SAYA ingin tahu sama ada cara mencegah hamil melalui streilisation (tubal ligation) mempunyai kesan negatif meningkatkan risiko barah rahim. Adakah digalakkan untuk wanita berumur 40 tahun ke atas yang tidak mahu mempunyai anak lagi tetapi tidak sesuai menggunakan cara lain seperti pil atau IUD atau implanted hormon rod untuk menjalani sterilisation? Amirah Ali Melalui e-mel Persenyawaan antara ovum (benih wanita) dan sperma (benih lelaki) berlaku di dalam saluran tiub fallopia. Oleh itu jika proses ini ingin dihalang secara kekal, proses pemandulan dilakukan dengan pelbagai cara bagi memastikan pertemuan antara dua benih ini tidak berlaku di dalam saluran tiub fallopia. Saluran ini boleh disekat (tubal ligation) dengan klip atau ring, atau dipotong dan di �diathermised�. Proses ini adalah proses yang dianggap kekal walaupun ada juga kehamilan selepas pemandulan dilakukan. Sebelum pasangan membuat keputusan untuk melakukan pemandulan, mereka dinasihatkan supaya perbincangan mendalam dilakukan dan kemungkinan masalah jangka panjang (seperti perceraian atau kematian) juga telah diambil kira. Langkah ini diperlukan kerana ramai wanita menyesal setelah melakukan prosedur pemandulan dan ingin �membuka� semula (reversal procedure) tempat pembedahan di saluran tiub fallopia. Kajian menunjukkan bahawa seramai sembilan peratus wanita menyesal melakukan pemandulan selepas 18 bulan pembedahan dilakukan dan meminta prosedur untuk membukanya semula. Seramai 38 peratus suri rumah meluahkan rasa penyesalan melakukan pemandulan. Bagi pasangan Islam, pemandulan hanya boleh dilakukan jika kehamilan memudaratkan kesihatan ibu seperti dalam kes-kes berikut: Proses pemandulan tidak ada kaitan dengan risiko barah rahim ataupun serviks. Pemandulan juga tidak menjejaskan nafsu wanita dan juga tidak menjejaskan hubungan suami isteri. Ia tidak sepatutnya dijadikan alasan jika hubungan tidak seperti yang dijangkakan. Beberapa kemungkinan masalah berlaku setelah pemandulan ialah: |