10/12/09

Majlis tanpa barang hantaran

YUSNIZAR dan Norshahila menunjukkan kad jemputan kahwin dan barangan hantaran yang musnah dalam kebakaran di Alor Setar semalam.

KERATAN Kosmo! semalam.

ALOR SETAR - Meskipun tanpa barang hantaran yang hangus dalam kebakaran, majlis perkahwinan Yusnisar Yusof, 23, dengan pasangannya, Norshahila Samsudin, 23, akan tetap diteruskan di sebelah pihak pengantin perempuan di Slim River, Perak pada 20 Disember ini.

Menurut Yusnisar, persiapan di sebelah pengantin lelaki cuma dibuat ala kadar sahaja kerana semua persiapan majlis itu termasuk gelang tangan bernilai RM2,000 untuk acara membatalkan air sembahyang hangus dijilat api.

Katanya, lima dulang hantaran termasuk telekung dan set persalinan pengantin perempuan turut hangus.

"Bakal ibu mentua beritahu, buat ala kadar sahaja, bawa yang wajib iaitu mas kahwin tidak perlu barang hantaran.

"Baju Melayu untuk majlis akad nikah pun hangus. Kalau sempat saya beli, jika tidak pinjam dengan kawan," katanya ketika ditemui di tapak rumahnya yang hangus di Kampung Gunung Sali di sini semalam.

Menurutnya, ekoran kejadian itu, majlis kenduri di pihak lelaki yang dijadual pada 25 Disember ditangguhkan.

Ini adalah keratan akhbar dari Kosmo! Online untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

Tiada ulasan: