am@hmetro.com.my
ALOR SETAR: Hasrat seorang ibu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya tidak kesampaian apabila rumah mereka musnah dalam satu kebakaran yang turut membabitkan lima rumah lain di Kampung Gunung Sali, semalam.
Mangsa, Che Norma Mad Lazim 48, berkata majlis perkahwinan anaknya, Yusnisar Yusuf, 23, sepatutnya berlangsung 25 Disember ini namun terpaksa dibatalkan berikutan rumah didiami bersama sembilan ahli keluarga lain hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu.
“Selain hantaran yang sudah siap digubah, pakaian pengantin, kad undangan perkahwinan, bunga telur serta gelang perkahwinan bakal pengantin perempuan bernilai RM2,000 habis terbakar.
“Mujur wang hantaran disimpan dalam bank, jika tidak saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Katanya, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di Mahkamah Alor Setar dan hanya anaknya, Yusma Putri Yusuf, 17, bersama tiga cucu, Intan Shafinaz Mohd Tamimi, 15, Mohd Daniel Hakimi Tukiman, 3, dan Shasha Shahira Tukiman, 1 tahun 8 bulan, berada di rumah.
Yusma berkata, ketika kejadian dia menonton televisyen bersama anak saudara sebelum terdengar bunyi bising jirannya yang menjerit api dari luar rumah.
“Bila saya keluar rumah saya lihat api marak di rumah jiran dan saya segera masuk ke rumah untuk membawa anak saudara keluar,” katanya.
Seorang lagi mangsa, P Chandrasegeraan, 34, berkata dia tiada di rumah kerana bekerja di kilang berhampiran.
Katanya, dia terdengar bunyi siren jentera bomba selain ternampak asap tebal dari arah kampungnya menyebabkan dia pulang ke rumah.
“Sampai di rumah saya lihat rumah saya turut terbakar. Saya terus mencari ibu, M Paychiye dan anak saya, Denish di kawasan berhampiran. Mujur mereka selamat dan tidak cedera.
“Rumah saya hangus terbakar dan kami tidak sempat menyelamatkan harta benda. Selain kerugian kira-kira RM30,000, saya bingung di mana mahu tinggal selepas ini,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Chan Boo Huat, 50, berkata dia bernasib baik kerana keluar rumah bersama isteri 15 minit sebelum kebakaran dan berpatah balik selepas dihubungi jiran.

Ini adalah keratan akhbar dari Utusan Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan