30/11/05
Siti Nordiana - Terima wang hantaran RM17,000
TERBARU..!!! PROGRAM AFFILIATE
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
PADA 20 November lalu, Achik Spin melangsungkan perkahwinan. Beberapa hari selepas itu, penyanyi Syura pula bertunang. Ahad lalu (27 November), pasangan duet Achik, Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana pula melangsungkan pertunangan dengan Faizal Yusup,27, di rumahnya di Kuala Lumpur.
Pastinya ramai mengetahui, Nana telah hampir setahun berkawan dengan Faizal, pelakon drama Zarin Zarina, Atas Nama Cinta, Neon dan kini bakal muncul dalam filem baru, Gong.
Mengambil keputusan bertunang pada bulan kelahirannya, Nana dengan gembira bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan sambil menepis dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ikatan pertunangannya terjadi untuk mengaburi kekecewaannya terhadap perkahwinan Achik yang pernah digosipkan dengannya.
"Saya dah tahu orang akan cakap macam tu. Sebenarnya saya tak rasa apa-apa. Saya tidak berniat begitu pun. Sebabnya saya memang tak rasa kecewa langsung apabila Achik kahwin. Malahan saya gembira lagi sebab gosip antara kami tidak akan diperkatakan lagi.
"Kebetulan tak sangka bulan ini Achik kahwin, Syura bertunang. Semuanya satu kebetulan. Saya memilih bulan ini sebab bulan kelahiran saya yang ke-21.
Asalnya nak buat masa hari jadi saya pada 22 November. Tapi tarikh tu jatuh pada hari Selasa. Orang ramai bekerja. Tak sesuai kalau nak membuat jemputan,'' kata Nana yang nampak manis mengenakan pakaian tajaan Persona Butik dan dihias cantik oleh Aim pada petang itu.
Tambahnya lagi, keputusan untuk bertunang diambil kira selepas kedua-dua pihak berbincang bersama-sama.
"Saya fikir lebih baik bertunang daripada berkawan lama-lama. Keluarga kami pun menasihatkan lebih baik ada ikatan. Tak eloklah sebab kami selalu keluar sama. Lagipun rasanya saya pun tak nak main-main lagi. Benda baik apa salahnya disegerakan,'' kata Nana yang enggan menyatakan tarikh perkahwinannya.
Majlis pertunangan berlangsung dengan meriah pada petang tersebut dengan dihadiri hampir 200 tetamu terdiri daripada saudara mara Nana, Faizal dan para peminat. Pihak lelaki hadir bersama rombongan 10 buah kereta.
Upacara menyarung cincin di jari manis Nana disempurnakan oleh ibu Faizal sendiri. Faizal yang berbaju Melayu sedondon hanya hadir seketika dan terpaksa pulang awal kerana mempunyai urusan lain.
Wakil Faizal membawakan 15 dulang barangan bertemakan biru serta wang hantaran RM17,000 dan dibalas oleh pihak perempuan 13 dulang barangan berwarna merah dan putih.
Apa pun sekalung tahniah MEGA ucapkan kepada pasangan tersebut kerana bijak memilih untuk membina sebuah ikatan bagi melerai segala persoalan yang bermain di minda peminat selama ini. SELAMAT BERTUNANG! [UM]
26/11/05
Agensi tawar calon isteri `dicuba' selama tujuh hari
Oleh: JAMDI NASIR
TERBARU..!!! PROGRAM AFFILIATE
BATU GAJAH 25 Nov. - Anda mungkin tidak percaya tetapi ia sudah pun berlaku di negara ini.
Wanita yang mahu dikahwini boleh dibawa pulang ke rumah sekitar tujuh hari yang dinamakan `tempoh percubaan'.
Selepas itu, terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan sama ada menerima wanita itu atau tidak, untuk dijadikan isteri.
Pendekatan berani dan luar biasa sebilangan agensi mencari jodoh ini didedahkan oleh Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun.
Selain itu, katanya, terdapat agensi mencari jodoh yang meletakkan tanda harga wanita asing antara RM15,000 hingga RM25,000 untuk dikahwini.
Kebanyakan wanita asing berkenaan datang dari China, Vietnam, Indonesia dan Thailand untuk ditawarkan kepada lelaki negara ini.
Mei Fun menyatakan demikian kepada pemberita semasa melawat rumah perlindungan remaja Taman Seri Putri Batu Gajah di sini hari ini.
Beliau melihat senario baru ini membimbang dan menakutkan yang boleh meruntuhkan kekuatan institusi kekeluargaan.
Apa yang berlaku itu, katanya, merendahkan martabat wanita yang seolah-olah menjadi `barang jualan'.
Sebagai contoh, katanya:
``Ada agensi yang menawarkan `tempoh percubaan' dengan membawa pulang wanita dipilih sekitar tujuh hari sebelum memutuskan persetujuan untuk berkahwin.''
Dengan meletakkan tanda harga pula, tambahnya, ia seperti produk jualan dan trend ini menunjukkan mereka tidak menghormati maruah kaum wanita.
``Walaupun kita menggalakkan perkahwinan dan tidak sekat perniagaan mencari jodoh ini tetapi tanda harga membawa mesej yang salah terhadap imej kaum wanita sendiri,'' katanya.
Sumber: Agensi tawar calon isteri `dicuba' selama tujuh hari

25/11/05
Transseksualisme kecelaruan gender
Join us as an upgraded member, surf just 12 sites a day (that's just 5 minutes), and we'll transform your thinking.
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
``DIKAULAH yang menjadi sumber kebahagiaanku, kekuatan hidupku.'' Begitulah bunyi warkah pendek tetapi penuh romantis yang bertinta darah itu.
Selepas enam kali pinangannya ditolak oleh `gadis' pujaan hati, Joshua Beh Soo Kiang, jejaka akauntan dari Ipoh, Perak ini tidak tahu bagaimana lagi harus dibuktikan cintanya.
Lalu pada satu malam, di hadapan lebih kurang 100 rakan yang menyertai satu keraian, Joshua telah mengeluarkan sebilah pisau poket, menghiris salah satu jemarinya sebagai dakwat nota cintanya.
``Saya pitam melihat darah dan apabila sedar, saya menyatakan kesudian untuk mengahwininya kerana begitu tersentuh dengan kasih sayang, kesabaran dan sikap tidak putus asanya.
``Saya memang cintakannya. Malah, hati saya sendiri terluka kerana terpaksa menolak lamaran demi lamarannya.
``Namun, atas dasar cinta itulah saya tidak mahu dia melakukan kesilapan dan akhirnya memusnahkan keseluruhan masa depannya bersama saya,'' kata Jessie Chung sebagaimana yang pernah diceritakannya kepada Guangming Daily.
Tanggal 13 November lalu, impian Jessie untuk menjadikan lelaki tercinta sebagai suami terlaksana sudah. Jessie kelihatan menyeka air matanya pada hari pasangan itu diraikan sebagai pengantin baru walaupun dari segi undang-undang serta agama, pernikahan mereka yang pertama seumpamanya di negara ini tidak diiktiraf.
Berkahwin sekalipun, kehidupan mereka tidak akan diserikan dengan zuriat kerana usahawan dari Subang yang berusia 30 tahun ini, bukanlah gadis biasa.
Ibunya diberikan ucapan, `Tahniah, anda mendapat seorang bayi lelaki' sebaik sahaja Jessie aka Jeffry, dilahirkan ke dunia ini. Sejak kecil lagi, Jessie yang digambarkan sebagai seorang yang petah bertutur dan mudah mesra orangnya ini mulai perasan kelainan yang ada dalam dirinya.
Seolah-olah, naluri kewanitaannya terperangkap di dalam tubuh sasa lelakinya. Justeru, sehingga kini, dia telah selesai menjalani tiga kali pembedahan untuk menukar jantinanya.
Semasa mula-mula berkenalan dengan Joshua yang dikatakan mirip aktor popular Hong Kong, Daniel Wu kira-kira lima tahun lalu (sebelum menjalinkan hubungan serius selepas dua tahun), ketika itu, Jessie masih seorang lelaki.
Setahun kemudian, Jessie mengambil keputusan untuk menukar jantinanya. Seperti yang dijangkakan, hubungan mereka pada awalnya mendapat tentangan, baik daripada pihak keluarga mahupun masyarakat.
Ditanya tentang anak-anak memandangkan mana-mana individu yang menjalani pembedahan menukar jantina dari lelaki ke wanita - tidak boleh hamil, pasangan itu masih belum memikirkannya.
``Kami mahu berbulan madu dan enjoy berdua sepuas-puasnya dahulu. Anak-anak... kami akan fikirkan apabila masanya sudah tiba.
``Lagipun, kami sememangnya sering mengunjungi rumah anak-anak yatim dan mereka sudah kami anggap sebagai cahaya mata sendiri,'' ujar Jessie lagi.
Seperti Jessie, Dankerina, 30-an, juga sudah menyedari kelainan yang ada di dalam dirinya sejak kecil lagi terutama sekali ketika berada di sekolah rendah.
Tika itu, jiwa keperempuanannya kian terserlah apabila dia curi-curi melawa memakai baju kakak-kakaknya, mengenakan mekap dan kasut bertumit tinggi serta bergaya bagai anak patung Barbie di hadapan cermin.
Malah, semasa arwah ibunya masih ada, dialah yang banyak membantu ibunya yang kepenatan kerana baru pulang dari memotong getah, di dapur. Suasana tambah meriah menjelang Syawal tiba apabila Danker turut sama membuat kuih raya itu dan ini.
Danker kini mengambil terapi penggantian hormon (HRT) bagi mengekalkan kecantikannya seperti seorang wanita. Dia yang sudah 10 tahun menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Awam di Sendi Mutiara Network Sdn. Bhd. juga melakukan waxing (membuang bulu roma) tiap tiga bulan sekali.
Walaupun bukan anak bongsu, ahli keluarganya lekat memanggil anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu adik sehingga kini setelah kematian dua adiknya, masing-masing akibat kemalangan jalan raya dan kanser.
Ikuti pengakuan jujur dan berani seorang transseksual yang mendakwa dirinya tiada nafsu ini.
Danker pernah cuba untuk berubah?
Pernah beberapa kali masa berusia 20-an dulu. Danker tinggal bersama kawan-kawan `jantan' semua, potong rambut pendek habis macam askar, berpakaian lelaki tetapi tak sampai setahun, jiwa Danker memberontak.
Dua tiga tahun lepas tu, tengok orang lain boleh berubah, Danker mencuba lagi dan lagi tetapi tak boleh. Danker juga pernah mendapatkan bantuan ustaz, belajar agama, mengaji dan berdoa sampai keluar air mata tetapi akhirnya balik seperti sekarang. Bukan tidak ada kawan-kawan yang berdoa di depan Kaabah minta berubah tetapi, sama juga.
Danker ada beberapa kawan lelaki yang lembut (tetapi tidak berpakaian seperti perempuan) bercerai-berai hanya selepas dua tiga bulan berkahwin untuk memenuhi desakan ibu bapa.
Bagaimana penerimaan keluarga?
Danker tetap menghormati keluarga dengan tidak terlalu mendedahkan personaliti kewanitaan di kampung. Ibu tahu siapa anaknya. Apabila ada yang tanya bila Danker nak kahwin, ibu kata, Danker hendak jaga keluarga dan tidak fikirkan soal itu semua.
Kakak-kakak dan abang-abang Danker pernah slow talk dengan Danker, ``Kalau tiada anak, nanti siapa yang nak jaga Sham apabila tua.'' Bab itu akan Danker fikirkan apabila masanya tiba kelak.
Pernah terfikir untuk menjalani pembedahan jantina?
Tidak pernah terfikir langsung. Buat apa menyeksa diri sendiri. Lagipun, banyak lagi benda lain yang boleh digunakan dengan duit pembedahan yang bukan sikit-sikit. Pada Danker, cukuplah cantik setakat ini sahaja tanpa pembedahan.
Bab pemakaian, Danker memang particular. Contohnya, kalau hendak ke pejabat, Danker boleh salin pakaian sampai tiga kali kalau tak puas hati, mengalahkan orang perempuan.
Lebih-lebih lagi, sebagai orang Islam, Danker tetap ingat bahawa akhirnya Danker akan mati dan menghadap Tuhan sebagai seorang lelaki seperti Danker dilahirkan ke dunia ini. Apabila ke masjid, Danker pakai baju Melayu sampaikan kawan-kawan tegur, ``Betul ke engkau ni Danker?''
Hendak seribu daya Danker, tak hendak seribu dalih.
Sesetengah orang tak faham. Orang lain boleh kata apa sahaja tetapi mereka tidak berada di tempat orang macam Danker. Kadangkala Danker menangis dan tertanya sendiri, kenapa Tuhan jadikan Danker begini? Kenapa Danker? Kenapa bukan orang lain?
Kalau hendak ikutkan, lelaki-lelaki yang nampak macho habis dari segi luarannya, berjanggut bermisai dan tidak berpakaian seperti perempuan itu belum tentu. Di ranjang, dia lebih hebat daripada perempuan tulen.
Danker tidak takut (hukum mengubah penampilan menyerupai wanita)?
Yang penting, Danker diterima oleh kaum keluarga dan tak kacau orang lain. Danker bersyukur dan anggap ia satu berkat kerana tidak pernah lupa dan menyakiti hati keluarga terutamanya ibu. Semasa ibu masih ada misalnya, Danker layan arwah dengan baik. Tanya ibu nak makan apa, Danker masakkan dan sempat bawa ibu jalan-jalan di Kuala Lumpur.
Setiap bulan Danker menghantar duit kepada kakak di kampung buat perbelanjaan sekolah anak-anak saudara. Kalau tiada kakak, susah juga Danker kerana dialah yang menjaga ayah yang uzur di kampung.
Bukan hendak tunjuk baik tetapi, Danker juga tidak pernah menyusahkan orang lain. Danker ada rumah dan pengangkutan sendiri. Walaupun Danker macam ni, tetapi Danker tidak buat perkara tidak senonoh, tiada kehidupan malam, tidak merokok jauh sekali mabuk-mabuk. Danker berkawan dengan orang surau di kawasan perumahan. Kami saling mengenali dan bertegur sapa. Mereka tiada masalah dengan Danker.
Ketika diajukan persoalan mengenai pembedahan jantina atau lebih popular sebagai SRS (Sex Reassignment Surgery) ini kepada Pakar Bedah Am Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr. Zain Al-Rasyid Mohd. Nor, beliau berkata:
``Pembedahan menukar jantina yang melibatkan pembuangan dan pembinaan semula organ-organ genitalia luar merupakan satu pembedahan yang rumit.
``Terutamanya untuk mengubah jantina daripada wanita ke lelaki yang kurang berjaya disebabkan oleh kesukaran untuk membina zakar yang boleh berfungsi dengan baik dari tisu-tisu clitoris (kelentit),'' ujarnya.
Sebab itulah, katanya, kebanyakan pembedahan seumpamanya yang dijalankan adalah untuk menukar jantina lelaki ke perempuan.
Sebelum mengulas lanjut, Dr. Zain Al-Rasyid menjelaskan, ini tidak bermakna beliau mengesyorkan pembedahan jantina tetapi sekadar untuk pengetahuan umum akan kesan sampingan dan komplikasinya. Pembedahan jantina tidak dilakukan di negara ini tetapi popular di Thailand dan Singapura.
Sebelum itu, beliau ada menerangkan secara ringkas mengenai transseksualisme di mana seseorang individu itu mempercayai bahawa dia tergolong di dalam jantina bertentangan dengan jantina biologikalnya.
``Gangguan identiti gender ini bermakna ada konflik di antara jantina fizikal dengan identifikasi diri seseorang itu.
``Misalnya, seseorang yang dikenal pasti sebagai lelaki tetapi berperasaan dan berperangai seperti jantina lawannya, perempuan.''
Dr. Zain Al-Rasyid menjelaskan, bagi kelahiran khunsa yang mempunyai kedua-dua organ seks lelaki dan perempuan (atau organ-organ seks yang mengandungi kedua-dua sel ovari dan testis), ibu bapa akan diminta memilih jantina dan pembedahan akan dilakukan semasa bayi lagi.
Berdasarkan beberapa kajian, individu transseksual kebanyakannya mula mengalami perasaan dipunyai oleh jantina berlawanan seawal usia dua hingga tiga tahun lagi.
Memandangkan pembedahan menukar jantina bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah semula, seseorang individu itu akan diberikan kaunseling terlebih dahulu sebelum pembedahan.
Individu berkenaan akan diberikan HRT beberapa bulan sebelum pembedahan dijalankan. Pakar yang terlibat adalah pakar pembedahan plastik dan pakar urologi.
``Untuk menukar anatomi lelaki kepada perempuan memerlukan pemotongan zakar dan buah zakar, pembentukan semula tisu-tisu alat kelamin untuk menjadi lebih mirip kepada perempuan serta membina faraj.
``Faraj dibentuk daripada graf-graf kulit atau usus. Pembedahan halkum biasanya tidak dilakukan kerana boleh mengganggu suara,'' katanya.
Pembedahan memakan masa yang lama antara enam hingga ke lapan jam dan perlu dilakukan dua hingga tiga kali. Selesai pembedahan, pesakit perlu terus mengambil HRT untuk membesarkan payu dara dan mengurangkan bulu roma. Dosnya akan semakin dikurangkan bersama masa.
Seperti pembedahan lain, menukar jantina juga mempunyai risiko serta komplikasi seperti pendarahan dan jangkitan minor dan bukan sistemik atau pulmonari.
``Pesakit juga mungkin mengalami kesukaran untuk membuang air kecil dan besar, dan perlu menggunakan katerer urin buat beberapa ketika sebelum boleh berfungsi secara normal,'' katanya.
Kependekan faraj menjadi sebahagian masalah di mana kedalaman lazimnya mencapai enam inci dan akan terus bertambah selepas enam hingga 12 bulan, yang dibantu oleh kematangan tisu-tisu berparut.
Hubungan kelamin boleh dilakukan selepas enam minggu.
``Mereka tidak boleh hamil dan melahirkan kerana kekurangan kelenjar-kelenjar seks sebenar (testis dan ovari),'' katanya.
Kecuali, sperma dikeluarkan dan disimpan terlebih dahulu sebelum menjalani prosedur pembedahan atau melakukan pembekuan embrio - yang masih memerlukan seorang wanita sebagai ibu tumpang.
Apa yang boleh dan tidak boleh?
* Ereksi yang memuaskan; kecuali dibantu oleh prostesis yang boleh dikembungkan
* Tiada ejakulasi kerana tiada cecair sperma disebabkan oleh ketiadaan testis, vesikel seminal dan kelenjar prostat
* Persenyawaan/kehamilan tidak akan berlaku kerana tiada pengeluaran sperma
* Tiada kitaran haid kerana tiada rahim dan ovari
* Orgasme - mungkin berlaku, kerana adanya sensasi mudah terangsang dan komponen mental
* Menyusukan bayi tidak mungkin. [UM]

Adat tiga negeri satukan Tengku Shariza, Kamarul Anuar
Oleh: NORMALA HAMZAH
DEWAN Perdana Felda, di Jalan Maktab off Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 18 November 2005 bermandikan cahaya lampu. Rona coklat keemasan menghiasi setiap sudut. Tetamu mula bertali arus sejak pukul 7.30 malam. Semuanya tampak ceria, yang lelakinya segak berbaju Melayu sementara yang wanitanya anggun berpakaian tradisional.
Malam yang indah itu menyaksikan persandingan gemilang Tengku Shariza Almarhum Tengku Suleiman dan pasangannya Kamarul Anuar Mohd. Razali.
Majlis tambah berseri dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamallullail dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Turut sama Sultan dan Sultanah Kedah, Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan, Pemangku Raja Perlis dan Pemangku Raja Puan Muda perlis, Tengku Puan Pahang dan Raja Perempuan Besar Perlis serta kerabat-kerabat Perlis, Kelantan dan Perak.
Sentuhan pelamin dan susun atur cara yang berkonsep perkahwinan diRaja diilhamkan Datuk Raja Shah Reza dengan menyelitkan adat tiga negeri, Kelantan, Perlis dan Perak.
Serasi dengan rona coklat keemasan yang memukau mata, seluruh dewan melimpah ruah dengan pancaran lampu yang digantung sekitar dewan, persis istana zaman dahulu kala.
Di luar dewan, barisan inang dan panglima istana lengkap berpakaian baju zaman raja-raja masa lalu, berdiri di kiri kanan laluan masuk menuju ke pelamin.
Permaidani merah menunggu langkah gemalai pengantin diRaja yang dirai,Tengku Shariza dan pasangannya Kamarul Anuar.
Persandingan di mulakan dengan pengantin perempuan, Tengku Shariza berbaju kurung moden coklat keemasan, diarak ke singgahsana diiringi dua pengiring wanita. Sebaik Tengku Shariza duduk di pelamin, Pengantin lelaki Kamarul Anuar segak dengan sepasang songket warna sama serta bertanjak pula diarak masuk diiringi para panglima mengikut adat.
Di tangga singgahsana, langkah pengantin lelaki berhenti, bacaan selawat kemudian berkumandang memecah keheningan majlis. Syahdu dengan alunan merdu selawat, seluruh dewan senyap sepi.
Kamarul Anuar kemudian dipersilakan ke pelamin oleh bonda saudara Tengku Shariza dan disandingkan di sisi isteri tersayang, Tengku Shariza.
Saat yang dinanti pun tiba, kala Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat melakukan upacara merenjis diikuti Raja Permaisuri Agong, seterusnya kerabat diRaja lain.
Menutup acara, bonda pengantin perempuan Tengku Puteri Sharifah Salwa Almarhum Syed Putra Jamalullail tampil meletakkan Panca Bicara pada tengkolok pengantin lelaki dan kemudian tiara pada pengantin perempuan sebagai pelengkap keseluruhan majlis perkahwinan puteri tersayang, Tengku Shariza dan pasangannya Kamarul Anuar.
Selesai majlis persandingan dan merenjis, tetamu diRaja beredar ke meja santapan untuk memenuhi acara makan beradap.
Sajian masakan Melayu membuka selera tetamu sambil didendangkan muzik Kombo Radio Televisyen Malaysia (RTM). Majlis tambah gemilang dengan persembahan tarian tradisional dari Perlis dan Johor, sebagai penutup malam gemilang dan membahagiakan buat Tengku Shariza dan Kamarul Anuar yang kini telah mengikat janji untuk hidup bersama.
Semoga Allah melindungi ikat janji mereka sehingga ke akhir hayat. Selamat Pengantin Baru. [UM]
22/11/05
Bakal pengantin larikan diri dipercayai ikut kekasih lain
Oleh: SALEHUDIN MAT RASAD
BANDAR JENGKA 21 Nov. - Sebuah keluarga di Felda Jengka 7 dekat sini terpaksa membatalkan majlis perkahwinan anak perempuannya Sabtu lalu selepas anaknya itu melarikan diri mengikut kekasih lain.
Mohd. Sabri Ahmad, 48, berkata, anaknya, Norsazlina, 23, didapati `hilang' dari rumah pada malam 8 November selepas mesyuarat blok bagi menetapkan kerja-kerja bagi majlis perkahwinan itu.
Katanya, dia sekeluarga amat terkejut dengan kehilangan Norsazlina kerana tiada tanda-tanda anak perempuannya itu melakukan perkara yang boleh mencemar maruah diri dan keluarga sendiri.
``Kami syak Norsazlina mengikut teman yang dipercayai baru dikenalinya semasa mengikuti kursus butik di Petaling Jaya bulan lalu, selepas berhenti kerja di kilang ALPS Bandar Jengka.
``Kami juga masih tertanya-tanya dengan tindakan nekad Norsazlina (menghilangkan diri) kerana tunangnya dari Felda Lepar Hilir 1, Kuantan yang bakal menjadi teman hidupnya adalah pilihannya sendiri,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Sabri menambah, keluarga lelaki dimaklumkan mengenai kehilangan Norsazlina empat hari sebelum majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu.
Katanya, dia sekeluarga amat terharu dengan keikhlasan keluarga pengantin lelaki yang sanggup menghadiri majlis kenduri di Felda Jengka 7 Sabtu lalu walaupun telah dibatalkan.
``Kami terharu malah malu apabila rombongan pengantin tetap juga datang ke majlis di rumah kami di Felda Jengka 7 sambil membawa bunga telur walaupun majlis pada Sabtu lalu dibatalkan.
``Mereka datang juga memandangkan jemputan sebelah pengantin lelaki di Felda Lepar Hilir 1 sudah dimaklumkan mengenai majlis itu,'' katanya.
Mohd. Sabri menambah, kehilangan Norsazlina telah pun dilaporkan di balai polis Kampung Awah, Maran pada 19 November lepas.
Menurutnya, dia dimaklumkan majlis kenduri perkahwinan bagi pihak lelaki di Felda Lepar terpaksa diteruskan juga kelmarin tanpa kehadiran pengantin perempuan kerana kad jemputan telah diedarkan.
Mohd. Sabri seterusnya merayu Norsazlina kembali ke pangkuan keluarga kerana ibunya Noraini Daud sering menangis dan termenung mengenangkan nasib anak kesayangannya yang hilang entah ke mana.
Tambahnya, semua ahli keluarga dan tunang Norsazlina yang dikenali sebagai Bahrin Zawawi sedia memaafkan perbuatannya dan berharap dapat menjalinkan perhubungan kekeluargaan seperti biasa.
Sehubungan itu Mohd. Sabri merayu mereka yang mengenali Norsazlina supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menelefon Atan di talian 019-9221911 atau 019-9865635. [UM]
21/11/05
Wanita dan Seks: Pendarahan tidak henti selepas malam pertama
SAYA selamat bernikah baru-baru ini, Saya dan suami terkejut kerana pada malam pertama, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk. Darah mengalir tanpa henti selama lima jam! Bukan itu saja, ada darah yang keluar berbentuk seakan hati ayam.
Selepas beberapa hari, pendarahan masih berlaku tetapi berwarna coklat pekat. Adakah ia darah isthigarah? Adakah ia tanda selaput dara sudah terkoyak? Adakah saya boleh hamil?
ARDINI
Tawau, Sabah
MUNGKIN perkara yang menakutkan setiap perempuan yang akan menghadapi malam pertama pernikahan ialah pendarahan akibat selaput dara terkoyak ketika hubungan penetrarasi. Malahan ada sebilangan perempuan yang memikirkan perkara itu amat terganggu untuk melakukan persetubuhan penetrasi dan setelah bernikah gagal untuk menyelesaikan penetrasi seksual sehingga menanggung fobia untuk selama- lamanya.
Sebenarnya, hubungan penetratif boleh dilakukan dengan selamat jika pasangan memainkan peranan masing-masing. Dalam keadaan terangsang suami isteri yang telah bersedia untuk melakukan sentuhan intim penetratif akan mengambil posisi masing-masing untuk mendekatkan anggota sulit masing-masing supaya mudah untuk meneruskan hubungan penetrasi itu.
Jika suami isteri saling memahami dan mengambil bahagian, tiada elemen keganasan dari pihak suami (suami tidak tolak anggota sulitnya dengan kuat dan isteri tidak kemut), sebaliknya mengawal anggota sulitnya supaya dapat lega dan meluas mengikut kemasukan anggota sulit suami.
Bayangkan jika isteri kemut atau tidak mengawal pembukaan pintu anggota sulitnya sudah tentu suami akan menolak atau merempuh masuk dengan isteri menutup pintu, sudah tentu akan berlaku kecederaan.
Jika anggota sulit suami besar dan anggota sulit isteri kecil, dengan kesefahaman dan mengambil bahagian, suami isteri masih boleh bersama dalam keadaan selesa. Mungkin isteri akan terasa pedih atau perit atau luka sedikit yang mana perkara tersebut tidak serius dan akan menjadi biasa beberapa hari kemudian.
Tidak salah untuk pasangan menggunakan bahan pelicin seperti jeli kerana perempuan dalam keadaan seriau sukar menghasilkan pelembap semula jadi di permukaan anggota sulitnya.
Jika hubungan kelamin dilakukan sebelum atau sesudah haid kering kemungkinan tekanan yang berlaku kepada perasaan isteri akan mengakibatkan pendarahan terjadi. Jadi pendarahan itu datang dari selaput faraj yang terluka dan juga darah haid! Jika pendarahan itu amat banyak ini berlaku kerana anggota sulit dalam keadaan 'congested' atau dalam keadaan kembang dengan takungan darah, maka jika terluka sedikit, darah yang keluar itu agak banyak.
Jika pendarahan itu berlarutan, lebih baik untuk isteri menutup peha atau menyempalkan kain ke kelangkang dan menutup peha supaya pendarahan itu reda dan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sama ada luka itu perlu dijahit.
Kebiasaannya luka itu tidak perlu dijahit jika sedikit. Insya-Allah, jika tiada masalah kesuburan, pasangan akan menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat jika itu yang dirancangkan. [BH] Emel Doktor: tanyadoktor@bharian.com.my
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits

Seri Paduka rai pasangan pengantin skim bantuan
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Sebanyak 106 pasangan pengantin yang menerima bantuan Skim Bantuan Perkahwinan amat bertuah diraikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong hari ini.
Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid hadir pada Majlis Meraikan Pasangan Pengantin Secara Berkelompok di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Semua pasangan pengantin itu diraikan dengan beberapa acara menarik termasuk paluan kompang, bacaan marhaban dan jamuan makan tengah hari sambil diserikan persembahan nasyid oleh penyanyi, Imad.
Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu turut memberi peluang kepada pasangan pengantin beramah-mesra dan menerima cenderamata daripada Yang di-Pertuan Agong.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Che Mat Che Ali.
Abdullah dalam ucapannya berkata, skim tersebut yang diperkenalkan sejak 2001 akan dipromosikan secara besar-besaran bagi membantu pasangan yang memerlukan bantuan.
``Di bawah skim itu Baitulmal memperuntukkan setiap seorang yang akan berkahwin sebanyak RM3,000 atau RM6,000 bagi setiap pasangan serta satu persalinan.
``Bagaimanapun jumlah ini akan ditambah kepada RM5,000 seorang mulai tahun depan,'' katanya.
Menurut Abdullah, jika pasangan berkenaan masih memerlukan bantuan selepas berkahwin untuk memajukan ekonomi, mereka boleh mendapatkannya daripada majlis jabatan tersebut.
Katanya, antara tujuan MAIWP melaksanakan program itu ialah untuk menunaikan tanggungjawab sosial bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan memberi sokongan dan motivasi kepada golongan belia supaya memilih gaya hidup sihat dengan memiliki pasangan hidup yang sah di sisi syarak.
Beliau berkata, ia juga bertujuan menggalakkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan mendirikan rumah tangga dan tidak memilih untuk hidup membujang. [UM]
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits
Halang tukar jantina -- Kerajaan didesak perkenal undang-undang kekang kahwin sejenis
Oleh: SHARIZA ABDULLAH dan UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pelbagai pihak mendesak kerajaan memperkenalkan undang-undang menghalang sebarang pengiktirafan hak individu yang menukar jantina termasuk tidak membenarkan perkahwinan sejenis.
Mereka yang turut diwakili oleh wakil persatuan agama Islam, Hindu, Sikh, Buddha dan Kristian itu menegaskan, kegagalan memperkenalkan undang-undang bagi mengekang budaya songsang itu akan menyebabkan budaya gay dan lesbian yang amat jelas haram di sisi semua agama `membiak' di negara ini.
Sambil meminta kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi gejala yang mula menular di negara ini, mereka sependapat bahawa sistem sosial negara akan tercabar jika perbuatan itu terus dibiarkan dan mendatangkan lebih banyak masalah pada masa akan datang.
Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, golongan yang mengamalkan cara hidup songsang itu akan menjadikan demokrasi atau liberalisasi sebagai `batu loncatan' untuk menuntut hak-hak mereka.
Oleh itu katanya, kerajaan perlu mengambil pendirian tetap untuk tidak mengiktiraf sebarang tuntutan golongan berkenaan bagi memastikan supaya sistem sosial negara ini yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi tidak tercemar dan diperlekehkan sewenang-wenangnya.
``Walaupun kerajaan pada umumnya tidak mengiktiraf mereka, namun ia perlu diterjemahkan dengan tindakan tegas seperti menyediakan peruntukan undang-undang yang jelas berhubung perkara tersebut.
``Ini bukan soal hak asasi atau amalan demokrasi, tetapi ia melibatkan maruah negara dan agama yang secara jelas telah mengharamkan perbuatan sedemikian,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isu mengenai penukaran jantina menjadi panas apabila Jessie Chung yang dilahirkan sebagai seorang lelaki telah menjalani pembedahan menukar jantina dan melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki, Joshua Beh Soo Kiang pada 13 November lepas.
Jessie dan Joshua telah melangsungkan perkahwinan mereka di sebuah hotel terkemuka di Kuching dengan dihadiri oleh kira-kira 800 rakan dan saudara-mara.
Tiga paderi dari Bountiful Harvest, Shepherd's Centre dan Assembly of Love telah menyempurnakan majlis perkahwinan mereka.
Perkahwinan pasangan Jessie dan Joshua, seorang akauntan dari Ipoh juga dikatakan mendapat restu daripada ibu bapa mereka yang turut menandatangani dokumen perkahwinan.
Presiden Persatuan Kebajikan Sikh Malaysia, Harbans Singh Gill pula berkata, walaupun keadaan persekitaran dan hormon dijadikan alasan untuk individu menukar jantina, namun perkara tersebut tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menjadi `barah' kepada negara.
``Perbuatan seperti ini yang tidak disusuli dengan tindakan tegas oleh kerajaan seakan menampakkan negara memandang mudah masalah ini.
``Mungkin ia merupakan sesuatu perkara lumrah di negara-negara Barat, tetapi perkara itu amat sensitif dan perlu dikupas secara halus di negara ini yang kaya dengan nilai-nilai ketimuran,'' katanya.
Sementara itu, Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A. Vaithilingam berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya budaya menukar jantina sehingga membawa kepada perkahwinan sejenis.
``Kerajaan mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan. Oleh itu adalah penting untuk mereka membuat satu penilaian secara menyeluruh mengenai masalah ini demi kepentingan negara,'' ujarnya.
Setiausaha Agung Persatuan Gereja Evangelical Malaysia, Reverend Wong Kim Kong juga menegaskan bahawa perkahwinan sejenis adalah bertentangan dengan ajaran Kristian.
Malah menurut beliau, berdasarkan ajaran kitab Injil, Tuhan tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, kerana setiap sesuatu itu dijadikan berpasang-pasangan.
``Kitab Injil mengajar penganut Kristian bahawa Tuhan menjadikan setiap makhluk itu dalam dua jantina iaitu lelaki dan wanita,'' katanya.
Naib Presiden Belia Xien Liang Wilayah Persekutuan, Kelvin Ang Keh Den menegaskan, sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berpegang teguh terhadap agama masing-masing, Malaysia perlu membuktikan ketelusannya `melindungi' nilai-nilai agama tersebut daripada dicemari oleh golongan berkenaan.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad turut berpendapat kerajaan tidak patut bertolak ansur dengan golongan yang mengamalkan perkahwinan sejenis.
Katanya, perkahwinan yang dibuat secara terbuka bukan sahaja tidak diiktiraf, tetapi juga boleh meninggalkan pengaruh buruk kepada pembangunan generasi muda.
``Jika mereka sorok-sorok, kita tiada hak untuk intip, tapi mereka dengan berani melangsungkan perkahwinan secara terang-terangan.
``Jika tiada tentangan atau tindakan tegas diambil bagi menangani isu ini, ia umpama kita merelakan perbuatan yang bukan sahaja salah di sisi agama, malah bertentangan dengan undang-undang negara,'' katanya.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Norizan Shariff pula berkata, kerajaan perlu menyatakan secara terbuka bahawa perkahwinan seumpama itu tidak diiktiraf di sisi undang-undang negara.
``Jika perlu, wujudkan satu undang-undang khusus yang membolehkan pasangan turut didakwa bagi mencegah amalan ini daripada berleluasa,'' katanya. [UM]

19/11/05
Achik Spin, Tasha diijab kabul
SEREMBAN 18 Nov. - Penyanyi, Achik Spin hari ini menamatkan zaman bujangnya apabila melangsungkan perkahwinan dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof di Masjid Kariah Sungai Landak di sini.
Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 23, dinikahkan imam masjid itu, Muhamad Yassin dengan disaksikan ibu bapa dan keluarga serta rakan-rakan pasangan pengantin.
Achik yang segak berbaju Melayu putih sama warna dengan pasangannya membawa wang hantaran RM15,000 bersama gelang tangan emas bertatah berlian bernilai RM2,000 dan sembilan dulang.
Pihak perempuan membalas dengan 11 hantaran.
Majlis persandingan akan diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Desa Ros, Ampangan di sini manakala majlis persandingan pihak lelaki pada Ahad ini di rumah Achik di Green Street Homes, Seremban 2.
Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu mengenali isterinya yang selesa dengan panggilan Tasha sejak tiga tahun lalu.
Menceritakan kembali detik-detik pertemuan antara mereka berdua, Achik yang ditemui sebelum majlis akad nikahnya dilangsungkan berkata, ia bermula pada awal tahun 2002.
Selain menyanyi, Achik kini mengusahakan perniagaan bersama abangnya di bawah syarikat Spire Spin Sdn. Bhd.
Syarikat yang menjalankan pelbagai urusniaga penerbitan buku itu kini mempunyai cawangan di Seremban dan Johor Bahru.
Pasangan itu gembira kerana kini mereka sah sebagai suami isteri. [UM]
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits
Surat-surat cinta Azhari untuk isteri
JAKARTA 17 Nov. - Di sebalik imej keganasannya, pakar pembuat bom rakyat Malaysia Dr. Azhari Husin ternyata memiliki sifat romantis, seperti yang dapat dilihat dalam sepucuk surat beliau kepada isterinya yang disiarkan menerusi satu saluran televisyen di sini malam tadi.
Menurut laman web berita Indonesia, detiknews.com, surat yang ditulis tangan oleh Azhari itu, dibacakan dalam satu program mengenai surat-surat cinta Dr. Azhari yang disiarkan stesen televisyen swasta, ANTV.
Surat itu tidak sempat dibaca oleh isterinya di Malaysia kerana tidak sempat dipos.
Surat itu ditemui polis Indonesia yang melakukan serangan ke tempat persembunyian Azhari di Vila Flamboyan, Jalan Flamboyan Raya, Kota Batu, Malang di Jawa Timur.
Azhari ditembak mati pada 9 November. Seorang rakannya turut mati. Polis mengakui menemui banyak surat Azhari di rumah yang disewanya itu.
Berikut petikan surat Azhari itu yang disiarkan oleh detik.com;
Ketahuilah sayang, kematian pasti datang. Yang penting, bagaimana cara untuk mati. Mati yang dapat redha Allah atau mati yang dalam kerugian.
Abang melakukan jihad kerana abang takut akan ancaman Tuhan jika tidak melakukan jihad ini. Doakan abang mati secara syahid kerana mati syahid adalah cara yang paling mulia.
Abang sebenarnya khuatir terhadap saudara-saudara abang dan saudara-saudara kamu juga, yang selalu mementingkan dunia. Apabila abang mati syahid akan bererti abang akan membawa 70 keluarga abang ke surga. Kerana seorang syuhada kalau dia mati maka surga akan diramaikan 70 anggota keluarganya.
Akhirnya abang meminta maaf atas kesalahan abang kepadamu. Dan abang pun sudah memaafkan semua kesalahanmu. Dan jagalah anak kita, Aisyah dan Sabil.
Jenazah Azhari dibawa pulang ke Malaysia hari ini untuk dikebumikan di Melaka, tempat kelahirannya. - Bernama

17/11/05
Kahwin budak lelaki
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits
MIAMI: SEORANG wanita berusia 37 tahun ditahan selepas berkahwin dan melakukan hubungan kelamin dengan suaminya yang baru berusia 15 tahun, kata pihak berkuasa di Georgia, semalam.
Lisa Lynnette Clark dari Gainesville, Georgia, ditahan minggu lalu sehari selepas berkahwin dan kini disiasat kerana mencabul kanak-kanak, kata jurucakap pejabat datuk bandar tempatan, Jeff Strickland
Bagaimanapun, perkahwinan itu kelihatan sah. Meskipun mereka yang berusia 16 tahun memerlukan keizinan keluarga untuk berkahwin, peraturan ini tidak akan terpakai jika bakal pengantin hamil, seperti dalam kes Clark. – AFP

Poligami punca rusuhan di Paris
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits
LONDON: Menteri Buruh Perancis, Gerard Larcher mendakwa amalan poligami adalah salah satu punca rusuhan tiga minggu di seluruh negara itu sehingga memaksa kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat, menurut laporan semalam.
Akhbar Financial Times menerusi laman webnya memetik kenyataan Larcher sebagai berkata, tindakan imigran yang berkahwin lebih daripada satu menjadi punca diskriminasi perkauman yang dihadapi entik minoriti dalam pasaran buruh.
Larcher berkata, keluarga besar yang mengamalkan poligami ada kalanya mendorong belia bersikap antisosial kerana bapa mereka jarang berada di rumah dan keadaan itu menyebabkan majikan lebih berhati-hati mengambil pekerja di kalangan etnik minoriti.
“Oleh kerana sebahagian daripada masyarakat mempamerkan sikap antisosial ini, tidak mengejutkan apabila sebahagian daripada mereka sukar mendapat kerja.
Usaha perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Jika mereka tidak boleh diambil bekerja, mereka pasti akan menganggur,” kata menteri itu.
Seorang pembantu Larcher juga menambah, menteri berkenaan mengutarakan perkara berkenaan berasaskan satu kes yang diketahuinya tidak lama dulu membabitkan seorang pemuda imigran dan siasatan polis menunjukkannya berasal daripada keluarga berpoligami.
Perancis mengalami rusuhan hampir tiga minggu yang tercetus dengan kematian secara tidak sengaja dua remaja akibat terkena kejutan elektrik ketika bersembunyi daripada polis di utara Paris.
Sehingga kini lebih 8,000 kereta dibakar, banyak harta benda musnah dan berpuluh-puluh anggota polis cedera apabila belia kebanyakannya berkulit hitam dan keturunan Arab, merusuh. Kira-kira 2,840 orang ditahan.
Poligami diharamkan di Perancis dan pengamalnya boleh dihukum penjara tetapi pihak berkuasa sehingga ini bertolak ansur dengan 30,000 anggota keluarga Afrika yang berpoligami di negara itu. – AFP

Perkahwinan Puteri Sayako sederhana
Buku-buku Paling Laris!
Kiyosaki, Burke Hedges, Clason, Anthony Robbins dsb.
TOKYO 15 Nov. - Anak bongsu Maharaja Jepun, Puteri Sayako mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan istana dengan melangsungkan perkahwinannya dengan rakyat biasa dalam satu majlis sederhana, di sini hari ini.
Dengan memakai gaun putih dan rantai mutiara, Sayako, 36, menaiki kereta rasmi berwarna hitam yang membawanya keluar dari istana menuju ke Hotel Imperial yang mewah, di mana beliau berkahwin dengan Yoshiki Kuroda, 40, seorang kakitangan perbandaran Tokyo.
Beribu-ribu penduduk Tokyo berbaris di sepanjang jalan untuk melambai kepada Sayako sepanjang perjalanannya ke majlis perkahwinannya itu, yang dianggap amat sederhana dibandingkan dengan majlis-majlis diraja yang lain.
Agensi Istana Imperial berkata, para pegawai istana telah mendaftarkan perkahwinan pasangan mempelai itu di sebuah pejabat kerajaan, yang secara rasmi menukarkan nama puteri itu kepada Sayako Kuroda.
Upacara pernikahan mereka, yang dijalankan mengikut stail Shinto, dihadiri oleh 31 orang, termasuk ibu bapa Sayako, iaitu Maharaja Akihito dan Maharani Michiko.
Upacara itu disempurnakan oleh ketua sami Kuil Ise di tengah Jepun, yang merupakan kuil paling suci di negara `Matahari Terbit' itu.
Pasangan pengantin baru itu diraikan dalam satu majlis resepsi sebaik sahaja upacara pernikahan selesaikan dilakukan. - AP

16/11/05
`Kami kini kecapi bahagia'
Oleh IZWAR ABDUL WAHID
KUCHING 15 Nov. - Selepas selamat melangsungkan `perkahwinan' Ahad lalu, pasangan sejenis Jessie Chung dan Joshua Beh Soo Kiang mengakui mereka kini mengecapi bahagia dan berjanji untuk bersama sehingga ke akhir hayat.
Bagi pasangan ini, di sebalik dasar kerajaan tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis dan tentangan di pihak gereja sendiri, restu ibu bapa dan ahli keluarga cukup untuk membuatkan mereka bahagia.
Jessie yang menjalani pembedahan menukar jantina juga tidak akan membuat permohonan di mahkamah bagi membolehkan `perkahwinan' mereka diiktiraf atau menukar status jantina dalam kad pengenalannya.
Dia yang petah berkata-kata dan mudah mesra juga memberitahu bahawa dia tidak pernah berniat menentang dasar kerajaan atau menyalahkan kerajaan kerana tidak mengiktiraf perkahwinan tersebut.
``Saya tidak akan membuat permohonan mahkamah untuk mendapatkan pengiktirafan perkahwinan atau bagi menukar status jantina dalam kad pengenalan saya.
``Semua risiko berkenaan saya ketahui sejak dahulu. Apa yang penting sekarang ialah saya mempunyai suami dan semua ahli keluarga kami merestuinya,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya, dia tidak akan mengemukakan sebarang permohonan kerana semua urusan yang memerlukan kad pengenalan dilakukan tanpa sebarang masalah selama ini.
``Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam urusan harian termasuk pemeriksaan Imigresen kerana saya hanya perlu tunjukkan surat pengesahan penukaran jantina dan semua urusan dapat dilakukan tanpa sebarang masalah,'' katanya.
Mengenai pengalaman selepas bergelar `suami isteri', pasangan ini mengakui melalui detik-detik yang sama seperti pasangan biasa.
Menurut Jessie, walaupun dia seorang lelaki yang menjalani pembedahan untuk menjadi wanita, namun semua bahagian badannya sensitif dan berfungsi sebagaimana wanita normal.
``Setiap inci badan saya sensitif kepada rasa dan memberi tindak balas, perasaan dan kasih sayang saya juga sensitif sebagaimana wanita lain,'' katanya.
Katanya, oleh kerana seks merupakan antara elemen penting dalam perkahwinan, dia telah mendapatkan banyak nasihat daripada pakar berhubung kesan serta implikasi sekiranya pembedahan tersebut dilakukan.
Menurutnya, sebelum ini dia hanya bertanya kepada Jabatan Pendaftaran Negara tentang proses pertukaran status jantina dan diberitahu bahawa ia terlalu rumit untuk dilakukan.
Dalam pada itu katanya, dia dan suami juga tidak pernah berniat untuk menukar kerakyatan bagi membolehkan perkahwinan mereka diiktiraf.
Sebaliknya menurut Jessie, mereka berdua bercadang untuk menetap di Kuching dan menjalani kehidupan seperti biasa sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.
Sementara itu Joshua berkata, perkahwinannya dengan Jessie adalah atas dasar cinta dan akan setia bersama pasangannya itu hingga akhir hayat.
Ketika ditanya sama ada mereka merancang untuk mengambil anak angkat, Joshua memberitahu, belum ada perancangan berbuat demikian kerana masih banyak rancangan lain yang perlu selesaikan. [UM]
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits |

15/11/05
Wanita dan Seks: Isteri cepat mengalah
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi
Emel Doktor: tanyadoktor@bharian.com.my
SOALAN: SETIAP kali bersama suami, saya akan cepat klimaks. Ini menyebabkan saya tidak bertenaga menunggu suami dan selalu rasa kecewa kerana gagal bertahan. Apakah ada cara mengatasi masalah ini dari segi perubatan?
Imah, isteri kecewa,
Melalui e-mel
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits
JAWAPAN: MASALAH cepat klimaks untuk wanita jarang dipertikaikan kerana kesannya tersembunyi dari pasangan. Tidak seperti lelaki yang mana kesannya terdedah; dengan lelaki itu mencapai ejakulasi dan ereksinya langsung kendur (dan ini secara langsung akan memberi tekanan kepada suami) kerana pasangan mungkin tidak puas atau mengeluh.
Perkara yang sama jika berlaku kepada perempuan. Tentu saja suami akan rasa dirinya hebat sebagai kekasih kerana dapat memberi kepuasan kepada pasangan tanpa mengetahui yang pasangan sebenarnya mengalami klimaks pramatang!
Kadar wanita yang mengalami masalah cepat klimaks tidak pasti, mungkin tinggi tetapi tidak terdedah!
Bagaimanapun terdapat wanita yang berjaya mengawal klimaks dan dapat mengekalkan daya tahanan supaya klimaksnya dapat seimbang dengan pasangannya.
Ini berlaku apabila wanita itu mula mengenali kelemahannya dan menggunakan akalnya untuk mengatasi atau menangani kelemahannya itu mengikut cara tersendirinya.
Buat masa ini belum ada ubat yang dapat membantu meningkatkan daya tahanan daripada klimaks awal untuk wanita.
Pfizer, syarikat gergasi farmaseutikal Amerika ada menguji satu ubat untuk membantu wanita yang cepat klimaks, tetapi ubat ini belum lagi dapat dipasarkan buat masa kini.
Mungkin wanita yang mempunyai anggota sulit yang sensitif, mengelakkan dirinya daripada mengalami sentuhan kepada anggota tersebut dan lebihkan sentuhan di bahagian lain saperti payu dara, punggung dan mulut.
Dia perlu rangsangkan pasangan supaya pasangan dalam keadaan seronok dan berdepan pintu kemuncak dan pada waktu itu barulah dia mengizinkannya melakukan penembusan.
Untuk mengelakkan rasa sensitif anggota sulit wanita itu perlu mengenal pasti tempat yang amat sensitif dan menyapukan krim pengebas saperti Lignocaine 2 peratus dan apabila dia rasa bahagian itu kebas dia boleh memulakan adegan keintiman seksual dengan pasangan. Untuk membeli krim pengebas memerlukan preskripsi doktor. [BH]

Wanita dan Seks: 13 tahun suami bersikap dingin
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi
Emel Doktor: tanyadoktor@bharian.com.my
SOALAN: SAYA keliru dengan sikap suami saya. Kami sedang dalam krisis rumah tangga. Kami telah berkahwin selama 13 tahun dan dalam tempoh itu suami saya jarang berkeinginan kepada saya. Selalunya sayalah yang akan memulakan dulu.
Saya agak suami saya senang terangsang dengan perempuan lain tapi tidak dengan saya. Dia sangat dingin (tubuhnya sejuk dan tidak terangsang apabila kami bersama). Alasannya dia tak berminat dengan seks. Tetapi saya tahu sebenarnya dia ada menyimpan perempuan lain. Masalahnya kenapa dia tidak ada kemahuan untuk hubungan seks dengan saya.
Saya telah membuat pelbagai cara untuk menarik perhatiannya, makan jamu dan cuba melakukan teknik yang berlainan agar dia rasa amat terangsang. Tapi selalunya dia akan melakukan dengan malas dan sambil lewa.
Ingin berusaha,
Melalui e-mel
JAWAPAN: SEBAHAGIAN daripada keperluan berumahtangga ialah keintiman seksual. Ini keperluan asas dan semula jadi untuk kedua-dua pasangan. Apabila keperluan ini diabaikan oleh mana-mana pasangan perbalahan rumah tangga akan berlaku. Sepatutnya perkara ini tidak seharusnya berlaku jika kedua-dua pihak faham tentang nafkah batin dan memainkan peranan masing-masing.
Pasangan yang prihatin akan cuba melayani kehendak seksual pasangannya dan dengan dorongan yang membina, pasangan yang lembap atau mundur dalam hal seks ini akan dapat mengubah sikap negatifnya dan berkerjasama menikmati keseronokan keintiman seksual. Jika keadaan buntu kemungkinan pasangan yang lemah atau lembap itu sebenarnya mengalami masalah seksual yang tersimpan.
Selepas 13 tahun berkahwin dan masih lagi tidak berminat kepada hubungan seksual sedangkan isteri memainkan peranan dan melakukan pelbagai usaha untuk melayani suami, menandakan yang si suami itu memang mempunyai sikap atau perilaku yang menggambarkan kedinginan kepada hubungan keintiman seksual.
Lelaki juga boleh memendam perasaan dingin kepada seks bukan kepada pasangan. Dia mungkin sayangkan pasangan tetapi tidak berminat kepada seks. Jika lelaki itu dapat memahami kehendak isteri dan berusaha bersungguh-sungguh memahami tentang seks atau sekurang kurangnya memainkan peranannya sebagai suami, memikul tanggungjawabnya membelai dan memberi nafkah batin, sudah tentu perkara ini akan dapat penyelesaian dan tidak menjadi buntu.
Jadi tidak hairan jika terdengar kes yang mana isteri naik marah kepada sikap suami yang sebegitu dan langsung memintanya dilepaskan.
Perkara ini bukan luar biasa kerana saya pernah mengendalikan kes sebegini yang mana akhirnya si isteri minta dirinya dilepaskan dan diizinkan mahkamah kerana suami gagal memberi nafkah batin kepada isteri.
Hubungan keintiman seksual suatu keperluan jiwa, penambat mesra dan memberi perasaan ceria kepada kedua-dua pasangan. Jika ini tiada maka hubungan menjadi hambar, seperti menunggu retak menjadi belah.
Lelaki perlu ubah sikap mementingkan diri sendiri. Memberi nafkah zahir sahaja tidak mencukupi. Dia harus mencuba mencari jalan memulihkan perbalahan ini dengan minda yang terbuka. Dia harus terima masalah seksual bukan isu ego, ia isu kesihatan dan perlu dipulihkan dengan rawatan yang sewajar. Masalah dingin seks untuk lelaki ada penawarnya, tetapi lelaki itu perlu menjalani pemeriksaan. [BH]

Kitaran haid tidak teratur
Bersama Dr Fauziah Mohd Hassan
Emel Doktor:tanyadoktor@bharian.com.my
SOALAN: SAYA berusia 23 tahun. Masalah saya ialah kitaran haid yang tidak teratur dan selalunya lewat sehingga lima hari. Apabila haid keluar, darahnya kehitaman. Adakah ini petunjuk tidak subur dan adakah saya sukar mendapatkan zuriat?
SURIA,
Melalui e-mel
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits
JAWAPAN: KITARAN haid yang normal bagi seseorang wanita ialah di antara 21 dan 35 hari.
Kitaran haid itu dikira daripada hari haid pertama ke hari pertama haid bulan yang seterusnya.
Sebagai contoh, jika hari haid pertama pada Oktober ialah 1 Oktober 2005 dan bulan seterusnya pada 2 November 2005, kitaran haid ini adalah 32 hari.
Kitaran haid ini berbeza antara wanita dan juga boleh berbeza antara bulan ke bulan bagi wanita yang sama.
Kitaran haid kadangkala `meragam' selepas bersalin, keguguran, pengambilan pil perancang keluarga atau ketika memasuki zaman menopaus.
Kitaran haid saudari agak panjang dan jika pendarahan lancar, keadaan ini mungkin normal bagi saudari. Pendarahan kehitaman dan berlaku sedikit-sedikit pada permulaan haid adalah normal.
Sebaliknya, jika darah kehitaman itu berpanjangan selama hari-hari haid seperti lima dan enam hari, keadaan ini perlu dikaji untuk mengenal pasti jika saudari berpenyakit.
Oligomenorea ialah keadaan yang membabitkan kitaran haid yang panjang, iaitu di antara enam minggu dan enam bulan dan pendarahaan haid yang sedikit.
Ini disebabkan oleh sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu apabila terdapat banyak folikel di ovari yang bersaiz diameter di antara satu dan 15 mm. Folikel itu tidak dapat mengeluarkan benih wanita atau ovum berikutan pembesaran folikel yang tidak sempurna.
Wanita yang mengalami sindrom itu sukar hamil tetapi masih boleh diusahakan melalui rawatan kesuburan berteknologi tinggi.
Antara faktor lain oligomenorea ialah kegemukan, perubahan berat badan yang mendadak, penyakit tiroid, tumor di otak dan ubat-ubatan yang digunakan untuk menahan muntah. [BH]

14/11/05
Bekas lelaki akhirnya capai impian jadi `isteri' jejaka tercinta
JESSIE Chung dan `suaminya', Joshua Beh Soo Kiang selepas majlis perkahwinan mereka di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, malam semalam.
Oleh BORHAN ABU SAMAH
GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits
KUCHING 13 Nov. - Selepas menjadi `wanita' dengan menukar jantina, Jessie Chung, 30, mencapai impiannya setelah berkahwin dan menjadi isteri kepada seorang lelaki tercinta di sini, malam tadi.
Kira-kira 800 tetamu menghadiri perkahwinannya di sebuah gereja di sini - satu peristiwa pertama di negara ini.
Melihatkan wajah Jessie tiada siapa sangka dia bekas seorang lelaki, kerana kecantikannya yang amat menawan. Dia dikahwinkan dengan Joshua Beh Soo Kiang yang tidak kurang tampannya.
Para tetamu turut bangun memberi penghormatan kepada pasangan tersebut selepas mereka direstui oleh seorang paderi.
Namun di sebalik kemeriahan itu, perkahwinan itu sebenarnya tidak sah di sisi undang-undang negara ini.
Perkahwinan itu diadakan dalam suasana yang cukup mewah, seperti perkahwinan artis dari Hong Kong dengan dikawal pengawal peribadi yang lengkap berpakaian seragam.
Setiap tetamu diperiksa kad pengenalan terlebih dahulu bagi memastikan ia terdapat dalam senarai jemputan sebelum dibenarkan masuk ke dewan perkahwinan.
Majlis itu bukan sahaja mendapat liputan daripada media tempatan, bahkan media dari negara jiran, Singapura yang terkenal memperjuangkan hak untuk hidup sebagai pasangan `gay' dan `lesbian'.
Joshua seorang akauntan dari Ipoh, Perak kelihatan cukup segak dengan pakaian tuksedo dan dilaporkan telah melamar Jessie sebanyak enam kali sejak tiga tahun lalu dan hanya diterima pada Ogos lalu.
Jessie pemegang kelulusan kedoktoran bidang terapi khasiat, menjalankan perniagaan penjagaan kesihatan di Kuala Lumpur.
Pada sidang akhbar selepas perkahwinan itu, Jessie memberitahu, nama asalnya ialah Jeffry dan dia sedang memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengubah status jantinanya.
Beliau juga merancang untuk berpindah ke luar negara, jika perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan undang-undang di negara ini.
Jessie yang berasal daripada sebuah keluarga yang kaya di sini, menjalani pembedahan menukarkan jantina dua tahun lepas, melalui tiga pembedahan. [UM]

10/11/05
Hak Muslim: 12 alasan isteri boleh bubar perkahwinan
E-buku Sungai Wang RM 19.00
SAYA berkahwin dengan sepupu atas perancangan keluarga. Saya tidak mampu menolak kerana menjadi kebiasaan dalam keluarga untuk menentukan jodoh bagi anak perempuan. Masalah yang saya hadapi ialah suami seorang penagih dadah tegar yang selalu keluar masuk pusat serenti.
Saya pernah meminta agar diceraikan kerana berasa sudah tiada kebahagiaan dalam perkahwinan. Tetapi, suami enggan berbuat demikian. Setiap kali suami dimasukkan ke pusat serenti selama dua tahun, segala keperluan saya akan ditanggung oleh ayah kerana saya tidak bekerja. Apakah yang boleh saya lakukan bagi menamatkan penderitaan ini kerana sudah tidak sanggup lagi hidup bersama seorang penagih tegar.
Hidayah
Tanjung Karang, Selangor.
Perkahwinan adalah perkongsian bagi mengecapi kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Jika perkahwinan tidak dapat menjanjikan kebahagiaan, malah mengundang penderitaan, maka jalan penyelesaian ialah perceraian walaupun ia tidak digalakkan oleh agama.
Dalam kes ini, puan sudah meminta agar diceraikan, tetapi suami enggan berbuat demikian.
Apa yang boleh puan lakukan ialah memohon cerai fasakh. Fasakh bermaksud pembubaran perkahwinan melalui perintah mahkamah. Puan juga boleh memohon perceraian secara tebus talak atau khulu’.
Sebelum mengambil keputusan untuk berpisah lebih baik puan memikirkan semasak-masaknya dan mengambil kira kebaikan dan keburukan yang akan timbul di sebalik perceraian itu.
Undang-Undang Islam sentiasa memastikan keadilan tanpa mengira jantina walaupun lelaki diberi hak untuk melafazkan talak. Dalam kes ini, sekiranya keputusan untuk bercerai sudah dibuat, ada peruntukan bagi memenuhi hasrat itu walaupun suami enggan melepaskan puan.
Puan boleh memohon cerai secara khulu' atau tebus talak berdasarkan Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUKIS) atau perceraian secara fasakh berdasarkan Seksyen 53 EUKIS.
Perceraian mengikut Seksyen 49 hanya boleh berlaku apabila puan menawarkan sejumlah bayaran kepada suami sebagai penebusan. Dan apabila suami puan bersetuju, maka mahkamah akan mengarahkan agar suami puan melafazkan perceraian dengan cara penebusan. Perceraian itu adalah bain sughra atau perceraian yang tidak boleh dirujuk. Sekiranya suami puan tidak bersetuju dengan bayaran yang ditawarkan, maka mahkamah boleh menaksirkan satu jumlah yang munasabah dengan mengambil kira taraf dan sumber kewangan kedua-dua pihak.
Perlu diingat bahawa perceraian melalui Seksyen 49 hanya akan berlaku apabila wujud persetujuan suami dan kehadiran suami di mahkamah. Sekiranya suami puan enggan melepaskan puan secara tebus talak atau enggan hadir ke mahkamah, puan mempunyai satu lagi pilihan iaitu perceraian mengikut Seksyen 53 EUKIS iaitu secara fasakh.
Mengikut peruntukan Seksyen 53 EUKIS, ada alasan yang dibenarkan oleh undang-undang bagi lelaki atau perempuan untuk mendapat suatu perintah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh. Antaranya:
1. Tempat beradanya suami atau isteri tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun.
2. Suami cuai atau tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
3. Suami atau isteri dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
4. Suami atau isteri tanpa sebab yang munasabah tidak menunaikan kewajipan nafkah batin selama tempoh satu tahun.
5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk.
6. Suami atau isteri gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
7. Si isteri dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh dan dia menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya.
8. Suami atau isteri menganiaya pasangannya seperti berikut :
l Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya.
l Berkawan dengan perempuan jahat atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan hukum syarak.
l Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
l Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.
l Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan kewajipan agamanya.
l Jika suami berpoligami, dia tidak melayan isteri yang berkenaan secara adil mengikut hukum syarak.
9. Suami sengaja tidak menyetubuhi isterinya selama empat bulan dan lebih.
10. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau keizinan yang diberikan tidak sah kerana paksaan, kesilapan, tidak sempurna akal atau sebab lain yang diakui oleh syarak..
11. Keizinan daripada isteri yang sakit otak seperti yang dimaksudkan oleh Ordinan Sakit Otak 1952 (Ord.31/52).
12. Dan alasan lain yang diiktiraf oleh syarak bagi membubarkan perkahwinan.
Ketidakupayaan untuk melakukan persetubuhan juga boleh menjadi alasan bagi pasangannya mendapat hak membubarkan perkahwinan.
Bagi tujuan pembubaran perkahwinan atas alasan dipenjara selama tiga tahun, permohonan hanya boleh dibuat selepas pasangannya itu menjalani hukuman selama setahun.
Berdasarkan kepada kes puan, saya dapati puan mempunyai asas untuk memohon perceraian secara fasakh atas alasan suami puan tidak mengadakan peruntukan nafkah selama tempoh tiga bulan dan lebih.
Untuk pengetahuan puan, perbezaan antara perceraian mengikut Seksyen 49 iaitu tebus talak dan Seksyen 53 fasakh ialah beban pembuktian.
Sekiranya puan memohon perceraian secara tebus talak, puan tidak perlu membuktikan apa-apa. Apa yang diperlukan ialah persetujuan daripada pihak suami.
Jika puan memilih bercerai fasakh, adalah menjadi tanggungjawab puan untuk membuktikan segala dakwaan terhadap alasan yang kemukakan sebagai asas tuntutan. Perkara ini disebut mengikut Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Dengan penjelasan ini akan dapat memberi puan untuk membuat pertimbangan bagi menyelesaikan kes dan masalah puan. [BH]

9/11/05
Bersanding mengarutlah: Mala
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin dan Paiman Selamat
SEGAMAT: “Saya tidak akan melangsungkan majlis persandingan kerana itu semua mengarut dan merepek,” kata bekas pengacara TV3, Datin Seri Normala Samsudin ketika ditanya bilakah dia akan mengadakan majlis itu.
Normala berkata, dia dan suaminya, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid, lebih senang mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan mereka pada 25 Ogos lalu.
“Tidak ada majlis persandingan hari ini (semalam) dan sampai bila-bila pun, kami hanya membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat serta rumah terbuka sempena Aidilfitri,” katanya ketika ditemui, semalam.
Azmi juga bersependapat dengan Normala dan menafi laporan yang disiarkan akhbar sebelum ini, bahawa mereka kelak akan melangsungkan majlis persandingan.
“Hari ini saya ke rumah keluarga isteri saya, Normala untuk kenduri kesyukuran dan rumah terbuka sempena Aidilfitri, itu saja dan tidak ada persandingan.
“Malah pada 13 November ini kami mengadakan majlis yang sama di Padang Besar, Perlis. Semua dijemput hadir,” katanya.
Majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah ibu Normala di Kampung Kuing Patah, Buluh Kasap, dekat sini, dikunjungi lebih 4,000 tetamu terdiri daripada penduduk tempatan.
Sebaik majlis dimulakan jam 10 pagi, orang ramai mula datang bertali arus ke majlis berkenaan untuk memeriahkan suasana.
Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Yassin, sebelum Marhaban dan hidangan membabitkan keluarga dan rakan terdekat.
Majlis rumah terbuka pula diadakan antara jam 12 tengah hari hingga 6 petang.
Normala berkata, pihaknya gembira kerana tetamu yang datang melebihi daripada jangkaan awal, iaitu sekitar 3,000 orang sebaliknya dihadiri lebih 4,000 tetamu dan kami sekeluarga berterima kasih kepada semua yang hadir.
“Mereka mungkin mengambil kesempatan untuk mengenali suami saya dengan lebih dekat, lagi pun ini adalah majlis rumah terbuka yang pertama dibuat di kampung ini,” katanya.
Sepanjang majlis berlangsung, pasangan suami isteri berkenaan dilihat tidak jemu melayan tetamu termasuk bergambar bersama mereka.
Malah, bagi memeriahkan lagi majlis, mereka juga bergandingan mendendangkan beberapa lagu diiringi kumpulan ghazal Yayasan Johor dan Kombo Rela.
Turut diraikan pada majlis itu ialah 28 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gemerih, Segamat yang turut menerima sumbangan duit raya daripada Azmi dan Normala.
Selain itu, seramai 60 anggota Rela ditugaskan untuk mengawal selia kelancaran lalulintas dan 10 kenderaan disediakan untuk mengangkut tetamu. [Metro]
Ella, Jojie rancang nikah serentak di Mekah
ELLA (kiri) dan Jojie nikah Jun depan.
Oleh: ABD. AZIZ ITAR
Netbiz2u.Net - Malaysia 1st. Auto Surf Program
GOSIP yang mengatakan Ella akan menamatkan zaman daranya bukanlah satu cerita yang asing dalam dunia hiburan tempatan sejak kebelakangan ini.
Khabar angin yang melanda ratu rock tempatan itu banyak kali dipaparkan oleh media massa terutamanya majalah-majalah hiburan.
Ella seakan sudah lali dan bijak bermain kata-kata terutamanya apabila diajukan oleh para wartawan hiburan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun dalam satu pertemuan dengan wartawan baru-baru ini, Ella tidak menafikan dia kini sedang membuat persiapan untuk melalui saat-saat bahagia dalam hidupnya itu.
"Insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar, Ella mahu mendirikan rumahtangga pada pertengahan tahun depan.
"Calonnya (bakal suami) sudah ada, tetapi buat masa ini Ella tidak mahu dedahkan siapakah orangnya. Apa yang Ella boleh beritahu, dia (calon suami) bukanlah artis atau selebriti tetap hanya orang biasa.
"Apabila sudah ada tarikh yang sesuai Ella akan umumkan tarikh pernikahan atau persandingan Ella itu nanti,'' katanya sewaktu ditemui selepas penggambaran klip video terbarunya berjudul Dunia Batinku yang diadakan di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.
Kata penyanyi berusia 39 tahun ini, dia juga merancang untuk mendirikan rumahtangga serentak dengan kakaknya, Jojie, 40, yang juga merupakan pengurusnya.
"Keluarga Ella memang mahu kami kahwin serentak kerana sudah sampailah masanya kami mendirikan rumahtangga.
"Ini kerana, dalam keluarga lapan beradik cuma Ella dan Jojie sahaja yang belum berkahwin. Memang menjadi hasrat emak Ella (Yang Asmah Long) mahu melihat kami berdua bersuami sebelum dia tiada (meninggal dunia),'' ujarnya penuh yakin.
Jelas Ella, ibu dan keluarganya merestui hubungannya dengan calon suaminya itu yang dikenalinya beberapa tahun lalu.
"Calon suami Ella adalah ahli perniagaan biasa sahaja. Tetapi apa yang penting emak Ella berkenan dengan calon suami Ella itu kerana latarbelakang dan pendidikan agama yang ada padanya.
"Begitu juga dengan calon suami Jojie yang bukan artis atau VIP. Kalau semuanya berjalan lancar, keluarga Ella merancang untuk mengadakan majlis pernikahan Ella dan Jojie dibuat serentak di Mekah dan majlis kendurinya pula akan diadakan di Klang, Selangor.
"Selepas pernikahan itu, Ella dan anggota-anggota keluarga terdekat termasuk ibu Ella akan menunaikan ibadah umrah di sana,'' kata Ella lagi. [UM]

7/11/05
Nordiana macam artis
KULAI: Biarpun tampil secara terbuka buat pertama kali di hadapan media dan orang ramai, tunang Mawi, Nordiana Mohd Naim, 21, nyata tidak kekok, malah bijak bergaya seperti artis.
Penampilannya bersama juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu menarik perhatian lebih 15,000 peminat yang membanjiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Mawi yang diadakan di Padang Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, di sini, semalam.
Ribuan peminat Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani nyata terpikat dengan senyuman manis dan kemesraan Nordiana yang tampil bergaya dengan kebaya hijau pucuk pisang, malah mereka, turut mengambil kesempatan untuk bergambar dan mendapatkan autograf bakal isteri artis kesayangan ramai itu.
Nordiana yang ditemani keluarganya bertandang dari Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi untuk bersama-sama Mawi meraikan peminat yang datang dari seluruh negara pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Padang Kampung Bahagia, Felda Taib Andak.
Ketika ditemui, Nordiana berkata, dia gembira dan tetap selesa melayani peminat Mawi yang menyerbunya untuk bermesra, merakamkan kenangan serta tandatangannya.
“Saya gembira walaupun peminat Mawi ramai yang datang berkerumun. Saya sudah menjangkakan keadaan ini dan sudah bersedia dari segi psikologi untuk berdepan dengan peminat Mawi.
“Saya tumpang gembira dan bersyukur dengan sambutan peminat yang datang beramai-ramai ke majlis rumah terbuka Mawi ini,” katanya.
Katanya, walaupun sambutan Aidilfitri tahun ini dan seterusnya agak berbeza buat Mawi kerana dikelilingi dan menjadi tumpuan peminat, dia sudah bersedia menghadapi situasi itu.
“Saya tetap percaya kepada Mawi dan yakin Mawi dapat menempuh gelombang kehidupan sebagai seorang artis dengan sebaik mungkin,” katanya.
Sementara itu, Mawi berkata, dia tidak menduga dengan kehadiran peminat pada majlis rumah terbukanya yang diluar jangkaan.
“Saya gembira dan rasa bertuah melihat sambutan peminat yang amat menggalakkan. Sambutan di luar jangkaan dan kehadiran peminat untuk sama-sama berkongsi kegembiraan pada Aidilfitri ini amat bererti bagi saya,” katanya.
Ditanya mengenai kehadiran Nordiana buat pertama kali untuk bersama beliau dalam mana-mana majlis, Mawi berkata majlis berkenaan adalah rumah terbuka Aidilfitri dan sesiapa sahaja boleh datang.
“Sebenarnya saya tidak mahu terlalu mendedahkan (kepada umum) tunang saya. Kerjaya saya tidak ada kena mengena dengan dia (Nordiana). Nasihat saya pada Ina (Nordiana) ialah supaya selalu sabar dan tenang. Saya kenal dia, dia kenal saya.
“Saya juga percaya kepada dia. Kami jujur. Saya sudah bersedia dengan gosip. Semua orang bebas beri pendapat dan saya terima dengan tenang. Saya ikhlas. Semua orang tahu saya sudah bertunang. Pada majlis ini tunang saya dan keluarganya juga dijemput datang untuk bersama memeriahkan majlis ini,” katanya.
Mawi berterima kasih kepada peminat yang datang ke majlis rumah terbukanya yang diadakan khas sebagai tanda penghargaan dan mahu berkongsi kegembiraan sempena hari kemenangan pada Syawal ini.
“Majlis ini adalah untuk peminat yang banyak menyokong. Saya gembira melihat kehadiiran mereka ke kampung saya,” katanya.[Metro]

Langgan:
Catatan (Atom)