10/12/09

Tiger Woods mengaku curang


LOS ANGELES: Jaguh golf, Tiger Woods semalam mengaku mengecewakan keluarganya dan memohon maaf kerana curang terhadap isterinya.

Woods membuat pengakuan itu selepas seorang pelayan koktel mendakwa mereka menjalinkan hubungan intim selama 31 bulan, termasuk mengadakan seks 20 kali.

Woods, 33, dalam pengakuannya itu mengaku dia ‘berdosa’ dan memuji isterinya, Elin, ibu dua anaknya, kerana memahami keadaannya.

Dia berikrar untuk menjadi suami dan bapa lebih baik di samping memohon maaf kepada peminatnya yang terkejut berikutan pendedahan mengenai kehidupan peribadinya.

Sebelum itu, pelayan koktel berkenaan, Jaimee Grubbs mendakwa menjadi perempuan simpanan bintang golf dunia itu.

Menurut Jaimee, dia menyimpan rakaman perbualan telefon dan lebih 300 mesej pesanan ringkas dihantar Woods sepanjang tempoh mereka menjalin hubungan sulit.

“Baru bulan lalu Woods membisikkan kepada saya bahawa kami akan terus bersama.

“Daripada kenyataan itu, saya menganggap Woods dan isterinya kini tidak lagi tidur sebilik,” katanya.

Pendedahan Jaimee dibuat beberapa hari selepas Woods terbabit dalam kemalangan jalan raya - dikatakan kerana dikejar isterinya yang mengetahui tembelangnya.

Ketika itu, isteri Woods, Elin Nordegren, 29, berang kerana Woods dikaitkan dengan pelayan kelab malam, Rachel Uchitel.

Kata Jaimee, 24, hubungan seks pertamanya dengan Woods berlaku di sebuah hotel di San Diego, tetapi tiada tarikh diberikan.

“Selepas berasmara, Woods seperti mahu saya pergi.

“Katanya, dia sukar tidur jika ada seseorang berkongsi katil dengannya,” katanya.

Sepanjang perkenalannya, Woods tidak pernah berborak mengenai golf, sebaliknya mengadu kesukaran dialami dalam hidupnya. - AP

Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tiada ulasan: