12/01/10

Siti dapat beg LV RM40,000






SITI NURHALIZA memotong kek hari jadi ke-31 sambil ditemani oleh Khalid dan rakan baiknya, Kris Dayanti di Kuala Lumpur malam tadi.



KUALA LUMPUR - Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.
Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat 'hadiah pendahuluan' apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.
Pada tahun 2008, Siti Nurhaliza mendapat hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 diikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.
"Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu.
"Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,'' katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.
Album CTKD adalah singkatan nama Siti Nurhaliza dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.
Louis Vuitton Cherry Speedy 25Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:
"Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama."
Hadiah perkara kedua bagi Siti Nurhaliza dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata.

Sumber: Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Pautan:Syafrein.com, Dompas Network, Guided-Info.com, Munakahat, Artikel Sentral, Catatan Sekilas, Perkahwinan, NikahKahwin.Co.Cc, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online.