
Gambar Mawi, Ekin seleps diijabkabulkan
Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi dan Nora'ashikin Rahmat atau Ekin selamat diijab kabul di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, tepat 11:41 pagi 20 Disember 2008.


Menurut wanita itu, dia tidak kisah dimadukan dengan perempuan yang lebih muda sekiranya itu akan membahagiakan suaminya yang muda 69 tahun daripadanya.
Bagaimanapun Wook menetapkan syarat jika Mohd. Nor ingin beristeri lagi, lelaki itu dan madunya tidak akan mengabaikannya dan mesti bersedia untuk menjaganya.
''Saya izinkan kalau dia hendak kahwin lagi. Saya faham Mohd. Nor mesti berkeinginan untuk mempunyai anak-anak, cuma janganlah bila sudah ada isteri baru, isteri lama dilupakan.
''Dia tidak boleh sekali-kali mengabaikan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bat, Kuala Berang di sini hari ini.
Semalam, warga emas itu berkata, dia mempunyai rahsia tersendiri bagi memastikan perkahwinannya dengan Mohd. Nor yang memasuki usia tiga tahun terus bertahan.
Menurut Wook, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan suaminya iaitu sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Dalam pada itu, Mohd. Nor ketika diminta mengulas kesediaan Wook itu mengakui dia memang menyimpan keinginan untuk berkahwin lain.
''Saya juga teringin untuk mempunyai anak-anak serta keluarga besar," ujarnya.
Bagaimanapun jelasnya, keinginan itu terpaksa dipendamkan buat masa ini atas beberapa sebab termasuk faktor ekonomi.
''Siapalah yang hendakkan saya ini yang kerja sebagai buruh. Pendapatan saya sekarang hanya cukup untuk menyara kami berdua," ujarnya.
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |
SHAH ALAM 27 Nov. – Perbicaraan kes permohonan pendaftaran pernikahan yang dikemukakan isteri Jamal Abdillah setelah berkahwin dengan penyanyi itu di Songkhla, Thailand dua tahun lalu ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Fatimatuzahra Samad, 25, selaku plaintif bernikah dengan defendan yang nama sebenarnya, Jamal Ubaidullah Ali, 47, pada 3 Januari 2006 di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh naib kadi di situ.
Plaintif memfailkan permohonan mengikut Seksyen 12 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 bagi tujuan mendaftarkan pernikahan yang berlangsung di luar negara.
Bicara disambung pada 31 Mac 2009.
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |
SHAH ALAM 27 Nov. – Suami personaliti TV3, Zakiah Anas yang berhadapan dengan tuntutan cerai oleh isterinya, memohon supaya Mahkamah Rendah Syariah di sini memberi peluang kepadanya untuk mengadakan perbincangan terlebih dahulu bagi menyelesaikan kes itu dengan cara baik.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Zakiah, 42, selaku plaintif semasa prosiding tuntutan cerai tersebut di hadapan Hakim Syarie Kamarulzaman Ali hari ini.
Ketika prosiding yang bermula pada pukul 11.40 pagi, Azmi menyebut bagi pihak Mohamad Yusof Mohamad Taib, 46, yang tidak hadir di mahkamah dan tiada peguam mewakilinya.
Menurut beliau, saman telah diterima oleh Mohamad Yusof selaku defendan pada 3 November lalu.
‘‘Sungguhpun begitu defendan yang menghubungi saya semalam memberitahu dia belum bersedia untuk menghadiri prosiding tuntutan cerai oleh plaintif. Yang Arif, pada dasarnya defendan tidak bersetuju dengan permohonan plaintif,’’ jelas Azmi.
Kes disebut semula pada 23 Disember.
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |
Wook Kundur bersama suaminya, Mohd. Nor Musa di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, kelmarin.HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.
Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.
Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.
"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.
"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.
Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.
"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.
"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.
Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.
Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.
Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.
"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.
Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |
PETALING JAYA 26 Nov. - Permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Khairul Fazlin Kamaruddin, isteri pengacara rancangan 360 terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidik akan mula dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 14 Januari depan.
Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar pengakuan Mazidul yang memberitahu mahkamah bahawa dia memahami permohonan yang dibuat oleh isterinya.
Dalam prosiding ringkas hari ini, Ghazali turut memerintahkan Mazidul memfailkan afidavit balasan terhadap permohonan itu.
Pada 20 Oktober lalu, permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh Khairul Fazlin, 38, terpaksa ditangguhkan kerana Mazidul, 41, selaku defendan tidak menghadiri prosiding.
Bagaimanapun, Mazidul melalui sepucuk surat yang dihantar kepada mahkamah memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan di Kota Bharu, Kelantan.
Khairul Fazlin mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana mendakwa Mazidul telah melafazkan cerai terhadapnya di luar mahkamah.
Mazidul dan Khairul Fazlin berkahwin pada 21 Mei 1997. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Afif Faiq, 10, dan Muhammad Azard, 7.
Sebaik sahaja prosiding selesai, Mazidul yang ditemui media enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut dan bergegas meninggalkan mahkamah bersama-sama isterinya.
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |

Pelakon Farah Putri Mulyani Jasman Nada, 22, hanya berkomentar, "Saya undur diri dan tidak akan menjalinkan hubungan dengannya lagi."
Farah dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Nasrizal Ngasri hingga menjadi punca perceraian Nasrizal dengan isterinya Nur Farhana Mahamad Fauri.
Ketika dihubungi Kosmo! Farah memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan dirinya dengan keretakan rumah tangga Bell dan isterinya.
"Saya sudah malas, saya cuma ingin minta maaf kepada semua pihak terutamanya Bell, isteri serta keluarga mereka kerana kenyataan saya sebelum ini.
"Saya tidak pernah bermaksud untuk melukakan hati mana-mana pihak. Kalau masih ada rasa sayang antara mereka dan Bell mahu rujuk semula dengan isterinya, itu satu perkara yang bagus, nampaknya dia sedar kesalahannya dan mahu pikul tanggungjawab tersebut," katanya.
| Sumber Kosmo! Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |

.jpg)
| Berita ini disunting daripada Kosmo! Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |

| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-Chargezeromax.com, Manggis.info. |

| Berita ini disunting dari Utusan Online & Kosmo, 13/11/08. Pautan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, i-chargezeromax.com, manggis.info, Artikel Sentral. Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online. |

| Berita ini disunting dari Utusan Online, 28/10/08. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain. |

| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain. |


| Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain. |

| Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain. |

| Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, i-chargezeromax.com, manggis.info, dan lain-lain. |

Berikutan ketidakhadiran defendan, Nik Najib menangguhkan prosiding pengesahan lafaz talak itu kepada 2 Julai ini, bagi memberi peluang kepada Wan Ismail hadir di mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz cerai terbabit.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Siti Aishah yang berkahwin dengan Wan Ismail di Kuala Lumpur pada 2003, berkata beliau diceraikan kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 16 April lalu ketika suaminya pulang ke rumah sewa bersama seorang wanita yang identiti tidak dikenalinya, sebelum melafazkan cerai talak satu terhadapnya tanpa memberi sebarang alasan.
"Kejadian itu berlaku ketika saya berada di rumah sewa di Taman Tg Ahmad Panglima, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu bersama sepasang anak kami berusia antara satu hingga tiga tahun.
"Sebelum melafazkan talak terhadap saya, dia jarang-jarang balik ke rumah menjenguk saya dan anak. Selepas menjatuhkan talak, dia tidak lagi balik ke rumah atau bertanya khabar anak serta tidak memberi nafkah serta mengambil berat mengenai anak, termasuk sewa rumah yang kini saya terpaksa tanggung sendiri," katanya yang kini membuka perniagaan kecil menjual kain tudung di bandar ini untuk menyara hidup.
Siti Aishah berkata, beliau tidak menyangka akan diceraikan tanpa sebarang sebab oleh suaminya, walaupun sebelum ini seorang wanita pernah menghubungi dan menyuruh saya pulang ke negara asal, Kemboja.
Katanya, walaupun kini terpaksa menempuh dugaan hidup sebagai ibu tunggal bersama dua anak yang masih kecil, beliau bertekad tidak akan meninggalkan Islam yang sudah menjadi pegangan hidupnya sejak 2003.
"Ibu bapa kandung saya cukup marah dengan tindakan suami menceraikan saya tanpa sebab selepas saya berkorban meninggalkan keluarga dan agama asal untuk menjadi isterinya. Mereka meminta saya kembali ke Kemboja, tetapi saya mahu meneruskan kehidupan di sini, sambil menaruh harapan mahkamah memberi keadilan kepada saya," katanya.
| Ini adalah keratan akhbar dari Berita Harian untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain. |

| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Cell-Phone.co.cc, dan lain-lain. |
Oleh Norliza Mohamad Zakaria
KERANA minat yang mendalam terhadap kerjaya nyanyian, mereka nekad memasuki program realiti Televisyen, Akademi Fantasia (AF1) musim pertama. Bagaikan sebuah keluarga, apa sahaja masalah dan kesedihan yang dialami dikongsi bersama. Atas keprihatinan, sikap saling membantu dan saling menasihati, keakraban yang terjalin semakin mekar. Tanpa disedari, di situlah bermulanya kisah cinta pasangan romantis ini yang menyatukan perasaan sehingga membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Penyingkiran Rosma pada minggu-minggu terawal AF1 begitu meruntun hati pemuda kelahiran Johor itu kerana ‘kehilangan’ teman yang paling rapat di akademi. Tiga bulan berlalu, berlabuhnya tirai AF1 bukanlah noktah kepada hubungan ‘teman tapi mesra’ antara Khai dan Rosma. Ia berlarutan sehingga bertahun-tahun lamanya. Biarpun banyak mata yang memandang dan banyak mulut yang bertanya, mereka lebih ‘senang’ dengan jawapan bahawa hubungan yang terjalin sekadar teman rapat. Lima tahun berlalu, akhirnya pasangan ini tampil membuat pengakuan pada awal April lalu bahawa mereka bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Pastinya, tidak terduga sama ada Khai atau nama sebenarnya Mohd. Khairul Nizam Mohamad, 29 dan juga Rosmayati Sidik, 23 atau Rosma sendiri bahawa pertemuan di banglo ‘cinta’ itu bakal mengubah kehidupan mereka kelak. Tidak mahu cepat melatah dan tersilap dalam percaturan kisah cinta, pasangan ini mengambil sikap berdiam diri. Tarikh keramat terpaterinya cinta antara Khai dan Rosma ialah pada hari Sabtu (26 April) lalu dan diabadikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang dihadiri sekitar 100 orang ahli keluarga terdekat yang rata-rata bertandang dari Johor Bahru, Johor dan Kuantan, Pahang. Majlis dimulakan seawal pukul 10 pagi dengan ikatan pertunangan. Detik bersejarah pasangan itu menyaksikan ibu Khai, Sharifah Alwiyah Syed Abdul Kadir menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Rosma. Menanti detik disatukan, Khai dan Rosma tidak mahu ketinggalan mengabadikan kenangan terindah itu menerusi lensa kamera wakil media yang hadir membuat liputan. Setelah hampir dua jam bertunang, akhirnya Rosma dan Khai dinikahkan oleh Imam besar Masjid Putra, Putrajaya, Abd. Manaf Mat, 49, setelah diwakilkan oleh bapa Rosma, Sidik Abu Bakar, 71, tepat pukul 11.55 pagi dengan mas kahwin RM100. Dengan sekali lafaz, kedua-dua penyanyi itu menjadi pasangan suami isteri yang sah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah kedua-dua mempelai yang kelihatan begitu berseri dengan padanan busana berwarna putih susu dari Butik D'Risik. Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang dari Khai termasuk wang hantaran RM16,161.61 beserta sirih junjung, tas tangan berjenama Guess, kasut, sejadah, telekung dan senaskah al-Quran. Rosma pula membalas 11 dulang hantaran antaranya berupa kek, sirih junjung, minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan senaskah al-Quran. Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, pasangan tersebut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka berjalan dengan lancar. “Alhamdulillah semuanya selamat, mula-mula memang rasa berdebar tetapi bila dah selesai akad nikah mula rasa lapang dan lega sangat. Walaupun boleh tarik nafas lega, tetapi ini merupakan permulaan untuk saya memikul tanggungjawab,” kata Khai yang pernah popular dengan lagu Dambaan Pilu itu. Menurut Khai, selepas ini mereka akan menetap di kediaman Rosma di Seri Kembangan, Selangor untuk memudahkan aktiviti seni di sekitar Kuala Lumpur. Menjelaskan tentang keharmonian hubungan cinta mereka, kata Rosma, selama lima tahun bercinta, dia dan Khai menanamkan sikap saling mempercayai antara satu sama lain sekiranya berlaku sebarang masalah. “Lumrah bercinta, memang tidak pernah terlepas dari dugaan. Bagaimanapun, dengan bertolak ansur dan berbincang kami dapat atasi masalah yang dihadapi bersama,” kata Rosma sambil menguntum senyuman. Pasangan yang bakal menerima tajaan berbulan madu dari Aura Seri itu merancang untuk berbulan madu pada pertengahan Mei ini, bagaimanapun masih belum menetapkan destinasi pilihan mereka. Majlis persandingan meriah Sementara itu, majlis persandingan pasangan itu disambut meriah oleh hampir 800 tetamu dalam majlis bertemakan Moden Kontemporari yang diadakan di Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya malam Ahad lalu. Anggun mengenakan busana yang berwarna biru muda, Khai dan Rosma diraikan bagai pasangan diraja yang bersemayam di atas singgahsana. Berlatarkan rona biru dan putih susu, keserian majlis ditambah lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis AF1, antaranya Sahri, Nija, Burn, Atie dan Azza. Tidak ketinggalan, bintang-bintang AF2 dan AF3 iaitu Farah, Bob, Nurul, Yazer dan Ekin. Malah, juara AF4 dan AF5 iaitu Faizal dan Mila turut hadir memeriahkan majlis. Keistimewaan Khai dan Rosma Sempat bertanya tentang keistimewaan Rosma, menurut Khai, isterinya itu merupakan seorang yang sangat memahami dan senang menerima teguran. “Selain itu, kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu gemar bermain bowling dan menonton wayang. “Selama lima tahun bercinta, Khai sudah mengenali hati budi Rosma dan sampai sekarang, keserasian yang wujud tetap utuh,” jelas Khai tentang keperibadian yang dimiliki oleh isterinya. Bagi Rosma pula, sikap ambil berat dan kebijaksanaan Khai dalam memberi nasihat membuka hatinya untuk menjalin ikatan sebagai suami isteri. “Satu yang paling Rosma suka, dia berjaya mengubah sikap yang selama ini bagai ‘sebati’ dalam diri Rosma. “Antaranya ialah sikap panas baran. Biasalah, kadang-kadang kita sendiri tidak sedar tentang sikap diri sendiri. Perkara kecil pun kadang-kadang boleh jadi besar,” kata Rosma lagi. Mahu empat anak Biarpun baru mendirikan rumah tangga, Rosma tidak kekok berkongsi hasratnya untuk segera mempunyai cahaya mata. Sebaik diajukan soalan, pantas jawapan Rosma bahawa dia mahukan empat anak bagi melengkapkan lagi kehidupan keluarga bersama suaminya, Khai. “Insya-Allah, kalau ada rezeki Rosma mahukan zuriat tahun hadapan. Bagaimanapun, kalau ditakdirkan ada rezeki tahun ini, Rosma tidak akan menolak. “Kalau boleh, Rosma mahu empat orang anak, sepasang lelaki dan sepasang perempuan,” kata Rosma tanpa berselindung. |
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain. |
SEMINGGU dua ini, ada beberapa artis kita yang terpaksa turun naik mahkamah antaranya Beego dan Anis Suraya serta Sheila Rusly.
Beego dan Anis Suraya masing-masing naik mahkamah kerana kes pergolakan rumah tangga. Sayang sekali kerana rumah tangga yang dibina musnah kerana tiada lagi persefahaman.
Apalagi pada usia perkahwinan yang baru setahun jagung. Beego paling mengejutkan kerana baru sebulan berkahwin sudah mengalami masalah dalam melayari bahteranya bersama isteri, Intan Shahira Mohd. Shahru.
Kini, selepas empat bulan menjadi suami dan isteri, Beego memfailkan permohonan nusyuz (derhaka) terhadap Intan apabila dia tidak dibenarkan berjumpa isterinya dan tidak diizinkan pulang ke rumah.
Sembilan tahun menjalin kasih dan mengikatnya dengan ikatan yang sah namun hanya 10 hari sahaja Beego merasai kehidupan indah sebagai suami isteri.
Pulang dari penggambaran selama 10 hari di Singapura bersama Intan sehari selepas majlis resepsi mereka, Beego dikhabarkan tidak dibenarkan menemui Intan lagi.
"Sudah tiga bulan saya tidak berjumpa isteri. Mungkin ini satu dugaan untuk saya," kata Beego yang bernikah pada 28 Disember tahun lalu di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Sementara penyanyi Anis Suraya pula memfailkan permohonan cerai taklik terhadap suaminya, Wan Kasmizi Wan Kamaruddin selepas dua tahun berumah tangga.
Di mana silapnya? Sudah tiadakah lagi kasih sayang antara mereka? Tapi siapalah kita untuk menduga masalah yang berlaku kepada kehidupan masing-masing.
Apa yang boleh kita harapkan supaya mereka tabah menghadapi dan mengharungi setiap dugaan yang melanda kerana sesungguhnya jodoh pertemuan, ajal maut, bak kata Azharina Azhar, adalah di tangan Tuhan Yang Maha Esa.
Pelakon dan pengacara popular, Sheila Rusly juga terpaksa berhadapan dengan kes mahkamah apabila mengambil tindakan terhadap rakan kongsinya sendiri.
Semuanya gara-gara kerugian dan rasa malu yang terpaksa ditanggung apabila terpaksa menutup Restoran Nasi Dagang House yang diusahakan bersama, tiga tahun lalu.
Sheila, 36, mendakwa tindakan-tindakan rakan kongsinya itu yang menjejaskan perniagaan mereka dan menutup restoran itu tanpa pengetahuannya.
Itu sebahagian cerita rakan artis yang terpaksa ditelan dan 'dikongsi' bersama khalayak. Pun begitu, Wanda percaya, pada setiap kejadian, jika kita bersabar dengan dugaan yang mendatang dan memperbanyakkan muhasabah diri maka kita akan dapat mengharungi setiap perjalanan yang direncanakan-Nya dengan penuh reda.
Kerana akhirnya, kebenaran tetap akan berpihak kepada kita seandainya kita sememangnya adalah di pihak yang benar.
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain. |
KUALA LUMPUR 17 April - Pelakon, Beego yang baru empat bulan berkahwin dan hanya sempat mendampingi isterinya selama 10 hari, telah memfailkan permohonan nusyuz (derhaka) terhadap pasangannya itu, Intan Shahira Mohd. Shahru, 27, di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Permohonan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 28, yang difailkan pada 22 Februari lalu, disebut di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Irwan Ismail hari ini.
Hakim tersebut menetapkan 30 Mei ini untuk pengurusan kes setelah peguam syarie, Md. Nor Md. Din yang mewakili Beego memohon sedikit masa bagi membolehkan Intan Shahira memfailkan pembelaan dan diikuti balasan oleh pihaknya serta persediaan kes.
Di mahkamah hari ini, Beego yang dikenali melalui drama bersiri 'Puteri' dan merupakan bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz hadir bersama beberapa rakannya termasuk pelakon Que Haidar.
Intan Shahira yang tidak hadir diwakili oleh peguam syarie, Marlina Sobri.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Md. Nor berkata, Intan Shahira telah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya tetapi dokumen tuntutan itu masih belum diterima oleh pihaknya.
Difahamkan tuntutan fasakh itu difailkan kira-kira sebulan lalu.
Sementara itu, Beego berkata, permohonan nusyuz itu difailkan kerana dia tidak dibenarkan berjumpa isterinya dan tidak diizinkan pulang ke rumah.
''Sembilan tahun kami berkawan, saya sedih dan tidak sangka kes seperti ini terjadi. Mungkin ini satu dugaan untuk saya," katanya.
Pasangan itu bernikah pada 28 Disember tahun lalu di Bandar Baru Uda, Johor Bharu dan majlis perkahwinan diadakan sehari selepas itu serta pada 30 Disember lalu.
Pasangan itu turut mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini pada 12 Januari lalu.
''Sehari selepas majlis resepsi itu, saya pergi ke Singapura untuk pengambaran drama selama 10 hari. Saya bersama isteri saya selama 10 hari sahaja kerana selepas balik dari Singapura saya tidak dibenarkan menemuinya.
''Sehingga hari ini, telah tiga bulan saya tidak berjumpa isteri saya," katanya sambil menambah bahawa Intan Shahira hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepadanya pagi ini menyatakan dia tidak dapat hadir ke mahkamah kerana bekerja.
Beego turut menafikan bahawa dia mendirikan rumahtangga dengan Intan Shahira demi harta.
| Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Malaysia untuk tujuan dokumentasi. Perkahwinan dikelola oleh Syafrein Effendiuz yang juga editor Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, dan Artikel Sentral. Dia juga mengelola beberapa blog: Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, dan lain-lain. |