KUALA LUMPUR 14 Julai - Baitulmal Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menanggung sepenuhnya kos perkahwinan bagi pasangan kurang berkemampuan yang ingin mendirikan rumah tangga di bawah Skim Perkahwinan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Che Mat Che Ali berkata, pada masa ini skim yang diperkenalkan pada tahun 2000 itu, Baitulmal memberi bantuan untuk membiayai sebahagian sahaja kos perkahwinan ataupun sehingga RM3,000.
``Bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi kurang berkemampuan boleh tuntut agihan ini daripada Baitulmal oleh kerana pada hari ini ramai generasi muda yang tidak kahwin,'' katanya.
Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) berkata demikian kepada pemberita pada bengkel penambahbaikan skim agihan zakat era millenium Mawip di sini, hari ini.
Che Mat berkata, lelaki yang berpendapatan kurang RM1,024 sebulan layak untuk memohon bantuan Skim Perkahwinan itu.
Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan promosi skim itu dengan harapan lebih ramai lagi generasi muda mendirikan rumah tangga dan tiada lagi alasan tidak berkahwin kerana tidak berkemampuan.
``Sejak tahun 2000 tidak sampai 100 orang yang memohon skim ini untuk mendirikan rumah tangga,'' katanya.
Beliau berkata, selain itu Baitulmal bercadang untuk mengkaji semula pelbagai skim bantuan sedia ada selain mewujudkan skim-skim baru, seperti skim biasiswa kecemerlangan akademik dan skim untuk individu yang ditimpa kecelakaan dan musibah.
``Sekarang ini ada 17 skim dan kami bercadang untuk menambahnya kepada 32 skim,'' katanya. - Bernama
``Baitulmal juga berhasrat untuk mengagihkan semua wang kutipan pada tahun ini dan tidak mahu ada yang disimpan. Tahun lepas sebanyak RM30 juta lebihan kutipan tersimpan dan anggaran kutipan tahun ini pula sebanyak RM100 juta,'' katanya.
Beliau berharap mereka yang layak untuk mendapat bantuan supaya tampil bagi membuat permohonan.
Bagaimanapun bantuan perlu dibuat mengikuti syarat ditetapkan bagi mengelakkan penyalahgunaan agihan wang zakat, katanya.
12 ulasan:
apa syarat2 lain tentang kahwin percuma di kuala lumpur?
BAGAIMANA PULA DENGAN GAJI YANG MELEBIHI RM1000 TETAPI MEMPUNYAI TANGGUNGAN KELUARGA YANG RAMAI,MEMPUNYAI MASALAH JUGA DALAM PERKAHWINAN...APA KOMEN ANDA,ADAKAH LAYAK MENCUBA NASIB UNTUK MEMOHON BANTUAN SKIM PERKAHWINAN BAITULMAL INI ?
saya ingin tahu syarat2 dan cara untuk memohon skim bantuan perkahwinan ini?
Sila hubungi Baitulmal Wilayah Persekutuan.
Assalamualaikum...
Boleh saya dapatkan keterangan lanjut mengenai kahwin percuma ini.
Adakah saya perlu mengisi apa-apa borang untuk menyertai program ini?
Perkhidmatan Hantaran Kahwin / Tunang
Kami perunding terlatih bersedia
untuk memberikan khidmat nasihat
secara percuma.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut.
anda boleh menghubungi terus
perunding kami iaitu;
Cik Harena 010 226 9322
atau ejen kami :
Khairi 010 2316 084
buat masa ini pihak kami sedang
menjalankan promosi sehingga
31/12/2010
anda layak menerima saguhati dari
kami tanda terima kasih kepada pihak anda kerana menggunakan
perkhidmatan kami.
layari blog kami
http://dameeya-hantaran.blogspot.com
email
dameeya.hantaran@gmail.com
hantaran kahwin
apa syarat2 kawin percuma??adakah kami perlu menyediakan sebarang document??
apa syarat2 kawin percuma??adakah kami perlu menyediakan sebarang document??
orang yang banyak hutang dan membelakangkan mak bapak sahaja mahu kahwin free..(orang yang mengkhianati orang tidak akan berjaya)..
PERINGATAN!!
Orang yang menderhaka pada ibu bapa,seumur hidupnya tidak akan selamat,di dunia mahu pun diakhirat..
99members groups of companies..
MACAM MANA IF GAJI LEBEY SERIBU TP MASIH TAK MAMPU MENANGGUNG KOS PERKAHWINAN??BOLEHKAH SAYA CUBA MEMOHON??
offer spt ini msih valid ag k..??
boley update un contact num person yg uruskan prkra ini ta..??
dan boley bg alamat yg lbeyh tpat untuk kami kunjungi..??
Catat Ulasan