2/07/05

Tidak selesa lelehan terlalu banyak

Wanita dan Seks: Tidak selesa lelehan terlalu banyak

SAYA seorang wanita berusia 30-an dan mempunyai tiga anak. Saya sudah mengamalkan pil perancang selama tujuh tahun. Bagaimanapun, setiap kali bersama suami, saya berasa cecair saya keluar begitu banyak dan ini menimbulkan ketidakselesaan dan rungutan pada suami.

Apakah ini disebabkan pil perancang keluarga? Jika ia disebabkan pil itu, apakah saya perlu bertukar kepada pil lain atau cara perancangan keluarga yang lain?

IBU TIGA ANAK
melalui e-mel

KETIKA wanita mengalami rangsangan seksual, salah satu tindak balas yang berlaku ialah kelembapan faraj akibat peningkatan perjalanan darah kepada anggota kemaluan wanita ketika terangsang, yang mengakibatkan mukosa corong faraj menghasilkan cecair pelicin untuk keselesaan hubungan seksual.

Kadangkala ada pengeluaran cecair yang berlebihan dan ini boleh mengakibatkan perasaan kurang selesa kepada wanita itu dan juga suaminya kerana kehilangan 'grip' faraj!

Dalam hal yang sedemikian seorang pakar seksologi dari India, Professor Prakash Khotari pernah mencadangkan pengambilan ubat 'antihistamine' atau ubat mengurangkan selesema, beberapa jam sebelum bersetubuh.

Biasanya ubat ini mengakibatkan pengamalnya rasa mengantuk, tetapi dengan ubat yang terbaru yang tidak mengakibatkan rasa mengantuk maka tidak timbul soal mengantuk itu.

Manjakani bahan pengawet (astringent) mengeluarkan air dari kulit. Walau bagaimanapun pastikan faraj jangan terlalu kering kerana akan mengakibatkan kesakitan akibat kekesatan kulit!

Sememangnya sesetengah pil merancang keluarga (yang lebih memberi fungsi estrogenik) memberi kesan kepada pepundi yang menghasilkan banyak cecair dari faraj, misalnya cecair dari pangkal rahim. Jika itu berlaku tukarkan kepada pil merancang jenama lain yang kurang 'estrogenik'.

Jika ini juga tidak berkesan amalkan seperti yang telah dijelaskan awal tadi, makan ubat 'antihistamine' atau amalkan makan manjakani. Pastikan amal senaman 'kemutan' senaman yang seolah-olah menahan kencing supaya otot lantai pelvis langsing dan memberi cengkaman yang kuat ketika melakukan hubungan seksual.

Amalan kemutan perlu dilakukan 50-100 kali sehari. Lagi kerap lagi bagus dan sesudah mencapai tahap kemutan yang kuat, pastikan mengemut dengan menahan nafas selama lima saat dan kemudiannya 10 saat. Dengan kemutan yang kukuh pasangan suami dapat menikmati sentuhan menyeronokkan.

Tiada ulasan: