15/08/10

Maizawati, 35, berkahwin dengan Mohd Yassin Rahim, 23

Jarak usia 12 tahun bukan penghalang cinta Maizawati dimiliki Mohd. Yassin.

Perkahwinan ketiga paling bermakna – Maizawati



INSYAALLAH, bermula esok, wanita jelita ini tidak perlu lagi mengusung status janda yang hampir setahun digalasnya setelah ditinggalkan bekas penyanyi rock terkenal tanah air, Akhil Hayy.

Ini kerana, jika segala perancangan tidak berhalangan, pukul 11 pagi, Maizawati Zainal, 35, akan dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Mohd Yassin Rahim, 23 yang juga merupakan seorang chef di sebuah restoran di Singapura menjadi pilihan Maiza setelah kecewa dalam pernikahannya dengan Akhil.

Dia tidak perlu berselindung kerana umum sudah mengetahui mengenai hubungannya dengan Mohd Yassin yang terjalin selepas perpisahannya dengan Akhil terjadi pada Julai tahun lepas.

Cumanya, sebelum ini tarikh perkahwinannya seringkali terpaksa ditunda sehingga mencetuskan banyak tanda tanya.
Bahkan, ada juga sesekali mendapat perkhabaran kurang baik apabila ada yang mengatakan hubungan cinta Maiza sudah berakhir sebelum sempat ke pelaminan.

Menyangkal dakwaan itu, Maizawati tampil mengejutkan banyak pihak selepas dia mengesahkan pernikahannya dengan Mohd Yassin akan dilangsungkan pada esok hari di kediamannya di Ipoh, Perak.

“Benar, esok saya akan bernikah dengan Mohd. Yassin di Ipoh. Saya sendiri tidak menyangka kerana semuanya berlaku tanpa perancangan awal.

“Baru sahaja minggu lepas kedua-dua belah pihak duduk berbincang untuk menetapkan tarikh perkahwinan, tahu-
tahu sahaja esok kami akan dinikahkan.

“Tiada kata lain yang dapat saya ucapkan, Alhamdulillah... saya bersyukur kerana jalan ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Ditanya mengapa sebelum ini sering menunda tarikh perkahwinan, jelas ibu beranak enam ini, ia berikutan dia terpaksa mengambil kira beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Siapa yang tidak mahu perkara baik sebegini dilangsungkan dengan cepat, tetapi kadang-kadang apa yang kita rancang tidak semestinya terjadi.

“Yang tidak dirancang itulah yang berlaku. Inilah yang terjadi pada diri saya. Apa pun, saya rasa bertuah kerana semuanya berjalan lancar dengan bantuan seluruh ahli keluarga yang merestui hubungan ini,” ujarnya.

Bagai tidak mampu membendung rasa bahagia, Maizawati yang bakal menyarungkan busana berwarna biru lembut rekaan butik Udaimatunnur untuk majlis nikahnya mengakui, pernikahan ketiganya ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

Kata Maizawati, selain akan dinikahkan dengan lelaki pilihan hati, kebahagiaan juga lebih bermakna apabila bapa kandungnya, Zainal Jani, 50, sudi untuk hadir dan menjamu tetamu majlis dengan masakan dari air tangannya sendiri.
“Sejak ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia tujuh tahun, saya jarang sekali bertemu dengannya. Ya, saya dapat rasakan bahawa perkahwinan kali ini benar-benar mengeratkan silaturrahim antara keluarga saya.

“Malah, ayah juga beria-ia mahu memasak hidangan untuk tetamu di majlis saya nanti. Risau juga sebab dia baru sahaja sihat, takut dia tidak larat untuk buat kerja-kerja berat.

“Namun, ayah tetap berkeras, sebab katanya, ia adalah hadiah perkahwinan istimewa buat saya sebagai anak tunggalnya hasil pernikahannya dengan emak saya,” katanya.

Menurut Maizawati, selain ayah, ibu tirinya juga turut hadir bersama lima adik-beradiknya yang lain termasuk ibu kandungnya, Maimun Ahmad, 50.

Dia lelaki penyayang

Penyayang dan sukakan kanak-kanak. Itu antara sifat yang dimiliki Mohd. Yassin yang lantas membuka pintu hati Maizawati untuk menerima insan bergelar lelaki dalam hidup selepas dua kali tewas dalam alam perkahwinan.
Malah, kata wanita ini lagi, dia juga senang dengan kejujuran, keberanian dan sifat Mohd. Yassin yang kelakar serta pandai mengambil hati orang tua.

“Saya tidak kata yang saya menutup pintu hati sepenuhnya buat lelaki, tetapi kehadirannya nyata memberikan kebahagiaan dan semangat buat saya teruskan kehidupan.

“Tidak tahulah bagaimana untuk dikatakan sebab sebelum ini pun ramai yang datang ‘mencuba nasib’ untuk memiliki saya, tetapi banyak juga yang saya tolak.

“Kemudian tuhan menemukan saya dengannya. Ini semua kerja Nya, sebagai manusia biasa yang tidak mampu menolak takdir, maka saya terimalah seadanya, lagipun anak-anak juga senang dengannya,” ujarnya.

Bercerita mengenai persiapan, usahawan yang mengendalikan syarikat Maizawati Collection ini lebih senang mengamalkan konsep sederhana kerana baginya apa yang lebih afdal adalah keberkatan dalam ikatannya itu nanti.
Bahkan, jelas bakal pengantin baru ini, dia juga hanya menjemput keluarga serta sahabat handai yang terdekat sahaja untuk memeriahkan majlisnya itu esok.

Dalam pada itu, sempat juga penulis mencuit, adakah Maizawati akan menjemput bekas suami serta isterinya, penyanyi Waheeda yang kini sedang berbahagia?

Namun ringkas wanita ini menjawab “Saya tidak halang dia datang,”

Kata Maizawati, dia telah pun memaklumkan keluarga Akhil mengenai perkahwinannya memandangkan selepas berpisah, dia langsung tidak menghubungi bekas suaminya itu.

“Jujurnya saya tidak halang dia hadir ke majlis saya, cuma saya akan rasa lebih gembira jika anak-anak turut ada untuk meraikan majlis ini bersama,” kata Maizawati yang memelihara Mohd. Syakir Hidayatullah, 9, dan Mohd. Syathiri, 3.
Kepada Maizawati dan pasangan, Pancaindera doakan agar perkahwinannya kali ini kekal hingga ke akhirnya. Tahniah ya!

Search Amazon.com for lignocaine


Sumber: Utusan untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, My Biz Online.

5 ulasan:

Unknown berkata...

tumpang tanyer, saya ada membaca blog cik, dan ingin tahu di manakah boleh saya dapati ligconaine gel?

JOM JALAN berkata...

Sila cari di farmasi atau cari di internet atau klik pada link lignocaine di atas.

Unknown berkata...

saya sudah cari di farmasi tetapi dorang kata takde, malah ade yang kata tak penah dengar pon.

JOM JALAN berkata...

Jumpa doktor pakar lebih baik.

Goldman berkata...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.