25/09/05

Alami keputihan selepas kahwin




Wanita dan Seks: Alami keputihan selepas kahwin


SUDAH setahun saya bernikah tetapi belum dikurniakan anak. Saya masih muda, 28 tahun dan suami pula 27 tahun. Saya tidak pernah mengalami masalah keputihan sebelum bernikah tetapi kini menjadi sebahagian masalah. Ia berketul dan berbau. Saya pernah berjumpa doktor tetapi masalah itu tidak hilang sepenuhnya.

Adakah ia terjadi kerana disebabkan suami? Kebelakangan ini juga apabila bersama, suami berkata saya tidak ‘seketat’ dulu. Saya keliru kerana saya belum pun melahirkan. Apa harus saya buat?

LINA,
Melalui e-mel


PASANGAN suami isteri perlu mempunyai anggota kelamin yang sihat, tiada penyakit jangkitan hasil dari kontaminasi dari lubang najis yang boleh berlaku ketika membersih najis atau kencing. Tiada ketuat dan kulit yang licin serta kelihatan segar dan tidak memberi bau yang kurang menyenangkan, faraj yang dinamik, boleh mengembang dan mencerut dengan kelembapan yang mencukupi, tidak kurang dan tidak lebih.

Untuk menjaga kesihatan luaran anggota kelamin, mustahak untuk kedua-dua pihak melakukan pemeriksaan kendiri secara kerap dan merujuk kepada doktor jika terdapat gejala.

Wanita mudah terdedah kepada kontaminasi dan mudah mengalami jangkitan.

Jangkitan yis yang paling biasa yang mana semua wanita mengalaminya suatu ketika dalam kehidupannya.

Jangkitan ini datang dari kencing atau najis jika tidak dibersih dengan baik.

Tanda jangkitan yis ialah pengeluaran lelehan yang berwarna putih susu dan berketulan dan ada kegatalan di bahagian permukaan kemaluan.

Kadangkala ada juga jangkitan campuran dan ini menyebabkan faraj berbau yang mana bau itu dihasilkan oleh kuman (yang memberi bau najis!)

Cara pemeriksaan ialah, doktor meneliti faraj wanita itu dengan mengunakan alat pembuka faraj dan mengambil cecair untuk melakukan kajian mikrob supaya dapat mengenali jangkitan yang sebenar supaya ubat yang lebih spesifik diberi.

Penjagaan kesihatan anggota kelamin termasuk cara gaya mencuci najis, iaitu tangan di belakang jika hendak cuci najis selepas buang air besar.

Jika menyapu tisu lembab untuk membersihkan anggota sulit, mula dari tundun dan sapu menghala ke bawah dan buang.

Waktu lelehan semula jadi banyak keluar pada pertengahan pusingan haid, pakai panti liner supaya lelehan itu tidak bercampur dengan najis kerana kuman dan kulat suka hinggap kepadanya.

Pakai pakaian yang selesa dan tetapi jangan mengenakan seluar ketat atau pakaian dalam yang ketat.

Untuk mengukuhkan salur faraj, lakukan senaman kemutan dengan merapatkan peha dan mencengkam pembukaan lubang kencing atau najis. Pastikan yang anda dalam keadaan selesa.

Lakukan senaman kemut 50 kali atau lebih sehari dan setiap kali ketika kemut tahan nafas selama 5-10 saat.

Cara ini dapat mengkukuhkan otot faraj dan memberi cengkaman faraj yang mantap.

Jangan takut menggunakan faraj ketika bersetubuh dengan suami. Kemut kuat ketika ereksi dalam faraj, maka dia akan dapat rasa cengkaman itu.

Untuk kurangkan lelehan semula jadi, makan air rebusan manjakani dua tiga kali sehari dan jika dapati terasa kering kurangkan amalan itu. Faraj dalam kawalan wanita itu dan ia boleh disempitkan atau dilonggarkan mengikut kehendaknya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Jika anda menginginkan kebagahagiaan rumahtangga pastikan pertama-tamanya sekali anda mampu membahagiakan suami anda!

Salah satu faktor hubungan suami isteri tidak intim dan mesra adalah disebabkan anda gagal memberikan yang terbaik untuk suami anda.

Ingat! Bukan hanya isteri yang mahukan suami yang hebat, malah suami juga memerlukan isteri yang bukan sahaja hebat malah mampu memberikan impak yang luar biasa! Ingat, IMPAK YANG LUAR BIASA! Atau dalam erti kata lain IMPAK MAKSIMA!

Bagaimana anda ingin memberikan impak maksima walaupun usia anda semakin meningkat? Anda tidak perlu risau... Tidak ada suatu masalah di dunia ini pun yang tiada penyelesaiannya.

Di sini kami memperkenalkan anda produk NONA MANJA.

NONA MANJA merupakan makanan tambahan yang mampu membantu dan telah pun terbukti mampu membantu ramai wanita yang ingin menjadikan setiap malam bagaikan nostalgia 'malam pertama'. Ingat, faktor usia anda bukan menjadi penghalang untuk anda kembali menikmati keremajaan dalaman anda malah anda juga pasti akan mampu memberikan kenikmatan yang tidak boleh dilupakan untuk suami tercinta.

NONA MANJA diperbuat daripada mengkudu (morinda citrifolia), manjakani (croton caudatun), roselle (hibiscus sabdariffa) dan madu. Campuran bahan-bahan ini mampu dan terbukti membantu menangani masalah:
1) Menguatkan otot-otot faraj (untuk fungsi kemut)
2) Mengetatkan dan menyempitkan dinding faraj
3) Melancarkan kitaran haid
4) Mengurangkan masalah keputihan

Kami telah berjaya membantu ramai wanita dan anda perlu cuba hari ini juga.
Tidak perlu risau kerana produk kami mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan(MAL04103396T), GMP, Halal dan yang paling utamanya 100% organik!

Untuk pertanyaan lanjut dan pembelian, sila hubungi Organic Sifu ke organicsifu@gmail.com

www.nona-manja.blogspot.com


PENGEDAR SELURUH NEGARA DIPERLUKAN