Macam-Macam: Tinggalkan suami kerana telefon bimbitSRINAGAR: Bosan dengan leteran berterusan mengenai kekerapan dia menggunakan telefon bimbit, seorang wanita nekad meninggalkan suaminya untuk bersama-sama barang kesayangannya itu. Wanita dikenali sebagai Guddi itu meninggalkan Bashir Ahmad beberapa hari lalu selepas suaminya bertanya dengan siapa dia kerap berbual di telefon bimbit, kata sumber. Guddi, bagaimanapun tidak menjawab soalan itu, sebaliknya menegaskan Bashir tidak sepatutnya campur tangan dalam urusannya dan menegaskan dia rela meninggalkan Bashir tetapi bukan alat komunikasi itu. Berikutan satu pertengkaran, Guddi, meninggalkan kediaman mereka dan masih tidak dapat dikesan. – Agensi |
22/09/05
Tinggalkan suami kerana telefon bimbit
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan