12/10/09

Lan Kristal nikah

Oleh MUHD IZAWAN BAHARIN
izawan@hmetro.com.my


SUBANG JAYA: Bermula dengan 'cinta monyet' di zaman persekolahan, vokalis kumpulan rock Kristal, Mohd Razlan Mohamed Yusof, akhirnya selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya di Puchong, dekat sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, Mohd Razlan, 24, atau lebih dikenali sebagai Lan sah menjadi suami kepada Nur Sheila Hassim, 24, yang juga pengurus kumpulan Kristal dengan mas kahwin sebanyak RM222.22.

Majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Kampung Sri Aman, Puchong itu disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Shah Alam Daerah Petaling Jaya, Mohd Amin Hanapiah.

Pada majlis bertemakan Arab Gipsi itu, Lan membawa hantaran RM22,222.22 bersama 11 dulang yang turut dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin perempuan.


Ini adalah keratan akhbar dari Harian Metro untuk tujuan dokumentasi. Pautan Perkahwinan: Majalah.Dompas.net, Dompas Network, Guided-Info.com, Artikel Sentral,Catatan Sekilas, Perkahwinan, Tokoh, Usahawan Maya, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, My Biz Online, Manggis.info.

No comments: