10/12/09

Aktres mengaku gundik Woods


LOS ANGELES: Seorang aktres filem lucah tampil dengan dakwaan menjadi wanita simpanan ke-10 Tiger Woods, semalam.

Joslyn James yang membintangi beberapa filem lucah mendakwa sering ditiduri jaguh golf itu dan menganggap dia ‘wanita simpanan sepenuh masa’ Woods.

Menurut laman web Deadspin.com, Joslyn mengaku menjadi pemuas nafsu Woods kepada kawannya.

Joslyn - atau nama sebenarnya, Veronica Siwik-Daniels - mengemas kini statusnya dalam Facebook dengan menulis: “Saya dapati kelakar apabila individu tertentu tiada hidup sendiri dan mahu menjadi saya... teruk sungguh!’

Selain Joslyn, seorang lagi pelakon pornografi, Holly Sampson, 36, mengaku ditiduri Woods.

Pendedahan terbaru itu dilihat menjejaskan publisiti Woods.

Beberapa iklan memaparkan imejnya ditarik balik daripada siaran media massa di Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan media, Nielson, menyatakan kali terakhir imej Woods disiarkan dalam iklan komersial Gillette adalah pada 29 November.

Nasib Woods juga terus dirundung malang apabila beberapa penaja menarik balik tajaan mereka ke atasnya.

Pengeluar minuman sukan Gatorade yang memasarkan Tiger Focus, Nike dan American Express adalah antara penaja yang menarik diri.

Bagaimanapun, mereka mendakwa tindakan itu tidak ada kena mengena dengan skandal Woods.

Sementara itu, ibu mentua Woods, Barbro Holmberg (gambar), dibenarkan keluar dari hospital di Florida selepas dirawat selama 11 jam di situ, semalam.

Barbro, 57, dilaporkan terjatuh di rumah Woods kelmarin dan dikejarkan ke pusat perubatan itu untuk rawatan. - Agensi

Ini adalah keratan akhbar dari myMetro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tiada ulasan: