9/25/05

Isteri bimbang kurang kemutan




Wanita dan Seks: Isteri bimbang kurang kemutan


SAYA mendirikan rumah tangga hampir dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata. Masalah saya ialah, setiap kali melakukan hubungan seks dengan suami, kemaluan saya tidak mengemut langsung walaupun sedikit. Untuk pengetahuan doktor saya mengalami masalah buasir, apakah ada hubungan dengan permasalahan ini dan apakah jalan penyelesaiannya.

Isteri Bimbang,
Kuantan


CENGKAMAN tanpa kawalan yang berlaku kepada faraj ialah hasil daripada tindak balas klimaks yang dialami wanita jika dia mencapai orgasma ketika bersama suami. Jika dia tidak mencapai klimaks, kemutan itu tidak akan berlaku. Bagaimanapun, kemutan dalam kawalan masih boleh dilakukan oleh wanita itu ketika dia sedang bersetubuh dengan pasangan. Dengan mencerutkan otot lantai pelvic, otot kemutan atau otot Kegel, pembukaan faraj akan menjadi sempit dan corong faraj sempit dan geselan zakar ke dalam faraj menjadi lebih bertenaga. Jika kemutan yang dilakukan itu tidak bertenaga maka keadaan yang dijelaskan tadi tidak akan berlaku. Kemutan menjadi gagal atau kurang mantap jika wanita itu terasa sakit ketika berkemut dan ini mungkin akibat luka di pembukaan lubang faraj (anal fissure) atau akibat buasir (piles). Jadi mustahak untuk wanita itu mendapat rawatan untuk melegakan buasir atau menjalani pembedahan untuk memotong buang buasir itu.

No comments: