Pelakon Farah Putri Mulyani Jasman Nada, 22, hanya berkomentar, "Saya undur diri dan tidak akan menjalinkan hubungan dengannya lagi."
Farah dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Nasrizal Ngasri hingga menjadi punca perceraian Nasrizal dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri.
Ketika dihubungi Kosmo! Farah memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan dirinya dengan keretakan rumah tangga Bell dan isterinya.
"Saya sudah malas, saya cuma ingin minta maaf kepada semua pihak terutamanya Bell, isteri serta keluarga mereka kerana kenyataan saya sebelum ini.
"Saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak. Kalau masih ada rasa sayang antara mereka dan Bell mahu rujuk semula dengan isterinya, itu satu perkara yang bagus, nampaknya dia sedar kesalahannya dan mahu pikul tanggungjawab tersebut," katanya.
Sumber Kosmo! Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |