KETIKA berrsama suami, saya selalu berasa sakit di bahagian lubang faraj semasa penetration. Saya terbaca mengenai sakit semasa penentratif yang dinamakan deparenunia. Adakah saya mengalami situasi ini? Disebabkan masalah ini, saya selalu cuba untuk mengelak mengadakan coitus. Sebelum mengandung juga begitu, dan selepas melahirkan anak juga begitu. Malah, selepas melahirkan anak, saya rasa lebih sakit di bahagian saluran faraj. Cecair juga berkurangan selepas bersalin walaupun saya ghairah, ini menyulitkan 'intercourse'. Saya lebih suka mengadakan oral seks dan berhenti di situ selepas kami mencapai orgasm. Sekiranya berlaku 'intercourse', saya selalu berasa sakit dan tidak merasa apa-apa keseronokan. Hanya sekadar ingin memuaskan suami, itupun kadang-kadang terpaksa menggigit bibir menahan sakit. Adakah saya menghadapi masalah saluran kecil ? AMI, melalui e-mel WANITA yang mula melakukan hubungan seksual penetratif akan dapati pelbagai cabaran yang sebilangan besarnya ialah perasaan ketakutan yang terbawa-bawa dari remaja yang hubungan seksual boleh mengakibatkan kelukaan dan pendarahan akibat selaput dara terkoyak, selain daripada cabaran yang lain. Bayangkan keadaan yang mana wanita yang hendak memulakan hubungan penetratif tidak pernah tahu tentang faraj dan jauh lagi menengoknya, yang agak sukar sekiranya alat pembuka faraj tidak digunakan! Apa yang dilihatnya ialah bibir kecil dan besar yang rapat dan jika diselak, akan ternampak anggota dalaman yang dikenali sebagai 'interoitus' yang mana akan kelihatan pembukaan lubang kencing di atas dan pembukaan lubang faraj di bawah. Dia hanya tahu farajnya ada dan setakat itu sahaja. Untuk wanita yang pernah menerokai faraj dengan jari dan dapat rasa dimensi faraj dari pembukaan dan kependalaman sehingga dapat menyentuh organ seperti hujung hidung (serviks) di penghujung faraj wanita itu mungkin boleh dapat gambaran yang lebih jelas lagi tentang farajnya. Jika dia tinjau lebih mendalam lagi seperti mengenali yang farajnya dalam kawalannya dan dia boleh membuka (legakan kemutan) dan menutup (mengemut!) dan boleh meluaskan ruang dalam faraj jika dia hendak memasukkan benda yang luas ke dalam corong yang sempit (seperti dua jari) dia akan tahu betapa mudah untuk menguruskan farajnya ketika dia hendak melakukan persetubuhan kemudian hari. Ini ialah proses kesedaran kendiri wanita yang tidak dapat mengenali anggota sulitnya tidak akan tahu cara untuk menggunakannya kerana perasaan takut yang menghantuinya selama ini yang hubungan seksual menyakitkan. Jika dia lakukan juga atas desakan suami kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dia akan lakukannya dalam keadaan terkawal dan sudah tentu tidak dapat memberi kerjasama dengan suami dan akan mengalami kesakitan dan mungkin kecederaan. Dalam keadaan ketakutan dia tidak akan dapat menghayati sentuhan yang menyeronokkan kerana mindanya sudah dimasuki perasaan ketakutan. Jika wanita itu mengalami kesakitan ketika bersetubuh itu dikenali sebagai dispareunia. Jika kesakitan berlaku di luar itu dikenali sebagai dispareunia luaran dan jika terasa sakit ketika ereksi bergerak di dalam itu dikenali sebagai dispareuia dalaman. Dalam keadaan kesakitan, wanita itu tidak akan dapat menghayati keseronokan seksual, malahan kesengsaraan. Jadi dia tidak akan dapat menikmati keseronokan syahwat selagi masalah kesakitan itu tidak dapat diatasinya. Dia harus berterus terang dengan pasangan dan mendapat sokongan pasangan untuk menjalani pemeriksaan dan bimbingan. Soal ini bukan soal tentang dirinya saja, malahan soal hubungan kelamin dengan pasangan dan perlu dikendalikan bersama pasangan supaya pasangan dapat memahami masalah yang dialami isteri dan dapat bertimbang rasa kepada pasangan. Kebanyakan dari masalah ini dapat diatasi wanita itu sendiri setelah dia mengenali anggota sulitnya, tidak menyulitkannya malahan dapat memberi kebahagiaan jika anggota itu dapat digunakan dengan baik. Dia perlu tahu yang anggota kelaminnya itu dalam kawalannya dan dia boleh membuka dan menutupnya mengikut keselesaannya. Perkara ini tidak ada kaitan dengan isu moral kerana setelah berkahwin wanita itu perlu melengkapkan diri supaya dapat berdampingan dengan suami dengan baik dan menikmati keseronokan hubungan kelamin yang dianugerah Tuhan kepada mereka berdua. |