti ini, justeru ia tidak mahu hal berkenaan terus diungkapkan.

"Saya sampai sudah malas hendak berikan komen. Kalau mengikut pandangan saya dan Bunga, kami melihat individu tertentu yang suka mensensasikan kisah hamil itu sekadar mahu menghangatkan lagi perkara itu dengan niat jahat.

"Niat untuk berkahwin sebenarnya ada dalam fikiran kami sejak penghujung tahun lalu. Lepas betul-betul serius dan sudah buat perancangan rapi, baru kami nekad untuk dedahkan perkara baik ini pada umum. Paling penting, kami ingin laksanakan ibadah. Tak mahu lagi fikir hal-hal lain yang boleh melukai hati ibubapa kami," hurai Ashraf.

BAIK Ashraf mahupun Bunga, enggan melayan fitnah dan gosip jahat yang dilemparkan terhadap mereka.

Andai diimbas kembali, selebriti yang terkena tempias fitnah bukan suatu yang mengejutkan. Bukan sekadar Ashraf, malah ada banyak lagi artis yang kalis setiap tohmahan dan keji. Dan persoalan tentang yang dianggap cukup sensitif di Malaysia, barangkali satu hal yang sangat biasa untuk ditanya oleh media di Indonesia tanpa memikirkan implikasi kepada tuan punya tubuh atau ahli keluarga terdekat mereka.

Secara dasarnya, inilah harga diri yang harus dibayar saat memijakkan kaki di lantai seni. Bahkan bukan sahaja diri artis itu menerima perca buruk, sebaliknya keluarga juga disaluti gosip yang sifatnya tidak terbatas itu.

Bagaikan menjadi lumrah sesetengah media di Indonesia yang gemar mendedahkan cerita negatif seseorang selebriti meski hakikatnya ia hanya bersandarkan kepada bukti yang tidak benar sama sekali.

Dalam situasi ini, Ashraf dan famili memang berasa tertekan kerana di akhirannya, masyarakat pantas akan menuding jari menyalahkan famili sekali gus mengaibkan mereka.

Meskipun mereka adalah kalangan artis yang terbiasa dilihat bersikap agak terbuka, harus diingatkan, masih ada yang mematuhi adat dan budaya. Masih ada yang menyanjung nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka, termasuk cinta Ashraf dan Bunga yang mendapat pengawasan famili yang kuat beragama.

Tidak pinggir media tempatan


Sementara itu, keputusan Ashraf mengumumkan perutusan gembira bakal bergelar mempelai di Indonesia kelihatannya ibarat menyisihkan media dan peminat tempatan.

SEDANG dalam perancangan membeli rumah di Bali.


Sedangkan selama ini dia memahat nama dalam industri seni tanah air, tiba-tiba Ashraf membuat pengumuman ingin mendirikan rumah tangga di luar Malaysia. Ia seolah meminggirkan peminat dan media tempatan. Pun jejaka yang sedang dalam fasa darah manis ini menjelaskan, perkhabaran penyatuan mereka dijalankan secara serentak, maka tiada sebarang diskriminasi pada mana-mana pihak.

"Saya tidak anggap ia berat sebelah atau menyisihkan media dan peminat tempatan Malaysia tentang pengumuman yang dibuat di Indonesia. Di Indonesia, Bunga membuat pengumuman, sementara pihak pengurusan saya di Kuala Lumpur awal-awal lagi bersedia untuk sebarkan kepada media tempatan.

"Jadi, tiada istilah sesiapa patut berkecil hati atau kecewa dengan tindak-tanduk kami. Lagipun cuba anda fikirkan, bagaimana pula sekiranya saya hendak umumkan serentak di dua tempat yang berasingan dalam satu-satu masa?" soal Ashraf sambil tertawa kecil.

Tambah pemuda yang lahir pada 18 September 1979 ini lagi, untuk majlis pernikahan dan resepsi yang bakal diadakan di Indonesia kelak, dia tetap akan menjemput media tanah air.

"Saya tetap menjemput sesiapa yang mengenali diri, tidak terkecuali juga kepada teman-teman media tempatan yang selama ini banyak membantu menyokong karier seni saya.

"Kalau ada wartawan Malaysia sudi hendak hadir saya sangat senang sekali. Pihak pengurusan saya akan memberitahu informasi lengkap tentang majlis pernikahan kami dan resepsi yang akan diadakan.

"Yang pasti, keluarga terdekat, saudara-mara dan sahabat rapat akan menghadiri majlis bersejarah saya nanti," jawab Ashraf menumpahkan rasa keterujaan.

Tidak kisah kahwin awal


Dalam sinar populariti menggamit dan sedang menerangi mereka di kedua buah negara, barangkali ada rasionalnya Ashraf dan Bunga nekad mengambil keputusan menitipkan luahan cinta itu, diakhiri dengan majlis pernikahan.

ASHRAF merayu supaya peminat jangan percaya kepada fitnah.


Ashraf mengakui, perkahwinannya dengan Bunga, 25, merupakan keputusan paling tepat dilakukan sepanjang hidup dalam dunia ini bagi membuahkan bahagia berpanjangan.

Ditambah usia Ashraf makin menginjak dewasa, selaras itu jugalah kehidupannya harus bergerak pantas ke depan mencari kesempurnaan.

"Saya tidak fikir perkahwinan jadi masalah atau merugikan kami. Mendirikan masjid itu adalah satu ibadah yang dituntut Allah Taala. Kalau hendak cakap soal glamor atau kemasyhuran memang tidak pernah akan habis. Segala rezeki ditentu oleh Tuhan.

"Kalau mahu ikut perkiraan umur, maka sudah bersesuaian sangat untuk saya berkahwin. Usia saya sekarang sudah 29 tahun, jadi bagus sekali untuk saya tamatkan zaman bujang," akui Ashraf tertawa lagi.

Tentang desas-desus mereka sedang meninjau-ninjau untuk membeli kediaman di Bali, Ashraf menjelaskan bahawa ia belum muktamad.

"Perancangan beli rumah di Bali memang ada, boleh buat tempat persinggahan. Saya dan Bunga selalu berkunjung ke sana, jadi lebih mudah kalau ada penginapan sendiri kalau mahu bercuti," beritahu Ashraf yang akan menetap di Indonesia usai disatukan dengan Bunga. Pun janji Ashraf, dia sama sekali tidak akan melupakan keluarga, peminat dan teman-teman di Malaysia, malah akan sentiasa berulang-alik ke sini meski sudah berkahwin dengan wanita warga Indonesia.

Dalam pada itu, Ashraf dan Bunga kini sedang sibuk menguruskan hari bahagia mereka yang hanya boleh dibilang dengan jari.

"Syukur sangat kerana kami makin tenang usai pengumuman dihebahkan. Persiapan perkahwinan setakat ini sudah hampir 90 peratus siap dengan bantuan keluarga dan pihak pengurusan," ujarnya sambil memberitahu majlis akad nikah pada 8 November ini diikuti upacara persandingan di sebuah hotel terkemuka di kota Jakarta, sehari selepas majlis ijab kabul.

Ashraf juga memaklumkan majlis resepsi di Malaysia akan diadakan 14 dan 15 November ini. Dua majlis di itu bakal diadakan di sebuah hotel dan kelab di Selangor.




Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain.

'Saya nak pisahkan mereka'


AHMAD bersama isterinya, Mashitah Abdullah menatap kenyataan Harussani yang disiarkan Kosmo! di rumah mereka di Bagan Serai semalam. Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my


BAGAN SERAI - Bapa kepada 'pengantin' perempuan yang kahwin koboi di Lombok Timur, Indonesia, Ahmad Abdul Hamid sudah bertekad untuk memisahkan anaknya itu dengan Nasrudin atas keyakinan perkahwinan itu sendiri tidak sah.

"Saya mahu memisahkan mereka berdua kerana seperti yang dikatakan Mufti Selangor (Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid) bahawa sekiranya majlis itu tidak menepati rukun nikah, ia bukan sahaja tidak sah, tetapi juga dianggap berzina.

"Siapa yang mahu anak sendiri berada dalam keadaan begitu dan saya percaya mana-mana bapa pun tidak mahu diperkotak-katikkan lelaki seperti Nasrudin," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ladang Sungai Gedong di sini semalam.

Hati Ahmad, keluarga dan sanak-saudara mereka panas selepas anak sulung mereka, Noor Fadilah, 18, dilaporkan sudah berkahwin dengan Nasrudin, lelaki Lombok didakwa melarikannya ke daerah itu awal September lalu.

Mereka mengharapkan Noor Fadilah atau Kak Long dapat mendengar nasihat ulama, jika tidak keluarga sendiri, supaya meninggalkan Nasrudin dan pulang ke Malaysia.

"Jika apa yang terkeluar daripada mulut abah dan mak ini tidak berbekas di hati, tidak berguna satu sen pun, abah rayu Kak Long dengarlah pesan alim ulama," kata Ahmad.

Kosmo! semalam menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa perkahwinan tanpa memenuhi rukun nikah itu adalah tidak sah dan sewajarnya pasangan tersebut dipisahkan.




Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain.

Fadilah sudah kahwin


KUALA LUMPUR - Atas alasan takut telanjur, Nasrudin Dahrom akhirnya bernikah dengan Noor Fadilah Ahmad melalui bantuan seorang 'ustaz' di Lombok, Indonesia dua hari lalu.

Pernikahan Nasrudin, 24, dan Fadilah, 18, tetap diadakan walaupun tidak mendapat kelulusan kementerian agama di republik berkenaan yang sebelum ini menetapkan supaya Fadilah perlu mendapat keizinan walinya di Malaysia terlebih dahulu sebelum dinikahkan.

Bagaimanapun, menurut Nasrudin, beliau terpaksa membuat keputusan segera untuk berkahwin secara 'gelap' kerana tidak mahu melakukan perbuatan yang dilarang agama sedangkan kedua-dua mereka saling menyukai sesama sendiri.

"Saya tidak mahu melakukan dosa dan seterusnya terlanjur, saya menghormati Fadilah dan juga keluarganya walaupun tidak mendapat keizinan daripada jabatan agama.

"Lagi pun ada pihak tidak mahu kami terus begini dan harus dinikahkan segera dan kini kami berdua rasa sangat gembira," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Fadilah yang sebelum ini didakwa telah dilarikan oleh Nasrudin mendapat perhatian akhbar ini pada 24 September lalu melaporkan keluhan ayahnya, Ahmad Abdul Hamid, 46, setelah mendapat tahu anaknya sudah dilarikan oleh pemuda tersebut.

Beliau yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak nekad mengikut Nasrudin pada 3 September lalu ketika bekerja sebagai operator di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor.

Bagaimanapun Fadilah yang sebelum ini ingin kembali semula ke Malaysia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa atau tertekan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Namun perbuatannya itu boleh dianggap derhaka oleh beberapa tokoh agama sekiranya perkahwinan mereka tidak direstui keluarga.

Dalam pada itu, Nasrudin memberitahu, mereka masih belum memaklumkan perkahwinan tersebut kepada kedua orang tua Fadilah mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun usaha Kosmo! untuk bercakap dengan Fadilah sendiri tidak berjaya kerana Nasrudin memberitahu beliau sedang menunaikan solat dan percubaan seterusnya gagal kerana telefon bimbit dibawa oleh abang Nasrudin ke rumah mentuanya.

Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi di Perak melahirkan rasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Nasrudin dan beliau dengan tegas tetap tidak merestui perkahwinan mereka.

"Macam mana pun pak cik tetap tak setuju depa kahwin, pak cik harap anak pak cik dapat dibawa balik ke sini dengan segera," katanya.





Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain.

30/05/08

Adun Melor fail cerai isteri kedua


MINTA KEADILAN: Siti Aishah (kiri) berbincang sesuatu di luar Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, semalam. Gambar kecil, Wan Ismail Wan Jusoh.

Oleh Betty Subaryati

KOTA BHARU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas Kelantan semalam, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, untuk mengesahkan lafaz cerai terhadap isteri keduanya yang juga warga Kemboja berketurunan Cina, berusia 24 tahun yang dikahwini sejak lima tahun lalu.

Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 53, selaku defendan, yang tidak hadir di mahkamah semalam, mengemukakan permohonan itu menerusi peguamnya, Mahani Mustafa, atas alasan sudah melafazkan cerai talak satu di rumah sewa isterinya, Siti Aishah Abdullah, 24, dekat Wakaf Mek Zainab, pinggir bandar ini pada 16 April lalu.

Prosiding permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 itu berlangsung dalam kamar Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan. Siti Aishah yang diwakili peguam, Mohd Sibri Ismail, hadir mengikuti prosiding itu sambil ditemani bapanya, Kim Ti, 63.

Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguhkan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Siti Aishah yang berkahwin dengan Wan Ismail di Kuala Lumpur pada 2003, berkata beliau diceraikan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 16 April lalu ketika suaminya pulang ke rumah sewa bersama seorang wanita yang identiti tidak dikenalinya, sebelum melafazkan cerai talak satu terhadapnya tanpa memberi sebarang alasan.

"Kejadian itu berlaku ketika saya berada di rumah sewa di Taman Tg Ahmad Panglima, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu bersama sepasang anak kami berusia antara satu hingga tiga tahun.

"Sebelum melafazkan talak terhadap saya, dia jarang-jarang balik ke rumah menjenguk saya dan anak. Selepas menjatuhkan talak, dia tidak lagi balik ke rumah atau bertanya khabar anak serta tidak memberi nafkah serta mengambil berat mengenai anak, termasuk sewa rumah yang kini saya terpaksa tanggung sendiri," katanya yang kini membuka perniagaan kecil menjual kain tudung di bandar ini untuk menyara hidup.

Siti Aishah berkata, beliau tidak menyangka akan diceraikan tanpa sebarang sebab oleh suaminya, walaupun sebelum ini seorang wanita pernah menghubungi dan menyuruh saya pulang ke negara asal, Kemboja.

Katanya, walaupun kini terpaksa menempuh dugaan hidup sebagai ibu tunggal bersama dua anak yang masih kecil, beliau bertekad tidak akan meninggalkan Islam yang sudah menjadi pegangan hidupnya sejak 2003.

"Ibu bapa kandung saya cukup marah dengan tindakan suami menceraikan saya tanpa sebab selepas saya berkorban meninggalkan keluarga dan agama asal untuk menjadi isterinya. Mereka meminta saya kembali ke Kemboja, tetapi saya mahu meneruskan kehidupan di sini, sambil menaruh harapan mahkamah memberi keadilan kepada saya," katanya.





Ini adalah keratan akhbar dari Berita Harian untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

16/05/08

3 isteri sokong hasrat suami kahwin lagi


Oleh IRMAN HASHIM

KUALA TERENGGANU 15 Mei – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan Ahad ini untuk membuat keputusan sama ada akan membenarkan seorang pemandu lori berusia 57 tahun untuk berkahwin lagi selepas tiga isterinya memberikan kebenaran dan sokongan terhadap hasrat suami mereka itu.

Hakim Shaikh Ahmad Ismail membuat keputusan tersebut bagi membolehkan Mohamed Nor Awang, 57, dari Kampung Tok Fakir, Merchang di Marang memberikan alasan yang lebih kukuh untuk berkahwin lagi dengan seorang kerani berusia 34 tahun.

Shaikh Ahmad turut mengarahkan Mohamed Nor yang dijadual bernikah dengan bakal isterinya yang keempat itu pada 23 Mei ini supaya membawa wanita tersebut bersama wali selain bukti-bukti kemampuannya dari segi kewangan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana bimbang Mohamed Nor yang berpendapatan RM1,500 sebulan dan sudah mempunyai tiga orang isteri dengan 18 orang anak berusia antara empat hingga 34 tahun, serta empat orang cucu, tidak mampu menyara dan berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

“Pada pandangan syarak, mahkamah tidak boleh beri keizinan kepada pemohon untuk berkahwin lagi kerana dikhuatiri tidak mampu menampung perbelanjaan dan berlaku adil selain sudah lanjut usia, tetapi mahkamah akan beri peluang kepada pemohon untuk mengemukakan alasan yang lebih kukuh untuk berkahwin lain.

“Saya pelik dengan kes ini kerana sepanjang saya menjadi hakim, ini kes pertama ketiga-tiga isteri benarkan suami berkahwin lain malah mereka menyokong kuat hasrat itu,” katanya.

Shaikh Ahmad turut berulang kali bertanya kepada ketiga-tiga isteri Mohamed Nor sama ada mereka benar-benar memberikan keizinan bagi membolehkan suami mereka berkahwin lagi.




Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Cell-Phone.co.cc, dan lain-lain.

1/05/08

Termeterai cinta ‘rahsia’ Khai dan Rosma


Oleh Norliza Mohamad Zakaria
liza.zakaria@utusan.com.my


Khai dan Rosma anggun mengenakan busana rekaan Calvin Thoo ketika sesi memotong kek.

KERANA minat yang mendalam terhadap kerjaya nyanyian, mereka nekad memasuki program realiti Televisyen, Akademi Fantasia (AF1) musim pertama.

Bagaikan sebuah keluarga, apa sahaja masalah dan kesedihan yang dialami dikongsi bersama. Atas keprihatinan, sikap saling membantu dan saling menasihati, keakraban yang terjalin semakin mekar.

Tanpa disedari, di situlah bermulanya kisah cinta pasangan romantis ini yang menyatukan perasaan sehingga membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka.

Penyingkiran Rosma pada minggu-minggu terawal AF1 begitu meruntun hati pemuda kelahiran Johor itu kerana ‘kehilangan’ teman yang paling rapat di akademi.

Tiga bulan berlalu, berlabuhnya tirai AF1 bukanlah noktah kepada hubungan ‘teman tapi mesra’ antara Khai dan Rosma. Ia berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Biarpun banyak mata yang memandang dan banyak mulut yang bertanya, mereka lebih ‘senang’ dengan jawapan bahawa hubungan yang terjalin sekadar teman rapat.

Lima tahun berlalu, akhirnya pasangan ini tampil membuat pengakuan pada awal April lalu bahawa mereka bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Pastinya, tidak terduga sama ada Khai atau nama sebenarnya Mohd. Khairul Nizam Mohamad, 29 dan juga Rosmayati Sidik, 23 atau Rosma sendiri bahawa pertemuan di banglo ‘cinta’ itu bakal mengubah kehidupan mereka kelak.

Tidak mahu cepat melatah dan tersilap dalam percaturan kisah cinta, pasangan ini mengambil sikap berdiam diri.

Tarikh keramat terpaterinya cinta antara Khai dan Rosma ialah pada hari Sabtu (26 April) lalu dan diabadikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang dihadiri sekitar 100 orang ahli keluarga terdekat yang rata-rata bertandang dari Johor Bahru, Johor dan Kuantan, Pahang.

Majlis dimulakan seawal pukul 10 pagi dengan ikatan pertunangan. Detik bersejarah pasangan itu menyaksikan ibu Khai, Sharifah Alwiyah Syed Abdul Kadir menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Rosma.

Menanti detik disatukan, Khai dan Rosma tidak mahu ketinggalan mengabadikan kenangan terindah itu menerusi lensa kamera wakil media yang hadir membuat liputan.

Setelah hampir dua jam bertunang, akhirnya Rosma dan Khai dinikahkan oleh Imam besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd. Manaf Mat, 49, setelah diwakilkan oleh bapa Rosma, Sidik Abu Bakar, 71, tepat pukul 11.55 pagi dengan mas kahwin RM100.

Dengan sekali lafaz, kedua-dua penyanyi itu menjadi pasangan suami isteri yang sah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan begitu berseri dengan padanan busana berwarna putih susu dari Butik D'Risik.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang dari Khai termasuk wang hantaran RM16,161.61 beserta sirih junjung, tas tangan berjenama Guess, kasut, sejadah, telekung dan senaskah al-Quran.

Rosma pula membalas 11 dulang hantaran antaranya berupa kek, sirih junjung, minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan senaskah al-Quran.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, pasangan tersebut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah semuanya selamat, mula-mula memang rasa berdebar tetapi bila dah selesai akad nikah mula rasa lapang dan lega sangat. Walaupun boleh tarik nafas lega, tetapi ini merupakan permulaan untuk saya memikul tanggungjawab,” kata Khai yang pernah popular dengan lagu Dambaan Pilu itu.

Menurut Khai, selepas ini mereka akan menetap di kediaman Rosma di Seri Kembangan, Selangor untuk memudahkan aktiviti seni di sekitar Kuala Lumpur.

Menjelaskan tentang keharmonian hubungan cinta mereka, kata Rosma, selama lima tahun bercinta, dia dan Khai menanamkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain sekiranya berlaku sebarang masalah.

“Lumrah bercinta, memang tidak pernah terlepas dari dugaan. Bagaimanapun, dengan bertolak ansur dan berbincang kami dapat atasi masalah yang dihadapi bersama,” kata Rosma sambil menguntum senyuman.

Pasangan yang bakal menerima tajaan berbulan madu dari Aura Seri itu merancang untuk berbulan madu pada pertengahan Mei ini, bagaimanapun masih belum menetapkan destinasi pilihan mereka.

Majlis persandingan meriah

Sementara itu, majlis persandingan pasangan itu disambut meriah oleh hampir 800 tetamu dalam majlis bertemakan Moden Kontemporari yang diadakan di Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya malam Ahad lalu.

Anggun mengenakan busana yang berwarna biru muda, Khai dan Rosma diraikan bagai pasangan diraja yang bersemayam di atas singgahsana.

Berlatarkan rona biru dan putih susu, keserian majlis ditambah lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis AF1, antaranya Sahri, Nija, Burn, Atie dan Azza.

Tidak ketinggalan, bintang-bintang AF2 dan AF3 iaitu Farah, Bob, Nurul, Yazer dan Ekin. Malah, juara AF4 dan AF5 iaitu Faizal dan Mila turut hadir memeriahkan majlis.

Keistimewaan Khai dan Rosma

Sempat bertanya tentang keistimewaan Rosma, menurut Khai, isterinya itu merupakan seorang yang sangat memahami dan senang menerima teguran.

“Selain itu, kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu gemar bermain bowling dan menonton wayang.

“Selama lima tahun bercinta, Khai sudah mengenali hati budi Rosma dan sampai sekarang, keserasian yang wujud tetap utuh,” jelas Khai tentang keperibadian yang dimiliki oleh isterinya.

Bagi Rosma pula, sikap ambil berat dan kebijaksanaan Khai dalam memberi nasihat membuka hatinya untuk menjalin ikatan sebagai suami isteri.

“Satu yang paling Rosma suka, dia berjaya mengubah sikap yang selama ini bagai ‘sebati’ dalam diri Rosma.

“Antaranya ialah sikap panas baran. Biasalah, kadang-kadang kita sendiri tidak sedar tentang sikap diri sendiri. Perkara kecil pun kadang-kadang boleh jadi besar,” kata Rosma lagi.

Mahu empat anak

Biarpun baru mendirikan rumah tangga, Rosma tidak kekok berkongsi hasratnya untuk segera mempunyai cahaya mata.

Sebaik diajukan soalan, pantas jawapan Rosma bahawa dia mahukan empat anak bagi melengkapkan lagi kehidupan keluarga bersama suaminya, Khai.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki Rosma mahukan zuriat tahun hadapan. Bagaimanapun, kalau ditakdirkan ada rezeki tahun ini, Rosma tidak akan menolak.

“Kalau boleh, Rosma mahu empat orang anak, sepasang lelaki dan sepasang perempuan,” kata Rosma tanpa berselindung.





Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

27/04/08

Kisah artis di mahkamah

SEMINGGU dua ini, ada beberapa artis kita yang terpaksa turun naik mahkamah antaranya Beego dan Anis Suraya serta Sheila Rusly.

Beego dan Anis Suraya masing-masing naik mahkamah kerana kes pergolakan rumah tangga. Sayang sekali kerana rumah tangga yang dibina musnah kerana tiada lagi persefahaman.

Apalagi pada usia perkahwinan yang baru setahun jagung. Beego paling mengejutkan kerana baru sebulan berkahwin sudah mengalami masalah dalam melayari bahteranya bersama isteri, Intan Shahira Mohd. Shahru.

Kini, selepas empat bulan menjadi suami dan isteri, Beego memfailkan permohonan nusyuz (derhaka) terhadap Intan apabila dia tidak dibenarkan berjumpa isterinya dan tidak diizinkan pulang ke rumah.

Sembilan tahun menjalin kasih dan mengikatnya dengan ikatan yang sah namun hanya 10 hari sahaja Beego merasai kehidupan indah sebagai suami isteri.

Pulang dari penggambaran selama 10 hari di Singapura bersama Intan sehari selepas majlis resepsi mereka, Beego dikhabarkan tidak dibenarkan menemui Intan lagi.

"Sudah tiga bulan saya tidak berjumpa isteri. Mungkin ini satu dugaan untuk saya," kata Beego yang bernikah pada 28 Disember tahun lalu di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Sementara penyanyi Anis Suraya pula memfailkan permohonan cerai taklik terhadap suaminya, Wan Kasmizi Wan Kamaruddin selepas dua tahun berumah tangga.

Di mana silapnya? Sudah tiadakah lagi kasih sayang antara mereka? Tapi siapalah kita untuk menduga masalah yang berlaku kepada kehidupan masing-masing.

Apa yang boleh kita harapkan supaya mereka tabah menghadapi dan mengharungi setiap dugaan yang melanda kerana sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut, bak kata Azharina Azhar, adalah di tangan Tuhan Yang Maha Esa.

Pelakon dan pengacara popular, Sheila Rusly juga terpaksa berhadapan dengan kes mahkamah apabila mengambil tindakan terhadap rakan kongsinya sendiri.

Semuanya gara-gara kerugian dan rasa malu yang terpaksa ditanggung apabila terpaksa menutup Restoran Nasi Dagang House yang diusahakan bersama, tiga tahun lalu.

Sheila, 36, mendakwa tindakan-tindakan rakan kongsinya itu yang menjejaskan perniagaan mereka dan menutup restoran itu tanpa pengetahuannya.

Itu sebahagian cerita rakan artis yang terpaksa ditelan dan 'dikongsi' bersama khalayak. Pun begitu, Wanda percaya, pada setiap kejadian, jika kita bersabar dengan dugaan yang mendatang dan memperbanyakkan muhasabah diri maka kita akan dapat mengharungi setiap perjalanan yang direncanakan-Nya dengan penuh reda.

Kerana akhirnya, kebenaran tetap akan berpihak kepada kita seandainya kita sememangnya adalah di pihak yang benar.





Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

18/04/08

Beego fail permohonan nusyuz terhadap isteri

KUALA LUMPUR 17 April - Pelakon, Beego yang baru empat bulan berkahwin dan hanya sempat mendampingi isterinya selama 10 hari, telah memfailkan permohonan nusyuz (derhaka) terhadap pasangannya itu, Intan Shahira Mohd. Shahru, 27, di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Permohonan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 28, yang difailkan pada 22 Februari lalu, disebut di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Irwan Ismail hari ini.

Hakim tersebut menetapkan 30 Mei ini untuk pengurusan kes setelah peguam syarie, Md. Nor Md. Din yang mewakili Beego memohon sedikit masa bagi membolehkan Intan Shahira memfailkan pembelaan dan diikuti balasan oleh pihaknya serta persediaan kes.

Di mahkamah hari ini, Beego yang dikenali melalui drama bersiri 'Puteri' dan merupakan bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz hadir bersama beberapa rakannya termasuk pelakon Que Haidar.

Intan Shahira yang tidak hadir diwakili oleh peguam syarie, Marlina Sobri.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Md. Nor berkata, Intan Shahira telah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya tetapi dokumen tuntutan itu masih belum diterima oleh pihaknya.

Difahamkan tuntutan fasakh itu difailkan kira-kira sebulan lalu.

Sementara itu, Beego berkata, permohonan nusyuz itu difailkan kerana dia tidak dibenarkan berjumpa isterinya dan tidak diizinkan pulang ke rumah.

''Sembilan tahun kami berkawan, saya sedih dan tidak sangka kes seperti ini terjadi. Mungkin ini satu dugaan untuk saya," katanya.

Pasangan itu bernikah pada 28 Disember tahun lalu di Bandar Baru Uda, Johor Bharu dan majlis perkahwinan diadakan sehari selepas itu serta pada 30 Disember lalu.

Pasangan itu turut mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini pada 12 Januari lalu.

''Sehari selepas majlis resepsi itu, saya pergi ke Singapura untuk pengambaran drama selama 10 hari. Saya bersama isteri saya selama 10 hari sahaja kerana selepas balik dari Singapura saya tidak dibenarkan menemuinya.

''Sehingga hari ini, telah tiga bulan saya tidak berjumpa isteri saya," katanya sambil menambah bahawa Intan Shahira hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepadanya pagi ini menyatakan dia tidak dapat hadir ke mahkamah kerana bekerja.

Beego turut menafikan bahawa dia mendirikan rumahtangga dengan Intan Shahira demi harta.





Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.

17/04/08

Beego fail permohonan Nusyuz

KUALA LUMPUR 17 April - Pelakon Beego yang baru berkahwin empat bulan lalu, telah memfailkan permohonan Nusyuz (enggan mematuhi perintah atau kemahuan suami) terhadap isterinya, Intan Shahira Mohd. Shahru, 27.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Ahamd Irwan Ismail, menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan permohonan itu yang difailkan oleh Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 28, pada 22 Februari lalu.




Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain.