LOS ANGELES: Tiger Woods didakwa berjanji kepada seorang kekasihnya dia akan ‘membuang’ isterinya supaya mereka dapat hidup bersama.
Jaguh golf itu dilapor berjanji demikian kepada sosialit seksi, Rachel Uchitel.
Woods menghantar e-mel bertalu-talu kepada wanita itu sebelum mengalami kemalangan yang membawa kepada pendedahan kecurangannya.
Dalam satu daripada e-mel itu, Woods berkata, dia tidak boleh hidup tanpa wanita berkenaan.
“Saya mahu anda baring di sebelah saya, baring di atas saya atau baring di mana saja yang anda mahu,” katanya.
Merujuk kepada isterinya dalam e-mel lain dia berkata: “Ia membuat saya kesal apabila memikirkan saya tersilap memilih wanita.”
Rachel, 34, yang menegaskan sebelum ini bahawa dia bukan wanita jalang, dilapor sudah menandatangani satu perjanjian dengan sebuah majalah untuk mendedahkan hubungannya dengan Woods.
“Ada orang menggelar saya peruntuh rumah tangga, pisau cukur dan wanita jalang. Memang saya membuat kesilapan tetapi saya bukan seperti yang mereka dakwa.
Sementara itu, 300 mesej pesanan ringkas (SMS) dan mel suara antara jaguh golf itu dengan pelayan koktel, Jaimee Grubbs juga mula terdedah.
Dalam satu daripada SMS itu dia berjanji untuk mengadakan seks sepuas-puasnya dengan wanita berusia 24 tahun itu yang mendakwa mereka mempunyai hubungan seksual selama 31 bulan.
Dalam satu SMS lain, Woods meminta Jaimee merakamkan gambar bogelnya dan mengirimkan kepadanya.
Apabila wanita itu memberitahu dia sibuk bekerja, Woods merayu: “Pergi ke bilik air dan rakamkannya.” - Agensi
Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan