10/12/09

Hantaran hati


Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my

GARAPAN menarik bagai melengkapkan majlis perkahwinan termasuk pelbagai bentuk sulaman, gubahan dan segala kelengkapan barangan perkahwinan.

Menurut pereka hiasan Eqien Wedding Market, Centrum Setiawangsa, Mohd Yazid Ismail, gubahan yang penuh perincian, berseni, ditatah penuh ketelitian dan memiliki aura tersendiri mampu membuatkan ramai terpegun sama ada menerusi suntikan gaya klasik serta kontemporari.

"Kebanyakan gubahan mengutamakan sesuatu yang cantik dan ada nilai tersendiri. Ia sering dihasilkan berasaskan barangan seperti kotak, bakul, rekaan basikal kecil atau apa saja barangan yang boleh diberikan sentuhan tersendiri.

"Tidak dinafikan untuk menghasilkan setiap lakarannya, kebanyakan pekerja atau pereka mempunyai kreativiti yang amat tinggi," katanya menambah, butik berkenaan menyediakan hasil kerja memberangsangkan selain memberi pilihan mengikut cita rasa pelanggan.

Eqien Wedding Market hasil cetusan pemiliknya, Norhazinatul Shida Hassan, adalah pusat sehenti bagi persiapan dan kelengkapan pengantin yang semakin mencuri tumpuan ramai biarpun usianya baru setahun jagung.

Barangan perkahwinan seperti gubahan dan bunga-bungaan di pusat sehenti terbabit didapati dalam pelbagai pilihan, membolehkan pelanggan memilih konsep yang hendak diutarakan menepati cita rasa mereka.

"Kami memberi cadangan atau lakaran tertentu kepada pelanggan tetapi mereka mungkin ada perancangan tersendiri untuk membuat rekaan gubahan dikehendaki.

"Asas terpenting tidak lari daripada bunga-bungaan dan bakul manakala pelanggan boleh memilih dengan tawaran harga berpatutan," katanya.

Menurutnya, sehingga kini, kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan khidmat serta hasil kerja ditawarkan.
Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tiada ulasan: