21/08/05

Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim ijab kabul


KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, selamat diijab kabul dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 58, dalam satu majlis tertutup di ibu kota, malam tadi.

Seorang tetamu yang menghadiri majlis berkenaan memberitahu Berita Minggu, majlis akad nikah berlangsung kira-kira jam 8.30 malam dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat kedua-dua pihak.

Azrinaz atau lebih dikenali dengan panggilan Naz mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) atau Akademi TV3 pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, Wartawan Harapan TV3-2000 itu meletakkan jawatan pertengahan Mei lalu dengan alasan untuk menceburi bidang lain. Beliau menerima Anugerah Alumni MIIM pada 2002.

Pernikahan Azrinaz yang sering tampil dalam segmen Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30, menjawab teka-teki yang selama ini bertiup kencang.

Pada Februari 2003, Sultan Hassanal Bolkiah bercerai dengan isteri keduanya, bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz dan memerintahkan semua gelaran diraja ditarik balik.

Satu pengumuman diraja mengenainya dibuat oleh televisyen negara itu tetapi tidak memberikan sebab perceraian itu walaupun ada khabar angin mengatakan berlaku keretakan dalam rumah tangga baginda.

Sultan Hassanal Bolkiah mengahwini Mariam Abdul Aziz, atau nama asalnya Mariam Bell, wanita kacukan Brunei, Jepun dan Scotland pada 28 Oktober 1981 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Putera Abdul Azim, Putera Abdul Mateen, Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah dan Puteri Fadzilah Lubabul Bolqiah.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh ler, sama padan, hansome n cantik sultan san isterinya azrina, kami rakyat memohon kenaikan gaji...ini membolehkan lagi keharmonian KDYMM Sultan kami dan isterinya mentadbir Negara Brunei Darussalam...semoga kekal keral ke anak cucu hingga ke akhir hayat amin.

Tanpa Nama berkata...

dengan adanya isteri muda baginda sultan akan membolehkan lagi negara lebih stabil dan harmoni, rakyat sejehtera aman damai, sebolehnnya gaji dinaikan untuk rakyat yang menyintai negara dan sultan.

Tanpa Nama berkata...

harapan rakyat semoga sultan di beri kebahagian dan keharmonian bersama isterinya azrinaz yang di sayangi dan dikasihi....kami rakyat mendoakan semoga sultan dan azrinaz di beri petunjuk dan hidayah, kecantikan azrinz sangat menguntungkan sultan, kecantikan itu ialah ketulusan, kebaikan, kelembutan, keiklasan dan low pro file

Tanpa Nama berkata...

boleh blah................................................................naik kan gaji kami!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

makin kacak sultan brunei setelah kawin dengan azrinaz, segar bugar, makin muda, indah segala-gala tahniah sekali lagi....jan lupa rakyat, rakyat sayangkan raja dan negara. semoga aman bahagia, rukun damai memerintah negara amin, dan di beri Allah kekayaan Negara, semoga rakyat dan sultan taat mengerjakan suruhan Allah , menjauhkan larangan Allah amin.

Tanpa Nama berkata...

saya nampak sultan ada di mall melawat dengan gaya yang tampan, makin ceria sultan, rakyat suka, ramai peminat sultan setelah bernikah dengan isteri mudanya azrinaz tahniah semoga bahagia kekal keral keanak cucu.

Tanpa Nama berkata...

tahniah pada sultan brunei. bila tengok sultan dengan azrina macam pinang dubelah dua. kami rakyat malaysia mendoakan agar sultan dan isterinya itu bahagia ke anak cucu. buat azrinaz,walaupun setinggi mana taraf anda kami berharap awak tak lupa asal awak

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.. Tahniah kepada kedua pengantin baru.. Can't wait to see the Sultan of Brunei to visit New York.. From one of the staff, Permanent Mission of Brunei to the United Nations.. Thank You..