22/09/05

Onani hanya syok sendiri




Wanita dan Seks: Onani hanya syok sendiri


? APAKAH benar pendapat yang mengatakan bahawa amalan melancap bagi wanita akan memudahkan wanita itu mencapai klimaks apabila mengadakan hubungan dengan suaminya?

Apakah perlakuan isteri melakukan seks oral kepada suami boleh membahayakan kesihatan? Bagaimana pula jika isteri tertelan air mani?

RIZALI ANWAR
Singapura


ILMU nikah kahwin penting untuk pasangan yang akan berkahwin sebagai persediaan untuk mereka berintim dalam suasana mesra dan harmoni.

Sebahagian daripada proses pengenalan diri ialah pengenalan tentang naluri, syahwat dan rangsangan seksual. Perilaku onani ini bukan saja haram tetapi ada risikonya, iaitu ketagihan yang mana individu yang mengamalkannya akan rasa lebih selesa dan seronok dengan perbuatan ini sehingga dia tidak ambil berat kepada hubungan seksual bersama pasangan. Sebilangan mereka yang pernah melakukan onani dapat menghayati rangsangan dengan pasangan kerana telah ketahui tentang klimaks yang mereka pernah hayati ketika mereka melakukan onani dulu dan sudah tentu hubungan mereka dengan pasangan akan menjadi lebih bermakna.

Jadi sedikit sebanyak aktiviti onani dapat membuka pintu pengenalan syahwat kepada sebilangan individu. Tetapi secara am onani tidak digalakkan kerana risiko ketagihan yang boleh memporak perandakan hubungan suami isteri jika pasangan hanya pentingkan keseronokan kendiri dari keseronokan bersama pasangan!

Mengikut pandangan Islam mengenai hubungan seksual antara pasangan yang telah berkahwin, hubungan seksual itu satu ibadah. Diwajibkan pasangan itu hormati antara satu dengan yang lain dan suami menjaga keperluan syahwat isteri supaya isteri puas dalam hubungan seksual. Tidak ada halangan untuk kedua- dua pasangan itu berinteraksi secara fizikal mengikut nafsu dan naluri mereka kecuali melakukan hubungan seksual ke lubang dubur isteri.

Perbuatan ini haram dan amat ditegah al-Quran. Hubungan seks ketika isteri dalam haid juga ditegah kerana ketika itu isteri dalam keadaan kurang sihat dan memerlukan ruang keselesaan. Selain daripada kedua- dua perbuatan yang terkutuk ini, yang lain tiada halangan dan ini termasuk seks oral. Melakukan seks oral antara suami isteri diharuskan dan jika air mani tertelan, ini dianggap sebagai makruh. Jika sengaja menelan air mani ini ialah perbuatan haram kerana air mani bukan makanan!

Tidak ada kemudaratan amalan seks oral. Apa yang mustahak ialah kedua-dua pihak bersetuju dan tiada paksaan.

Tiada ulasan: