10/09/05

Suami tidak yakin


Doktor Sakit Tuan
JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada: Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau faksimili 03-22848390 atau e-mel:sakittuan@hmetro.com.my

SAYA penghidap kencing manis dan mengambil pil metformin empat biji sehari sejak 10 bulan lalu. Selain itu, saya memiliki tanda-tanda masalah disfungsi erektil.

Saya berusia 32 tahun dengan ketinggian 178 sentimeter dan berat 106 kilogram. Sudah berkahwin dan Alhamdulillah, dikurniakan lima anak.

Masalah lain, zakar saya agak pendek. Keadaan ini sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan saya apabila ingin bersetubuh dengan isteri. Saya harap doktor dapat membantu saya.

JAIS,
Gombak, Selangor.

WALAUPUN anda merasakan zakar anda pendek, tetapi anda dilihat berkemampuan dalam hubungan seksual sehingga dikurniakan lima anak. Malangnya, masalah penyakit kencing manis menganggu kehidupan seksual anda sejak 10 bulan lalu.

Masalah disfungsi erektil mempunyai kaitan dengan zakar yang tidak cukup tegang untuk tujuan persetubuhan. Bagi zakar kecil, ia lebih kepada keinginan untuk memiliki saiz besar . Kedua-dua perkara ini sebenarnya tidak mempunyai kaitan.

Rawatan mengatasi masalah disfungsi erektil ialah memastikan pengaliran darah cukup ke ruang otot zakar supaya otot zakar padat dan ereksi tegap. Ini boleh dilakukan melalui beberapa cara rawatan seperti pengambilan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra atau suntikan ubat cavajet yang boleh melegakan otot zakar supaya banyak darah dapat memasukinya.

Selain itu, ia boleh diatasi dengan menggunakan alat pam vakum. Menerusinya zakar yang tegang akan diikat dengan getah penambat supaya ketegangan dapat dikekalkan.

Untuk menambah saiz zakar, alat penarik otot zakar atau 'penile extender' jenama Andropenis boleh digunakan untuk jangkamasa empat hingga enam bulan.

Ia berkesan untuk menambahkan saiz ereksi secara tetap antara dua hingga lima sentimeter. Alat ini perlu dipakai mengikut panduan dalam buku atau dengan bimbingan doktor. Jika berminat, sila layari laman web www.drismailtambi.com untuk maklumat lanjut dan untuk membuat tempahan.


©The New Straits Times Press (M) Berhad

Tiada ulasan: