15/11/05

Wanita dan Seks: Isteri cepat mengalah

Bersama Dr Mohd Ismail Tambi
Emel Doktor: tanyadoktor@bharian.com.my

SOALAN: SETIAP kali bersama suami, saya akan cepat klimaks. Ini menyebabkan saya tidak bertenaga menunggu suami dan selalu rasa kecewa kerana gagal bertahan. Apakah ada cara mengatasi masalah ini dari segi perubatan?

Imah, isteri kecewa,
Melalui e-mel


GCISurf - Get Stability, Great Support, Excellent Benefits

JAWAPAN: MASALAH cepat klimaks untuk wanita jarang dipertikaikan kerana kesannya tersembunyi dari pasangan. Tidak seperti lelaki yang mana kesannya terdedah; dengan lelaki itu mencapai ejakulasi dan ereksinya langsung kendur (dan ini secara langsung akan memberi tekanan kepada suami) kerana pasangan mungkin tidak puas atau mengeluh.

Perkara yang sama jika berlaku kepada perempuan. Tentu saja suami akan rasa dirinya hebat sebagai kekasih kerana dapat memberi kepuasan kepada pasangan tanpa mengetahui yang pasangan sebenarnya mengalami klimaks pramatang!

Kadar wanita yang mengalami masalah cepat klimaks tidak pasti, mungkin tinggi tetapi tidak terdedah!

Bagaimanapun terdapat wanita yang berjaya mengawal klimaks dan dapat mengekalkan daya tahanan supaya klimaksnya dapat seimbang dengan pasangannya.

Ini berlaku apabila wanita itu mula mengenali kelemahannya dan menggunakan akalnya untuk mengatasi atau menangani kelemahannya itu mengikut cara tersendirinya.

Buat masa ini belum ada ubat yang dapat membantu meningkatkan daya tahanan daripada klimaks awal untuk wanita.

Pfizer, syarikat gergasi farmaseutikal Amerika ada menguji satu ubat untuk membantu wanita yang cepat klimaks, tetapi ubat ini belum lagi dapat dipasarkan buat masa kini.

Mungkin wanita yang mempunyai anggota sulit yang sensitif, mengelakkan dirinya daripada mengalami sentuhan kepada anggota tersebut dan lebihkan sentuhan di bahagian lain saperti payu dara, punggung dan mulut.

Dia perlu rangsangkan pasangan supaya pasangan dalam keadaan seronok dan berdepan pintu kemuncak dan pada waktu itu barulah dia mengizinkannya melakukan penembusan.

Untuk mengelakkan rasa sensitif anggota sulit wanita itu perlu mengenal pasti tempat yang amat sensitif dan menyapukan krim pengebas saperti Lignocaine 2 peratus dan apabila dia rasa bahagian itu kebas dia boleh memulakan adegan keintiman seksual dengan pasangan. Untuk membeli krim pengebas memerlukan preskripsi doktor. [BH]