5/12/09

Woods ‘beli’ cinta Elin


LOS ANGELES: Walaupun mengakui kecurangannya, Tiger Woods terpaksa aku ia tidak cukup untuk menyejukkan hati isterinya, Elin Nordegren.

Bagi mengelak bekas model kelahiran Sweden itu meninggalkannya dan membawa bersama dua anak mereka, Woods didakwa menawarkan imbuhan RM16.9 juta untuk membolehkan pasangan itu kekal sebagai suami isteri.

Tercemar dengan dakwaan menjalin hubungan sulit dengan tiga wanita, Woods, 33, turut menyemak semula perjanjian praperkahwinannya dengan Elin.

Menurut The Daily Beast, melalui perjanjian baru itu, Elin menerima imbuhan tambahan RM185.9 juta untuk kekal bersama Woods dua tahun lagi.

Sumber berkata, jika Elin, 29, rela menjadi isteri Woods sekurang-kurangnya tujuh tahun, dia boleh mendapat imbuhan RM270.4 juta.

Sementara itu, ‘kekasih’ pertama dikaitkan dengan Woods, Rachel Uchitel, 34, membatalkan sidang media peguamnya pada saat akhir, semalam.

Peguam Rachel, Gloria Allred, dijangka membuat kenyataan mengakui Woods menjalin hubungan gelap dengan anak guamnya.

Sumber berkata, Woods terpaksa menyuap RM3.4 juta kepada Rachel untuk mengelak sidang media itu diteruskan dan mendedahkan lebih banyak aibnya.

Difahamkan, Rachel berbincang dengan Woods sejurus selepas Gloria menyatakan bakal membuat sidang media.

Menurut sumber, pada sidang media itu, Gloria hanya akan memberi kenyataan ringkas tetapi cukup untuk menarik perhatian orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan Woods - Rachel.

“Walaupun Rachel tidak memberi kenyataan, dia mungkin boleh menjual kisahnya untuk mendapat bayaran lumayan,” katanya. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tiada ulasan: