4/07/05

Isteri tertekan suami ‘cepat tewas’

Wanita & Seks: Isteri tertekan suami ‘cepat tewas’
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi
dr_tambi@yahoo.com.my

SAYA baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu. Masalah saya ialah suami saya terlalu cepat klimaks sedangkan saya baru saja mahu "mula". Suami hanya berjaya melakukan dua atau tiga tusukan sudah tewas ini menyebabkan saya tertekan. Bagaimanakah cara atau kaedah untuk saya cadangkan kepada suami demi kebahagiaan kami.

ISTERI MUDA,
Melalui e-mel

MEMANG tanggungjawab kedua-dua pasangan kelamin itu bekerjasama bagi memastikan pasangan mereka menikmati kepuasan yang mereka hajatkan, bukan sekadar melakukan tanggungjawab saja dan tidak mendapat maklum balas dari pasangan.

Suami perlu melakukan sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan kepada isteri. Apabila isteri dalam keadaan terangsang, ereksi disalurkan ke dalam faraj apabila isteri telah bersedia dan bukan sebelum itu. Isteri perlu memberi isyarat yang dia telah bersedia untuk hubungan seksual penetrasi dan suami lakukan gerakan secara terkawal dengan mengemut lubang najis (macam menahan kencing) dapat memberi peluang yang mencukupi kepada isteri merasa puas dengan sentuhan itu.

Lama kelamaan jika gerakkan zakar ke dalam faraj dilakukan secara mengawalnya iaitu bergerak dalam keadaan suami kemut sudah tentu daya kawalan ejakulasi akan dapat dipertingkat Jika suami terpancut awal pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual itu kemudian kerana ejakulasi kedua lebih terkawal. Isteri perlu bersabar dan tidak menambah tekanan yang dialami suami. Mungkin apabila suami dapat mengawal sensitiviti anggota kemaluannya, maka masalah cepat klimaksnya dapat dikurangkan. Lama kelamaan suami akan dapat memanjangkan sentuhan intim itu dan memberi kepuasan yang diharapkan. Suami perlu merujuk kepada doktor jika masih tidak dapat mengawal daya ejakulasi dan masih kekal dengan keadaan cepat klimaks itu.

Pasangan wanita perlu faham yang suaminya masih baru dalam hal hubungan seksual dan perlu masa untuk mengawal diri dan perasaan syahwat untuk mengatasi keadaan cepat klimaks itu. Kadangkala suami tidak tahu dia cepat klimaks jika perkara itu tidak dijelaskan kepadanya. Dalam kajian yang pernah dijalankan oleh pakar seksual, kebanyakan lelaki klimaks selepas dua minit jika dikira dari waktu geselan kemaluan dilakukan sehingga kemuncak suami! Ada juga keadaan isteri mencapai klimaks begitu cepat dan kerap dan terasa amat letih sebelum suami selesai klimaks. Jadi soal klimaks cepat boleh berlaku kepada kedua-dua pihak.

Jika suami yang cepat memuncak, suami perlu diberi tahu dan diajak berjumpa doktor untuk dipulihkan. Rawatan moden yang sedia ada dapat menangani masalah tersebut dengan baik. Berjumpa orang yang tidak bertauliah seperti dukun atau tukang urut boleh memanjangkan masalah itu dengan rekaan dan cerita karut mereka. Suami isteri perlu bekerjasama untuk menjayakan keintiman seksual dan tidak cepat putus asa. Salah satu pendekatan rawatan yang boleh dicuba suami ialah menggunakan cincin zakar yang dipasang pada pangkal zakar ketika ereksi.

Alat ini akan memantapkan ereksi dan meningkatkan daya kawalan. Maklumat lanjut mengenai alat ini boleh layari laman www.drismailtambi.com

Tiada ulasan: