Wanita dan Seks: Isteri bimbang kurang kemutanSAYA mendirikan rumah tangga hampir dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Masalah saya ialah, setiap kali melakukan hubungan seks dengan suami, kemaluan saya tidak mengemut langsung walaupun sedikit. Untuk pengetahuan doktor saya mengalami masalah buasir, apakah ada hubungan dengan permasalahan ini dan apakah jalan penyelesaiannya. Isteri Bimbang, Kuantan CENGKAMAN tanpa kawalan yang berlaku kepada faraj ialah hasil daripada tindak balas klimaks yang dialami wanita jika dia mencapai orgasma ketika bersama suami. Jika dia tidak mencapai klimaks, kemutan itu tidak akan berlaku. Bagaimanapun, kemutan dalam kawalan masih boleh dilakukan oleh wanita itu ketika dia sedang bersetubuh dengan pasangan. Dengan mencerutkan otot lantai pelvic, otot kemutan atau otot Kegel, pembukaan faraj akan menjadi sempit dan corong faraj sempit dan geselan zakar ke dalam faraj menjadi lebih bertenaga. Jika kemutan yang dilakukan itu tidak bertenaga maka keadaan yang dijelaskan tadi tidak akan berlaku. Kemutan menjadi gagal atau kurang mantap jika wanita itu terasa sakit ketika berkemut dan ini mungkin akibat luka di pembukaan lubang faraj (anal fissure) atau akibat buasir (piles). Jadi mustahak untuk wanita itu mendapat rawatan untuk melegakan buasir atau menjalani pembedahan untuk memotong buang buasir itu. |
25/09/05
Isteri bimbang kurang kemutan
Alami keputihan selepas kahwin
Wanita dan Seks: Alami keputihan selepas kahwinSUDAH setahun saya bernikah tetapi belum dikurniakan anak. Saya masih muda, 28 tahun dan suami pula 27 tahun. Saya tidak pernah mengalami masalah keputihan sebelum bernikah tetapi kini menjadi sebahagian masalah. Ia berketul dan berbau. Saya pernah berjumpa doktor tetapi masalah itu tidak hilang sepenuhnya. Adakah ia terjadi kerana disebabkan suami? Kebelakangan ini juga apabila bersama, suami berkata saya tidak ‘seketat’ dulu. Saya keliru kerana saya belum pun melahirkan. Apa harus saya buat? LINA, Melalui e-mel PASANGAN suami isteri perlu mempunyai anggota kelamin yang sihat, tiada penyakit jangkitan hasil dari kontaminasi dari lubang najis yang boleh berlaku ketika membersih najis atau kencing. Tiada ketuat dan kulit yang licin serta kelihatan segar dan tidak memberi bau yang kurang menyenangkan, faraj yang dinamik, boleh mengembang dan mencerut dengan kelembapan yang mencukupi, tidak kurang dan tidak lebih. Untuk menjaga kesihatan luaran anggota kelamin, mustahak untuk kedua-dua pihak melakukan pemeriksaan kendiri secara kerap dan merujuk kepada doktor jika terdapat gejala. Wanita mudah terdedah kepada kontaminasi dan mudah mengalami jangkitan. Jangkitan yis yang paling biasa yang mana semua wanita mengalaminya suatu ketika dalam kehidupannya. Jangkitan ini datang dari kencing atau najis jika tidak dibersih dengan baik. Tanda jangkitan yis ialah pengeluaran lelehan yang berwarna putih susu dan berketulan dan ada kegatalan di bahagian permukaan kemaluan. Kadangkala ada juga jangkitan campuran dan ini menyebabkan faraj berbau yang mana bau itu dihasilkan oleh kuman (yang memberi bau najis!) Cara pemeriksaan ialah, doktor meneliti faraj wanita itu dengan mengunakan alat pembuka faraj dan mengambil cecair untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan yang sebenar supaya ubat yang lebih spesifik diberi. Penjagaan kesihatan anggota kelamin termasuk cara gaya mencuci najis, iaitu tangan di belakang jika hendak cuci najis selepas buang air besar. Jika menyapu tisu lembab untuk membersihkan anggota sulit, mula dari tundun dan sapu menghala ke bawah dan buang. Waktu lelehan semula jadi banyak keluar pada pertengahan pusingan haid, pakai panti liner supaya lelehan itu tidak bercampur dengan najis kerana kuman dan kulat suka hinggap kepadanya. Pakai pakaian yang selesa dan tetapi jangan mengenakan seluar ketat atau pakaian dalam yang ketat. Untuk mengukuhkan salur faraj, lakukan senaman kemutan dengan merapatkan peha dan mencengkam pembukaan lubang kencing atau najis. Pastikan yang anda dalam keadaan selesa. Lakukan senaman kemut 50 kali atau lebih sehari dan setiap kali ketika kemut tahan nafas selama 5-10 saat. Cara ini dapat mengkukuhkan otot faraj dan memberi cengkaman faraj yang mantap. Jangan takut menggunakan faraj ketika bersetubuh dengan suami. Kemut kuat ketika ereksi dalam faraj, maka dia akan dapat rasa cengkaman itu. Untuk kurangkan lelehan semula jadi, makan air rebusan manjakani dua tiga kali sehari dan jika dapati terasa kering kurangkan amalan itu. Faraj dalam kawalan wanita itu dan ia boleh disempitkan atau dilonggarkan mengikut kehendaknya. |
Risiko kencing manis bagi ibu hamil
Anda Tanya Doktor Jawab: Risiko kencing manis bagi ibu hamilSAYA berusia 34 tahun dan baru melahirkan bayi pertama sewaktu kandungan berusia 23 minggu dan empat hari, pada 20 Mei 2005. Malangnya bayi berkenaan meninggal dunia kerana terlalu kecil dengan berat hanya 540 gram. Untuk pengetahuan doktor, saya telah berkahwin selama lapan tahun sewaktu berusia 25 tahun dan hanya hamil pada usia 34 tahun dengan berat badan 73 kilogram iaitu terlebih 15 kilogram dari berat badan ideal. Saya juga menghadapi masalah tekanan darah tinggi, tiga tahun sebelum kehamilan, serta penyakit kencing manis sewaktu disahkan hamil, Pada 19 Ogos 2005, saya disahkan hamil sekali lagi dengan usia kandungan enam minggu. Saya masih lagi mengalami penyakit darah tinggi. Tetapi saya telah menghentikan pengambilan pil betaloc/metroprolol 100 mg sejak kandungan berusia lima minggu lagi. Adakah saya akan menghidap penyakit kencing manis sekali lagi memandangkan berat badan saya telah menurun sebanyak lapan kilogram setelah melahirkan bayi pertama. Adakah selamat sekiranya saya melakukan hubungan kelamin memandangkan kes anak pertama saya, dan kehamilan yang terlalu awal selepas bersalin. Untuk pengetahuan doktor juga, kelahiran pramatang bayi saya adalah disebabkan oleh jangkitan pada uri. Jannah, Melalui e-mel SESEORANG ibu yang berpenyakit seperti puan sepatutnya membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan keadaan penyakit berada dalam kawalan yang baik sebelum hamil. Ada kalanya dos dan jenis ubat ditukar atau diubah suai sebelum hamil kepada jenis yang lebih sesuai untuk kehamilan. Adalah tidak wajar bagi seseorang ibu yang berpenyakit membuat keputusan sendiri tanpa nasihat doktor untuk memberhentikan ubat yang diambilnya. Ramai ibu berpenyakit seperti puan mengambil langkah begitu kerana menyangka bahawa ubat yang diambilnya akan menjejaskan kandungan. Perlu diingatkan bahawa penyakit itu sendiripun, jika tidak dikawal, boleh menjejaskan kesihatan dan pembentukan janin. Contoh yang paling baik ialah penyakit kencing manis. Ramai ibu yang tidak merancang kehamilan mereka memberhentikan ubat kencing manis apabila hamil kerana takut kecacatan janin akibat ubat kencing manis. Sebaliknya, apa yang tidak disedari ramai ialah kadar gula dalam darah yang tidak dikawal juga adalah antara penyebab kecacatan janin. Oleh itu amatlah penting bagi ibu-ibu berpenyakit menyatakan rancangannya untuk hamil kepada doktor yang menjaga penyakitnya supaya penjagaan yang sepatutnya dapat diberikan sebelum kehamilan berlaku. Puan dinasihatkan berjumpa doktor yang akan menjaga kehamilan puan dan pemeriksaan akan dibuat untuk mengubahsuai jenis dan dos ubat darah tinggi. Adakalanya tekanan darah ibu menurun pada awal kehamilan dan keadaan ini memerlukan kepada pengubahsuaian dos ubat. Beberapa kajian darah asas juga diperlukan bagi tujuan pemantauan keadaan penyakit. Seseorang ibu yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis jika terdapat sejarah berpenyakit kencing manis sewaktu hamil atau mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga. Oleh itu bagi mereka yang sebegitu, seperti dalam kes puan, pemeriksaan diperlukan untuk memastikan penyakit kencing manis, jika berulang, berada dalam kawalan dengan penjagaan makanan ataupun suntikan insulin. Penyakit kencing manis lazim berlaku ketika ibu hamil kerana terdapat hormon yang dikeluarkan dengan banyak sewaktu hamil seperti estrogen dan human plasental lactogen yang boleh menjejaskan metabolisme karbohidrat. Puan perlu berjumpa awal dengan doktor kerana mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kencing manis serta kawalan gula dalam darah yang ketat diperlukan dari mula kehamilan untuk memastikan kesejahteraan janin yang dikandung. Jika kelahiran pramatang bagi anak pertama puan telah disahkan disebabkan oleh jangkitan, amatlah penting bagi kehamilan ini sebarang jangkitan dirawat lebih awal. Lazimnya pemeriksaan pada faraj dilakukan untuk mengambil sampel cairan dan diuji di makmal untuk mengesan sekiranya terdapat jangkitan. Jika ada, ujian pengenalan jenis jangkitan dan jenis ubat yang boleh membasmikan kuman tersebut akan dibuat. Pemeriksaan ini boleh membantu doktor untuk merawat jangkitan lebih awal walaupun ibu tidak mempunyai apa2 tanda jangkitan seperti keputihan cairan faraj yang banyak atau berbau. Pemantauan jangkitan dilakukan bagi memastikan jangkitan sudah dapat dihapuskan. Melakukan seks sewaktu hamil tidak menjejaskan janin dan kehamilan dalam kes-kes yang normal. Doktor akan menasihatkan supaya mengelak melakukan seks sewaktu hamil jika terdapat masalah seperti: Jika hubungan seks tidak dapat dielakkan, pastikan air mani tidak dipancut ke dalam faraj. Air mani mengandungi prostagladin, yang boleh menyebabkan pengecutan otot rahim dan melembutkan tisu serviks. Prostaglandin digunakan untuk memulakan kesakitan untuk bersalin dalam proses “induction of labour“ bagi ibu-ibu yang bermasalah dan diperlukan untuk melahirkan anaknya. |
24/09/05
Nor Hayati minta ketepikan permohonan batal nikah Zaki
Oleh: AMIRUDDIN HARUN
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Seorang pengurus syarikat, Nor Hayati Yahaya mengemukakan permohonan supaya Mahkamah Rendah Syariah di sini menolak permohonan peguam, Tan Sri Zaki Tun Azmi untuk mengisytiharkan pernikahan mereka tidak sah mengikut hukum syarak.
Nor Hayati, 32, juga memohon mahkamah menolak permohonan Zaki untuk memfaraqkannya.
Selain itu, dia memohon mahkamah menolak permohonan Zaki untuk mengeluarkan perintah larangan terhadapnya (Nor Hayati), wakil, pekerja atau ahli keluarga agar tidak menceroboh, mengganggu atau mengugutnya (Zaki) dengan apa cara sekalipun termasuk melalui media massa.
Sebaliknya, Nor Hayati memohon mahkamah mengeluarkan perintah larangan terhadap Zaki, wakil, pekerja atau ahli keluarganya daripada menceroboh, mengganggu atau mengugutnya (Nor Hayati) dengan apa cara sekalipun termasuk melalui media massa.
Semua permohonan itu terkandung dalam afidavit pembelaan yang difailkan oleh Nor Hayati melalui firma guaman, Tetuan Radzuan Ibrahim di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Pada 26 Julai lepas, Zaki yang diijab kabul dengan Nor Hayati di Perlis pada Mei lalu oleh seorang kadi dari Thailand telah mengemukakan permohonan untuk mengisytiharkan pernikahannya itu tidak sah menurut hukum syarak.
Ekoran pendedahan akhbar berhubung permohonan itu, Zaki, 60, telah meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.

Padah terlalu asyik memandang isteri
Macam-Macam: Padah terlalu asyik memandang isteriBUCHAREST: Seorang pengantin baru Romania berusia 52 tahun mandul selepas alat sulitnya patah dihempap guni bijirin yang dibawanya kerana terlalu asyik melihat isteri mudanya menjemur pakaian. Gheorghe Popa, petani dari Galati, sedang sibuk mengalihkan guni bijirin ke bangsal apabila beralih melihat isterinya, Loredana, 25, menjemur baju. Kerana terlalu asyik, guni yang dibawanya terjatuh dan menghempap alat sulitnya dan mencederakan urat organ penting berkenaan. “Kita sudah melakukan sedaya upaya, tetapi nampaknya dia tidak mungkin dapat menggunakan organ itu bagi tujuan berasmara,” kata doktor yang merawatnya, Nicolae Bacalbasa. – Agensi |
22/09/05
Tinggalkan suami kerana telefon bimbit
Macam-Macam: Tinggalkan suami kerana telefon bimbitSRINAGAR: Bosan dengan leteran berterusan mengenai kekerapan dia menggunakan telefon bimbit, seorang wanita nekad meninggalkan suaminya untuk bersama-sama barang kesayangannya itu. Wanita dikenali sebagai Guddi itu meninggalkan Bashir Ahmad beberapa hari lalu selepas suaminya bertanya dengan siapa dia kerap berbual di telefon bimbit, kata sumber. Guddi, bagaimanapun tidak menjawab soalan itu, sebaliknya menegaskan Bashir tidak sepatutnya campur tangan dalam urusannya dan menegaskan dia rela meninggalkan Bashir tetapi bukan alat komunikasi itu. Berikutan satu pertengkaran, Guddi, meninggalkan kediaman mereka dan masih tidak dapat dikesan. – Agensi |
Gadis disahkan hidap PCOS takut berkahwin
Anda Tanya Doktor Jawab: Gadis disahkan hidap PCOS takut berkahwin Bersama Dr Fauziah Mohd Hassan SAYA berusia 28 tahun, masih bujang dan berasa takut untuk berkahwin kerana doktor sudah mengesahkan saya menghidap PCOS. Saya diberitahu penghidap PCOS sukar untuk hamil dan jika hamil mudah mengalami keguguran. Selain itu saya ada dengar cerita, jika menghidap PCOS saya turut berisiko diserang sakit jantung, kencing manis dan barah rahim. Saya tidak begitu mengetahui mengenai penyakit PCOS dan saya minta doktor jelaskan secara terperinci. AZILA OTHMAN Melalui e-mel PENYAKIT polycystic ovarian syndrome (PCOS) mula dibincangkan oleh Stein dan Leventhal dalam tahun 1935. Penyakit ini mempunyai beberapa ciri dan pada tahun 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut: 1. Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (secara kadar biokimia atau manifestasi klinikal) iaitu hirsutism (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat dan juga botak di bahagian depan kepala. 2. Permasalahan proses ovulasi, kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2-3 bulan), tempoh pendarahan yang lama dan pendarahan yang sedikit. 3. Kilang ovari mempunyai banyak sista. Pemeriksaan ultrabunyi menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum (benih wanita) dalam proses ovulasi. Sista lazimnya berukuran kurang daripada 10 mm garis pusatnya. Penyakit PCOS berkemungkinan berlaku dalam 16-33 peratus wanita yang tidak mempunyai tanda penyakit. Sebaliknya, di kalangan mereka yang mempunyai ciri-cirinya seperti hirsuitism, masalah pendarahan haid dan jerawat, kadar PCOS boleh mencecah sehingga 90 peratus. Tidak diketahui apa penyebab penyakit PCOS tetapi terdapat kemungkinan ia penyakit keturunan. Kajian menunjukkan bahawa di kalangan keluarga terdekat kadar penyakit ini meninggi enam kali ganda. Masalah kencing manis berlaku dalam 30-60 peratus wanita yang berpenyakit PCOS terutama bagi wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kajian juga menunjukkan bahawa wanita PCOS ini mengalami masalah kesihatan jangka panjang seperti: 1. Mempunyai risiko yang tinggi untuk barah rahim (endometrium) – lima kali ganda; 2. Mempunyai risiko yang lebih untuk barah ovari - 2.5 kali ganda; 3. Risiko untuk penyakit kencing manis seperti yang disebut di atas; 4. Masalah kesukaran untuk hamil; 5. Kaitan dengan masalah sakit jantung sudah dikenal pasti tetapi kajian jangka panjang tidak menunjukkan terdapatnya penambahan kadar kematian disebabkan penyakit jantung bagi wanita yang berpenyakit PCOS. Rawatan penyakit PCOS ini bergantung kepada umur wanita dan keinginannya untuk hamil. Rawatan juga penting untuk mengurangkan risiko barah rahim terutama jika kitaran haidnya terlalu lama dan pendarahan yang terlalu banyak. Beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengimbangi hormon dan pencapaian hamil: 1. Mengurangkan berat badan ke tahap yang unggul (MBI 20-24) bagi ketinggian seseorang; 2. Menggunakan ubat-ubatan untuk menghasilkan proses ovulasi. Dos ubat-ubatan ini perlu digunakan dalam kadar yang sedikit kerana wanita PCOS mungkin terlalu sensitif dan boleh menyebabkan terlalu banyak folikel terangsang; 3. Menjalani pembedahan kecil pada ovari iaitu ovarian drilling (penebukan pada kilang ovari). Folikel yang banyak dicucuk supaya memberi jalan bagi proses ovulasi. Tujuan proses ini dilakukan ialah untuk mengatasi masalah selaput ovari tebal yang terdapat pada wanita PCOS; 4. Rawatan dengan hormon untuk memulihkan kitaran haid kepada yang normal; 5. Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan untuk menurunkan kadar gula dalam darah (rawatan untuk penyakit kencing manis) boleh mengurangkan masalah fungsi insulin terjejas (insulin resistance), serta mengurangkan kadar testosterone dan menghasilkan kitaran haid yang lebih seragam. |
Onani hanya syok sendiri
Wanita dan Seks: Onani hanya syok sendiri Bersama Dr Mohd Ismail Tambi ? APAKAH benar pendapat yang mengatakan bahawa amalan melancap bagi wanita akan memudahkan wanita itu mencapai klimaks apabila mengadakan hubungan dengan suaminya? Apakah perlakuan isteri melakukan seks oral kepada suami boleh membahayakan kesihatan? Bagaimana pula jika isteri tertelan air mani? RIZALI ANWAR Singapura ILMU nikah kahwin penting untuk pasangan yang akan berkahwin sebagai persediaan untuk mereka berintim dalam suasana mesra dan harmoni. Sebahagian daripada proses pengenalan diri ialah pengenalan tentang naluri, syahwat dan rangsangan seksual. Perilaku onani ini bukan saja haram tetapi ada risikonya, iaitu ketagihan yang mana individu yang mengamalkannya akan rasa lebih selesa dan seronok dengan perbuatan ini sehingga dia tidak ambil berat kepada hubungan seksual bersama pasangan. Sebilangan mereka yang pernah melakukan onani dapat menghayati rangsangan dengan pasangan kerana telah ketahui tentang klimaks yang mereka pernah hayati ketika mereka melakukan onani dulu dan sudah tentu hubungan mereka dengan pasangan akan menjadi lebih bermakna. Jadi sedikit sebanyak aktiviti onani dapat membuka pintu pengenalan syahwat kepada sebilangan individu. Tetapi secara am onani tidak digalakkan kerana risiko ketagihan yang boleh memporak perandakan hubungan suami isteri jika pasangan hanya pentingkan keseronokan kendiri dari keseronokan bersama pasangan! Mengikut pandangan Islam mengenai hubungan seksual antara pasangan yang telah berkahwin, hubungan seksual itu satu ibadah. Diwajibkan pasangan itu hormati antara satu dengan yang lain dan suami menjaga keperluan syahwat isteri supaya isteri puas dalam hubungan seksual. Tidak ada halangan untuk kedua- dua pasangan itu berinteraksi secara fizikal mengikut nafsu dan naluri mereka kecuali melakukan hubungan seksual ke lubang dubur isteri. Perbuatan ini haram dan amat ditegah al-Quran. Hubungan seks ketika isteri dalam haid juga ditegah kerana ketika itu isteri dalam keadaan kurang sihat dan memerlukan ruang keselesaan. Selain daripada kedua- dua perbuatan yang terkutuk ini, yang lain tiada halangan dan ini termasuk seks oral. Melakukan seks oral antara suami isteri diharuskan dan jika air mani tertelan, ini dianggap sebagai makruh. Jika sengaja menelan air mani ini ialah perbuatan haram kerana air mani bukan makanan! Tidak ada kemudaratan amalan seks oral. Apa yang mustahak ialah kedua-dua pihak bersetuju dan tiada paksaan. |
Bahaya seks menerusi dubur
Wanita dan Seks: Bahaya seks menerusi dubur
Bersama Dr Mohd Ismail Tambi
DOKTOR, saya sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Masalah saya, sekarang ini suami saya kerap melakukan hubungan seks melalui dubur saya. Adakah saya boleh mengandung sekiranya suami saya melepaskan air maninya ke dalam dubur saya?
Apakah hukumnya melakukan seks dengan cara itu dan adakah risiko untuk saya mendapat sebarang penyakit?
HERY FZA
Melalui e-mel
MENGIKUT fahaman saintifik, lubang najis ketika wanita itu masih dalam perut ibu adalah bersatu dengan salur faraj dan kemudiannya kedua-dua saluran itu terasing. Jadi tidak hairan jika terdengar yang sebilangan kecil wanita terasa lebih terangsang jika salur najisnya dirangsang dengan jari atau dengan ereksi pasangan.
Hubungan liwat dianggap sebagai hubungan seksual luar tabii dan dari segi hukum undang-undang negara jika disabit kesalahan boleh dihukum. Mengikut Islam perilaku ini dilarang sama sekali kerana elemen luar tabii, haram hukumnya.
Faraj direka Tuhan untuk ereksi lelaki, tempat yang sesuai untuk disalurkan sperma untuk mendapat cahaya mata. Ini tidak berlaku jika hubungan seksual dilakukan di dalam lubang najis.
Oleh kerana lubang najis itu sensitif dan mengandungi mukosa yang tipis kemungkinan ia boleh tercedera dan juga berisiko kepada perempuan untuk mendapat buasir jika otot dinding salur najis terkoyak.
Melakukan hubungan penetratif seksual ke dalam faraj selepas selesai melakukan hubungan penetratif ke dalam lubang najis akan memberi risiko jangkitan kepada faraj. Ini kerana lubang najis ada banyak kuman dan kulat yang boleh mengakibatkan keradangan dan bau kepada faraj. Jika ini berlaku, wanita itu mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan faraj dan masalah kesuburan jika jangkitan merebak ke selaput endometrium dan salur telur.
Perkara yang sering berlaku ialah, lelaki yang seronok dengan hubungan penetratif seksual ke dalam lubang najis akan terus ketagih dengan hubungan itu yang kononnya lebih sempit dan amat terangsang jika dibandingkan dengan hubungan seksual di faraj. Sebenarnya ini hanya pendapat dan pilihan individu saja.
Kajian menunjukkan yang faraj wanita memang tempat sesuai untuk melakukan hubungan penetratif seksual. Faraj dalam kawalan wanita dan dia boleh menyempitkan atau mengembangkan saluran itu mengikut usaha dan dayanya. Anggota sulit wanita mengandungi banyak bahagian yang boleh merangsang wanita saperti klitoris, bibir kecil, U-spot, G-Spot (langit faraj) P dan C spot dalam faraj, jika dibandingkan dengan salur najis yang hanya mengandungi satu tempat yang merangsangkan dan ini pun hanya terdapat kepada sebahagian kecil wanita.

18/09/05
Pusat jangan campur -- Shahidan ulas isu ketat syarat berpoligami
Oleh YUSRI SAHAT
KANGAR 17 Sept. - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini meminta Kerajaan Pusat tidak campur tangan dengan mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mematuhi Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) yang akan dipinda tidak lama lagi.
Beliau berkata: ``Urusan agama adalah hak negeri dan raja yang memerintah. Ia perlu melalui beberapa prosedur termasuk persetujuan Majlis Fatwa negeri sebelum boleh dibuat sebarang pindaan.''
Undang-Undang Keluarga Islam, tegas beliau lagi, adalah bidang kuasa MAIPs dan Majlis Fatwa negeri.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Abu Bakar Ismail berkata, kerajaan negeri enggan memperketatkan syarat terhadap suami yang berpoligami kerana ia dikatakan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.
Shahidan berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada kira-kira 1,300 golongan tidak bernasib baik di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Kuala Perlis di sini hari ini.
Beliau mengulas arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mahu tiga negeri termasuk Perlis yang tidak bersetuju dengan syarat ketat terhadap suami yang mahu berpoligami, memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Najib berharap semua negeri mematuhi tindakan menyelaras Undang-Undang Keluarga Islam kerana ia bertujuan memberi kebaikan.
Menteri Besar Perlis itu turut meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menunjukkan ayat-ayat tertentu dalam al-Quran atau hadis yang mewajibkan suami mendapatkan kebenaran isteri pertama terlebih dahulu sebelum berpoligami.
``Kalau ada ayat itu, Perlis sedia menyemak semula Undang-Undang Keluarga Islamnya supaya ia selaras dengan kehendak Islam,'' tegasnya.
Mengulas lanjut, Shahidan menjelaskan, Undang-Undang Keluarga Islam terutama dalam aspek poligami yang dijalankan di Perlis selama ini tidak bertentangan sama sekali dengan kehendak Mazhab Shafie.
Beliau bimbang sebarang pindaan memperketatkan syarat berpoligami akan menimbulkan bidaah dan mengelirukan masyarakat Islam.
Soal poligami mula menjadi polemik selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata,isteri tidak lagi perlu menunggu berlaku penceraian bagi menuntut harta sepencarian setelah mengetahui suami mereka berpoligami.
Ia boleh dibuat selepas Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dipinda tidak lama lagi.
Di bawah pindaan itu yang akan dibentangkan di Parlimen pada 22 September ini, isteri pertama boleh menuntut harta sepencarian, walaupun tidak diceraikan, sekiranya suami mereka berpoligami.
Selain itu, suami yang mahu berpoligami dikehendaki membawa isteri, bakal isteri dan waris termasuk wali memberi keterangan di mahkamah.
Reaksi kepada kenyataan Abdullah, Selasa lalu, tiga negeri iaitu Perlis, Terengganu dan Kelantan tidak bercadang meminda undang-undang keluarga Islam di negeri masing-masing.
Kedah pula akan membuat sedikit pindaan dengan mengekalkan beberapa kuasa tertentu di peringkat negeri.
Alasan ketiga-tiga negeri itu ialah Undang-Undang Keluarga Islam di negeri mereka mencukupi dan tidak perlu peruntukan baru bagi membolehkan isteri menuntut harta sepencarian setelah mengetahui suami mereka berpoligami.
Antara faktor lain kenapa Perlis dan Terengganu tidak akan meminda undang-undang tersebut ialah untuk mengelakkan lebih ramai pasangan bernikah di negara jiran.

15/09/05
Pindaan undang-undang poligami: Perlis tolak syarat baru
Oleh Ridzuan Yop, Saufi Hamzah, Tuan Nazuri Tuan Ismail dan Baharom Bakar
Kerajaan negeri anggap peraturan dalam al-Quran sudah lengkap KANGAR: Perlis tidak bersetuju mengenakan syarat ketat terhadap suami yang mahu berpoligami, termasuk membahagikan dulu harta sepencarian dengan isteri pertama seperti dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan (Pindaan) 2005.
Kerajaan negeri itu, yang sejak dua tahun lalu membenarkan suami berkahwin lagi tanpa perlu mendapat kebenaran isteri pertama, berpendapat peraturan sedia ada serta panduan dalam al-Quran sudah memadai dan lengkap.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Abu Bakar Ismail, berkata syarat ketat akan hanya menyebabkan lebih ramai pasangan bernikah di negara jiran.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri setakat ini tidak bercadang membuat sebarang pindaan terhadap undang-undang poligami.
“Kerajaan negeri berpegang kepada peraturan dalam al-Quran berhubung soal nikah kahwin termasuk berpoligami, yang sudah sempurna, lengkap dan memadai.
"Islam memberi garis panduan lengkap mengenai syarat seseorang suami untuk berpoligami seperti berkemampuan zahir dan batin serta mampu berlaku adil," katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata rang undang-undang itu, yang akan diseragamkan di seluruh negara selepas diluluskan Parlimen, bertujuan memelihara hak wanita yang lazimnya diketepikan apabila suami berpoligami.
Rang undang-undang itu yang akan dibentangkan bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 22 September ini, juga akan meminta isteri pertama, isteri lain atau wali hadir dalam permohonan perkahwinan kedua suaminya di mahkamah.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil keputusan terburu-buru, sebaliknya akan menjalankan kajian terperinci sebelum memperketatkan syarat poligami.
"Ibarat kita nak pakai seluar. Kalau pakai seluar ketat sangat ia boleh menyebabkan perut sakit, tetapi kalau kita pakai seluar longgar sangat pun ia boleh terlondeh.
“Sebab itu perbincangan mendalam perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman.
Di GEORGETOWN, pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainol Abidin, berkata poligami dari segi syarak tidak mempunyai syarat seperti dicadangkan dalam rang undang-undang itu.
Katanya, seseorang lelaki yang berpoligami dengan tidak menunaikan syarat berkenaan, perkahwinannya tetap sah.
"Syarat itu adalah dari kuasa pentadbiran. Barangkali kerajaan mengenakan syarat ini kerana mengambil kira faktor semasa dan untuk mengurangkan sikap tidak adil.
"Cuma kita bimbang jika syarat berlebihan diletakkan sedangkan jalan menuju perkahwinan adalah mudah. Jangan ketatkan jalan kepada perkahwinan," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Isteri-Isteri Berpoligami, Azizah Azizi, berkata undang-undang berkaitan hak isteri dalam poligami tidak begitu penting kerana yang lebih utama adalah keberkesanan pelaksanaan.
Beliau berkata, sudah banyak undang-undang keluarga Islam diperkenalkan, tetapi hanya cantik dan indah di atas kertas.
“Seperti pemberian nafkah... berapa banyak suami yang tidak mematuhinya walaupun sudah diperintahkan mahkamah. Mereka melanggar perintah itu walaupun ia adalah hukum Tuhan,” katanya.
©The New Straits Times Press (M) Berhad

Jangkitan kuman boleh jadi sebab kelahiran pramatang

Pastikan kandungan puan dipantau doktor yang mengetahui sejarah kehamilan
SAYA sedang hamil anak ketiga. Tetapi saya juga menghadapi masalah kencing kotor selain demam dan denyutan jantung yang laju. Selepas menerima rawatan semuanya kembali normal tetapi saya masih bimbang. Saya ingin tahu kesan kencing kotor pada bayi yang dikandung.
IBU RISAU
Kuala Kangsar
PENYAKIT yang puan alami itu ialah jangkitan pada sistem perkumuhan air kencing (urinary tract infection - UTI). Lazimnya dalam bahasa umum, jangkitan ini dikenali dengan istilah kencing kotor.
Organ-organ yang terbabit dalam sistem ini ialah:
1. Sepasang buah ginjal (buah pinggang - kidneys)
2. Sepasang ureter iaitu saluran yang menyalurkan air kencing yang terbentuk ke pundi kencing.
3. Satu pundi kencing (bladder), stor tempat pengumpulan air kencing sebelum dikeluarkan daripada badan.
4. Satu urethra, saluran yang menyalurkan air kencing daripada pundi kencing ke luar.
Lazimnya jangkitan berlaku pada air kencing yang bertakung di dalam pundi kencing. Kadangkala jangkitan ini merebak ke buah ginjal (pyelonephritis) dan berkemungkinan merebak ke dalam sistem darah. Jangkitan yang telah merebak ke ginjal lazimnya lebih serius. Jangkitan pada sistem perkumuhan sering berlaku terutama ketika hamil kerana saluran ureter lazimnya kembang. Kadar jangkitan kuman pada sistem ini semasa hamil adalah antara 4 - 7 peratus dan 40 peratus daripadanya akan mempunyai tanda-tanda jangkitan. Jangkitan merebak ke buah ginjal dalam 1 - 2 peratus kes.
Wanita hamil yang mempunyai risiko tinggi untuk jangkitan ini ialah wanita yang mempunyai:
1. Penyakit kencing manis
2. Wanita yang telah mempunyai sejarah jangkitan air kencing sebelum hamil.
3. Wanita yang mempunyai masalah buah ginjal seperti polycystic kidneys iaitu penyakit keturunan yang menyebabkan terdapat banyak sista pada buah ginjal.
4. Wanita yang mempunyai anatomi yang tidak normal seperti terdapat saluran ureter yang bercabang.
5. Wanita yang mempunyai masalah batu karang.
Jangkitan kuman pada sistem ini tidak ada sangkut paut dengan pemakanan seseorang seperti yang disangka. Oleh kerana wanita mempunyai saluran urethra yang pendek berbanding lelaki, serangan jangkitan kuman berlaku lebih kerap pada wanita.
Tanda-tanda jangkitan pada sistem perkumuhan air kencing:
1. Membuang air kecil dengan kerap
2. Berasa tidak puas selepas membuang air kecil
3. Sakit ketika membuang air kecil
4. Terdapat pendarahan dalam air kencing
5. Kesakitan pada perut.
6. Air kencing berbau busuk dan berwarna keruh.
Jika jangkitan telah merebak ke buah ginjal, lazimnya tanda-tanda menjadi lebih serius:
1. Demam, suhu badan yang agak tinggi, iaitu 38 - 39 darjah Celsius. Lazimnya jantung berdenyut dengan laju jika suhu badan tinggi semasa pesakit demam.
2. Sakit belakang
3. Muntah-muntah
4. Badan menggigil.
Untuk memastikan jenis kuman yang menjangkiti saluran kencing, pesakit perlu memberi sampel air kencing untuk diuji dalam makmal. Pesakit perlu mengambil air kencing pada pertengahan pengaliran air kencing untuk mamastikan ketepatan keputusannya. Pesakit diberikan ubat antibiotik untuk menghapus kuman yang menjangkiti sistem ini. Selepas keputusan ujian air kencing dapat memastikan jenis kuman, barulah ubat antibiotik yang tepat diberikan.
Di samping ujian mengenal pasti jenis kuman ini, ujian juga dilakukan untuk mengenal pasti jenis ubat antibiotik yang dapat menghapuskan kuman tersebut. Terdapat kuman yang sudah tahan (resistant) dan tidak lagi dapat dihapuskan dengan antibiotik yang lazim digunakan. Pesakit dinasihatkan untuk mengabiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor untuk mengelak masalah ini berlaku. Ramai pesakit mengamalkan pengambilan antibiotik yang tidak sempurna iaitu mereka berhenti mengambil antibiotik sebaik saja sakitnya hilang walaupun ubat yang diberikan belum dihabiskan. Keadaan ini menyebabkan kuman yang belum dihapuskan sepenuhnya berupaya bertahan terhadap antibiotik tersebut pada masa akan datang.
Jika jangkitan sudah merebak ke buah ginjal, pengambilan antibiotik perlu diberikan melalui saluran darah (intravenous) sehingga suhu badan menjadi normal. Antibiotik lazimnya perlu diteruskan selama 7 - 10 hari untuk memastikan semua kuman sudah dihapuskan.
Jangkitan kuman pada sistem ini boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Oleh itu, amat penting bagi keadaan ini dirawat dengan berkesannya. Selepas keadaan ini dirawat, puan tidaklah perlu risau lagi. Perbanyakkan minum air untuk mengurangkan risiko jangkitan. Pastikan kandungan puan dipantau doktor yang mengetahui sejarah kandungan puan. Ujian air kencing secara berkala diperlukan untuk mengesan jangkitan pada tahap awal bagi mengelakkan kesan pada janin dan juga merebaknya jangkitan ke buah ginjal.

Pil perancang kaedah terbaik
Wanita dan Seks: Pil perancang kaedah terbaik
SAYA berusia 23 tahun dan sudah bernikah selama 10 bulan tetapi belum dikurniakan anak. Saya tidak menggunakan sebarang alat mencegah kehamilan, kondom ataupun ubat. Hanya kaedah suami ‘membuang’ air mani di luar di atas kerelaan sendiri yang kami amalkan kerana saya memang takut jika hamil.
Doktor, apakah ada cara lain untuk mengelakkan kehamilan tetapi tidak berisiko sekiranya saya hamil satu hari nanti. Apakah mengambil jamu tradisional seperti ramuan jamu yang pekat dapat mempengaruhi kesihatan kandungan?
ATIE,
melalui e-mel
MERANCANG keluarga adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri. Kaedah yang digunakan patut berkesan dan tidak memudaratkan pengguna atau memberi masalah kepada kedua-dua pasangan seperti ketidakselesaan ketika melakukan hubungan seksual atau mengganggu kesihatan pasangan.
Kaedah Al-azal adalah membabitkan suami mengeluarkan ereksi dari anggota sulit isteri dan memancut di luar. Penggunaan kondom juga adalah satu kaedah merancang untuk suami, tetapi pastikan pangkal kondom tidak termasuk ke dalam faraj ketika bersetubuh supaya tidak terlucut apabila ejakulasi selesai.
Kaedah lain adalah membabitkan wanita yang mengamalkannya, seperti pil hormon merancang keluarga, suntikan hormon atau penggunaan alat dalam rahim. Kesemua kaedah yang diketengahkan tadi berkesan dan tidak memudaratkan.
Kaedah tradisional seperti pengambilan jamu dan makjun tidak termasuk dalam senarai kaedah merancang keluarga yang selamat atau berkesan, kerana tiada apa-apa kajian mengenainya dilakukan.
Pengalaman dengan kajian yang pernah dilakukan kepada binatang ialah sebilangan besar darinya mengakibatkan janin rosak dan keguguran. Jadi pengamalan jamu dan makjun tidak digalakkan.
Jika kedua-dua pasangan belum lagi ingin menimang cahaya mata elok gunakan kaedah yang benar-benar berkesan dan selamat, iaitu yang tidak menjejaskan peluang untuk mendapatkan cahaya mata di kemudian hari.
Saya syorkan pil merancang keluarga yang terbaru yang mengandungi tahap hormon terendah dan berkesan. Mercilon dan Loette adalah sesuai dan boleh diamalkan tanpa kesan sampingan. Maklumat lanjut boleh didapati dari mana mana klinik merancang keluarga.

Petua dapat anak
Wanita dan Seks: Petua dapat anak
SAYA baru berumah tangga dan inginkan anak secepat yang mungkin. Boleh doktor bantu saya dalam hal ini?
ROSIE YANTI
melalui e-mail
UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.
Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.
Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.
Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!
Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.
Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual.Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.

Macam-macam: Pengantin pengsan, dara batal kahwin
CHANDIGARH: Hasrat seorang lelaki India bergelar suami kepada gadis dikenali sejak lima tahun lalu tidak kesampaian apabila jatuh pengsan pada majlis perkahwinannya.
Lebih malang, lapor akhbar Times of India, dia bukan setakat terpaksa dirawat di hospital tetapi tindakannya yang cuma beberapa jam sebelum dikahwinkan malam Isnin lalu, mengundang padah apabila si gadis bukannya bersimpati sebaliknya bertindak membatalkan perkahwinan berikutan kejadian berkenaan.
Kisah ini berlaku di Lubhana Bhawan, di selatan India membabitkan lelaki yang cuma dikenali Nitin, 25, dan tunangnya Mamta yang sebelum ini sama-sama belajar di institusi perubatan Dehradun.
Mamta memberi alasan kesihatan kerana mengesyaki Nitin menghidap penyakit sawan biarpun pemeriksaan kesihatan mendapati dakwaannya tidak benar dan mungkin pengsan akibat terlalu penat dan tidak cukup tidur. – Agensi

Kerana hamil, pelajar mati
BANTING: Seorang pelajar Tingkatan Enam menikam perut teman wanitanya, pelajar Tingkatan Lima yang hamil lapan bulan, selepas pertengkaran mengenai kedudukan kandungan itu di Kampung Indah, Tanjung Sepat di sini, Ahad lalu.
Kejadian itu menyebabkan kandungan yang dikatakan cukup sifat itu mati, manakala ibunya dimasukkan ke Hospital Banting sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Teman lelaki mangsa dikatakan melarikan diri selepas kejadian tetapi menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mat Fauzi Nayan, ketika dihubungi Berita Harian semalam, mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas.
Difahamkan, pelajar lelaki itu kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah sehingga 19 September.
Kedua-dua pelajar itu, yang menuntut di sekolah berasingan di sini, dikatakan bercinta sejak tiga tahun lalu. Pelajar lelaki itu bagaimanapun dikatakan baru mengetahui teman wanitanya mengandung.
Berikutan itu, dia menemui teman wanitanya di rumah mangsa bagi menyelesaikan masalah itu, tetapi berlaku pertengkaran.
“Pelajar lelaki itu dipercayai mengambil pisau sepanjang kira-kira 20 sentimeter di dapur sebelum menikam perut teman wanitanya bagi menggugurkan kandungan itu,” kata sumber.
Sumber itu berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian anak yang belum lahir dan boleh dipenjara maksimum 10 tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Pelajar lelaki itu juga boleh didakwa mengikut Seksyen 326 kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata, yang boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dengan menelefon 03-31872222.[BH]

14/09/05
Syarat poligami lebih ketat
Syarat poligami lebih ketat:
Isteri pertama dapat sebahagian harta sepencarian antara enam peraturan baru
Oleh Shamshul Azree Samshir
SEPANG: Lelaki Islam yang ingin berpoligami perlu membahagikan dulu harta sepencarian dengan isteri pertama jika Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 diluluskan di Parlimen nanti.
Rang undang-undang yang mengenakan syarat lebih ketat kepada suami untuk berkahwin lebih daripada satu itu turut menggariskan, antara lain:
Perkahwinan (kedua) hanya patut atau perlu atas faktor kemandulan, keuzuran jasmani, sengaja ingkar mematuhi perintah hak persetubuhan atau gila di pihak isteri;
Pemohon berkemampuan menanggung semua isteri dan tanggungannya termasuk yang bakal ditanggung;
Pemohon berupaya memberi layanan adil kepada semua isteri;
Perkahwinan tidak menyebabkan ‘darar Syarie’ atau bahaya yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal, maruah dan harta benda mengikut kebiasaan yang diakui hukum syarak; dan
Kuasa mahkamah mengkehendaki seseorang membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin (gambar), berkata undang-undang baru itu juga akan meminta isteri pertama, isteri lain atau wali hadir dalam permohonan perkahwinan kedua suaminya di mahkamah.
“Sesi keterangan semua isteri akan dilakukan secara berasingan bagi mengelak pergaduhan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kehakiman dan Guaman Syarie 2005 di sini, semalam.
Dr Abdullah berkata, semua itu adalah antara syarat baru dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005, yang akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 22 September ini.
Katanya, apabila undang-undang itu diluluskan Parlimen, ia akan diseragamkan di seluruh negara bagi memelihara hak wanita yang lazimnya diketepikan apabila suami berpoligami.
"Pindaan dalam undang-undang poligami ini mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan keadilan,” katanya sambil menambah, permohonan lelaki yang gagal mematuhi syarat baru itu boleh ditolak Mahkamah Syariah.
Sementara itu, Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman, berkata syarat yang termaktub dalam rang undang-undang itu pernah menjadi inti pati Rang Undang-Undang Keluarga Islam 1984.
“Ia pernah dimasukkan dalam peraturan ketika itu tetapi tidak dilaksanakan. Sekarang ia diiktiraf kembali dan akan diperkenalkan untuk diseragamkan di seluruh negara,” katanya.
Mengenai proses penyeragaman undang-undang syariah, Dr Abdullah berkata, ia dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini seperti dimahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Penyeragaman undang-undang Islam sudah dilaksanakan di mana semua negeri melulus dan menerima pakai beberapa undang-undang kecuali Kedah yang masih pada peringkat jawatankuasa,” katanya.[BH]
11/09/05
'Saya insan terkutuk'
Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang gadis berusia 14 tahun mengadakan hubungan seks dengan 15 lelaki pada satu masa. Sukar dibayangkan, tetapi itulah hakikat di dalam masyarakat hari ini yang perlu diambil perhatian semua pihak.
Mengapa kejadian itu berlaku? Tidakkah ada perasaan malu? Adakah kecetekan fikiran kerana masih terlalu mentah menjadi punca dia merelakan dirinya ‘diratah’ seorang demi seorang lelaki?
Ikuti luahan remaja berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah, kepada Metro Ahad ketika ditemubual di Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) baru-baru ini:
“SAYA sendiri tidak faham mengapa saya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Alangkah hinanya saya. Ketika itu jiwa saya memberontak untuk bersosial kerana terpengaruh dengan cerita rakan di sekolah mengenai aktiviti mereka.
Bagaimanapun, sebagai anak bongsu daripada tujuh beradik, pergerakan saya terbatas. Saya memberontak dan lari dari rumah tiga kali hujung tahun lalu.
Terus-terang, seks tidak ada di fikiran saya, walaupun ketika melarikan diri kali pertama apabila saya mengikut beberapa rakan bohsia yang suka berpeleseran pada waktu malam.
Seboleh-bolehnya, saya tidak mahu melakukannya (seks) tetapi kejadian pada satu malam mengubah segala-galanya. Ia terjadi selepas Aidilfitri apabila saya keluar dengan sekumpulan lelaki.
Selepas makan, saya dibawa ke sebuah rumah kosong. Di sana, kami menghisap rokok dan saya diberi arak hingga mabuk. Disebabkan khayal, saya tidak sedarkan diri dan lima lelaki yang ada bersama mengambil kesempatan ‘meratah’ tubuh saya.
Apabila bangun keesokan paginya, saya dalam keadaan bogel dan begitu juga lima lelaki di sekeliling saya yang masih tidur. Ketika itu, saya berasa sungguh sedih dan terus ke rumah seorang rakan.
Saya menyangka nasib saya baik kerana beberapa hari selepas itu, seorang ahli keluarga menemui saya di rumah rakan berkenaan.
Bagaimanapun, harapan untuk melihat keluarga menerima kepulangan saya dengan hati terbuka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi meleset sama sekali. Sebaik sampai di rumah, saya terus dibelasah oleh adik-beradik lain.
Saya tidak sempat menceritakan kejadian yang berlaku dan hanya memendam penderitaan. Tertekan dengan keadaan itu, saya melarikan diri sekali lagi dua hari kemudian.
Bagaimanapun, malang terus menimpa apabila sekumpulan lelaki yang menyamar anggota polis memaksa saya melakukan seks oral, menyebabkan saya membuat keputusan pulang ke rumah, tetapi dibelasah sekali lagi oleh keluarga.
Akhirnya saya melarikan diri sekali lagi. Kali ini, saya seolah-olah lupa diri dan hanya ingin bergembira. Saya melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki hingga tidak ingat berapa ramai meniduri saya.
Mungkin anda tidak percaya, tetapi dalam sehari saya melakukan hubungan seks berkali-kali. Kadangkala dengan seorang dan ada ketikanya dua, tiga dan lima orang, dan paling ramai 15 orang sekali gus.
Sepanjang melarikan diri, saya rapat dengan beberapa bohsia dan diperkenalkan kepada ramai lelaki. Saya bebas melakukan apa saja, termasuk mengikut lelaki terutama ‘Mat Rempit’ ke hulu ke hilir.
Boleh dikatakan setiap malam saya tidur di rumah lelaki. Ada juga yang membawa saya menyelinap ke rumah mereka pada lewat malam untuk mengelak disedari keluarga.
Apabila ibu bapanya keluar bekerja, kami ambil kesempatan melakukan hubungan seks.
Kali ketiga saya melarikan diri daripada rumah agak lama hingga pada satu malam, saya terserempak dengan seorang kakak saya ketika bersama sekumpulan lelaki di pinggir ibu kota.
Bila kakak dapat tangkap saya, dia hilang sabar,malah ingin menyerahkan saya kepada polis, tetapi saya merayu kerana tidak mahu masuk penjara.
Akhirnya melalui seorang rakan, saya mendapat tahu mengenai Rumah Kebajikan Perkid dan minta dihantar ke sini untuk memulihkan diri.
Di sini, saya mula mendekatkan diri dengan Allah SWT. Saya berasa sangat berdosa dan kotor. Bagaimanapun, saya percaya Allah Maha Pengampun dan Mengasihi. Ada hikmah di sebalik semua kejadian.
Saya kini bertaubat. Saya ingin kembali ke pangkal jalan dan menjadi insan berguna. Saya harap remaja lain tidak mengambil jalan seperti saya.
Tiada gunanya hidup bersosial. Jiwa yang tenteram ialah apabila kita mendekatkan diri kepada Tuhan dan keluarga.
Saya akan menetap di rumah kebajikan ini sehingga berusia 17 tahun dan selepas itu berhasrat melanjutkan pelajaran ke luar negara atau berkhidmat sebagai anggota polis.”

10/09/05
Suami tidak yakin
Doktor Sakit Tuan
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada: Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faksimili 03-22848390 atau e-mel:sakittuan@hmetro.com.my
SAYA penghidap kencing manis dan mengambil pil metformin empat biji sehari sejak 10 bulan lalu. Selain itu, saya memiliki tanda-tanda masalah disfungsi erektil.
Saya berusia 32 tahun dengan ketinggian 178 sentimeter dan berat 106 kilogram. Sudah berkahwin dan Alhamdulillah, dikurniakan lima anak.
Masalah lain, zakar saya agak pendek. Keadaan ini sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan saya apabila ingin bersetubuh dengan isteri. Saya harap doktor dapat membantu saya.
JAIS,
Gombak, Selangor.
WALAUPUN anda merasakan zakar anda pendek, tetapi anda dilihat berkemampuan dalam hubungan seksual sehingga dikurniakan lima anak. Malangnya, masalah penyakit kencing manis menganggu kehidupan seksual anda sejak 10 bulan lalu.
Masalah disfungsi erektil mempunyai kaitan dengan zakar yang tidak cukup tegang untuk tujuan persetubuhan. Bagi zakar kecil, ia lebih kepada keinginan untuk memiliki saiz besar . Kedua-dua perkara ini sebenarnya tidak mempunyai kaitan.
Rawatan mengatasi masalah disfungsi erektil ialah memastikan pengaliran darah cukup ke ruang otot zakar supaya otot zakar padat dan ereksi tegap. Ini boleh dilakukan melalui beberapa cara rawatan seperti pengambilan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra atau suntikan ubat cavajet yang boleh melegakan otot zakar supaya banyak darah dapat memasukinya.
Selain itu, ia boleh diatasi dengan menggunakan alat pam vakum. Menerusinya zakar yang tegang akan diikat dengan getah penambat supaya ketegangan dapat dikekalkan.
Untuk menambah saiz zakar, alat penarik otot zakar atau 'penile extender' jenama Andropenis boleh digunakan untuk jangkamasa empat hingga enam bulan.
Ia berkesan untuk menambahkan saiz ereksi secara tetap antara dua hingga lima sentimeter. Alat ini perlu dipakai mengikut panduan dalam buku atau dengan bimbingan doktor. Jika berminat, sila layari laman web www.drismailtambi.com untuk maklumat lanjut dan untuk membuat tempahan.
©The New Straits Times Press (M) Berhad
8/09/05
Pengulas sukan Piala Malaysia ditangkap khalwat
Edisi Nasional: Pengulas sukan Piala Malaysia ditangkap khalwat
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Seorang pengulas sukan terkenal tanah air dicekup kerana disyaki berkhalwat dengan teman wanitanya di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Tanjung Bungah, di sini, pagi semalam.
Pengulas sukan berusia 55 tahun berasal dari negeri ini, ditahan sepasukan empat pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp), kira-kira jam 9 pagi.
Difahamkan, ketika ditahan wanita berusia 26 tahun itu yang hanya memakai seluar pendek dan bersinglet, sedang berbaring dalam selimut di katil.
Ketua Unit Penguat kuasa Jaipp, Faizal Ibrahim, berkata berdasarkan maklumat awam, pengulas sukan yang sedang dalam proses penceraian itu dikatakan baru saja tiba di bandar ini, petang kelmarin.
Difahamkan, pengulas sukan veteran itu dijadual membuat ulasan televisyen bagi perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat suku akhir antara pasukan Pulau Pinang dan Selangor di Stadium Bandaraya, di sini, malam tadi.
Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan di sebuah bilik hotel di tingkat 14, didapati pintunya tertutup dan berkunci dari dalam dan apabila diketuk, seorang lelaki yang ketika itu hanya memakai singlet serta berseluar panjang, membukanya.
“Selepas memperkenalkan diri dan masuk membuat pemeriksaan lanjut dalam bilik berkenaan, seorang wanita sedang berbaring di katil dan berselimut seperti sedang tidur.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, wanita itu hanya memakai seluar pendek dan bersinglet saja,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Faizal berkata, hasil soal siasat yang dilakukan, wanita itu adalah kekasih pengulas sukan terbabit yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.
“Ketika soal siasat dilakukan, wanita terbabit berasal dari Maran, Pahang dan bekerja sebagai seorang jururawat kontrak di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
“Wanita itu juga mengaku mengikut pengulas sukan berkenaan dari Kuala Lumpur pada jam 1 tengah hari dan tiba di negeri ini kira-kira jam 7 petang semalam dengan menaiki kereta.
“Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal membuktikan sebarang hubungan suami isteri atau mahram ketika diperiksa dan diberitahu kesalahan sebelum ditahan serta dibawa ke Balai Polis Tanjung Tokong,” katanya.
Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu, dua helai baju dan seluar milik pasangan berkenaan dirampas untuk dijadikan bahan bukti ketika pendakwaan di Mahkamah Tinggi Syariah, tidak lama lagi.
Katanya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 27 (a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

3/09/05
Patah tulang tidak patah cinta
AINIZA Ahmad Kuzari berbual mesra dengan suami,Rohazam Bakar yang masih terlantar di atas katil di Hospital Southern Melaka kerana patah tulang belakang, selepas majlis pernikahan pasangan itu di hospital berkenaan, semalam. Gambar MOHD. NAJEE GAIE ABDULLAH.
Oleh: AZMAN IBRAHIM
MELAKA 2 Sept. Patah tulang belakang tidak bermakna patah cinta.Ini yang dibuktikan oleh Rohazam Bakar, 26. Dia yang sebelum ini sihat tetapi terpaksa terbaring di hospital selepas terjatuh dari rumahnya ketika memasang bendera Jalur Gemilang tiga hari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.
Walaupun mengalami patah tulang belakang, retak buku lali dan terlantar di katil, itu tidak menghalang Rohazam melangsungkan pernikahannya dengan Azniza Ahmad Kuzari, 26, malam tadi di Hospital Southern di sini.
Doktor kata keadaan saya tidak kritikal dan boleh sembuh dalam tempoh dua bulan. Ini bukan halangan untuk saya mengahwini Azniza.
Saya percaya dapat sembuh dengan cepat dan meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Rohazam selepas selamat diijabkabulkan dengan Azniza pada pukul 9.45 malam.
Majlis bersejarah buat pasangan itu turut disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ahli keluarga dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Rohazam yang bekerja sebagai Pembantu Teknologi Maklumat di Perbadanan Air Melaka (PAM) menambah:
Harapan saya untuk cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri lain.
Isterinya, Azniza dari Kampung Pengkalan, Alor Gajah di sini pula berkata, dia redha dengan ketentuan Tuhan serta menerima keadaan suaminya yang hanya mampu terbaring di atas katil.
Katanya lagi: ``Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.''
Majlis akad nikah Rohazam dan Azniza sepatutnya dijadualkan berlangsung petang ini manakala majlis persandingan pula pada eosk hari dengan wang hantaran RM7,500 dan mas kahwin RM40.
Bagaimanapun majlis akad nikah itu dipercepatkan pada malam tadi atas permintaan Mohd. Ali kerana mahu menghadiri majlis itu. Segala-galanya bermula apabila Rohazam terjatuh dari bumbung rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini pada 28 Ogos lalu, kira-kira pukul 11 pagi ketika memasang Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-48.
Ketika ditemui di hospital, Rohazam, yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pak Balang di sini berkata, dia tetap meneruskan pernikahan itu walaupun terpaksa berbaring di katil hospital.
Ini kerana, katanya, kedua-dua keluarga telah membuat perancangan untuk melangsungkan pernikahan sebelum dia ditimpa kemalangan.
``Majlis kenduri perkahwinan juga siap diuruskan ahli keluarga maka kami teruskan juga walaupun saya ditimpa kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke hospital,'' katanya.
Majlis berkenaan turut dihadiri ibu bapa pengantin lelaki, Azizah Bulat dan Bakar Abd. Rahim serta ibu bapa pengantin perempuan, Habsah Abdullah dan Zaini Zakaria.
Azniza, yang juga Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah pula tetap bersyukur kerana suaminya selamat.
Sementara itu, Azizah, 53, berkata, dia dan suami tetap meneruskan majlis berkenaan memandangkan mereka telah mengedarkan 1,200 kad jemputan perkahwinan.
Katanya, pihaknya bersepakat dengan pengantin perempuan untuk meneruskan majlis perkahwinan walaupun Azniza terpaksa bersanding secara bersendirian di rumahnya esok.
© UTUSAN MELAYU (M) BHD
Langgan:
Catatan (Atom)