10/12/09

Kahwin guna bahasa isyarat

Oleh ANIZA ZAINUDIN


KUALA LUMPUR: Biarpun menggunakan bahasa isyarat, majlis akad nikah pasangan orang kurang upaya (OKU), Nurzaihan Mustapha, 28, dan Qistina Lau Li Cheng, 30, di Rumah Badan Kebajikan Islam Taman Tun Dr Ismail (Bakti), di sini, semalam, berjalan lancar.

Selepas dua kali lafaz, Nurzaihan dan Qistina yang cacat pendengaran dan pertuturan, sah suami isteri setelah enam tahun berkenalan.

“Saya gembira kerana kini sah menjadi isteri Nurzaihan,” kata Qistina yang diterjemahkan oleh Hafidah Awaludin dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) sebagai penterjemah.

Qistina, 30, seoramg pereka grafik di Puchong mula mendalami Islam sejak 2008 dengan tunjuk ajar Nurzaihan serta rakan sebelum memeluk Islam.

Katanya, tingkah laku dan kesabaran suami banyak membantunya mendalami Islam. Qistina yang berbangsa Cina mempunyai ibu bapa dan dua kakak yang juga cacat pendengaran.

“Keistimewaan Qistina adalah sikap positif, sering memberi galakan ketika saya perlukannya di samping raut wajahnya yang jelita,” kata Nurzaihan pula.

Nurzaihan juga seorang pereka grafik menyediakan mas kahwin seutas rantai emas bernilai lebih RM300 bersama wang hantaran RM5,000.

Pasangan berkenaan dinikahkan kadi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zulkeffly Adimun, disaksikan ahli keluarga kedua-dua pihak.

Pengantin yang kelihatan berseri merancang memiliki dua orang cahaya mata.

Turut hadir penasihat MFD, Tan Sri Dr Saleha Mohd Ali dan Mejar Jeneral Datuk Mohd Ali Wayat.
Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tiada ulasan: