Wanita dan Seks: Guna alat tiruan puas nafsu
Suami malu mengaku lemah hubungan intim
SAYA sudah berkahwin lebih tiga tahun dan mempunyai dua anak. Tapi masalah seksual kami bermula sejak awal perkahwinan. Suami mengalami masalah lemah tenaga batin, tidak mampu bertahan lebih dua atau tiga minit apabila bersama. Berpuluh kali saya meluahkan rasa tidak puas hati tetapi tidak pula dia memperbaiki diri.
Kerana itu saya kerap melakukan onani dan kekerapan itu dua kali seminggu tanpa pengetahuannya.
Doktor, apakah kesan sampingan yang akan saya alami sekiranya menggunakan 'alat tiruan' ketika beronani.
Sekiranya saya menggunakan 'alat tiruan vibrator', apakah kesannya terhadap IUD yang saya gunakan untuk merancang kehamilan.
ISTERI SENGSARA
melalui e-mel
KEPERLUAN rangsangan seksual berbeza untuk mana-mana individu, termasuk pasangan yang mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, nafsu seks boleh dikawal oleh pasangan sekiranya berkemampuan tetapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan untuk sesetengah individu termasuk puan.
Ini perkara yang memang dijangka dan sekiranya tiada cara lain yang dapat dilakukan, onani satu cara yang terpaksa dilakukan. Pasangan yang prihatin kepada keperluan nafsu dan naluri isteri perlu menguruskan kekurangan dan kelemahan yang dialaminya, bukan sekadar mendiamkan diri atau pura-pura tidak tahu atau malu.
Bayangkan jika isteri lari kepada orang lain, tidakkah malu? Masalah cepat klimaks kelemahan kebanyakan lelaki dan sebilangan daripada mereka akan dapat akal untuk mengatasinya dengan cara tersendiri. Mereka yang gagal akan terus kecundang dan mati akal! Mereka tidak mahu usaha walaupun kini ada pelbagai cara dan pendekatan untuk mengatasinya.
Rawatan secara tradisional sudah ketinggalan zaman dan kaedah yang memudaratkan kesihatan seperti penggunaan Gambir Sarawak dan segala minyak dan ubat pengebas tidak memberi apa-apa kesan kecuali kekecewaan kedua-dua pasangan.
Kaedah mengawal tahap ereksi (seperti senaman kemutan dan bergerak dalam faraj dalam keadaan kemut) dapat membantu mengekalkan ereksi walaupun telah pancut dan penggunaan alat pemantap ereksi dan daya kawalan ejakulasi seperti alat cincin zakar (seperti cincin 'kanda‘ dan 'penile cushion ring') dapat membantu sebilangan lelaki yang tahu menggunakannya.
Ubat yang dapat membantu mengukuhkan ereksi seperti ubat PDE-5 Inhibitor dapat membantu sebilangan lelaki mengekalkan ereksi walaupun ejakulasi telah berlaku dan ubat SRRI saperti Zoloft dapat mengawal ejakulasi untuk sebilangan lelaki dan perlu jumpa doktor untuk mendapat preskripsi ubat.
Pendek kata ada pelbagai perawatan moden yang boleh diamalkan mengikut nasihat dan bimbingan doktor. Di samping itu tidak salah jika suami cuba cara alternatif untuk memberi rangsangan kepada isteri seperti menggunakan alat penggetar dan zakar palsu jika isteri memerlukan rangsangan yang lebih untuk melepaskan syahwatnya.
Alat tiruan yang digunakan itu tidak akan memberi apa-apa kesan yang luar biasa kepada penggunanya dan juga kepada anggota reproduksinya atau kepada alat IUD dalam rahim. Pastikan alat tersebut disimpan dengan cermat supaya tidak ternampak oleh anak. Elok ketengahkan perkara ini kepada suami supaya dia tidak berasa rendah diri nanti jika dia terserempak dengan isteri ketika isteri sedang menggunakannya.
Apa yang paling 'ideal ' pasangan itu berjumpa doktor walaupun si suami saja yang mengalami masalah seksual kerana dengan sokongan pasangan yang normal itu pasangan yang bermasalah dapat motivasi untuk mengatasinya.
1 ulasan:
Menarik baca kisah ni tetapi sukar untuk buat penilaian. Saya pernah beberapa kali menghantar kawan-kawan berubat dalam kes lemah syahwat ni. Menurut pendapat pengamal traditional selatan tanah air, Ustaz Adi Wijaya yang tinggal di Kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat dan mengajar di daerah pontian, masaalah lemah syahwat ini bukan menyerang lelaki sahaja tetapi perempuan juga boleh kena masaalah lemah syahwat yang dikenali dengan dingin seks. Berbagai punca boleh mengakibatkan lemah syahwat seperti pemakanan, urat, darah, mental dan tak kurang juga masaalah yang berpunca dari ilmu hitam ataupun sihir. Lain masaalah lain cara rawatannya, jadi kenalah jumpa mereka yang pakar. Kita wajib yakin, setiap penyakit itu dating dengan takdir Ilahi tetapi sebagai mahluk kenalah berusaha ikhtiar mencari penawar (ubat). Nasihat saya untuk kebaikan bersama, berhati-hatilah memilih pakar perubatan tradisional dalam masyarakat hari ini….
Catat Ulasan