21/11/05

Wanita dan Seks: Pendarahan tidak henti selepas malam pertama

SAYA selamat bernikah baru-baru ini, Saya dan suami terkejut kerana pada malam pertama, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk. Darah mengalir tanpa henti selama lima jam! Bukan itu saja, ada darah yang keluar berbentuk seakan hati ayam.

Selepas beberapa hari, pendarahan masih berlaku tetapi berwarna coklat pekat. Adakah ia darah isthigarah? Adakah ia tanda selaput dara sudah terkoyak? Adakah saya boleh hamil?

ARDINI
Tawau, Sabah

MUNGKIN perkara yang menakutkan setiap perempuan yang akan menghadapi malam pertama pernikahan ialah pendarahan akibat selaput dara terkoyak ketika hubungan penetrarasi. Malahan ada sebilangan perempuan yang memikirkan perkara itu amat terganggu untuk melakukan persetubuhan penetrasi dan setelah bernikah gagal untuk menyelesaikan penetrasi seksual sehingga menanggung fobia untuk selama- lamanya.

Sebenarnya, hubungan penetratif boleh dilakukan dengan selamat jika pasangan memainkan peranan masing-masing. Dalam keadaan terangsang suami isteri yang telah bersedia untuk melakukan sentuhan intim penetratif akan mengambil posisi masing-masing untuk mendekatkan anggota sulit masing-masing supaya mudah untuk meneruskan hubungan penetrasi itu.

Jika suami isteri saling memahami dan mengambil bahagian, tiada elemen keganasan dari pihak suami (suami tidak tolak anggota sulitnya dengan kuat dan isteri tidak kemut), sebaliknya mengawal anggota sulitnya supaya dapat lega dan meluas mengikut kemasukan anggota sulit suami.

Bayangkan jika isteri kemut atau tidak mengawal pembukaan pintu anggota sulitnya sudah tentu suami akan menolak atau merempuh masuk dengan isteri menutup pintu, sudah tentu akan berlaku kecederaan.

Jika anggota sulit suami besar dan anggota sulit isteri kecil, dengan kesefahaman dan mengambil bahagian, suami isteri masih boleh bersama dalam keadaan selesa. Mungkin isteri akan terasa pedih atau perit atau luka sedikit yang mana perkara tersebut tidak serius dan akan menjadi biasa beberapa hari kemudian.

Tidak salah untuk pasangan menggunakan bahan pelicin seperti jeli kerana perempuan dalam keadaan seriau sukar menghasilkan pelembap semula jadi di permukaan anggota sulitnya.

Jika hubungan kelamin dilakukan sebelum atau sesudah haid kering kemungkinan tekanan yang berlaku kepada perasaan isteri akan mengakibatkan pendarahan terjadi. Jadi pendarahan itu datang dari selaput faraj yang terluka dan juga darah haid! Jika pendarahan itu amat banyak ini berlaku kerana anggota sulit dalam keadaan 'congested' atau dalam keadaan kembang dengan takungan darah, maka jika terluka sedikit, darah yang keluar itu agak banyak.

Jika pendarahan itu berlarutan, lebih baik untuk isteri menutup peha atau menyempalkan kain ke kelangkang dan menutup peha supaya pendarahan itu reda dan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sama ada luka itu perlu dijahit.

Kebiasaannya luka itu tidak perlu dijahit jika sedikit. Insya-Allah, jika tiada masalah kesuburan, pasangan akan menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat jika itu yang dirancangkan. [BH] Emel Doktor: tanyadoktor@bharian.com.my

GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits